Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

11

58.6K 3.5K 269
By Lollysnow

Engagement board meriah dihias dihadapan dewan. Hari itu pertunangan Aila dan Azrul sepupu Thaqif akhirnya berlangsung. Azrul, lelaki yang gunakan pertunangan dan kelak perkahwinan untuk meraih pengaruh di dalam syarikat besar keluarga mereka. Apa beza Thaqif dan Azrul? Dua-dua jika diikutkan tiada beza. Cuma Thaqif lebih terbuka dan jujur tentang niat asalnya.

Safa pandang Thaqif yang menghulur tangan disebelah, Thaqif juga kelihatan segak dengan kemeja putih dan berseluar slack biru gelap. Ringkas tapi gaya lelaki itu cukup buat mana-mana mata wanita cair memandangnya. Ringkas bergaya.

"Jom. Kau sedia?" soal Thaqif lembut.

Safa teguk air liur, selangkah dia masuk didalam dewan itu, maka masa depannya turut akan berubah. Keluarga besarnya turut berada disana dan mungkin akan menyambut gembira berita yang bakal dimaklumkan Thaqif nanti. Yang pasti, di bahunya sekarang bukan tentang dirinya sahaja. Nama keluarga dan maruah syarikat sekarang akan jatuh kebahunya jika dia memilih untuk menyambut huluran lelaki itu.

Adakah dia sudah sedia untuk semua itu?

"Safa?" Teguran Thaqif buat Safa kembali dari lamunan. Air liur ditelan terasa kesat.

"Jangan takut, semua aku dah rancang sebaik mungkin. Ingat plan awal kita Safa. Sampai kita ada anak semuanya akan berakhir.." bisik Thaqif tenang. Bagaimana lelaki itu boleh setenang itu? Tak fikirkan lelaki itu tentang akibat yang akan berlaku kelak?

"Kau sangat tenang Thaqif.." balas Safa gugup.

Thaqif senyum. "Semua ada kat dalam kepala aku. Apa yang aku buat tak pernah gagal.." balas Thaqif yakin.

Safa hela nafas berat, sudah sejauh ini. Dia juga tiada pilihan lain. "Ready to play my role." Safa pandang kehadapan dan sebelah tangan diletak di atas tapak tangan Thaqif.

"Standing by to serve my queen." Thaqif senyum membawa tangan Safa kemulut lalu dikucup lembut. Safa tarik nafas dalam, jantungnya sudah mahu pecah ditambah tindakan lelaki itu.

Apa lelaki itu tak ada hati?!

Langkah Safa dan Thaqif sama rentak diatur ke pintu utama dewan besar hotel 5 bintang itu.

"Silakan Encik Thaqif dan Cik Safa.." Seorang pekerja hotel membuka pintu besar dewan. Safa teguk air liur, jemarinya rasa bergetar dan serentak itu Thaqif tarik tangan Safa lalu dibawa kelengan. Kini kedudukan Safa memeluk lengan kiri Thaqif menunggu pintu dewan dibuka luas.

Ini mungkin majlis pertunangan Azrul dan Aila tapi percayalah, mereka yang menjadi perhatian di majlis itu.

Ya betul tekaannya, saat mereka beriringan masuk ke dalam dewan dibawa pekerja hotel, semua mata tetamu pegun memandang ke arah mereka. Rata-rata terkejut ada juga berbisik-bisik sesama sendiri.

Siapa tidak terkejut, tiada khabar tiada ribut, Thaqif pewaris utama AZ yang disangka akan hilang pengaruh untuk jawatan CEO kini tiba ke majlis pertunangan sepupunya dengan seorang gadis yang mungkin membawa pengaruh besar dalam syarikat besar AZ. Safa Aqilah anak sulong Dato' Azham! Mata-mata orang perniagaan mungkin akan berfikiran seperti itu.

"Safa ke tu?" Dato' Azham menyoal anaknya Safiya yang kelihatan terkebil-kebil memandang kakaknya.

"Ya papa, itu Kak Safa.." Rahang Safiya jatuh.

"Sejak bila kakak kamu bercinta dengan Thaqif? Mama tak tahu pun?" Soal Datin Khadijah kedengaran teruja.

"Safiya pun tak tahu mama.."

Thaqif tersenyum sinis saat matanya membalas tatapan Azrul yang kelihatan terkejut memandang ke arahnya. Apa lelaki itu fikir dia akan berperang tanpa senjata?

"Thaqif, aku gugup." Safa berbisik buat Thaqif tergelak kecil memandang gadis disebelahnya.

"Don't forget to smile my queen. Nanti gugup dan nervous kau akan hilang. Trust me. Dont avoid their gaze. They just showing their proud for us." pesanan Thaqif buat Safa memberanikan diri membalas tatapan orang-orang sekeliling.

Betul kata Thaqif ada senyuman dihulur padanya, ada wajah teruja ada riak bangga dan kesyukuran. Adakah dia lakukan perkara yang benar sehingga dia layak mendapat pandangan-pandangan itu?

"Silakan Queen." Thaqif tarik kerusi buat Safa.

"Thanks."

"Take a deep breath. Nanti akan ada ramai yang nak berborak dengan kau dan aku. Peluang kau buat kawan." Sempat Thaqif berbisik di telinga Safa sebelum dia ambil tempat di sebelah gadis itu.

Safa teguk air liur.

Betul kata Thaqif, tak sempat dia panas penggung, sudah ada datang berborak dengan mereka dan bertanya kepastian tentang hubungan Thaqif dan Safa. Mujurlah Thaqif yang kaya dengan keramahan lancar menjawab satu persatu. Ada juga datang menitip ucapan tahniah, ada yang mendoakan urusan pernikahan mereka.

Kenapa orang-orang itu begitu baik?

"Thaqif dan Safa!!" Sapaan seseorang buat Thaqif berpaling dan berdiri.

"Atuk," Safa yang terkebil-kebil turut bangun dan tergamam melihat susuk dihadapannya. Siapa tidak kenal, Tan Sri Anuar pemilik AZ.

"Tan Sri." Safa tunduk sedikit kepalanya tanda hormat.

"Atuk tak sangka akan dapat banyak berita gembira hari ini. Tahniah Safa dan Thaqif hahaha." Bahu Thaqif ditepuk Tan Sri Anuar. Ada senyuman terbentuk dibibir lelaki itu.

"Terima kasih atuk."

"Diam-diam ya Thaqif nak berahsia dengan mama dan papa?" Datin Syamimi datang menyapa buat Thaqif tergelak lantas mencapai tangan Safa lalu digenggam erat.

"Kalau beritahu awal-awal tak jadi surprise mama." Thaqif pandang Safa penuh pandangan cinta buat Safa kelu dan keliru.

"Keluarga Safa dah tahu ke?"

"Kami pun tersurprised sama." Dato' Azham menyampuk buat Safa berpaling menghadiahkan senyuman pada papanya.

"Ee pandai je tau mengusik kami kan!" Datin Syamimi menampar bahu anaknya buat Thaqif tersengih nakal.

"Biasalah budak-budak sekarang. Semua nak dirahsiakan. Apa-apapun Atuk doakan yang terbaik untuk kamu berdua." Tan Sri Anuar pandang Safa dan Thaqif silih berganti.

"InsyaAllah.." Safa senyum tipis.

"Mama bila boleh kahwin?" Thaqif tak habis mahu mengusik mamanya buat Safa turut tergelak.

"Jangan nak nakal sangat. Kita ada adat! Padan muka nak berahsia sangat. Tunggulah sampai kita selesaikan adat tu satu persatu." Sekali lagi lengan Thaqif ditampar Datin Syamimi.

"Alang-alang uncle Azham dan Aunty Khadijah kat sini. Mama tanyalah.."

"Ya Allah Thaqif kenapa gelojoh sangat ni. Maaf kan anak saya Khadijah, Azham." Datin Syamimi geleng kepala manakala yang lain hanya mampu tergelak dengan keletah mereka anak beranak. Hanya Safiya yang diam merenung wajah kakaknya.

Puas berborak, Safa dan Thaqif berpecah dengan urusan sendiri. Thaqif yang tak henti berborak dengan temannya dan Safa pula masih di meja makan menikmati pencuci mulut. Mama papanya dan Safiya sudah lama pulang hanya tinggal keluarga terdekat Thaqif yang masih disitu.

"Safa?" Safa juling mata kepenatan. Sudah berapa kali agaknya dia terpaksa melayan orang secara paksa dan kekok hari ini. Mulut menyungging senyum paksa lantas berpaling kebelakang memandang gerangan yang menyapa.

Sesaat senyuman Safa hilang memandang Azrul sepupu Thaqif yang bertunang haritu berada dihadapan matanya.

"Ya?"

"Well, I saja nak tegur bakal sepupu I." Suara Azrul kedengaran angkuh.

"I see."

"Sejak bila kau orang berdua bercinta? Setahu I kau dah ada buah hati sebelum ni." Ada nada curiga dari soalan Azrul.

"Our relationship is not working out the way we planned. It just so happens that Thaqif is there when I need someone. That's how it's done. I dont think it's necessary to tell the story in detail." Tenang balasan Safa buat Azrul ketap gigi.

"Semudah itu you terima Thaqif, Safa?"

"Dia lelaki baik." Safa tenang menyua kek ke dalam mulut tidak berminat dengan soalan Azrul.

"Safa, I bukan nak takutkan you. But you mustn't give your heart to men so easily. Lagi-lagi orang macam Thaqif. You tak kenal lagi Thaqif tu lelaki macam apa."

Safa mahu tergelak dan ketawa sekiat-kuatnya. Kerana dia sudah mengenali Thaqif lebih dari apa dibayangkan lelaki itu.

"Apa maksud you?" Safa berpaling memandang Azrul.

"I berani kerat jari yang Thaqif nak kahwin dengan you sebabkan harta. Bukan sebab cinta. You sanggup ke serah masa depan you pada lelaki macam tu." Sungguh-sungguh Azrul berkata.

"Baguslah, I pun nak kan harta dia. Jadi memang sesuailah kami kahwin." Balasan selamba Safa buat Azrul terkedu.

"A-apa you cakap?" Soal Azrul tidak percaya. Fikirnya dia boleh buatkan Safa bencikan Thaqif. Tapi apa yang berlaku sebenarnya?

"I pun sukakan harta. Kalau Thaqif gunakan I untuk harta. Bagus juga, I nak kikis duit dia."

"You.."

"Safa." Thaqif memanggil buat Safa berpaling dengan senyuman lebar.

"You dah kenal Azrul?" Thaqif merapati Safa lantas memeluk bahu Safa lalu menghadiahkan kucupan ditepi dahi wanita itu.

"Yes. Your cousin kinda interesting." Safa pandang Azrul dari atas kebawah.

"Really? I think I'm jealous." Thaqif tergelak kecil, ekor matanya menjeling Azrul yang kaku memandang kemesraan mereka. Apa agaknya dibualkan mereka tadi ya sampai Azrul jadi pegun begitu.

"Don't be like that.  The best thing here has to be you.." Sengaja Safa sentuh dagu Thaqif dengan jari telunjuknya. Wajah Thaqif berubah sebelum dia tangkap jari Safa didagunya.

"Jom, I hantar you balik." Thaqif tarik tangan Safa dan turut mencapai beg tangan gadis itu.

"Okay." Safa berpaling memandang Azrul.

"Tahniah atas pertunangan you dan Aila. Semoga bahagia sampai ke pelamin." Safa menitip ucapan ringkas.

"Thank you." Azrul menarik senyum paksa.

"Jom." Thaqif genggam kemas jemari Safa sebelum dia melangkah pergi. Sempat ekor mata dihantar pada Azrul dibelakangz

Hari itu terasa panjang dan memuaskan.

"Thanks Safa." Rangkulan tangan mereka berakhir diluar dewan.

"Welcome." Senyuman Safa turut mati disitu. Mata sempat menjeling memandang Thaqif disebelah. Permulaan yang agak sakit.

Continue Reading

You'll Also Like

406K 14.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.6M 54.6K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
3.5M 305K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...