𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

Bởi Hwayuqiii

58.7K 6.6K 722

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... Xem Thêm

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 8

878 107 0
Bởi Hwayuqiii

Hari ini, kelas Sword pulang lewat kerana kelas mereka menerima latihan khusus dari seorang hunters bernama bernama Kaneko Shizawa.

Kaneko Shizawa adalah seorang Kenshi dari Klan Kaneko. Nama nya menjadi lagenda setelah berjaya mengalahkan 19 roh jahat tingkat tinggi sekaligus sendirian beberapa tahun yang lalu.

"Baiklah, sekarang sudah hampir pukul 5petang. Jadi mari kita akhiri perjumpaan ini di sini." Kata Shizawa.

"Sensei, Izuka Sensei masih belum balik dari misi lagi?" Tanya Shiro.

"Iya, Izuka dan team nya masih belum kembali dari misi. Dan kemungkinan mereka tidak akan kembali dalam beberapa minggu ini." Jawab nya.

"Oh, misi tingkat tinggi ke?" Tanya Shiro lagi.

"Hmm iya, tapi kamu jangan risau. " kata Shizawa tersenyum.

"Tak risau pun, tapi kelas kami takde yang ajar." Kata Shiro.

"Kemungkinan guru kelas kamu akan diganti untuk sementara waktu." Kata Shizawa.

"Yeke? Siapa yang ganti? Sensei ke?" Tanya Asyura bertubi tubi.

"Tidak, bukan saya." Jawab Shizawa.

"Ohhh..."

Shizawa mengangguk.

"Kiyomizu Ace, kamu mempunyai bakat sebagai Kenshi yang luar biasa. Pergerakan mu sangat unik." Kata Shizawa.

Yang lain kagum apabila Ace dipuji oleh hunter lagenda itu. Ace pula hanya mengangguk.

"Okay sampai di sini saja ya.. kamu boleh bersurai."

Mereka pun bersurai dan berangkat untuk pulang.

***

DI LUAR ACADEMY..

"Tak payah hantar." Kata Ace perlahan kepada Kazuke.

Kazuke tidak mengendahkan Ace dan terus melangkah.

"Dah lewat." Kata Ace lagi.

"Ikut jelah sini." Kata Kazuke dengan muka dingin nya sambil menarik tangan Ace.

Ace pun dengan terpaksa membiarkan Kazuke menghantarnya pulang.

Kebelakangan ini, Kazuke sering merasakan sakit pada dada nya. Dan tanpa di sangka nya, rasa sakit itu muncul ketika dalam perjalanan untuk menghantar Ace.

"Kenapa ?" Tanya Ace yang perasan Kazuke sedang kesakitan.

"Takde apa." Jawab Kazuke

Tidak lama kemudian, sakit yang Kazuke rasakan menyerang dengan lebih parah lagi sehingga membuatnya tersungkur jatuh ke permukaan tanah.

"Kenapa?" Tanya Ace dengan wajah kosong nya.

Kazuke tidak menjawab, jantung nya berdegup kencang, nafas nya juga tidak teratur.

"Kazuke.." Ace menarik narik lengan baju Kazuke sambil memanggil nya.

"Ace.. ada apa.!?" Jerit Kagura yang kebetulan lalu di sana untuk menjemput Ace pulang.

"Kazuke, dia sakit." Kata Ace dengan wajah kosong nya.

"Sakit?" Kagura berlari menuju ke arah mereka.

Apabila melihat Kazuke terbaring di tanah, dia terus memeriksa Kazuke. Denyut nadi, nafas dan jantung nya agak aneh. Kagura juga memeriksa mata nya.
Kagura terkejut apabila mengetahui keadaan tubuh Kazuke saat ini.

Setelah itu dia memeriksa lengan Kazuke seperti mencari sesuatu.

"Kazuke dalam kondisi perubahan kepada bentuk roh jahat..." Kata kagura.

Ace memandang Kagura.

"Roh jahat?" Tanya Ace perlahan.

"Iya, tapi ini aneh. Dia tidak memiliki simbol kutukan iblis di lengannya. Jadi ada kemungkinan dia telah terminum darah iblis." Kata Kagura.

Ace mengingat kembali hari di mana Kazuke menyingkirkan darah iblis dari dirinya. Kazuke telah menyedut keluar darah itu menggunakan mulut nya, dan kemungkinan dia tidak sengaja menelan nya pada waktu itu.

"Mustahil untuk kita keluarkan darah iblis jika sudah sampai ke jantung nya." Kata Kagura.

"Kazuke macam mana?" Tanya Ace.

"Kita serahkan ini kepada Klan nya," Kata Kagura.

"Mereka tahu cara nya?" Tanya Ace perlahan.

"Tiada cara untuk menyingkirkan darah iblis yang sudah sampai ke jantung. Jadi sekarang tergantung keputusan Klan nya sama ada membiarkan dia hidup dan dikurung atau terpaksa dihapuskan." Kata Kagura dengan ragu.

"Dihapuskan?" Tanya Ace

Kagura mengangguk dengan wajah sayu.

"Tak. tak boleh, ini semua salah Ace." Kata nya secara tiba tiba.

"Salah kamu? Maksud kamu apa.?" Tanya Kagura.

Ace hanya diam, dia memikirkan sesuatu.

Kazuke yang terbaring dihadapan mereka mula mengeluarkan suara yang aneh.

Ace mengambil beg Kazuke dan membukanya untuk mencari pisau kecil yang selalu dibawa oleh Kazuke.

"Apa kamu nak buat Ace." Tanya Kagura apabila melihat Ace mengeluarkan pisau.

Ace tidak menjawab.

"Dia akan mati kalau kamu cuba keluarkan darah yang sudah sampai ke jantung nya." Kata Kagura dengan cemas.

Tanpa berfikir panjang, Ace melukai dirinya sendiri dan darah putihnya yang mengalir dimasukkan kedalam mulut Kazuke.

Kagura terdiam kaku melihat apa yang dilakukan oleh Ace.

"Ace.. apa yang sedang kamu cuba lakukan." Tanya Kagura.

"Pemurnian darah." Kata Ace.

"Apa itu?" Tanya Kagura.

Ace tidak menjawab pertanyaan Kagura dan terus memberikan darah nya kepada kazuke sehingga luka nya pulih dengan sendiri nya.

Selepas menelan darah Ace, Kazuke terus tenang kembali dan pengsan.

Kagura memeriksa keadaan Kazuke semula. Apabila memeriksa degupan jantung, nafas dan nadi Kazuke, dia agak terkejut semuanya kembali normal.

"Kita bawa Kazuke balik dulu Ace, hari pun sudah mula gelap." Kata Kagura.

Ace hanya menangguk dan membantu membawa beg milik Kazuke. Manakala Kagura pula membawa Kazuke di pundaknya.

***

Tiba di rumah, Kagura memaklumkan kepada kakek Kazuke iaitu pemimpin Klan Nakano bahawa Kazuke sedang berada di rumah nya.

Kagura tidak menceritakan hal sebenar kepada kakek Kazuke, sebalik nya dia mengatakan bahawa Kazuke terkena kutukan iblis namun dia telah mengeluarkan darah iblis itu dan tanda kutukan itu juga telah menghilang.

Kazuke terlelap sehingga lewat malam, wajahnya tampak baik baik sahaja oleh itu mereka membiarkan nya tidur di bilik kosong kediaman Kagura sendirian.

Kagura memanggil Ace ke ruang tamu untuk bertanya sesuatu.

"Ace.. apa maksud kamu dengan pemurnian darah?" Tanya Kagura.

Ace diam seketika.

"Benda tu tiba tiba ada kat fikiran Ace." Jawab nya perlahan.

"Maksud mu, sama seperti jurus jurus pedang yang kamu tiba tiba kuasai?" Tanya Kagura lagi.

Ace mengangguk.

"Hmm, tapi sebenarnya bagaimana darah mu dapat memurnikan darah iblis?" Tanya Kagura.

"Ace tak tahu." Ujar nya.

Kagura menghela..

"Tidak mengapa jika kamu tidak mengetahui apa apa, tidak usah difikirkan." Ujar Kagura.

Ace hanya mengangguk.

"Jadi, Kazuke memang sudah tahu tentang darah kamu?" Tanya Kagura lagi.

Ace mengangguk.

"Hmm.. " Gumam Kagura.

Kazuke keluar dari ruangan tempatnya tidur tadi. Dia bingung apabila melihat sekeliling dan tertanya tanya kenapa dia tiba tiba berada di tempat itu.

"Kazuke.. baguslah kamu sudah bangun." Kata Kagura.

"Tok.. apa yang jadi." Tanya Kazuke kehairanan.

"Duduk sini, nanti akan ku ceritakan." Kata Kagura.

"Saya kena balik." Kata Kazuke.

"Kamu tidak perlu pulang, aku sudah memaklumkan hal ini kepada kakek mu dan seragam mu untuk besok juga telah dihantar ke sini." Kata Kagura tersenyum.

Kazuke hanya berdiri kehairanan.

"Duduk sebelah Ace." Arah kagura.

Dia pun duduk di hadapan Kagura bersama Ace.

Kagura menceritakan apa yang telah berlaku kepada nya.

"Jadi, darah Ace selamatkan saya?" Tanya Kazuke.

"Iya, aku sendiri tidak tahu bagaimana ini boleh terjadi." Kata Kagura.

"Pemurnian darah? Tapi, kalau betul darah iblis yang ada dalam tubuh saya dimurnikan, kenapa darah iblis yang ada dalam tubuh Ace haritu tak dapat dimurnikan terus macam saya?" Tanya Kazuke.

"Hmm mungkin kerana darah yang kamu telan cuma sedikit dan darah yang Ace dapat dari kutukan itu pula dalam jumlah yang besar." Balas Kagura.

Suasana menjadi hening seketika.

"Sebenarnya Ace siapa?" Tanya Kazuke tanpa ragu.

Ace memandang Kazuke.

"Maaf, tapi hal itu belum bisa ku jawab." Kata Kagura.

Kazuke hanya diam.

"Aku harap, hal ini dapat kamu rahsia kan dari sesiapa pun sehingga aku menemui jawapan tentang diri Ace." Kata Kagura.

Kazuke hanya mengangguk faham walaupun fikiran nya masih penuh tanda tanya.

"Kamu berdua berehatlah dahulu, sekarang sudah larut malam." Kata Kagura.

Ace mengangguk kemudian masuk ke kamarnya.

Kazuke juga turut masuk ke ruangan yang disediakan untuk nya.

***

KEESOKAN HARINYA.

Ace dan Kazuke berangkat bersama untuk ke academy. Dan secara kebetulan, Sai melihat mereka dari kejauhan.

"Kazuke?" Gumam nya sendiri.

"Buat apa dia kat desa ni." Katanya lagi.

Dia duduk menunggu sehingga Kazuke dan Ace sudah berada jauh di hadapan, kemudian barulah dia berangkat ke academy.

"Kau okay?" Tanya Ace.

"Hmm okay." Jawab Kazuke.

"Pasal semalam, terima kasih." Kata Kazuke dengan ragu dan sedikit segan.

Ace hanya mengangguk.

"Leher kau tak sakit asyik angguk angguk." Tanya Kazuke.

Ace menggelengkan kepala nya.

"Budak ni tak normal ke." Monolog kazuke sendiri di dalam hati.

Suasana kembali senyap sehingga mereka tiba di academy.

Apabila tiba di academy, ramai pelajar terkejut mereka tiba bersama. Padahal selalunya Kazuke menunggu Ace di gerbang academy.

"Ohayou Kazuke.. Ohayou Ace.." sapa Asyura yang berada di belakang.

Ace mengangguk..

"Hmm.. " balas Kazuke.

"Korang ada apa apa ke? Kenapa korang selalu jalan berrrsama.?" Tanya Asyura sambil tersengih.

"Takde lah bodoh." Balas Kazuke dengan kasar.

"Hehe gurau.. Ace suka ke dengan Kazuke?" Tanya Asyura untuk mengusik.

Ace melihat kehairanan kemudian menggelengkan kepala nya.

"Tak suka!!?? Wkwkwkwkw.." Asyura tertawa besar mengejek Kazuke.

"Kau dah kenapa.?" Kata Kazuke dengan wajah dingin nya itu.

"Heheheh gurau.. gurauu.." jawab Asyura sambil berusaha menghentikan tawa nya.

Mereka pun berjalan bersama sehingga di kelas.

TO BE CONTINUE..

JANGAN LUPA VOTE THANK YOU


Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
3K 275 21
Andalookaew x Noonpreawa
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
7.3K 1.7K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024