My Princess

By Nuru1_1man

478K 13.7K 335

Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
hai πŸ‘‹
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61 ( SPECIAL PART )
BAB 62 ( SPECIAL PART )
BAB 63 ( SPECIAL PART )
BAB 64 ( SPECIAL PART )
BAB 65 ( SPECIAL PART )
NEW STORY‼️

BAB 30

6.8K 185 4
By Nuru1_1man

Luth Zafran memandang Aisyah yang sibuk menolong membakar ayam itu. Sejak dia nampak Aisyah dengan Afif berduaan hatinya tiba-tiba sakit. Entah kenapa. Dia rasa tak senang tak sedap hati.

"awak.. " panggilan suraya menyentakkannya. Dia tersenyum sebelum menjongket Kening.

"awak tengah tengo apa tu?" tanya Suraya. Luth Zafran mengeleng kepala.

"nothing. Dah okey kepala tu. Sakit lagi tak?" tanyanya prihatin. Suraya mengeleng.

"awak nak saya tolong ke?" soalnya melihat Luth Zafran yang sibuk memotong isi ayam itu.

"it's sokay. Sikit je lagi ni."

"betul ni?" tanya Suraya lagi meminta kepastian. Luth Zafran sekali lagi mengangguk.

"okeylah, saya tolong Aisyah kejap" ujar Suraya meminta diri. Luth Zafran hanya tersenyum membalas kata-kata Suraya. Fikirannya kini hanya memikirkan tentang Aisyah dan Afif saja.

"kau dah kenapa geleng-geleng kepala?" Afif menepuk perlahah bahu Luth Zafran.

"tak ada apa. Saja nak regangkan otot" jawab Luth Zafran bersahaja.

Afif menarik kerusi di sebelah Luth Zafran sebelum melabuhkan punggung di kerusi tersebut.

"kau cakap apa kat Aisyah tadi?" tanpa membuang masa Luth Zafran terus menyoal. Hatinya meronta-ronta mahu tahu. Afif berkerut dahi sebelum tersenyum sedikit.

"Saja je. Nak ngurat.." jawabnya selamaba. Tajam Luth Zafran memandangnya namun di buat tidak tahu saja.

"kau biar betul. Bini aku tu. Kau carilah perempuan lain jangan nak ambil bini aku." ujarnya tidak berpuas hati. Afif tertawa kecil. Jelas di raut Luth Zafran yang sedang menahan cemburu.

"bukan kau tak suka dia ke?" soalnya sengaja mahu bermain dengan api.

"siapa cakap?"

"akulah cakap.. "

Luth Zafran merengus kasar. Di biarkan sepi saja kata-kata Afif itu tanoa niat mahu membalas. Dia mula memberi tumpuan kepada kerjanya.

"aku gurau jelah. Janganlah tunjuk sangat muka beruk kau tu.. " sindir Afif tanpa rasa bersalah.

"kau samakan aku dengan beruk?" kata Luth Zafran menahan geram.

"salah ke? Dah memang faktakan.." balasnya berani.

"habis kau ingat muka tu handsome sangatlah" perli Luth Zafran.

"mestilah.. " riak Afif mengaku. Luth Zafran mencebik.

"dahlah.. Aku ada kerja nak buat lagi.. " Kata Afif sebelum berlalu pergi meninggalkan Luth Zafran.

Selesai saja mencuci ayam yang sudah di potongnya itu. Luth Zafran menbasuh ayam itu sebelum membawa ke tempat pembakaran. Dia mendekati Suraya yang duduk berhadapan dengan Aisyah.

"kenapa tangan tu?" tanya nya prihatin.

"Kena api tadi. Sikit je ni" jawab Suraya. Luth Zafran dengan cepat terus menarik tangan Suraya.

"sakit lagi tak?" di tiup lembut tangan Suraya yang jelas kemerahan itu. Sesekali dia mengusap lembut. Bagaikan lupa siapa yang berada di hadapannya kini.

Aisyah merengus kasar. Suraya yang sedar ketidak sukaan Aisyah itu pantas menarik tangannya kembali.

"terima kasih.." katanya perlahan. Luth Zafran menangguk. Bukannya dia tak perasaan yang Aisyah sejak tadi lagi menjeling-jeling ke arahnya.






🌹🌹🌹🌹🌹







Luth Zafran merengus kasar. Pegangan Aisyah di tepis kasar sebelum merenung tajam.

"kau dah kenapa?" tanyanya dengan suara serak. Aisyah mengebam bibir.

"abang kenapa? Sejak tadi lagi tak nak cakap dengan Aisyag ni kenapa?" tanya. Dari  tadi lagi dia cuba membawa suaminya bercerita namun langsung tidak di layan. Nak pandang pun tak nak.

"aku tak ada apa nak cakap. Boleh tak kau berambus.. " usirnya.

"abang ni kan.. Mentang-mentanglah ada kak su.. Abang lupakan Aisyah ye.. " katanya sedikit kecewa. Dia memandang tajam wajah Luth Zafran.

"kau merepek apa ni?" soalnya. Dia bercekak pinggang melawan pandangan Luth Zafran.

"pura-pura tak tahu pula ye.. " perli Aisyah. Nasib baiklah hanya mereka berdua saja yang tinggal. Yang lain semua masih lagi sibuk menyediakan makanan untuk makan malam.

"dahlah.. Aku malas nak layan perangai kau ni!" baru saja dia mahu berlalu pergi. Jeritan Aisyah menyentakkanya.

"abang dah tak cintakan Aisyah ke? Abang dah tak sayang Aisyah?"tanyanya dengan suara serak. Luth Zafran menoleh ke belakang.

"bila masa aku cakap aku cintakan kau? Ada ke aku cakap sayangkan kau?" tanpa rasa bersalah dia bersuara. Entahlah kenapa egonya terasa tercabar setelah melihat Aisyah dan Afif berdua-duan tadi petang.

"abang... " air mata yang sedari tadi di tahan akhirnya jatuh menitik. Terkedu dia dengan soalan Luth Zafran itu.

"habis tu selama ni abang tak pernah Sayang Aisyah ke?" sekali lagi dia bertanya dengan harapan.

Luth Zafran tertawa sinis sebelum beredar meninggalkan Aisyah sendirian.

Dia berjalan dengan pantas. Namun langkahnya terhenti tatkala melihat Afif di hadapannya.

"macam tu sekali tingginya ego kau kan?" sindir Afif. Tangan di genggam bagaikan menahan marah.

"kau dah kenapa ni?" berkerut dahi Luth Zafran. Tiba-tiba je cakap macam tu. Siapa je tak hairan.

"kau tu yang kenapa?" dengan sekali tumbukan kepala Luth Zafran terteleng ke kanan. Nafasnya turun naik.

"kau dah kenapa tiba-tiba tumbuk aku bodo" jerkahnya. Afif tertawa kecil.

"sampai hati kau kan cakap macam tu kat isteri kau.. " Luth Zafran tergamam sendiri. Maknanya Afif mendengarlah pertengkaran dia dan Aisyah.

"kenapa kau nak marah pula? Bukan urusan kau pun. Ke kau suka kat dia?" tanyanya dengan senyuman sinis. Kedua tangannya di masukkan ke dalam poket.

"kau langsung tak reti nak hargai seseorang kan? Kau ni jenis suami apa erkk? Dahlah curang dengan isteri. Lepas tu kau langsung tak jaga perasaan Aisyah.. " marah Afif.

"well.. Macam aku cakap tadi tu bukan urusan kau..  " katanya selamba.

"kau sebenarnya sukakan dia kan. Kalau kau nak dia kau boleh je ambil. Aku bagi percuma" bisiknya di tepi telinga Afif sebelum dengan sengaja melanggar bahu Afif.

"aku tak bodoh lagilah nak suka isteri member sendiri" balas Afif. Luth Zafran terhenti sebelum kembali menoleh belakang.

"sorry.. Member? Mulai sekarang aku tak ada member bernama Afif lagi" kata Luth Zafran. Afif langsung tidak terkejut dengan kata-kata Luth Zafran.

"okey.. Aku pun tak nak ada kawan macam kau ni" ujarnya.

"tapi kau jangan menyesal pula bila Aisyah dah tawar hati nanti. Aku harap masa tu kau tak akan nak meraung lah.. " kali ini Afif pula berbisik di telinga Luth Zafran. Sempat dia menepuk bahu Luth Zafran sebelum berlalu pergi.

Luth Zafran menggengam penumbuk. Rahanya bergerak-gerak. Egonya semakin tercabar dengan kata-kata sinis Afif tadi.









Apa dah jadi dengan Luth Zafran dengan Aisyah ni? 🙄😑

Apa pun jangan lupa vote ye guys 😘

Bye ❤

Continue Reading

You'll Also Like

358K 15.3K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
151K 4.5K 54
[ FIRST ROMANCE SERIES ] SEBELUM BACA FOLLOW DULU AMARAN : 100% FIKSI : PENULISAN YANG MASIH BANYAK KESALAHA...