Di Bawah Langit Biru (SUDAH T...

By broleecomel

96.1K 5.2K 1.5K

Setiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yan... More

Part 1 Mendung : 1-rain on us
2-trial and error
3-sunway lagoon express
4-birthday tucenk
5- ayam pak mail
6- hutang jodoh
7- series of unfortunate events
8-series of... unfortunate events?
9-suasana penyebab diabetes
☁️LANGIT BIRU DITERBITKAN ☁️

10-keluarga

3.5K 462 70
By broleecomel

Untuk menjaga adab dan air muka nenek Mikaeyl yang membesarkan dia dulu, Mikaeyl dengan sopannya membasuhkan segala pinggan yang sepatutnya Haikal yang basuh. Lelaki itu terpaksa meninggalkan Mikaeyl sebab nak membuang hajat di tandas. Entah betul nak buang hajat atau nak elak basuh pinggan sahaja sebenarnya dia tu.

Sesekali Mikaeyl tersengih sendiri teringat wajah Aniesha tadi. Muka dia waktu kena tangkap merenung orang, dah macam muka anak kucing kantoi mencuri ikan!

Siapa sangka harinya yang malang akan berakhir sebegini?

Selesai semua pinggan dicuci, Mikaeyl membasuh tangan dengan sabun lalu tangannya yang basah dilap dengan tisu. Telefon bimbit Mikaeyl bergetar, menandakan ada notifikasi baharu. Dia pantas mengeluarkan telefon bimbit dia dari poket.

Mesej dari Aniesha baru sahaja diterima.

+hi mika. i ada bungkuskan pau kukus untuk u. nanti keluar amik boleh? and... u nak tgk kucing haikal kat sangkar tak? i boleh teman kalau u nak.

-Hi eisha! Oh ada kucing lagi ya kat sangkar luar? Okay. Sekejap lagi I keluar hehe

Pergh! Mikaeyl rasa macam nak tercabut jantung dengan hanya membayangkan Eisha menemani dia untuk melihat kucing-kucing Haikal di luar.

Tapi mungkin harus diambil peluang ini untuk mengenali wanita itu dengan lebih mendalam.

Mikaeyl terus melangkah ke ruang tamu. Dia sempat berhenti di hadapan cermin yang tergantung di dinding kelabu rumah Haikal. Wajah dibelek. Rambut dibetulkan sedikit. Okey, you look okay. Walau tak ada la kacak dan sedikit serabai, tapi rasanya... Eisha tak beri reaksi buruk saat melihat dia tadi. Mungkin Aniesha tak melihat Mikaeyl sebagaimana Mikaeyl melihat dirinya?

Mungkin.

Kalau tak, mesti dia takkan tersenyum-senyum seperti Mikaeyl juga. Dengan hanya memikirkan senyuman Aniesha, dia sama berjangkit dan tersenyum sendiri.

Mikaeyl melangkah keluar. Apa yang dia lihat ialah Eisha yang sedang menunggu lelaki itu dengan setia di bawah bulan, membelakangi pintu rumah Haikal. Saat deria pendengaran Aniesha menangkap bunyi selipar bergesel disarung Mikaeyl, dia mengalihkan badan memandang lelaki itu.

Jantung terus berdebar makin rancak. Lagi-lagi selepas melihat senyuman Eisha makin melebar melihat Mikaeyl. Wanita itu memang cantik, dia mempunyai kulit kuning langsat yang bersih serta mata yang panjang ke belakang, seperti mata anak kucing. Orang putih panggil fox eyes. Di bawah mata kiri dia, terdapat tahi lalat kecil. Kening wanita itu lebat dan bibir dia cantik lagi-lagi bila dia tersenyum, bibirnya akan menipis dan menambah seri di wajah dia. Wanita itu mempunyai gigi yang bertaring, menambah kecomelan pada dirinya.

Jadi setiap kali dia tersenyum, Mikaeyl yang melihat rasa seperti dunia terhenti. Ditambah lagi bila matanya hilang bertukar menjadi eye smile dan kulit di bawah mata dia berkedut dan muncullah tiga garis seperti misai kucing.

Eisha memerhatikan lelaki itu untuk seketika. Mikaeyl cuma menyarung t-shirt putih dan sweat pant Haikal, walau kelihatan ringkas namun tetap nampak segak. Rambut dia yang jatuh ke bawah, membuatkan muka Mikaeyl nampak muda daripada umur sebenar dia.

"Hai." Mikaeyl tegur perlahan, senyuman segan diperhati Eisha muncul.

"Hai." Eisha menjawab sopan. Jantung nak terkeluar. Dia baru sahaja sebut hai Aniesha, belum ajak kahwin lagi. Jangan berdebar tak tentu pasal!

Mereka berdua hanya berdiri di bawah bulan untuk seketika sambil memerhatikan diri masing-masing. Ah, canggungnya. Bisik hati Mikaeyl.

"So...." Mikaeyl berbicara perlahan.

"Yeah. Kinda awkward, right?" Tanpa berlapik, Eisha terus mengucapkan kerisauan yang dirasakan oleh mereka berdua.

Mikaeyl tak tahu kenapa tapi terasa lucu pula, betul jujur dia ni. "Ya, awkward la juga." Dia memandang bawah sambil mengusap belakang leher, memandang kaki yang tersarung selipar Haikal yang rupa macam baru lepas kena gigit anjing.

"I nervous sebenarnya." Mikaeyl menyebut perlahan.

Eisha tergelak kecil. "Faham. Tapi tak perlu la you rasa macam tu sebab... I je pun. Bukan siapa-siapa. Kita tengok kucing Haikal dan borak-borak jom?"

Mikaeyl tersenyum sekali, berjangkit dengan senyuman Eisha. Senyuman lebar Eisha membuatkan Mikaeyl sedikit tenang. Logik ke orang ada senyuman secantik ni? Wajah manis wanita itu jadi seganda lebih manis bila dia tersenyum begitu.

Mata Mikaeyl menyorot ke arah bekas makanan di tangan Eisha. "Meh. I pegangkan." Dia menunding jari ke arah bekas tersebut.

"Oh!" Aniesha menghulurkan bekas tersebut. Terlupa niat asal nak berjumpa Mikaeyl tadi.

"Jom."

"Jom."

Eisha mula melangkah ke bahagian tepi rumah Haikal dan Mikaeyl mengikut dari belakang.

🍉

Eisha sungguh tak tahu nak fokus pada kucing Haikal yang comel ni ke, atau nak fokus pada Mikaeyl yang ceria mengusap kucing-kucing di dalam sangkar ini.

Suara Mikaeyl automatik menjadi kecil bila bercakap dengan kucing, siap ketap gigi lagi. Tak tahan la tu tengok kucing Haikal yang comel macam karpet ni.

"Ala, kenapa yang warna coklat tu tak nak dekat I eh?" Hilang rasa gelisah dan malu-malu kucing si Mikaeyl bila dah nampak kucing gebu depan mata.

Eisha memandang ke arah kucing yang ditunding oleh Mikaeyl. Si Neyo. Neyo memang sombong, kalau tak ada treats kegemaran dia, jangan harap dia nak datang layan.

Eisha memerhatikan Mikaeyl dari belakang, dia tersengih macam kerang tak berapa nak wangi sebab tiba-tiba terfikir idea nakal nak mengusik lelaki dewasa itu. "Oh... tu Neyo nama dia. Haikal kata dia tak suka dekat orang tak berapa nak wangi. Hm... you tak mandi lagi kan? Ha, sebab tu kut Neyo tak mau datang dekat."

Mikaeyl pusing maut pandang Eisha. "Eh, I dah mandi la. Tak percaya, cuba you tanya Haikal. I wangi ni tau." Dia menarik kolar baju sendiri dan badan sendiri dibau seketika. Ha bau strawberi!

Kalau si Eisha ni Najmi tak pun Haikal, dah lama dia angkat ketiak tinggi-tinggi suruh cium bau ketiak dia yang wangi dah sental dengan sabun tadi.

Mikaeyl muncungkan mulut. Merajuk la. Sampai hati kau Neyo, aku sikit punya wangi ni.

Eisha tergelak besar, comelnya muka tersentap kena tuduh busuk! "I gurau aje la, Neyo memang tak nak dekat orang. Dia sombong sikit lagi lagi orang dia tak kenal."

"La? You kenakan I la ni?" Mikaeyl memandang wajah Eisha tak lepas. Ada riak tak puas hati di wajah Mikaeyl. Rasanya baru sepuluh minit lepas dia segan dengan Aniesha. Sekarang, mereka berdua dah galak bergurau macam dah setahun kenal.

"Ha'ah." Eisha tergelak besar.

"Ya Allah, you ni kan, I mati mati ingat I ni busuk. Walhal I dah sental daki ni ha, selembut punggung baby dah tau kulit I ni." Mikaeyl ikut sama tergelak sebelum menggeleng kecil.

Dia menutup sangkar kucing Haikal. Gah betul sangkarnya, dua tingkat, macam pondok dah. Siap ada lampu pendarfluor dalam ni. Agaknya kalau Mak Haikal menyirap dengan Haikal, pernah tak dia paksa Haikal tidur dalam ni?

"Eh, dah tak mau tengok kucing ke?" Eisha menyoal. Ala, makin sekejap la dia dapat tengok Mikaeyl. Kalau boleh nak sahaja Aniesha kurung Mikaeyl di dalam sangkar ni supaya dia boleh tenung Mikaeyl dari luar sampai puas.

Mikaeyl angguk. Dia kembali mengambil bekas makanan yang Eisha pegangkan untuknya tadi sementara dia hendak melihat kucing Haikal. "Tadi I datang dia orang semua tengah tidur. Kesian pula sebab I kacau. Tak apa lah. Biar dia orang tidur. Lain kali boleh kacau lagi."

Eisha menahan diri dari mengeluh kuat dan hanya mengangguk. Sedikit kecewa sebab makin ringkas waktu mereka dapat bersama. "Okey... kalau macam tu, jom la masuk." Eisha melangkah perlahan dengan muka sedih tak mampu nak disorok.

"Eh. You kata tadi nak borak?" Mikaeyl tak sedar dia termelatah mendengar kata-kata Eisha. Mata dia seganda lebih bulat memandang wanita bertubuh kecil di hadapan dia.

Hati Eisha terus berbunga. Rasa nak lompat sekejap bila masa untuk berborak dengan Mikaeyl dipanjangkan. Dia gigit bahagian dalam pipi, jangan melebar sangat senyum tu Eisha. Kantoi nanti. "Okey, jom duduk dekat bangku tepi rumah Haikal."

Mikaeyl pun dua kali lima, hati berbunga jadi tak mampu nak tahan diri dari tersenyum. "Okey. Jom."

🍉

Pada mulanya dua-dua hanya sekadar duduk bersebelahan dan memandang langit yang dihiasi dengan bintang di atas bangku bersebelahan dengan pintu masuk rumah Haikal. Kalau duduk macam ini dengan orang lain, pasti tak akan tenang sebab susasana dan perasaan canggung yang menyelit. Tapi tak tahu kenapa bila dengan Eisha, Mikaeyl rasa, walau tak bicara satu patah perkataan pun, tetap rasa tenang dan ditemani.

"I dengar... you serba salah sebab tak dapat jumpa I hari ni sampai bad mood?"

Mikaeyl tersentak sekejap bila soalan Eisha muncul tiba-tiba. Dia tersengih mengingat bertapa moodynya dia tadi melayan Haikal. Dia mengangguk. "I had an awful day and honestly, I felt very guilty for breaking my promises with everyone around me. Especially yours, cause I really wanted to leave a good impression on you."

Dia berjeda seketika dalam bicara dia sebelum mengangkat kepala dan memandang Eisha yang rupanya sedang tekun mendengar sambil merenung Mikaeyl yang sedang bercakap.

Dia mengalihkan pandangan ke arah kaki Eisha. "You tak rasa macam... teruk ke bila I tak mampu tunaikan janji? I left a bad first impression, right?"

Eisha laju menggeleng tanpa ragu-ragu. "I am not a kid anymore, Mikaeyl. You have your own reasons. You have your own business to take care of. I akan faham apa seseorang buat selagi ada alasan yang kukuh untuk semuanya."

Eisha mengalihkan pandangan ke langit sekali lagi. "First impression I dekat you dah cukup bagus waktu kita jumpa dekat kedai ayam tu. You sanggup tolong orang yang you tak kenal, macam I. Patutnya I yang risau, Mikaeyl. I tak tahu apa first impression you pada I."

"What do you mean? Of course I have a good first impression on you."

"We barely talked the first time we met. How is it that you have a good impression on me?"

"Bila kita pertama kali jumpa?"

"Waktu kenduri?"

Mikaeyl tergelak kecil mengingat kejadian Bollywood meredah hujan hari itu. Persoalan dia terjawab, Aniesha memang tak ingat dia langsung. "You yakin ke kali pertama kita jumpa ialah waktu kenduri?"

Berkerut dahi Aniesha mendengar. Jangan kata Mikaeyl dah pernah jumpa dia sebelum ni.

Melihat Aniesha mengunci bibir tiada tanda hendak menyambung bicara dicampur riak keliru dia, Mikaeyl menyelit lagi. "Mungkin muka I tak cukup menarik untuk you ingat tapi kita pernah jumpa sebelum kenduri tu. You lupa ataupun you tak cam I la kut."

Aniesha terus tekup separuh muka dengan tapak tangan. Dia terperanjat, mata terbeliak besar. Dia menurunkan tangan ke bawah sedikit saat dia mula berbicara. "Did we? Waktu tu I solek muka I ke tak? I pakai baju yang semenggah tak? Bila kita jumpa sebenarnya?"

Pantas gelak tawa terlepas dari mulut Mikaeyl. Sempat dia risaukan tentang rupa! Satu dalam seribu la dia ni. "Don't worry Aniesha. You were very attractive. I can't recall whether you put on your makeup or not that day. But nevertheless, you were very pretty in my eyes."

Eisha terus tersenyum senget lantas menghela nafas lega. Aku tahu, aku memang cantik. "Thank God. Tapi bila kita jumpa sebenarnya? I sungguh tak ingat, Mika."

"Hari tu hujan. I dekat kedai cendol sebelah Unisel. Sebelum I nak balik, airpod I tercicir. You tolong kutipkan dan beri pada I."

Bola mata Aniesha berguling ke kiri saat dia cuba nak mengingatkan kejadian yang disebut Mikaeyl. Ish amnesia la! Sebab sungguh rasa tak pernah jadi.

Melihat wajah keliru Aniesha, Mikaeyl menyambung cerita. "Waktu I nak balik. Ada dua orang budak nak melintas tapi sebab hujan, dia orang tersangkut. You datang dengan payung you dan tolong budak tu melintas. Lepas tu, you tak terus balik. You datang kat I dan tawar pada I untuk tumpang payung you nak ke kereta I. I letak kereta jauh dari kedai tu. Macam cerita Bollywood, kita redah hujan sama-sama. You were so kind to help a complete stranger like me. So of course, I had a very good first impression on you."

"Oh!" Aniesha terus tepuk tangan. Dia rasa macam orang hilang ingatan yang sudah kembali pulih dan ingat semua perkara.

"That was me." Mikaeyl menambah dengan senyuman dan mata yang meredup.

"That was you! I tak tahu kenapa I langsung tak ingat kejadian tu lepas dia jadi. I minta maaf Mikaeyl. Tapi bila fikir balik. Kenapa I boleh lupa? Sikit punya macam drama kut!"

"Maybe because I wasn't attractive."

"Esh bukan lah! Apa yang tak attractivenya? You kacak okey!"

Mikaeyl tersenyum segan lantas mengalih pandangan ke langit gelap. "Ya la tu."

"Then. Macam mana you tahu I cousin Haikal? You minta dia kenalkan I dekat you ke?"

"Urm!" Mikaeyl pantas mengalihkan wajah semula, senyuman teruja hendak menyampaikan cerita melebar.

Mikaeyl benar-benar terlupa yang dia seorang pemalu dan hanya bercakap banyak dengan orang dia sudah kenal lama.

Itu lah kuasa yang Aniesha ada. Wanita itu mampu mengeluarkan sisi ramah Mikaeyl yang jarang sekali muncul.

"I rasa macam takdir tau. Sebab elok aje I balik dari kedai tu, Haikal tengah menyemak dekat rumah I dan dia terus nak kenalkan I pada sepupu dia. I tak tahu pun sepupu dia tu ialah you. I setuju nak kenal dengan sepupu dia pun sebab nak dia diam. Kalau tak dia akan paksa I sampai la kita semua tua bangka nanti."

Aniesha hampir terlepas nak cakap 'entah-entah rasa macam takdir sebab kita memang ada jodoh.' depan Mikaeyl. Tapi ditahan diri dari menyebut hal tersebut.

Aniesha hanya mengangguk berkali-kali dan mengganti ayat dalam kepala dengan sesuatu yang lain. "Faham. Betul la, macam takdir. Kenapa you tak text I? I mati-mati ingat you tak berminat nak kenal dengan I dah."

Oh. Mikaeyl tersengih sendiri. Dia menggaru belakang kepala yang tidak gatal dan sempat termenung sesaat dua untuk menyusun ayat. Dia kembali memandang Aniesha. "I tak yakin dengan diri I."

Ringkas dia menyebut. Fikirnya lama.

Aniesha kerut dahi seribu. "Maksud you?"

"Erm. I rasa I macam tak layak untuk you. I am a nobody. I'm not good looking. Kerja I biasa-biasa. Tapi you. You cantik. You have a good career. Senang cerita, I rasa you takkan nak dekat I, sebab tu I tak mesej you. I takut I kecewa di kemudian hari sebab kena tolak dengan you."

Aniesha melopong sendiri mendengar. "Wait a minute. Bagi I cakna." Dia memejam mata dan berpura-pura seperti sedang memikirkan jawapan soalan SPM.

Aniesha membuka mata dan kembali bersuara. "Stok lelaki macam you sepatutnya jadi playboy, Mika. You have everything yet you feel that way?"

Mikaeyl angguk dan teringat beberapa kejadian dalam hidup. "Kalau la you tahu berapa kali orang buat I rasa tak diingini dalam hidup ni."

"Their loss. I don't know you that well yet but I know you are more than who you think you are. Those people are blind, they couldn't see what should be seen on you. It takes the right person to see someone's values, Mika. Sometimes it's not us who lacks on anything, it's them who refuse to see our values."

Mikaeyl rasa terharu mendengar. Dia mengangguk perlahan. "I harap macam tu la."

Dia bermain dengan jari lantas berbisik, "You should minus one point from me, though. Because I am very insecure of myself."

Aniesha menghela nafas perlahan. Dia harap Mikaeyl tahu, tak semua orang sempurna. Mesti ada satu ke dua kekurangan. Dia baru sahaja hendak menjawab namun tiba-tiba ada seorang mahluk muncul di pintu rumah Haikal.

"Ha! Kat sini rupanya!"

Suara nyaring Haikal kedengaran. Eisha memejam mata mendengar bertapa kuatnya suara seorang Haikal Deedat. Macam bunyi hon bas Sani!

Lelaki itu terus menyelit di tengah-tengah antara Aniesha dan Mikaeyl.

"Tengah buat apa?" Haikal mengangkat kening memandang dua orang yang dia rapat itu.

"Kutuk kau." Balas mereka serentak dan senada.

"Alhamdulillah. Pahala." Dengan senyuman lebar seperti baru dipuji kacak, Haikal membalas. Ada jodoh budak dua ni, jawapan yang diberikan pun serupa. Ke memang diorang kutuk aku?

"Kau berak batu ke apa yang lama sangat?" Mikaeyl menyoal. Kata nak pergi tandas, tapi lama dia macam bina tandas pun ada.

"Ha'ah. Aku berak batu. Dah! Najmi dah mesej aku suruh hantar kau balik! Nak dating, sambung lain kali. Jom, jom!" Dia menepuk peha Mikaeyl berkali-kali. Memaksa lelaki itu untuk bangun.

"Eh kejap la. Aku dengan Mika tak habis borak lagi." Eisha menahan.

"Ah kau. Siapa nak hantar dia balik kalau bukan aku? Ingat aku ni tak kerja ke esok? Dah lewat ni. Aku nak tidur."

Eisha menahan diri dari memuncungkan mulut.

Mikaeyl pantas bangun dan menghantar senyuman nipis kepada Aniesha. Dia mengangkat bekas makanan separa dengan mata sendiri. "Thank you for this. Lain kali boleh jumpa lagi."

Haikal mengangguk lantas ikut sama berdiri. "Betul tu. By the way, pinjam kereta tau Eisha. Minyak kereta aku dah habis."

Entah bila masanya Haikal ambil kunci kereta Aniesha, tapi mamat itu sudah menggogangkan segugus kunci kereta di tepi wajah dia.

"Hoi! Suka hati kau je!"

"Suka hati aku la! Kelmarin kau pun guna kereta aku pergi Aeon, aku tak bising pun!"

"Berkira!"

"Dah tu ni kau tak berkira?"

"Eh bising!" Muncul Mak Haikal tiba-tiba.

"Ni mak! Tengok Aniesha ni mak!" Macam budak umur lima tahun yang jenis kaki report, Haikal mengadu pada maknya.

"Dia berkira dengan Eisha, makngah!"

"Shh! Dah malam la! Jiran marah nanti!"

Walhal jirannya Aniesha sendiri.

"Kau tengok Mikaeyl tu. Pening kepala tengok kau orang berdua. Mulut macam bontot ayam! Pot pet pot pet aje kerja!"

Mikaeyl terus tergelak besar. Dia tak pening pun, tapi dia terhibur.

Kini dia tahu dari mana datangnya mulut bising Haikal, keluarga dia pun macam itu rupanya.

Mikaeyl terbayang seketika.

Adakah dia bakal menjadi salah seorang dari ahli keluarga bising ini?

Saat mata dia terhenti ke arah Aniesha yang sedang rupa macam nak masuk gelanggang gusti bergaduh dengan Haikal, hati dia rasa berbunga seketika.

Mungkin?

A/n: 😀

Hehe

Hehehehe

Comel en.

Continue Reading

You'll Also Like

32.5K 3.8K 26
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
488K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
50.6K 5.1K 22
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
2.3M 101K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...