Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 46

565 95 15
By Un__Name

Malam itu, semua tidur dan aku tertarik untuk mengetahui apa yang ada di sebalik gua yang gelap. Aku menggunakan skil [Stealth] untuk masuk ke dalam gua tanpa disedari. Melihat ke dalam gua tiada apa yang menyedari kewujudan aku walaupun ia adalah makhluk terbang yang kecil. Sebaik sahaja aku berada di hujung gua yang gelap, mataku semakin membiasakan dalam gelap dan aku mendapat skil yang baharu iaitu [Night Vision]. Naga sememangnya boleh melihat dalam gelap jadi aku rasa semua naga mempunyai skil ni.

Aku terus berjalan dan memasuki kawasan Golem. Ia agak jauh dari sarang aku tapi kumpulan ini sememangnya besar malah mereka semuanya mempunyai tahap lebih dari 800+ namun aku bernasib baik, ia tidak menyerang mana-mana makhluk yang berada di dalam gua ini. Aku terus berjalan dan terjumpa sarang Hell Hound, malah ada salah seekor dari mereka kelihatan sangat bahaya mungkin ketua.

Ia menyedari kehadiran aku mungkin kerana tahapku yang masih rendah. Ia melolong membangunkan hampir semua Hell Hound dan cuba mengejarku. Aku segera berlari dan kembali ke sarangku selepas aku rasakan mereka sememangnya amat berbahaya. Mujur mereka tidak melepasi golem yang berada tidak jauh dari sarangku dan hanya segelintir HellHound kecil melepasinya. Namun, apabila mereka menyedari ada kelibat papa dan mama di sebalik kegelapan mereka terus berundur dan tidak berani untuk mendekati.

Aku menghembus nafas lega. Nampaknya tahap aku terlalu rendah untuk terus ke hadapan tapi melihat dari tahap Hell hound, tahap mereka lebih rendah dari golem. Ketua mereka bertahap 790. Ia makin rendah meyakinkan aku mungkin di dalam gua ini... Mama dan papa sebenarnya merupakan [Boss Dungeon] yang terakhir.

Mungkin ada pintu masuk lain dari arah bertentangan membuatkan aku teruja untuk mengetahui. Keesokan harinya, seperti biasa aku meninggalkan bayangku dan meronda melihat perkampungan Lizardre yang sememangnya pantas membangun. Khemah-khemah kayu mula terbina dan mereka kelihatan lebih bertenaga. Sebaik sahaja melihatku di udara mereka terus menunduk hormat sambil tersenyum.

Aku perasan sesuatu... Ada anak-anak lizard yang sememangnya sama seperti Ixcel, Redeth, Aegeus dan Ailana. Agak pelik sebab aku tak bersama mereka sewaktu menetas tapi mereka kelihatan sihat seperti sebelum aku lahir semula ke dunia ni buat kali kedua. Anak-anak lizard turut mengekori penjaga mereka menunduk hormat ke arahku. Aku terus melepasinya dan melihat perjalanan gua yang menjadi sarangku dari luar.

Dari luar ia kelihatan seolah bukit biasa yang ada di mana-mana tempat tapi aku yakin pasti ada jalan masuk yang tersembunyi. Aku turut terserempak dengan beberapa orang pengembara namun mereka tidak mengganggu ataupun cuba menangkapku. Mereka hanya memandang dan seakan bersembunyi dari bahaya risau jika mereka diapa-apakan.

Selepas beberapa jam aku terserempak pula dengan naga yang pernah aku kalahkan dulu. Ia juga yang pernah menyerang aku di dalam hutan dulu sewaktu aku bersama Ailana dan lain-lain. Demi mengelak dari masalah, aku terus membuka skil [Monarch] dan menampakkan seolah tubuhku jauh lebih besar dan berbahaya. Melihat dari aura yang aku keluarkan, ia terus melarikan diri dan enggan menghalang laluanku.

Bagi aku ia lebih mudah dengan mengancam mereka daripada berdepan. Tak berapa lama kemudian, aku terjumpa lagi kumpulan pengembara yang sama dan mereka sedang berkumpul di hadapan batu. Aku mengintip dari jauh dan bagi aku batu itu sememangnya agak pelik. Tak berapa lama kemudian, batu itu terbuka dan sebuah [dungeon] muncul di sebalik batu itu.

Mereka masuk dan sekali lagi aku menggunakan skil [Stealth] untuk mengekori mereka. Sebaik sahaja masuk ke dalam, kumpulan slime yang terdapat pelbagai jenis menyerang. Bagi mereka ia agak mudah dan mereka dapat membunuh mereka tanpa sebarang masalah. Slimes di sini sememangnya bertahap rendah hanya dalam tahap 10-30 manakala tahap pengembara hampir mencapai 200.

Aku keluar dari gua dan berundur risau jika mereka menyedari kehadiran aku. Tanpa sedar aku mewujudkan skil yang baru iaitu [map] dan munculnya kawasan luas yang aku pernah lalui sebelum ini. Melihat dari peta, sarang aku terletak di F312 mungkin ia adalah ruang gua terakhir dan paling hujung sebab itu kami selamat dari sebarang serangan manusia walaupun manusia selalu datang ke hutan ni.

Terdapat kawasan dalam gua yang kosong seakan menjemput aku untuk mengembara di dalamnya dan meminta aku untuk memenuhkan peta itu. Sedang aku leka melihat peta dan menguji apa yang aku boleh buat dengannya tiba-tiba dua orang pengembara keluar dari dalam gua dengan cedera parah. Salah seorang dari mereka terpaksa mengendong rakannya. Sepatutnya mereka mempunyai tujuh orang ahli tapi sekarang mereka hanya tinggal dua.

Aku mahu masuk campur tapi memikirkan risiko tentang keluarga aku, ia membuatkan aku sukar membuat keputusan tapi... Manusia sanggup membayar apa sahaja demi nyawa jadi aku terpaksa membuat
keputusan yang penuh risiko. Haih... Kalau aku boleh buat [checkpoint] di sini kan lebih mudah tapi aku takkan dapat gunakannya selagi aku tak tahu bagaimana untuk wujudkannya.

Mereka dalam keadaan lemah, jadi aku rasa mereka takkan dapat melawan dan kalau mereka terhutang budi dengan aku mungkin aku boleh buat perjanjian dengan mereka. Aku turun dari pokok yang aku hinggap dan mereka yang sedang bersandar di dinding gua menyedari kehadiran aku. Salah seorang dari mereka bangun dan kelihatan menggigil sambil memegang pedangnya.

"Kau tak patut ada di sini, humana." Ucapku dengan nada seolah seekor naga yang bongkak membuatkannya terkejut.

"Naga boleh bercakap," ujarnya dengan terkejut manakala rakannya yang seorang lagi seakan tidak bertenaga untuk membalas apa-apa.

"Nampaknya kau dalam masalah. Macam mana agaknya kau nak keluar dari hutan ni? Sedangkan seluruj hutan ni, turut ada makhluk yang akan menyerang kau," ujarku penuh sinis. Dia tersentak dan tiba-tiba rakannya itu termuntah darah membuatkannya panik.

"Solar!" Jeritnya lalu terus mendekati rakannya itu dengan resah sambil menggigil menghalakan pedang ke arahku.

"Bagaimana kalau aku tolong?" Soalku membuatkan dia memandangku dengan terkejut.

"Ka- kau tolong?" Soalnya kembali dengan wajah seakan tidak percaya.

"Tentulah ia bukan percuma. Kalau kau setuju untuk menurut apa sahaja yang aku mahu, bukan sahaja kawan kau yang ni selamat tapi... 5 orang lagi kawan kau yang dalam tu akan selamat," ujarku sambil tersenyum membuatkan dia tersentak dan mengalir peluh dingin di dahinya.

"Cepat buat keputusan, kawan-kawan kau tak dapat bertahan lama kalau kau terus menunggu. Masa sedang berjalan," ujarku dengan senyuman sinis.

"Baik! Aku setuju! Aku setuju dengan semua syarat yang kau beri!" Ujar lelaki itu penuh terdesak membuatkan aku terus menyembuhkan lelaki itu dengan kuasa suci dan segala racun serta sumpahan di tubuh lelaki itu dibuang. Namun disebabkan tenaganya yang kini sudah tiada, dia tidak sedarkan diri. Aku terus masuk ke dalam gua dan berlari pantas ke arah dot kuning yang berada di dalam peta.

Nampaknya mereka sudah ke F6, dalam masa yang singkat dan aku yang menggunakan kuasa petir, aku dapat berlari pantas dengan kelajuan kilat. Di F6, kelihatan empat orang pengembara terperangkap di dalam batu yang dikelilingi oleh Orc dan Goblin yang bertahap 150+ namun bilangan mereka dan skil yang agak tinggi membuatkan mereka bukan lawan yang mudah. Pengembara cedera parah dan ada antara mereka yang kekurangan tenaga magik.

Dua dari mereka kelihatan seakan sudah mati namun jantung mereka masih berdegup menandakan mereka masih hidup. Melihat dari sekeliling aku pun sukar untuk melawan mereka membuatkan aku tiada pilihan lain. Aku mencipta klon dan menyamarkan mereka sebagai Orc dan membuatkan ia melawan dan menarik perhatian Orc dan goblin yang lain. Aku mendekati batu itu dan mereka kelihatan tersedu sedan kerana ketakutan dan senjata mereka sudahpun musnah.

"Oi!" Panggilku secara berbisik. Mereka memandangku dengan penuh terkejut tapi aku tak ada masa memandangkan semua klonku dalam tahap yang rendah dan mereka mudah untuk dikalahkan.

"Kalau kau nak hidup ikut aku," ujarku serius lalu aku memecahkan batu itu sebesar tubuh mereka yang boleh keluar. Disebabkan kekecohan yang berlaku antara klonku dan Orc, mereka tidak menyedari bunyi batu yang aku pecahkan.

"Tapi... Kami tak boleh," ujar salah seorang dari mereka yang kelihatan seolah [healer] namun tenaga magisnya sudah habis dan terdapat botol-botol kosong yang bersepah di tanah menunjukkan mereka juga mungkin kehabisan penawar.

Aku menggunakan [heal] tahap tinggi kepada mereka membuatkan mereka bertambah terkejut dan suku daripada tenaga magisku berkurang kerana mewujudkan pembayang dan menyembuhkan mereka. Malah mereka bukan menghidap luka biasa, mereka juga terkena sumpahan yang membuatkan kuasa [heal] kurang berkesan dan [HP] mereka terus menurun.

"Sekarang mari," tegasku dan mereka yang masih lemah selepas serangan itu tetap bersungguh bangun dan mendukung rakan mereka yang tidak sedarkan diri tapi salah seorang dari mereka kelihatan teragak-agak sambil memandang ke satu arah membuatkan aku turut memandangnya.

Seorang lelaki tergantung di jerakah tanah sedang bertarung nyawa dan cedera parah. Dia kelihatan seakan menunggu nyawanya ditarik namun dia masih hidup. Aku menghembus nafas berat memandangkan apa yang aku janjikan adalah menyelamatkan mereka semua barulah lelaki itu akan memenuhi permintaan aku.

"Aku pergi bawa dia, kau terus keluar dari sini. Aku akan pulihkan tenaga magis kau tapi pastikan kau terus berlari ke jalan keluar," arahku dan mereka mengangguk setuju. Aku memulihkan tenaga tiga orang dari mereka yang bertahap tinggi dan paling berguna iaitu [fighter], [healer] dan [tank].

"Pergi!" Arahku sebaik sahaja selesai dan kini magikku tinggal suku dari yang asal membuatkan aku mula pening namun aku terus juga mendekati lelaki itu dan membawanya keluar dari jerakah tanah. Dengan menggunakan kuasa [heal] ke atasnya kini [MP] aku hanya tinggal 10% membuatkan aku semakin pening malah klonku yang kini berkurangan membuatkan beberapa dari mereka menyedari aku yang cuba selamatkan lelaki itu.

Aku mengubahkan diri menjadi manusia walaupun tidak berpakaian dan mendukungnya di belakang tubuhku membuatkan tenaga magisku berkurang kepada 4%. Aku terpaksa menggunakan 2% lagi untuk magis angin dan kilat demi melarikan diri hingga ke pintu masuk gua. Mereka semua menunggu kami di sana dan aku dapat rasakan nafasku semakin berat.

"Oi... Hah hah hah," panggilku sambil memandang lelaki yang awal tadi aku jumpa dengan termengah- mengah. Dia kelihatan terkejut dan ahli perempuan melakarkan wajah kemerahan.

"Hah... Hah... Tunaikan janji ka-" ucapku lalu mataku terus malap. Aku tak pernah merasakan [MP] aku betul-betul kosong begini membuatkan aku terus tidak sedarkan diri dan jatuh dihempap lelaki bertubuh besar di belakangku.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks... Jangan lupa baca juga novel demin yang lain iaitu  The Editor dan yang paling terbaru Redeath. Terima kasih kerana terus membaca.

Continue Reading

You'll Also Like

6.7K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
14K 1.7K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpi...
920 40 3
Start with Congkak, end with ? Short Stories
11.9K 2K 49
Fantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tra...