KASYAF (Hiatus)

Bởi ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... Xem Thêm

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 24: Konflik Baru

297 41 21
Bởi ALIFRYT

[Aizat POV]

Aku berjalan masuk ke dalam rumah dan kelihatan ibu dan ayah aku sedang berbual-bual di atas sofa ruang tamu sambil menikmati secawan teh panas bersama dengan sepinggan cekodok pisang sebagai makanan sarapan minum petang tersebut. Aku berjalan menuju ke arah mereka sambil memberikan ucapan salam lalu terus menyertai mereka berdua dengan menikmati sarapan minum petang tersebut. Perbualan mereka berdua terhenti tatkala aku duduk di atas sebuah sofa yang berhampiran lalu mereka berdua pun membalas ucapan salam aku itu dengan lembut.

"Ha Aizat... Mana kawan kamu yang tadi tu?" Soal ayah aku sambil mencicip air teh panas yang berada di dalam cawannya itu.

"Dia dah balik dah tadi." Jawab aku dengan ringkas sambil mengambil sebiji kuih cekodok pisang yang telah dimasak oleh ibu aku itu lalu terus mengunyahnya. Hmm... Sedapnya!!

"Ouh... Tadi masa pergi sekolah tadi, ada sesiapa yang tanya pasal mata kiri Aizat tu?" Soal ayah aku lagi.

"Tak ada. Kenapa?" Balas aku dengan pemberian soalan yang ringkas.

"Ouh... Tak ada lah, saja je ayah tanya." Balas ayah aku dengan nada yang tenang.

"Aizat, nah... Air teh untuk kamu." Kata ibu aku sambil menyerahkan secawan teh panas kepada aku.

"Terima kasih..." Balas aku sambil mengambil cawan tersebut lalu mencicipnya sedikit sebelum diletakkan semula ke atas meja ruang tamu.

"Ayah... Ibu... Aizat nak minta izin untuk satu benda boleh?" Soal aku kepadanya dengan nada yang lembut.

"Nak minta izin? Pasal apa?" Soal ayah aku dengan nada yang tenang.

"Aizat malam ni nak... Pergi keluar dengan Isa kejap. Ada hal penting." Balas aku dengan nada yang lembut.

"Hal penting? Waktu malam nanti? Nak buat apa?" Soal ibu aku bertubi-tubi dengan nada yang serius.

"Err... Kitorang nak buat-"

"Kalau hal yang penting tu untuk sesuatu yang berunsur kebaikan, kamu pergi je lah. Ayah izinkan je. Asalkan kamu pandai jaga diri kamu tu." Potong ayah aku dengan nada yang tenang.

"Abang... Anak kita ni dah lah baru je buta sebelah mata disebabkan kes Nabila semalam tu. Kalau jadi apa-apa yang buruk dekat si Aizat ni lagi nanti macam mana?" Rungut ibu aku kepada ayah aku dengan nada yang perlahan.

"Tak apa, kita doakan je yang baik-baik untuk si Aizat ni. Semoga Allah jaga dia baik-baik dalam setiap langkah kebaikan yang dia nak buat." Balas ayah aku dengan nada yang masih tenang.

"Lagipun ayah tahu, ada hikmah kenapa semua ni berlaku. Lagipun, Aizat ni selalu buat kebaikan. Bukannya keburukan. Betul tak?" Sambungnya lagi sambil memandang aku dengan senyuman simpul. Aku pun hanya sekadar tersengih segan kerana dipuji sedemikian. Ayah aku ni macam tahu-tahu je apa yang aku selalu buat selama ni.

"Ah tak ada, tak ada... Tak boleh. Ibu takkan izinkan. Cukuplah Aizat dah buta sebelah macam ni disebabkan tolong orang lain. Lepas ni, ibu takkan bagi lagi dah Aizat pergi ke mana-mana. Kalau Aizat nak pergi juga, pergilah. Nanti kalau jadi apa-apa lagi, ibu tak nak tanggung dah." Kata ibu aku dengan panjang lebar lalu dia terus bangkit berlalu pergi. Aku yang mendengar ibu aku tu berkata sedemikian terus berasa kecewa sebab kalau aku tak ada keizinan ibu aku tu, aku tak boleh ikut Isa dengan Cikgu Sulaiman pergi ke 'Kompleks Maut' tu malam ni sebab keizinan dan kerestuan ibu aku tu penting.

"Ayah... Macam mana ni?" Soal aku kepada ayah dengan nada merayu sebagai pengharapan bahawa dia akan dapat membantu aku.

"Hmm... Tak apa, Aizat pergi je. Nanti pandai-pandailah ayah pujukkan ibu kamu tu." Balas ayah aku dengan nada yang perlahan sambil mencicip air tehnya. Aku pun hanya mendiamkan diri seketika sambil memikirkan sesuatu dengan wajah yang masam mencuka.

"Aizat dengan kawan Aizat tu nak pergi ke mana malam nanti?'' Soal ayah aku dengan nada yang perlahan.

"Hmm... Kitorang ada tugasan malam ni. Nak kena halau hantu-hantu yang ada dekat dalam bangunan Kompleks Maut tu." Balas aku dengan nada yang separa serius.

"Hah? Kenapa pula?" Soal ayah aku dengan nada yang separa terkejut.

"Hmm... Panjang ceritanya. Tak apa, meh sini Aizat ceritakan..." Kata aku dengan nada yang perlahan lalu aku pun terus menceritakan segalanya kepada ayah aku itu dari segi tentang motif dan juga tujuan utama kami semua hendak ke Kompleks Maut itu.

"Ouh macam tu ke ceritanya... Hmm kalau macam tu, ayah bagi je kamu nak pergi ke sana. Tapi jagalah diri tu elok-elok eh? Jangan cuai sangat bila nak berhadapan dengan makhluk-makhluk halus ni sebab mereka pun boleh cederakan kita. Kalau tak, ha macam ni lah jadinya nanti." Kata ayah aku dengan panjang lebar sambil menuding jari telunjuknya ke arah mata kiri aku yang tertutup dengan penutup mata ini.

"Hmm baik ayah." Balas aku dengan nada yang akur.

"Nanti kalau Aizat dah nak pergi ke sana nanti, jangan lupa ambil daun bidara kat belakang rumah kita tu pula. Protection penting tu." Pesan ayah aku sambil menjamah sebiji kuih cekodok pisang lalu dikunyahnya ke dalam mulut.

"Ah ya-ya, nanti Aizat ambil."
______________________________________

[Isa POV]

Kreeek!

"Assalamualaikum..." Ucap aku dengan nada yang perlahan sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan dimulakan langkah kaki kanan sambil membuka pintu rumah aku itu dan kemudian terus menutupinya semula daripada dalam. Aku tahu takkan ada yang menjawab salam aku itu. Tapi pada aku, itu sudah menjadi satu kewajipan kerana dengan satu ucapan salam sahaja mampu mengelakkan daripada kedatangan jin-jin yang mahu datang menganggu ke dalam rumah aku ini.

Setelah aku masuk ke dalam rumah, aku terus membuka kesemua penutup tetingkap rumah yang menutupi sinaran cahaya matahari yang terpancar daripada luar itu dan kemudian aku melangkah pula menuju ke arah bilik tidur lalu terus merebahkan diri di atas katil seketika bagi menghilangkan rasa letih yang dialami oleh tubuh badan aku yang kesakitan ini. Suhu hangat yang terasa di dalam seluruh ruangan bilik ini langsung tak menganggu aku yang cuba untuk merehatkan diri ini. Aku punya rasa letih ni, sampaikan nak buka kipas bilik pun dah terasa malas. Huhu...

Zeet!! Zeet!!

Tiba-tiba kedengaran suara bunyi telefon bimbit aku bergetar dan mengeluarkan bunyi yang agak perlahan namun cukup untuk membuatkan aku terkejut lalu memaksa aku segera bergegas untuk mencari telefon bimbit aku tersebut. Setelah menjumpainya yang tersorok di bawah bantal aku itu, aku terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat dulu siapakah gerangan yang menghubungi aku itu.

"Hello."

"Hello Isa, Aisyah ni." Kedengaran suara Aisyah bercakap melalui talian telefon tersebut. Apabila mendengar suaranya itu, tubuh badan aku yang terasa sakit dan keletihan itu tadi terus tersentak mengejut dan sekaligus menjadikan rasa sakit dan letih yang terasa di tubuh badan aku ini tadi terus terasa hilang seketika.

"Ouu Aisyah... Err ada apa call aku ni?" Soal aku dengan nada yang lembut sambil memperbetulkan posisi kedudukan aku dengan posisi kedudukan yang lebih selesa.

"Erm maaf kalau aku ada terkacau kau sekarang ni tapi aku ada benda nak minta tolong dengan kau ni." Balasnya dengan nada meminta.

"Ah tak ganggu pun. By the way, kau nak minta tolong apa tu?" Soal aku kepadanya.

"Err macam ni... Pukul 12 tengah tadi, mak aku kan jaga aku dekat hospital kan? Lepas tu bila dah masuk pukul 3 petang tadi, dia kata nak balik ke rumah sekejap sebab nak ambil barang. Katanya pukul 3 petang nanti dia akan datang balik ke sini tapi, masalahnya sekarang dah nak masuk pukul 5 petang dan mak aku tu masih tak balik-balik lagi ni. Jadi aku nak mintalah kau tolong pergi tengok-tengokkan dia dekat rumah aku tu boleh? Sebab aku risaulah takut ada apa-apa yang terjadi dekat dia tu nanti." Kata Aisyah dengan panjang lebar. Apabila mendengar cerita dan permintaannya itu, aku melihat ke arah jam dinding seketika. Jam di dinding menunjukkan waktu sudah masuk pukul 4:30 petang. Lagi 5 minit waktu solat Asar akan masuk. Jadi maknanya aku masih ada kesempatan masa lagi untuk buat sesuatu bagi permintaan Aisyah ni. Aku pada mulanya agak berat hati untuk menerima permintaannya itu kerana disebabkan rasa sakit dan kepenatan yang dialami oleh tubuh badan aku pada ketika ini. Tapi disebabkan aku baru teringat tentang janji aku untuk membantunya dalam setiap apa cara sekalipun, maka terpaksalah aku menggagahkan diri aku untuk menerima permintaannya itu.

"Hmm... Okey, nanti aku pergi tengok-tengokkan mak kau dekat rumah kau tu." Balas aku dengan segera.

"Okey terima kasih, Isa. Maaf tau sebab dah menyusahkan kau." Katanya dengan nada yang lega.

"Ah tak apalah, kau tak susahkan aku pun. Lagipun aku dah janjikan nak tolong kau? So tak ada hal lah." Balas aku dengan nada yang selamba sambil mengusap kepala yang terasa sedikit pening.

"Hmm okeylah, kalau macam tu nanti kalau ada apa-apa hal kau bagitahu kat aku tau." Kata Aisyah dengan nada yang berpesan.

"Insyaallah..." Balas aku dengan ringkas dan perlahan.

"Baiklah, aku minta diri dulu eh? Assalamualaikum..." Katanya sebagai tanda mengakhiri panggilan.

"Waalaikumusalam..." Balas aku dengan menjawab salamnya lalu talian panggilan kami berdua pun terus terputus. Setelah itu, aku duduk termenung di atas katil sambil memikirkan sesuatu seketika sebelum aku mula bangkit untuk pergi mandi membersihkan diri dan setelah selesai melakukannya, aku terus menukar pakaian dengan memakai pakaian yang kasual iaitu seluar jeans berwarna hitam, baju jersey sukan biasa yang berwarna putih dengan sweater hitam yang tak berapa tebal dan tak berapa nipis. Yup, ini lah jenis pakaian kegemaran aku. Heh...

Setelah selesai menukar pakaian, suara azan yang berkumandang daripada masjid yang berdekatan mula kedengaran di telinga aku menandakan bahawa waktu solat Asar telahpun tiba dan tanpa melengahkan masa, aku terus pergi mengambil air wuduk di dalam bilik air dan setelah itu aku terus mendirikan solat fardhu Asar di dalam bilik tidur aku sehinggalah ibadat kewajipan aku itu telahpun selesai.

"Bismillahirahmannirrahim... Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya di saat ini aku telahpun diuji olehMu dengan pelbagai ujian yang begitu berat sehinggakan tubuh badanku terasa sakit dan agak lemah sekarang ni. Namun di saat aku sedang terasa sakit begini, ada hamba-hambaMu yang memerlukan bantuanku. Dengan ini aku memohon kepadaMu ya Rahman ya Rahim, kau berikanlah aku sedikit kekuatan dan tenaga untuk aku membantu hamba-hambaMu yang lain yang pada ketika ini sedang memerlukan bantuanku itu ya Allah agar aku dapat menolong mereka tanpa ada rasa terbeban ataupun tergugat di dalam hatiku ini." Doa aku kepada Allah SWT setelah selesai menunaikan solat Asar.

"Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah segala urusanku baik di dunia dan di akhirat. Berikanlah aku petunjuk di kala aku ditimpa kesusahan tatkala aku mahu beriman terhadapMu, ya Allah. Berikanlah aku kekuatan di kala aku terancam tatkala sedang beriman dan beribadah terhadapMu, ya Allah. Sesungguhnya tidak ada apa yang engkau dapat lakukan melainkan dengan hanya keizinanMu sendiri ya Allah... Dan sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha bijaksana yang menyusun atur segala hidup hamba-hambaMu di dunia ini dan Engkau jugalah yang maha mengetahui akan segalanya di dunia ini. Robbana a'tina fiddunya hasanah... Wal fil akhiratil hanasah... Wa qina a'zabannar... Aamiin." Sambung doa aku lagi kepada Allah dengan begitu khusyuk sekali lalu terus diakhiri dengan mengaminkan doa tersebut. Selepas habis membaca doa, tubuh badan aku mula terasa segar dan bersemangat semula. Rasa sakit akibat kesan dirotan yang aku dapat semasa di sekolah tadi langsung dah tak terasa. Syukurlah Allah dah makbulkan doa aku dengan secepat begini.

Setelah semuanya selesai, aku pun terus bergegas memakai sarung tangan hitam yang diperbuat daripada kain yang nipis lalu terus mengambil segala keperluan yang patut seperti dompet, kunci rumah dan juga telefon bimbit. Oh tak lupa juga, aku turut membawa cincin yang diberikan oleh Dina semasa di sekolah tadi. Hanya sekadar bawa sahaja. Nak pakai tu rasanya belum tiba masanya lagi. Entah kenapa, firasat hati aku mengatakan bahawa belum tiba masanya lagi untuk aku memakai cincin yang bertatah batu berwarna delima tersebut. Mungkin ada udang di sebalik batu agaknya.

Setelah selesai bersiap dan membawa apa yang patut, aku terus menutup kesemua tetingkap rumah yang aku buka semasa aku masuk ke dalam rumah ini tadi dan selepas itu aku terus melangkah keluar rumah sambil mengunci pintu rumah daripada luar. Setelah itu dengan ucapan bismillah, kaki aku yang telah dipakaikan dengan kasut snickers hitam ini terus diorak langkah menuju ke rumah Makcik Siti iaitu ibu kepada Aisyah yang terletak di hujung Kampung Bukit Berduri ini.

___________________________________________

[Normal POV]

Sementara itu di rumah Makcik Siti, kelihatan Makcik Siti sedang tertidur lena di dalam bilik tidurnya tanpa dia sedar bahawa kehadiran Jembalang yang sedang bersembunyi di dalam rumahnya itu sedang merenung sinis ke arahnya yang sedang tertidur di atas katil itu.

Di tangan kanan Jembalang, terdapat seekor ular tedung hitam yang agak besar sedang melilit pergelangan tangan kanannya itu dan di tangan kirinya itu pula terdapat jam randik emas yang Namrul berjaya curi daripada kurungan bilik kelab Paranormal Cikgu Sulaiman yang diketahui ada jin yang bernama Lamashtu terperangkap di dalam jam tersebut.

"Wahai Lamashtu, jin betina yang digelar sebagai 'dewi keganasan'... Aku adalah Jembalang, ketua segala jin yang telah dilantik oleh Iblis untuk memerintah kesemua bangsa jin yang ada di kawasan daerah Bukit Berduri ini untuk menghapuskan orang-orang beriman. Dengan ini aku akan bebaskan kau daripada kurungan jam yang buruk ini. Dengan syarat, kau harus mengikut perintah aku dengan menghapuskan semua ahli keluarga di dalam ini." Kata Jembalang dengan nada yang sinis sambil dia menggerakkan tangan kanannya kepada jam randik itu seolah-olah sedang menjampinya dan tiba-tiba sejenis asap hitam yang tebal pun terus keluar daripada jam randik emas tersebut lalu muncullah sejenis lembaga hitam betina yang berkepala anjing dan begitu tinggi sekali tubuh badannya sehingga mencecah siling rumah Makcik Siti tersebut. Itulah jin Lamashtu, jin yang berasal daripada zaman tamadun Mesopotamia.

"Gunakan sihir kau... Gunakan segala kekuatan kau dan hancurkan keluarga rumah ini. Pergi." Perintah Jembalang kepada Lamashtu. Jin Lamashtu yang mendengar perintahnya menderam kemarahan dengan nada suara yang garau seperti raksasa betina lalu dengan pantasnya dia terus berubah menjadi asap hitam dan kemudian terus masuk ke dalam tubuh Makcik Siti yang sedang tertidur itu sehingga menyebabkan Makcik Siti terus tersedar di dalam keadaan kerasukan.

"HRAAAAGH!!!" Makcik Siti yang telah kerasukan itu terus bangkit berdiri daripada katilnya sambil menjerit dengan kepalanya didongakkan ke atas dan nada suaranya pun terus berubah seratus peratud menjadi suara yang sama seperti nada suara jin Lamashtu yang garau itu tadi. Bukan suaranya sahaja yang berubah, malah gigi taringnya turut memanjang membentuk seperti gigi anjing yang tajam dan matanya pun turut berubah menjadi merah kehitaman.

Makcik Siti yang kerasukan itu meracau-racau seperti binatang yang gila di dalam rumahnya dan manakala Jembalang yang memerhatikannya itu hanya sekadar tersenyum sinis sambil melangkah berlalu pergi daripada rumah Makcik Siti itu.

__________________________________________

[Isa POV]

"Assalamualaikum. Makcik Siti! Oh Makcik Siti!" Jerit aku dengan memberi salam sambil memanggil Makcik Siti sebaik sahaja aku tiba di hadapan rumahnya. Senyap. Tak ada sebarang sahutan salam ataupun sebarang bunyi yang terhasil daripada dalam rumahnya yang menandakan bahawa ada orang di dalam rumahnya itu. Biarpun tiada sahutan ataupun sebarang bunyi, namun aku tahu ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku di dalam rumahnya ini.

Daripada luar bawah tangga rumahnya ini, aku dapat melihat bahawa pintu depan rumah Makcik Siti ini sedang terkunci daripada dalam. Jadi aku tak boleh nak masuk ke dalam melalui situ melainkan dengan cara memasuki ke dalam lubang dinding yang terhasil akibat hentaman tembus yang terhasil daripada campakan tubuh badan Aizat yang berlaku semasa kejadian aku dan Aizat cuba untuk meruqyahkan Aisyah yang kerasukan pada tempoh hari itu. Jadi tanpa melengahkan masa, dengan ucapan salam dan bismillah, aku pun terus menggunakan segala kudrat tenaga aku untuk memanjat dinding rumah Makcik Siti yang berlubang itu lalu melangkah masuk ke dalam sambil memerhatikan suasana keadaan di sekeliling aku ini.

"Makcik Siti? Makcik Siti? Makcik Siti ada kat sini ke?" Panggil aku dengan nada yang mendatar. Sama seperti tadi, senyap juga. Betullah sangkaan aku, memang betul ada sesuatu yang tak kena tengah berlaku dekat dalam rumah ni. Tambahan lagi daripada segala deria Kasyaf aku ni, aku dapat rasakan ada satu aura kejahatan yang sangat kuat tengah mempengaruhi suasana di dalam rumah ini. Dalam tak sedar, bulu roma tengkuk aku pun mula menegak dengan perlahan.

"Hmph! Hmph! Bau ni... Bau gasolin." Kata aku sendirian dengan nada yang berbisik apabila sesuatu bau yang menyengat seperti bau gas mula menusuk masuk ke dalam hidung. Aku cuba untuk mengesan daripada mana asal datangnya bau tersebut lalu aku terus mencarinya sehinggalah langkah aku tiba di dalam dapur rumah Makcik Siti. Sebaik sahaja tiba di situ, langkah aku terus terhenti dan mata aku terus terbeliak apabila melihat Makcik Siti sedang memeluk tong gas dapurnya yang sedang bocor mengeluarkan isi gasnya ke luar udara itu di tengah-tengah ruangan dapur tersebut.

"Ya Allah ya Tuhanku... MAKCIK SITI!!" Aku terus bergegas mendapatkannya lalu cuba untuk merampas tong gas tersebut namun gagal apabila tiba-tiba Makcik Siti mengamuk lalu menolak aku sehingga menyebabkan aku tercampak ke atas meja makan sehingga meja makan itu hancur berkecai akibat dihentam oleh tubuh badan aku.

"Aduh..." Aku mengaduh kesakitan seketika lalu terus bangkit berdiri sambil berhadapan dengan Makcik Siti yang nampak seperti sudah mula tidak waras itu. Kini sudah tahulah aku bahawa Makcik Siti sekarang ni telahpun kerasukan dengan jin yang agak ganas dan kini senjatanya adalah tong gas yang sedang membocorkan isi gasolinnya itu. Aku kena fikirkan sesuatu ni dan aku tak boleh bertindak terburu-buru. Kalau aku tersilap langkah, macam-macam perkara buruk boleh berlaku nanti Antaranya samada Makcik Siti akan terkena keracunan akibat lama sangat terdedah dengan gas tersebut ataupun tong gas tu akan meletup dan sekaligus boleh meragut nyawa kami berdua. Tak guna... Jin jenis apa pula yang merasuk Makcik Siti ni?!

"Hraaaagh!!!" Makcik Siti yang kerasukan itu menjerit sambil mengangkat tong gas yang dipeluknya itu tadi ke atas seperti seorang atlet angkat berat yang sedang mengangkat dumbbell ke atas lalu dia mula bertindak mahu membaling tong gas tersebut ke arah aku. Aku yang melihatnya bertindak dengan sedemikian rupa itu terus bertindak mengelak lalu terus menolak Makcik Siti yang kerasukan itu ke tepi apabila tong gas itu telahpun jatuh ke atas meja makan dapur yang sudah hancur akibat dihentam oleh tubuh badan aku itu tadi.

Mujurlah tong gas tersebut langsung tak meletup. Jika tidak, pasti nyawa kami berdua akan melayang dalam sekelip mata. Namun begitu, belum tiba masanya untuk aku berasa lega lagi kerana Makcik Siti yang aku telah selamatkan itu tadi masih lagi di dalam keadaan yang kerasukan dan aku langsung tak tahu jin jenis apakan yang merasukinya ini. Tapi dari segi bau aura tubuh badannya itu, aku macam dapat kenal tapi masih tak berapa nak cam sangat.

"Siapa kau? Kenapa kau ganggu orang tua tak berdosa ni?" Soal aku kepada Jin yang merasuki Makcik Siti itu dengan nada yang tegas.

"Aku... Lamashtu... Aku mahukan darah... Dan kehancuran orang-orang beriman!!" Balas Jin yang merasuki Makcik Siti itu dengan nada suara yang garau dan bergema. Aku yang mendengar nama jin tersebut terus tergamam seketika. Lamashtu? Bukankah jin tu sepatutnya ada kat dalam kotak kurungan di dalam bilik kelab Paranormal Cikgu Sulaiman? Macam mana jin yang datang daripada zaman Tamadun Mesopotamia tu boleh tersesat sampai ke sini? Jin yang aku jumpa ni jin Lamashtu yang lain ke atau jin Lamashtu yang sama yang pertama kali aku jumpa masa dekat dalam bilik kelab Paranormal hari tu? Kalau betul ianya jin yang sama, maknanya ada seseorang dah terlepaskan jin ni daripada kurungan yang sepatutnya!!

"Daripada mana kau datang?" Soal aku kepadanya lagi.

"Kau tak perlu tahu!!" Jerit Makcik Siti yang kerasukan itu lalu dia terus berlari keluar daripada dapur rumahnya itu dan kemudian langkahnya terus dibawa berlari menuju ke arah kawasan hutan belantara yang terletak di belakang rumahnya ini.

"Lamashtu!! Berhenti kau!!" Jerkah aku dengan nada suara yang lantang lalu terus mengejarnya daripada belakang. Mujurlah langkah larian Makcik Siti yang kerasukan itu tidak terlalu pantas, jadi senanglah sikit aku nak mengejarnya. Sebaik sahaja jarak aku semakin menghampirinya, aku terus menyepak kaki Makcik Siti yang kerasukan itu sehingga menyebabkan dia terus jatuh berguling ke atas tanah sebelum dia berhenti lalu berdiri berhadapan dengan aku.

"Hrrr..." Makcik Siti yang kerasukan itu mula menderam seperti yang anjing yang sedang kemarahan lalu kedua-dua tapak tangannya terus diletakkan ke atas permukaan tanah sambil kepalanya digeleng-gelengkan ke kiri kanan sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera purba yang ayatnya sedikitpun aku langsung tak faham. Aku yang melihat tingkah-lakunya itu hanya mampu mengucap panjang sahaja sambil memerhatikan keadaan sekeliling aku yang mula berangin dengan begitu kuat sekali. Dalam pada masa yang sama juga, tiba-tiba muncul sekumpulan anjing hutan yang banyak dan ganas datang daripada arah kanan aku dan juga sekumpulan ular tedung hitam yang besar datang daripada arah kiri aku. Apabila melihat keadaan yang mula berubah menjadi kritikal itu, aku terus mengucap panjang lalu membaca bismillah untuk memulakan bacaan ayat-ayat Ruqyah.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..."

*Surah Taha (Ayat 68-70)*

قُلْنَا لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الْأَعْلَى (68) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (69) فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّداً قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى (70)

Qulna la tahof innaka antal la'ala (68) Wa'alqi ma fi yaminika talqaf ma sana'u innama sana'u kidu sahirin wala yuflihul sahiru haisu atta (69) Fa'alqiyal saharotu sujjaddan qollu aamanna birabbi Haruna wa Musa (70)

Maksudnya:
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan peroleh kejayaan, walau di mana sahaja ia berada". (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutuskan Nabi Harun dan Nabi Musa".

Setelah aku membaca ayat tersebut dengan nada yang perlahan, aku terus meletakkan tapak tangan kanan aku di atas tanah tempat aku berdiri ini sambil mata aku merenung tajam ke arah sekeliling aku yang telah dikepung oleh sekumpulan binatang-binatang yang ganas itu.

"Wahai orang Kasyaf... Aku tahu apa kehendak engkau kemari dan aku tahu apa yang engkau mahukan. Oleh itu, aku akan hapuskan engkau hari ini juga. Samada engkau mati digigit anjing-anjing dalam keadaan yang penuh kotor dan jijik ataupun mati dipatuk ular-ular yang beracun dalam keadaan yang hina. HAHAHAHAHA!!!" Kata Makcik Siti yang kerasukan itu dengan nada yang sinis sambil ketawa jahat terbahak-bahak.

"Wahai jin laknatullah... Aku tak takut langsung dengan ancaman engkau tu kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama aku dan Dia akan sentiasa melindungi aku walau di mana sahaja aku berada. Selagi aku beriman maka selagi tu lah aku akan berada di bawah lindungan Dia!!" Balas aku panjang lebar dengan nada yang tegas.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..." Aku membaca ayat bismillah itu lagi dengan nada yang sedikit keras sambil tangan kanan aku mencengkam tanah. Makcik Siti yang kerasukan itu mula tak senang duduk apabila melihat aku mula mahu membacakan ayat-ayat Ruqyah lagi.

*Suraf Yunus (Ayat 81 - 84)*

فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (82) فَمَا آمَنَ لِمُوسَى إِلاَّ ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِ عَلَى خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الأَرْضِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ (83) وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ (84)

Falamal qolla Musa ma ji'tum bihil sihru innallaha sayubtiluh innallaha la yuslihu amalal mufsidin (81) Wayuhikullahul-haqqa bikalimatihi walaukorihal mujrimun (82) Fama aamana limusa illa zurrayyatun man qaumihi a'la khaufin man Firaunna wamala'ihim anyuftinahum wa'inna Firaunna la'alin fil'ardi wa'innahu laminnal musrifin (83) Waqolla Musa ya qaumi inna kuntum aamantum bilillahi fa'alaihi tawakalu inna kuntum muslimin (84)

Maksudnya:
Setelah mereka mencampakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

"HRAAAGH!!!" Makcik Siti yang kerasukan dan juga kesemua binatang yang mengepung aku itu terus menjerit dan melolong kesakitan sebaik sahaja aku selesai membaca ayat tersebut.

"Allahuakbar!!" Aku mengambil segenggam tanah yang aku cengkam dengan tangan kanan aku ni tadi lalu dengan sekali laungan takbir, aku terus membaling serbuk-serbuk tanah yang aku ambil itu tadi ke arah Makcik Siti yang kerasukan itu dan juga binatang-binatang yang lain. Segala binatang yang datang mengepung aku itu tadi terus melarikan diri mereka lalu terus hilang daripada pandangan apabila terkena serbuk tanah tersebut dan manakala Makcik Siti yang kerasukan itu pula terus rebah kaku jatuh ke atas tanah seperti nangka busuk yang jatuh ke tanah. Walaupun dia jatuh ke atas tanah sebegitu rupa, namun jin Lamashtu yang merasukinya itu masih lagi berdegil tidak mahu keluar daripada dalam tubuh badannya. Melihatkan keadaan yang sebegitu rupa, aku terus melangkah menghampiri ke arah Makcik Siti yang kerasukan itu lalu dengan bacaan bismillahirahmannirrahim, aku terus meletakkan 2 jari kanan aku di dahinya sebagai pengunci pergerakan bagi jin Lamashtu yang sedang merasukinya itu.

"Wahai jin laknatullah... Aku tahu asal-usul kau daripada mana dan aku tahu kau datang daripada mana. Jadi bagitahu aku sekarang, siapa yang lepaskan kau daripada kurungan dan atas perintah siapa kau buat semua ni?" Soal aku kepada jin Lamashtu yang merasuki Makcik Siti itu dengan nada yang tegas.

"Kau tak perlu tahu siapa yang perintah aku! Apa yang kau patut tahu adalah... 'Kami' musuh ketat Islam, mahu engkau dan semua orang beriman mati di dalam arus dosa. HAHAHAHAHA!!!" Balas jin Lamashtu yang merasuki Makcik Siti itu dengan ketawa jahat yang terbahak-bahak sambil badannya meronta-ronta minta dilepaskan. Aku yang mendengar jawapannya itu berdecit marah seketika lalu terus membaca bismillah untuk meruqyahkannya lagi.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..."

*Surah Al-Baqarah (Ayat 102)*

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ (102)

Wattaba'u ma tatalul syayatinu a'la mulki Sulaiman wama kafaro Sulaimanu walakinul syaitina kafaruwa yu'allamunal nasal sahro wama anzilla a'lal malakaini bibabil Harut wa Marut wama yu'lamun min ahaddin hatta yaqula in'nama nahnu fitnahu fala takfur fayata'lamun minhu ma yufraqun bihi binnal mur'i wazaujihi wamahum bidhoo rina bihi min ahaddin illa ba'iznil lillahi wayata'lamun ma yadhuruhum wala yanfu'uhum walaqod a'limulma nishtarohu ma lahu fil akhiroti min kholaqin walabi'sa ma syarau bihi anfusihim laukanu ya'lamun (102)

Maksudnya:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: ''Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.''

"HRAAAGH!!!" Makcik Siti yang kerasukan itu menjerit sambil meronta kemarahan lalu dia terus mencekik aku dan kemudian terus mencampak aku jauh ke belakang sehingga terlanggar pada sebuah sebatang pokok balak yang besar.

"Pfft... Allah..." Segala urat saraf yang ada di dalam segala anggota tubuh badan aku ni kesemuanya terasa sakit yang begitu teruk sekali sehingga menyebabkan aku termuntah darah seketika.

"Hahahahaha!! HAHAHAHAHA!!!" Makcik Siti yang kerasukan itu mula ketawa jahat terbahak-bahak seketika sebelum dia mula melangkah ke arah aku dengan senyuman yang sinis. Aku yang melihat dia semakin menghampiri ke arah aku itu terus bangkit perlahan-lahan sambil membaca selawat untuk perlindungan diri. Makcik Siti yang mendengar aku berselawat itu mula menjerit kemarahan dengan suara jeritannya yang bagaikan suara raksasa betina itu lalu dia terus mengutip sebatang ranting kayu besar yang berada di atas tanah dan kemudian dia terus memecut ke arah aku dengan bertindak seperti mahu menyerang aku dengan menggunakan batang ranting kayu besar tersebut. Sebaik sahaja dia cuba untuk menyerang aku, aku terus mengelak serangannya itu lalu berdiri di belakangnya sambil menghalakan tapak tangan kanan aku ke arahnya.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim!!" Aku membaca bismillah dengan nada yang kuat dan tegas.

*Surah An-Nahl (Ayat 99 - 100)*

إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (99) إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُم بِهِ مُشْرِكُونَ (100)

Innahu laysalahu sulthannun a'lallazinna aamanu wa a'la robbihim yatawakalun (99) Innama sulthanuhu a'lallazinna yatawalaunahu wallazinnahum bihi musyrikun (100)

Maksudnya:
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

"AAAAAAARGH!!!" Makcik Siti yang kerasukan itu terus menjerit kesakitan sambil batang ranting kayu yang dipegangnya itu tadi terlepas daripada tangannya lalu dia terus mencengkam rambutnya yang panjang berserabut itu dengan tangannya sambil menahan pedih kesakitan kerana tak mampu nak lawan kekuatan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh aku itu.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!! AHAHAHAHAHAHAHAHAHA!! AKU TAKKAN KELUAR DARIPADA JASAD PEREMPUAN TUA TERKUTUK NI!! KALAU KAU NAK AKU KELUAR SEKALIPUN, KAU HARUS BUNUH DIA DAHULU. HAHAHAHAHAHA!!!" Kata Makcik Siti yang kerasukan itu dengan nada yang lantang sambil ketawa jahat terbahak-bahak.

"Jangan kau berdegil wahai jin laknatullah!! KELUAR KAU SEKARANG!!!" Perintah aku kepadanya dengan nada yang tegas.

"AKU TAKKAN KELUAR!!!" Jerit Makcik Siti yang kerasukan itu sambil tangannya menepuk-nepuk pada permukaan tanah dengan kuat sehingga menyebabkan beberapa ekor ular sawa hitam mula keluar daripada tanah tersebut lalu bergerak menuju ke arah aku dengan begitu pantas sekali.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim!'' Aku membaca bismillah dengan nada yang perlahan dan tegas sambil tapak tangan kiri aku dihalakan ke arah ular-ular sawa hitam tersebut.

*Surah Al-A'raaf (Ayat 117 - 123)*

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ(117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118) فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (122) قَالَ فِرْعَوْنُ آمَنتُم بِهِ قَبْلَ أَن آذَنَ لَكُمْ إِنَّ هَـذَا لَمَكْرٌ مَّكَرْتُمُوهُ فِي الْمَدِينَةِ لِتُخْرِجُواْ مِنْهَا أَهْلَهَا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (123)

Wa'auhaina illa Musa an alqi a'soko fai'za hiya talqafu ma ya'fikun (117) Fawaqo'al haqqu wabatallan ma kannu ya'malun (118) Fadholibu hunalika wanqollabu soghirin (119) Wa'alqiyal sahorotu sajidin (120) Qollu aamanu biribbal a'lamin (121) Robba Musa wa Harun (122) Qolla Firaunna aamantum bihi qobla inna aazanal lakum inna hazal makron makartumuhu fil madinati litukhriju minha ahlaha fasaufa ta'lamun (123)

Maksudnya:
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun". Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatnya).

"ALLAHUAKBAR!!!" Dengan sekali laungan takbir, aku terus menepuk permukaan tanah dengan menggunakan tapak tangan kiri aku itu lalu ular-ular sawa hitam yang mahu datang ke arah aku itu tadi puj terus berundur lalu menghilangkan diri mereka daripada sebalik semak-samun yang tebal. Makcik Siti yang kerasukan itu pula semakin kuat jeritan marahnya apabila sihir yang digunakannya untuk menyerang aku itu langsung tidak berkesan.

''Sekarang... Giliran kau pula!A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim!'' Kata aku sambil merenung tajam ke arah jin Lamashtu yang sedang merasuki Makcik Siti itu lalu terus membaca bismillah dengan nada yang tegas.

"Kau nak serang aku lagi? JANGAN HARAP!!! HRAAAGH!!!" Makcik Siti yang kerasukan itu terus bertindak menerkam aku sehingga menyebabkan kami berdua terjatuh ke atas tanah lalu dia terus mencekik leher aku dengan cengkaman yang begitu kuat sekali. Disebabkan aku telah dicekik, aku tak mampu nak sambung bacaan ayat-ayat Ruqyah aku itu tadi dan kini aku hanya mampu bertindak untuk menarik tangannya yang sedang mencekik leher aku ini sahaja supaya aku dapat bernafas dengan mudah namun tindakan aku tu sia-sia kerana cengkamannya itu semakin kuat dan ketat. Apabila melihat perkara yang sebegini berlaku terhadap aku, aku dah mula nak pasrah namun niat aku itu terus terbatal apabila aku terlihat cincin hitam pemberian Dina yang aku bawa daripada rumah itu tadi tercicir di atas tanah yang berada di sebelah aku pada ketika ini. Tanpa melengahkan masa, aku terus mengambil cincin tersebut lalu terus memakainya di bahagian jari manis tangan kanan aku.

Shuff!!!

"AARGH!!!" Makcik Siti yang kerasukan itu terus menjerit kesakitan lalu melepaskan cengkamannya pada leher aku itu apabila cincin yang aku pakai itu mengeluarkan satu kilauan cahaya merah delima yang sangat terang sehingga menyebabkan mata aku terasa silau dan berpinar seketika selepas terpandang pada kilauannya. Sebaik sahaja tangan Makcik Siti yang kerasukan itu terlepas daripada mencengkam leher aku ni, aku terus bangkit berdiri sambil menghalakan cincin aku yang bercahaya itu ke arahnya dan dia pun menjerit kesakitan sambil melangkah berundur daripada aku.

"Baiklah... Aku dah faham. Nampaknya inilah kelebihan cincin batu serai wangi, cincin yang boleh melawan sihir jin dan juga boleh digunakan untuk menangkap jin!" Kata aku di dalam hati dengan penuh keyakinan.

"Pergi kau!! Pergi!!!" Halau Makcik Siti yang kerasukan itu dengan nada yang marah.

"Aku takkan pergi selagi kau tak keluar daripada tubuh badan dia!! A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Balas aku dengan nada yang tegas lalu terus membaca bismillah untuk memulakan sesi 'serangan terakhir' aku.

*Surah Al-Baqarah (Ayat 255) | Ayatul Kursi*

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255)

Allahula illaha illa huwal hayul qayyum lata'khuzuhu sinatun wala na'um lahuma fil samawati wama fil'ard man zallazi yashfau' indahu illa bi'iznih ya'lamuma bayna aidihim wama kholfahum wala yuhituna bisyai'in min ilmihi illa bima sha' wasi'a kursiyuhul samawati wal'ard wala yauwuduhu hifzuhuma wahuwal a'liyul aziim (255)

Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

"HRAAAAAAGH!!!" Makcik Siti menjerit dengan lebih kuat lagi apabila aku membaca ayat tersebut.

"HAHAHAHAHA!!! Walaupun kau berjaya tumpaskan aku, tapi kau harus ingat! Ancaman kami takkan berhenti sampai di sini kerana kau harus tahu bahawasanya kami bangsa jin lebih gagah dan perkasa daripada kau, wahai manusia yang lemah!!" Kata Makcik Siti yang kerasukan itu dengan nasa yang lantang dan angkuh. Aku yang mendengar dia berkata sedemikian terus memegang mukanya dengan tangan kanan aku yang bercincin dan sebaik sahaja mukanya dipegang oleh aku, Makcik Siti yang kerasukan itu terus menjerit kesakitan sambil kepalanya didongakkan ke atas langit.

"Inna waliyyallahullazi nazzalal kitaba wahuwa yatawallal salihin...
("Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan.")" Balas aku dengan memetik potongan ayat daripada Surah Al-A'raaf (Ayat 196) lalu aku terus menarik mukanya sehingga jatuh terbaring ke atas tanah.

"AAAARGH!!" Makcik Siti yang kerasukan itu menjerit kesakitan lagi dengan nada yang kuat dan semakin lemah apabila aku dapat rasakan aura jin Lamashtu yang merasukinya itu mula diserap masuk ke dalam cincin yang dipakai oleh aku itu.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..."

*Surah Al-Jin (Ayat 14 - 15)*

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُوْلَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَداً (14) وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَباً (15)

Wa'inna minnal muslimuna waminnal qasitun faman aslama fa'ulaika tahrrau rashada (14) Wa'immal qasituna fakanu lijahannama hataba (15)

Maksudnya:
''Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.''

"AAAAAARGH!!!"

"ALLAHUAKBAR!!!" Dengan sekali laungan takbir, aku terus menarik jin Lamashtu yang merasuki Makcik Siti itu keluar terus daripada tubuh badannya itu lalu jin tersebut terus hilang diserap masuk ke dalam cincin batu yang dipakai oleh aku itu. Setelah semuanya selesai, aku terus terduduk kepenatan di sebelah Makcik Siti yang sudah pengsan tak sedarkan diri itu lalu terus mencabut cincin batu yang dipakai oleh aku itu daripada jari manis aku sebelum aku menyimpannya semula ke dalam poket seluar aku. Bukan aku tak nak pakai langsung cincin tu tapi setelah aku berjaya menyerap masuk jin Lamashtu tadi tu ke dalam cincin batu aku ni tadi, cincin batu aku tu terus jadi panas macam cawan besi yang penuh dengan air panas.

Sekarang, semuanya dah selesai. Namun masih ada lagi sesuatu yang perlu aku buat untuk sempurnakan janji aku pada Aisyah. Disebabkan kes ni dah semakin teruk, nampaknya aku kena tunaikan janjikan aku pada Aisyah tu hari ni juga.

__________________________________________

[Skip Time]

Aku memapah bahu Makcik Siti yang pengsan itu dengan membawanya berjalan dengan perlahan-lahan menuju pulang ke rumahnya semula. Sebaik sahaja tiba di situ, aku terus mendudukkannya di tepi dinding luar rumahnya lalu aku terus melangkah masuk ke dalam dapur rumahnya itu sambil menutup hidung dengan tangan untuk menutup semula tong gas yang bocor di dalam ruangan dapurnya itu. Setelah selesai menutupnya, aku terus memapah Makcik Siti yang aku dudukkan di luar rumahnya itu semula lalu terus membawanya masuk ke dalam rumahnya. Setelah masuk ke dalamnya, aku membawanya berjalan ke bilik tidurnya lalu terus membaringkannya di atas katil bilik tidurnya itu. Selepas melakukan perkara itu, aku melangkah menuju ke bahagian ruang tamu rumahnya lalu terduduk di atas kerusi sofanya seketika bagi menghilangkan rasa letih dan sakit yang dialami pada tubuh badan aku ini.

"Assalamualaikum!!" Entah datang daripada mana, tiba-tiba aku terdengar ada suara orang lelaki memberi salam daripada luar rumah Makcik Siti itu.

"Waalaikumusalam." Sahut aku dengan menjawab salamnya itu lalu aku terus membuka pintu rumah Makcik Siti yang terkunci daripada dalam rumah itu dan kemudian melihat siapakah gerangan lelaki yang datang memberi salam itu.

"Eh, Isa? Apa kamu buat kat sini?" Soal Pak Umar dengan nada separa terkejut. Ya, dialah orang yang datang memberikan salam itu tadi.

"Ouh Pak Umar... Masuklah dulu. Panjang ceritanya ni, kita cerita kat dalam." Balas aku sambil menjemputnya masuk ke dalam rumah dengan nada yang sedikit kepenatan.

"Kamu okey ke tak ni? Ada apa-apa yang dah jadi ke ni?" Soal Pak Umar kepada aku sambil dia melangkah masuk ke dalam rumah Makcik Siti.

"Saya okey je. Pak Umar datang ke sini ada apa?" Balas aku lalu menyoal kepadanya semula.

"Pukul 3 petang tadi, Makcik Siti ada call pakcik. Katanya nak suruh pakcik hantarkan dia pergi ke hospital balik kejap lagi sebab dia nak jagakan si Aisyah tu. Tapi bila pakcik baru sampai ke sini je tadi, tau-tau ada kamu kat sini sekali. Kamu buat apa kat sini?" Balas Pak Umar dengan panjang lebar lalu dia menyoal aku semula.

"Hmm... Duduk dulu." Kata aku sambil menjemputnya untuk duduk di atas kerusi sofa. Setelah kami berdua melabuhkan diri di atas tempat duduk masing-masing, aku pun terus memulakan cerita daripada saat ketika aku datang ke sini sehinggalah saat apabila Pak Umar datang memberi salam itu tadi.

"Ha macam tu lah ceritanya..." Kata aku dengan mengakhiri penceritaan aku kepadanya.

"Ouh... Macam tu..." Balas Pak Umar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda faham.

"Haih... Pak Umar, nanti Pak Umar tolong bawakan Makcik Siti tu pergi ke hospital secepat mungkin boleh? Dapatkan rawatan untuk dia dan jangan bagitahu dekat Aisyah selagi saya tak suruh. Boleh?" Pinta aku kepadanya.

"Kenapa?" Soal Pak Umar dengan kerutan dahi.

"Masa Makcik Siti kena rasuk tadi kan dia ada terdedah dengan gas tong gas kat dapur tu, jadi saya risau takut disebabkan terdedah lama sangat dengan gas dapur tu boleh bagi kesan yang memudaratkan dekat Makcik Siti tu. Jadi saya nak, Pak Umar tolonglah hantarkan Makcik Siti tu untuk dirawat secepat mungkin eh." Balas aku dengan panjang lebar.

"Habis tu, kamu pula macam mana?" Soal Pak Umar kepada aku lagi.

"Hmm... Saya ada sesuatu yang patut dibuat kejap lagi. Jadi, Pak Umar tak perlulah risaukan pasal saya eh?" Balas aku dengan nada yang mendatar.

"Sesuatu yang patut dibuat? Maksud kamu?" Soalnya kepada aku lagi.

"Hmm macam ni... Penderitaan keluarga Makcik Siti takkan tamat selagi saya tak jumpa punca penyebab utamanya. Menurut daripada apa yang Aisyah pernah ceritakan dekat saya, rumah dia ni dah disihir oleh seseorang yang pernah sukakan dekat dia tu tapi orang tu dah ditolak disebabkan Makcik Siti dan Aisyah tak sukakan orang tu. Katanya, orang tu pengamal ilmu hitam yang kuat." Balas aku dengan panjang lebar.

"Masyaallah... Habis tu, kamu nak buat apa? Kamu nak selesaikan semua tu hari ni juga? Eh jangan Isa... Bahaya tu." Kata Pak Umar dengan nada yang bimbang.

"Bahaya atau tak, saya kena juga. Ini adalah janji saya pada Aisyah, saya akan tolong tamatkan semua ni dengan secepat mungkin. Tapi kalau bukan hari ni, mungkin hari lain. Kalau bukan saya seorang, mungkin dengan Cikgu Sulaiman sekali yang akan terbabit sekali sebab dia adalah bapa saudara Aisyah. Paksu dia sendiri. Walau apa-apa yang terjadi sekalipun, semua ni mesti ditamatkan juga." Balas aku dengan panjang lebar.

"Tapi kamu tahu ke siapa yang buat semua ni? Kamu kenal ke siapa orangnya tu?" Soal Pak Umar kepada aku lagi. Aku menggelengkan kepala.

"Saya tak kenal dia tapi saya tahu siapa dia dan saya yakin dia ada dekat dalam kawasan sekitar perkampungan Bukit Berduri ni. Saya akan tamatkan sumpahan dan hapuskan sihir yang dah dihantar ke rumah Aisyah ni hari ni juga. Kalau boleh, dengan izin Allah saya nak sebelum malam ni juga saya nak selesaikannya." Balas aku dengan panjang lebar lagi. Mendengarkan jawapan aku yang bernada serius itu, Pak Umar mengeluh perlahan seketika.

"Hmm... Kamu betul-betul dah bersedia ke untuk buat semua tu, Isa?" Soal Pak Umar kepada aku lagi dengan nada yang lebih serius. Aku terdiam seketika lalu mengeluarkan sebentuk cincin batu serai wangi yang pakai semasa nak lawan jin Lamashtu itu tadi lalu menatap ke arahnya seketika.

"Pada mulanya... Saya masih belum bersedia lagi. Tapi dengan adanya cincin ni, Insyaallah saya yakin saya yang saya boleh buat semua tu." Balas aku dengan nada yang serius dan yakin sambil menggenggam cincin hitam tersebut.

"Kalau macam tu, pukul berapa kamu nak pergi tu nanti?" Soal Pak Umar kepada aku. Aku terdiam seketika sambil memikirkan sesuatu lalu aku menoleh ke arahnya seketika.

"Saya akan mula bertindak lepas Pak Umar dah hantar Makcik Siti pergi ke hospital nanti dan saya akan tamatkan semua ni sebelum tibanya waktu Maghrib nanti. Insyaallah, dengan izin Allah... Saya akan tamatkan semuanya malam ni juga." Balas aku dengan panjang lebar lalu terus memakai cincin batu serai wangi yang berwarna merah delima tersebut di bahagian jari manis aku.

"Fisabilillah..."

[Bersambung]

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

128K 8K 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau...
37.1K 716 99
Himpunan kisah seram seluruh malaysia
31K 810 22
TOLONG AKU ! AKU DICULIK ! AKU TAK TAHAN LAGI ! AKU DISEKSA ! AKU TAK SUCI LAGI ! AKU JADI BAHAN PEMUAS NAFSU DIA ! AKU DAH SERIK ! AKU BENCI DIA ! D...
60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...