[C] ๐’๐Ž๐…๐“ || ๐‰๐€๐Š๐„

By jaygz_

10.3K 1.8K 220

โ๐‚๐จ๐ญ๐ญ๐จ๐ง ๐œ๐š๐ง๐๐ฒ ๐š๐ง๐ ๐๐š๐ซ๐ค ๐œ๐ก๐จ๐œ๐จ๐ฅ๐š๐ญ๐žโž โ๐„๐ซ๐ฆ ๐ง๐š๐ก, ๐ฐ๐ก๐š๐ญ ๐š ๐ฐ๐ž๐ข๐ซ๐ ๐œ๐จ๐ฆ๐›๏ฟฝ... More

1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
E P I L O G U E
Author's note
special chapter - 1
special chapter - 2
special chapter - 3

9

285 64 1
By jaygz_

Musim bunga telah tiba, bermaksud pesta akan diadakan di bandar. Semua orang sibuk berbual tentang tema pesta tahun ini dan dengan siapa mereka mahu pergi.

Jake memerhatikan rakan-rakan sekelasnya yang lain yang sedang rancak berborak tentang hal tersebut. Dia kemudiannya memandang Mia di sebelah yang sedang sibuk menconteng buku nota.

"Mia, jom pergi pesta musim bunga hujung minggu ni. Nak tak?" Jake menongkat dagu memandang Mia yang terlalu fokus.

"Pesta apa tu?" memandangkan dia tak selalu keluar, dia tak tahu ada pesta sebegini.

"Biasanya orang akan bawak pasangan atau kawan pergi sana. Nanti ada banyak makanan. Pertunjukan pun ada. Kalau awak nak, saya beli tiket untuk kita berdua." mata Jake bersinar-sinar menunggu jawapan Mia.

"Aku okey je. Lagipun bosan duduk kat rumah tu. Tapi kau kena doakan abang-abang aku kasi aku keluar." matanya masih lagi tertancap pada buku nota.

Jake mengeluh. Abang-abang Mia yang overprotective tu pula satu hal. Lagi-lagi Taehyung. Tengok muka dia saja dah menyeramkan. Meremang bulu roma. Jake menggeleng untuk membuang fikirannya jauh.

"Takpelah nanti aku merengek. Mesti diorang kasi punya."

─── · 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"No." krim malam diletakkan pada muka sambil memandang adiknya di pantulan cermin.

"Alah kenapa-"

"No is no. Bahaya tahu tak? Dahlah ramai orang, kalau Mia hilang nanti macam mana? Jake tu nak tanggung ke?" bekas-bekas produk kosmetik yang tersusun di hadapannya ditutup satu persatu sebelum meletakkan semuanya di tempat asal.

"Alah takdenye hilang. Mia kan dah besar." kedua-dua tangannya menekup pipi sendiri. Fikir dia buat macam tu, Taehyung nak cair ke?

"Weh Tae, ni aku- eh apa Mia buat kat bilik kau ni? Tak pernah pun dia masuk bilik kau. Ni siap baring lagi atas katil." Youngjo yang baru datang ke bilik Taehyung terus mematikan niat untuk bertanya soalan setelah melihat Mia di situ.

"Adik kau ni hah merengek nak pergi pesta musim bunga tu. Kau tanyalah dia sendiri." alat kawalan jauh dicapai untuk mencari berita terkini pada hari ini di televisyen.

"Jo, pleaseeeeee. Kasi lah Mia keluar. Mia tak pernah pergi mana-mana pesta macam ni. Jake kata nak belanja Mia tiket. Kesian dia nanti. Mia dah janji." dia mengharapkan lampu hijau daripada abang keduanya pula.

"Aku okey je. Taehyung ni?" dia bersandar di pintu sambil melihat Taehyung yang berkerut tengok dokumentari ibu gajah melahirkan anak. Tak ada berita hangat, dia beralih tengok Nat Geo Wild pula.

"Yow apa ramai-ramai ni?" Sunoo yang baru muncul bersama semangkuk aiskrim mint choco di tangan bertanya. Sesekali dia menyuap ke dalam mulut sambil melihat muka Youngjo dan Taehyung bersilih ganti.

"Ddeonu~ Mia nak pergi pesta. Boleh lah pleaseeeee." Mia menggunakan panggilan manja Sunoo yang sebenarnya dia amat benci. Geli je panggil abang sendiri macam tu-

"Oh pesta hujung minggu ni tu ke? Aku pun pergi dengan kawan aku kot nanti. Ha jomlah saing."

"Ish tapi Mia nak pergi dengan orang lain." bibir mula memuncung.

"Uish mesti Jake kan. Hagak dah."

"Ha eloklah tu. Mia pergi dengan Sunoo nanti. Kalau nak sangat, angkut sekali Jake tu naik driver kita." mata Taehyung tak berganjak dari kaca tv. Asyik betul dia tengok anak gajah tu.

"Ye ke??? YEAYY." tubuh abang sulungnya dipeluk kuat. Dia mengucapkan terima kasih berkali-kali sebelum keluar dari situ. Sunoo dan Youngjo yang berdiri di pintu memberi laluan kepada Mia yang berlari keluar kerana teruja. Nasib baik sempat mengelak, kalau kena langgar tu maunya lebam lengan sampai minggu depan.

Youngjo menepuk dahi sendiri.

"Hish kau lah ni, aku dah lupa nak tanya apa kat Tae."

"Eh aku pulak- oi suka hati je ambik sudu aku." Sunoo cuba mencapai semula sudu yang dirampas Youngjo tadi. Mint choco disuap sekali ke dalam mulut lalu muka Sunoo dipandang.

"Ish tak sedap. Rasa ubat gigi." sudu diletakkan di dalam mulut Sunoo kemudian dia pulang semula ke biliknya.

Sunoo dah menyumpah seranah sebab mint choco dia dihina sebegitu kejam.

─── · 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Jake menunggu Mia dan Sunoo di halaman rumah mereka.

"Dah ready?"

Jake tersentak bila Mia menepuk bahunya dari belakang. Jake mengangguk. Mereka masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang manakala Sunoo duduk di sebelah pemandu.

Perjalanan ke sana mengambil masa 20 minit namun rasa sangat singkat kerana Sunoo rancak berbual dengan Jake. Mia hanya tergelak sepanjang mendengar perbualan mereka.

Setibanya di sana, mereka turun dari kereta. Kelihatan bilangan manusia yang datang semakin ramai.

"Tak tahu lagi balik pukul berapa, nanti Sunoo call okey?" Sunoo berpesan kepada pemandu mereka lalu pintu kereta ditutup dan mereka berjalan ke pintu gerbang pesta.

"Korang jangan berpisah tau, jalan sama-sama. Nak pergi tandas pun jangan berjauh. Telefon jangan mute, nanti aku call tak dengar. Duit jangan bazir. Jangan buat benda pelik-pelik. Jangan ikut orang yang tak kenal. Okey?" pesan Sunoo panjang lebar.

Mereka mengangguk faham.

"Okey bai, aku nak cari kawan aku. Dah cepat masuk."  badan mereka ditolak lembut ke dalam gerbang tempat masuk kemudian Sunoo menunggu rakannya yang masih belum sampai di tepi jalan.

Jake menyerahkan tiket mereka berdua kepada penjaga yang ada di pintu kemudian mereka dibenarkan masuk. Gerai corndog menjadi destinasi pertama.

"Nak cheese lebih ke?"

"Haah." mereka menjawab serentak kemudian memandang antara satu sama lain.

Jake menghulurkan duit kepada penjual tersebut dan mereka berjalan ke tempat lain. Pengunjung di situ semakin ramai membuatkan Mia rasa tak selesa. Sedar akan hal itu, Jake menghulur tangan kirinya.

"Sunoo hyung cakap jangan berpisah. Orang dah ramai ni, takut awak hilang je nanti." dia terkebil-kebil menunggu reaksi Mia.

Jari-jemarinya disilangkan dengan Jake lalu tangan yang agak besar daripadanya itu digenggam erat. Mereka sambung berjalan sambil menikmati corndog panas di tangan. Sesekali mereka tergelak melihat keju mozarella memanjang ketika digigit. Pelbagai gerai disinggah untuk mereka membeli-belah sepuas hati.

Setelah kepenatan, Mia mengajak Jake supaya duduk di tepi sungai untuk mengambil angin dan menjauhkan diri dari orang ramai. Pertunjukan pun lambat lagi nak mula.

Mereka melabuhkan punggung di atas rumput. Mia duduk sambil memeluk lutut manakala Jake duduk bersila. Mia menggosok kedua-dua tangannya kerana cuaca sangat sejuk.

Dia terpegun melihat pemandangan di hadapannya. Matahari hampir terbenam. Burung-burung berterbangan di udara, pulang ke tempat asal mereka sebelum hari gelap.

Sementara itu, Jake leka mencari sesuatu di sekelilingnya.

"Ha, jumpa pun." sekuntum bunga kemudiannya diselit di bahagian belakang telinga.

"Mia, cantik tak?" dia menunjukkan kuntuman bunga tersebut kepada Mia.

"Kau ke bunga tu?" kening sebelah diangkat.

"Bunga ni lah. Kenapa saya pulak." bibirnya mula memuncung.

"Haha ya, cantik. Kau pun cantik." terkekeh kekeh dia mentertawakan Jake
sebelum memandang ke arah sungai semula.

"Pandang sini."

Mia menoleh dan jantungnya hampir tercabut kerana berdegup dengan sangat laju.

Jake menyelitkan sekuntum lagi bunga di belakang telinga Mia. Rambut panjangnya diselak ke belakang. Jarak muka mereka sangat dekat sehingga Mia dapat rasakan hangat hembusan nafas Jake di pipinya. Jake yang dapat rasakan dirinya ditenung, terus memandang tepat ke dalam mata gadis itu.





Continue Reading

You'll Also Like

128K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
8.2K 1.2K 23
โYou fell first but i fell harderโž Bahasa cinta mereka sangat bertentangan tetapi hati mereka berdua tetap sama dan bersatu. Bermula dari berkawan da...
2.9K 305 15
แด‡ษด- , lee heeseung fanfic completed // when you have the sweetest cold boyfriend and never knew the truth. luvw0nnuu || 2023
10.6K 2.1K 18
ใ€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒ: ้ฆ™ๆฐด; Kลsui: perfume' ใ€‘ โ€โžท โ that fragrance , it's freaking familiar .โž status: complete. start: 261120 end: 211220 โš ๏ธ don't read...