My Princess

By Nuru1_1man

478K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai πŸ‘‹
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 35

7.4K 222 2
By Nuru1_1man

Aisyahmenarik nafas dalam. Dia memandang satu-satu ke arah semua yang masih memandang. Dia berpandang mata dengan Irish. Irish mengangguk kecil sebelum tersenyum kecil.

"Aisyah.. " lembut suara Datin Intan memanggil. Sekali lagi Aisyah menarik nafas. Dadanya mula terasa sebak.

"sebenar Aisyah... Nak cerai dengan Abang Luth" ujarnya gugup. Dia menunduk. Tidak sampai hati mahu melihat wajah kehampaan ibu mentuanya.

"Aisyah.. Dah fikir betul-betul ke ni?" tanya Daut. Jelas riak wajahnya yang terkejut. Aisyah mengangguk.

"Kenapa pula Aisyah nak minta cerai? Luth ada buat apa-apa ke kat Aisyah?" gusar Datin Intan bertanya. Aisyah mengeleng kepala. Air matanya cuba di tahan.

"habis tu?" kali ini Luth Zaruddin pula bertanya. Irish mengeluh dalam diam. Dia tahu ibu dan ayahnya sangat sukakan Aisyah sebagai menantu mereka.

"Aisyah jangan senyap je. Cuba cakap dengan ibu" desak Datin Intan sebak.

"ibu.. Along tak pernah cintakan Aisyah" ujar Irish tiba-tiba. Semua mata memandangnya. Hal itu mungkin mereka sudah tahu tapi hati tua mereka berasa ada sesuatu yang tidak kena.

"ibu tau tapi cinta tu lama-lama akan timbul jugakan. Tak kanlah Luth tu tak sayangkan Aisyah selama 5 bulan ni. Mustahil" kata Datin Intan tidak percaya. Aisyah mengetap bibir mengawal tangisannya daripada berlagu.

"kak su dah balik sini." beritahu Irish perlahan. Ternyata semua turut terkejut. Semua mereka sudah tahu siapa gerangan yang Irish katakan. Datin intan mengusap dadanya yang kian mengasak sebak.

"Aisyah rasa ini jalan yang terbaik. Aisyah nak abang Luth bahagia hidup dengan pilihan hatinya." ujarnya berharap agar keputusaan di restui.

"kalau tu yang terbaik bagi Aisyah. Ayah okey je." suara Luth Zaruddin kedengaran. Aisyah tersenyum tipis memandang ayah mentuanya seolah-olah berterima kasih.

"papa pun okey. Papa setuju. Mungkin setakat ni saja jodoh korang. Kan?" Daut memandang wajah isterinya. Kadijah memeluk tubuh Aisyah. Belakang tubuh Aisyah di usap lembut cuba memberi kekuatan.

"mama sentiasa sokong apa juga keputusan Aisyah." bisiknya perlahan. Aisyah mengigit bibir. Pelukan Mamanya di balas.

Semua sudab tersenyum kecuali Datin intan. Aisyah mendekati ibu mentuanya. Tangan Datin intan di genggam kuat.

"ibu.. Janganlah macam ni. Ibu tak nak ke anak ibu gembira. Abang Luth mesti ada impiannya sendiri. Dia mesti nak hidup juga dengan pilihan dia kan. " pujuk Aisyah.

"tapi ibu nak Aisyah gembira juga.. " balasnya bergetar. Aisyah mengeluh sebelum menarik tubuh tua Datin Intan ke dalam pelukan.

"Aisyah dah cukup gembira sekarang ni bu. Aisyah akan bahagia bila tengo Abang Luth bahagia. Ibu jangan risau.. " tanpa dapat di tahan air mata Datin Intan menitis juga.

"ibu.. Sayangkan Aisyah tau.. " bergetar suaranya berkata. Aisyah tersenyum kecil.

"Aisyah pun sayang ibu.. " dahi Datin Intan di kucup sekilas.

"ibu janji tau jangan marah kat abang Luth. Aisyah yang buat keputusan ni" pesan Asiyah. Datin Intan mengangguk.

"nanti bila Aisyah dah ada mentua baru. Jangan lupa ibu pula" usiknya. Semua tertawa.

"ishh.. Mana adalah.. " tersenyum malu Aisyah berkata. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hatinya berasa lega.

"ehmm.. Ada satu lagi yang Aisyah nak cakap" semua mengerut dahi kecuali Irish. Dia hanya berpeluk tubuh.

"apa dia?" tanya kadijah resah.

"Aisyah ingat nak terimalah tawaran nak sambung belajar kat amsterdam tu" katanya selafaz.

"Aisyah biar betul?" bulat mata Daut memandang. Aisyah mengangguk yakin.

"sekurang-kurangnya dapatlah juga Aisyah tenangkan fikiran kat sana. Please... Aisyah dah lama fikir fasal ni. Rugi pula lepaskan peluang ni." ujarnya sedikit merayu.

"kalau itu keputusan Aisyah. Papa benarkan. Asalkan pandai jaga diri kat sana" tegas Daut berkata. Aisyah mengangguk.

"boleh kan ibu, mama" pinta Aisyah. Matanya di kedip-kedipkan.

"ehmm.. Yalah.. " Datin Intan mencubit pipi Aisyah geram. Tergelak kecil Aisyah jadinya sambil mengusap bekas cubitan itu.

"jangan lupa kat mama pula kat sini" dahi Aisyah di kucup oleh kadijah. Kepala Aisyah yang tersarung tudung itu di usap lembut.

Aisyah mengeluh lega. Dia memandang Irish yang juga turut memandangnya. Bibirnya mengutum senyuman.

"terima kasih.. " ujarnya tanpa suara. Irish mengangguk. Faham dengan gerakan bibir Aisyah. Ibu jarinya di angkat. Satu masalah selesai.










🌹🌹🌹🌹🌹












Aisyah memandang langit yang di hiasi bintang itu. Senyum terukir. Hatinya terasa damai dan tenang. Sengaja dia bersendirian di luar. Cuba menenagkan dirinya. Cincin kawin si jari manisnya di renung lama sebelum di usap lembut.

Tipulah kalau dia kata dia rela dengan penceraian ini tapi hanya ini jalan yang terbaik. Dia tersenyum tatkala megenangkan wajah Luth Zafran. Dadanya tiba-tiba terasa sebak semula. Keluhan di lepaskan.

"tak sejuk ke?" tersentak Aisyah jadinya. Dadanya di usap lembut. Wajah Irish yang duduk di sebelahnya di jeling tajam.

"kau ni kan. Nasib lah aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama aku jalan" marahnya dengan wajah cemberut. Irish tergelak kecil. Buaian yang dinaik mereka di lajukan sedikit.

"kau okey tak ni?" tanya Irish memecahkan kesunyian mereka. Aisyah mengangguk sambil mata masih memandang langit.

"kau dah ready ke nak pergi sana?" Aisyah menoleh sekilas dengan wajah berkerut. Dah masuk berapa kali dah Irish bertanya.

"aku okey lah. Kau dah kenapa?" hairan dia melihat Irish itu.

"tak adalah. Saja je nak tanya" jawab Irish sambil mengeleng kepala.

"kau jangan lupa aku pula bila kau kat sana" pesan Irish.

"aku tak kan lupakan sahabat baik aku ni" Aisyah memeluk kejap bahu Irish. Irish mencebik.

"Aisyah... " lembut Irish memanggil. Aisyah mengumam kecil.

"kau sanggup tengo along aku kawin dengan suraya nanti?" Aisyah terdiam. Lama.

"ehmm.. Entahlah aku pun tak tahu" jawabnya.

"aku harap keputusan kau ni betulah" komen Irish.

"insya allah.. " Aisyah mengangguk. Sekali lagi cincin di jari manisnya di renung. Perlahan-lahan dia buka lalu di serahkan kepada Irish..

"buat apa ni?" tanya Irish pelik. Aisyah tersenyum kelat. Tangan Kanan Irish di ambil sebelum meletakkan di telapak tangannya.

"nanti bila abnag Luth dah balik kau tolong bagi balik kat dia" bisiknya sebak. Irish menahan sebak. Di ambil juga cincin perkawinan Aisyah itu.

"okey.. " perlahan dia berkata. Aisyah menghela nafas. Matanya di kedip-kedipkan menghalang air matanya dari pada terus mengalir.

"Aisyah, Irish meh masuk.. " jeritan Luth Zaruddin kedengaraan.

"jom masuk.." ajak Aisyah. Irish meyambut huluran tangan Aisyah sebelum bersama masuk ke dalam.

"buat apa kat luar tu?" tegur Kadijah. Aisyah dah Irish tersengih.

"ambil angin malam ma.. " jawab irish. Aisyah pula sudah tergelak. Kadijah mengeleng kepala.

"dah naik atas. Tak baik anak dara lewat tidur" arahnya tegas. Pantas Aisyah dan Irish berlari naik ke atas. Siap bertanding lagi siapa yang sampai dulu.

"macam budak-budak betul" omel Kadijah dengan gelengan kecil.












Ehmm.. Aisyah dah pergi guys 😭..

Vote tau ✌❤





Continue Reading

You'll Also Like

358K 15.3K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
470K 13.1K 44
[COMPLETED] 🌈 "Hana saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya." entah sudah kali ke berapa dia melafazkan kalimah...
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
1.1M 34.8K 33
Maria maisara. nama secantik tuannya. tetapi hidup nya malang kerana dia dijual oleh Ayah tiri nya sendiri. apa salah nya sehingga dia dijual? dia ha...