KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 23: Letih Dan Penat

317 48 59
By ALIFRYT

[Normal POV]

''Cikgu... Dah pukul 3 petang dah ni. Kami berdua nak minta diri dululah. Nak berehat sebab malam nantikan kita nak pergi bertugas.'' Kata Aizat kepada Cikgu Sulaiman dengan nada meminta izin.

''Hmm... Yelah. Cikgu pun ada hal kejap lagi ni sebab pengetua sekolah nampaknya macam nak berjumpa dengan cikgu kejap lagi. Nampaknya sampai sini je lah perjumpaan kelab kita untuk hari ni.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Pengetua sekolah nak jumpa dengan cikgu? Kenapa cikgu?'' Soal Isa kepadanya dengan nada separa bimbang.

''Ada lah tu... Mungkin sebab pasal tadi kot. Tak apa, kamu jangan risau. Biar cikgu yang uruskan nanti.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Ouh okey...'' Balas Isa dengan nada yang akur.

''Nanti malam jangan lambat pula tau. Cikgu kalau boleh tak nak tunggu sebab cikgu nak uruskan kes kita tu dengan secepat mungkin. Boleh?'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada berpesan.

''Boleh cikgu. Kalau ada apa-apa masalah nanti saya maklumkan dekat cikgu.'' Balas Isa dengan nada yang perlahan.

''Hmm bagus. Kalau macam tu, kamu berdua dengan Dina dah boleh balik sakarang.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Baik cikgu, kami bertiga minta diri dulu ya.'' Kata Isa bagi mewakili Aizat dan Dina lalu bersama dengan ucapan salam, mereka bertiga pun terus berlalu pergi daripada Surau sekolah yang menjadi tempat perjumpaan mereka itu dengan meninggalkan Cikgu Sulaiman bersendirian di sana. Kini langkah mereka bertiga dibawa menuju ke arah pintu keluar utama sekolah dengan melalui kawasan dataran perdana sekolah tersebut. Di saat mereka sedang melalui kawasan dataran perdana sekolah yang pada ketika ini sedang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang sedang menjalani waktu rehat itu, Isa dapat menangkap beberapa bisikan suara yang berbaur kutukan dan hinaan terhadapnya dengan melalui deria pendengaran Kasyafnya itu. Bukan itu sahaja, malah dia dan juga Aizat perasan bahawa ramai pelajar dan guru-guru petang yang turut melalui kawasan itu menjeling ke arahnya dengan tatapan yang jelik. Dina yang perasan dengan keadaan itu tahu bahawa Isa dan Aizat berasa tak selesa suasana yang agak negatif itu terus bertindak memulakan perbualan diantara mereka bertiga.

''Korang berdua... Nak balik ke rumah terus ke nanti?'' Soalnya kepada mereka berdua itu dengan nada yang mendatar.

''Entah... Aku ikut Isa je ni.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba. Isa hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sebelum jawapannya diberikan.

''Aku kalau boleh nak pergi melepak dekat warung Pak Umar kejap. Tapi... Aku ikut Aizat je lah. Kalau dia okey, aku okey je.'' Balas Isa dengan nada yang selamba.

''Pula dah? Kau ni, semua benda nak kena ikut aku. Apo lah...'' Kata Aizat dengan nada selamba separa merungut.

''Kau nak pergi melepak kat warung Pak Umar dengan keadaan kau yang macam ni? Baik kau pergi balik ke rumah lepas tu berehat je. Dah lah malam nanti kita nak pergi bertugas.'' Kata Dina kepada Isa dengan nada separa bimbang.

''Betul cakap Dina tu. Kita pergi balik terus je lah. Dengan keadaan kau yang tengah cedera teruk macam ni, risau pula aku tengok.'' Kata Aizat bagi menyokong pendapat Dina itu.

''Tapi... Aku dah okey dah. Mana ada rasa sakit lagi dah.'' Balas Isa dengan nada yang perlahan. Aizat berhenti melangkah seketika lalu dia terus menepuk belakang tubuh badan Isa dengan tepukan yang sederhana.

''Aduh!! Sakitlah gila.'' Kata Isa dengan nada yang geram sambil mengaduh kesakitan lalu dia terus membalas tepukan rambang Aizat itu dengan memukul bahunya dengan kekuatan yang sama.

''Ha tahu pun sakit. Ini yang kau kata yang kau dah okey? Dah tahu tak okey, lagi kau nak pura-pura dah okey. Tak payahlah Isa... Kita balik je lah. Kau berehat je lah eh?'' Balas Aizat dengan nada yang serius. Isa terdiam seketika lalu wajahnya mula menjadi masam mencuka.

''Tapi... Aku bosanlah duduk kat rumah tu seorang diri. Dah lah tak ada teman. Aku nak berborak dengan siapa pun aku tak tahu.'' Balas Isa dengan nada separa merungut. Mendengarkan rungutan sahabatnya itu, Aizat pun tersengih sinis lalu dia terus memaut mesra pada tengkuk sahabatnya itu seketika.

''Tak apa... Kau berehat je hari ni, okey? Esok kalau kau dah okey, kau nak melepak kat warung Pak Umar tu sampai malam pun aku tak kisah. Aku akan teman kau sampai kau rasa dah puas nanti. Amacam? Boleh ke tak boleh?'' Pujuk Aizat dengan nada yang tenang. Isa pun tersenyum lalu dia terus menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham.

''Nah... Ni kunci rumah kau. Aku terjumpa kat tepi longkang masa kau dah lari nak selamatkan si Dina ni tadi.'' Katanya lagi sambil menyerahkan kunci rumah milik Isa yang tercicir itu tadi kepada tuan empunya badannya itu semula.

''Ouh terima kasih...'' Balas Isa dengan ringkas sambil mengambil kunci rumahnya itu daripada pegangan Aizat.

''Erm... Isa, tentang kes aku kena serang masa kat dalam bilik stor sukan tadi tu pun aku nak cakap... Terima kasih tau sebab dah tolong datang selamatkan aku. Kalau kau tak datang tadi, mungkin aku dah-''

''Tak apa... Benda kecil je. Alhamdulillah lah kau dah selamat sekarang.'' Balas Isa dengan memotong kata-kata Dina yang mahu berterima kasih itu sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Melihat senyumannya yang agak manis itu, Dina pun terus jadi terpegun dengan senyuman simpulnya itu seketika sambil pipi putih gebunya itu mula berubah warna menjadi kemerah-merahan.

''Ehem... Ehem... Isa, kau nak lepak kat warung Pak Umar esok kan? Kalau kau nak lepak kat warung Pak Umar, kau kena sihat cepat kan? Jadi kan, aku rasa sekarang ni kalau kau nak sihat cepat, aku rasa kau kena balik ke rumah cepat dan berehat secukupnya. betul tak?'' Tiba-tiba Aizat menyampuk dengan soalan yang bertubi-tubi sambil dia berpura-pura batuk dan sekaligus membatalkan sifat Dina yang terpegun dengan senyuman Isa itu tadi.

''Hmm... Yelah-yelah. Kalau macam tu, jomlah kita balik.'' Jawab Isa dengan nada yang seolah-olah malas mahu melayan.

''Wow... Macam seronok je korang berdua nak melepak kat warung Pak Umar tu. Aku pun nak ikut juga...'' Kata Dina dengan nada yang perlahan.

''Eh kau tak boleh, sibuk je. Kau tu perempuan, mana boleh melepak sekali dengan orang-orang lelaki.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba.

''Alaaah... Apa salahnya? Lepak je kan? Bukannya buat apa pun.'' Rungut Dina dengan nada memberontak. Mendengarkan rungutannya itu, Isa dan Aizat saling membalas pandangan seketika sebelum pandangan mereka berdua itu beralih semula kepadanya.

''Ha yelah-yelah, suka hati kau lah.'' Balas Aizat dengan nada yang mengalah dan mereka bertiga pun ketawa terhibur bersama-sama sambil mempercepatkan langkah berjalan menuju ke keluar sekolah.
______________________________________

[Cikgu Sulaiman POV]

''Cikgu Sulaiman... Cikgu Azri...''

''Ya saya...'' Aku dan Cikgu Azri menyahut dengan serentak dan perlahan apabila nama kami berdua disebut satu-persatu oleh seorang lelaki tua separuh usia yang sedang berada di hadapan kami ini. Di dalam bilik pejabat yang penuh dengan piala-piala dan pingat yang menjadi simbol kecemerlangan sekolah ini membuatkan aku sedikit pun berasa tak senang duduk dan tak selesa apabila ditenung tajam oleh lelaki tua separuh usia yang sedang duduk di atas kerusi pejabatnya itu.

''Saya dapat tahu yang kamu berdua bergaduh dan bertengkar di dalam bilik guru disiplin disebabkan ada kes kesalahan yang pelajar baru tu dah buat masa waktu tengah hari tadi. Betul ke?'' Soal lelaki tua separuh usia itu dengan panjang lebar.

''Ya... Tuan Yaakub.'' Balas aku dengan nada yang perlahan dan ringkas. Tuan Yaakub ataupun Tuan pengetua sekolah yang mendengarkan jawapan aku itu membetulkan posisi cermin mata petaknya itu seketika sebelum matanya itu ditoleh ke arah skrin komputer yang berada di atas meja pejabatnya itu. Jari telunjuknya menekan butang kiri pada tetikus yang tersambung pada komputernya itu dan satu video rakaman CCTV yang berada di skrin komputernya itu mula dimainkan. Video rakaman CCTV yang menjadi bukti kepada ulang tayang kes Isa itu menunjukkan bahawa ada seseorang pelajar lelaki yang berpakaian uniform sekolah biasa sedang memapah Dina yang kelihatan sedang pengsan di dalam video itu menuju ke arah bilik stor sukan sekolah. Daripada segi rupa bentuk badan pelajar lelaki itu, nampak seperti Isa. Tapi aku tahu, itu bukanlah Isa sebab Isa bukanlah budak yang jenis macam tu.

Setelah selesai dia menonton video rakaman CCTV ulang tayang tersebut, pandangan Tuan Yaakub kembali terarah kepada kami berdua.

''Dalam rakaman video CCTV yang saya tengok ni... Saya rasa Isa dah buat satu kesalahan yang berat.'' Katanya dengan nada yang serius.

''Ha! Kan betul tadi saya dah cakap. Isa tu pelik budaknya. Dah lah waktu pagi tadi dia dah buat perangai dekat kantin sekolah. Lepas tu waktu tengah hari ni tadi pula, dia cuba nak merogol seorang pelajar perempuan yang dia bawa masuk ke bilik stor sukan sekolah tu tadi dan dia pukul pula seorang lagi pelajar perempuan lain yang cuba untuk selamatkan pelajar perempuan yang jadi mangsa rogol tu. Itu sebablah kenapa saya bertindak nak hukum dia terus tadi. Tapi masalahnya, Cikgu Sulaiman ni pula yang halang saya. Saya tak faham betullah.'' Kata Cikgu Azri panjang lebar dengan nada yang menahan geram.

''Bagi saya habis cakap dulu boleh tak?'' Soal Tuan Yaakub kepadanya dengan nada yang menggerunkan. Mendengar kata-katanya yang menggerunkan itu, Cikgu Azri terus terdiam seketika.

''Dalam video rakaman CCTV ni, kalau sekali pandang kita bolah nampak yang Isa ni memang dah buat satu kesalahan yang berat. Tapi... Cuba tengok ni...'' Kata Tuan Yaakub sambil memusingkan komputernya itu dengan menghadap ke arah kami berdua. Di dalam skrin komputernya itu kali ni terdapat 2 paparan video rakaman CCTV yang berlangsung dalam waktu yang sama dan pada masa yang sama juga terlihat, di dalam kedua-dua paparan video rakaman CCTV itu terdapat gambaran satu sosok pelajar lelaki yang sama seperti Isa. Paparan video rakaman CCTV yang pertama menunjukkan Isa sedang membawa Dina menuju ke bilik stor sukan sekolah dan paparan video rakaman CCTV yang kedua pula menunjukkan Isa sedang berjalan masuk ke dalam sekolah daripada pagar pintu masuk sekolah utama bersama dengan Aizat di sisinya. Apabila melihat kedua-dua paparan video rakaman CCTV tersebut, mata Cikgu Azri terbeliak seketika kerana tak percaya dengan apa yang dia baru sahaja lihat pada ketika ini.

''J-jadi... Maksudnya...''

''Saya rasa... Isa tak bersalah dalam hal ni. Mungkin ada seseorang cuba nak buat satu perbuatan khianat terhadap Isa dengan mempergunakan wajahnya sebagai pemalsuan identiti untuk tujuan kejahatan.'' Kata Tuan Yaakub dengan panjang lebar dengan memotong kata-kata Cikgu Azri itu.

''T-tapi... Tak mungkinlah. Ini semua merepeklah. Kalau betul Isa yang saya jumpa tadi tu adalah orang yang menyamar, habis tu ke mana Isa yang sebenar?'' Soal Cikgu Azri dengan perasaan yang tidak mahu mengalah.

''Sebelum kau tanya ke mana perginya Isa yang sebenar, baik kau tanya ke mana perginya pelajar perempuan yang jadi mangsa pukul Isa yang kau katakan tadi tu.'' Aku menyampuk selamba tanpa menoleh ke arahnya. Mendengarkan kata-kata aku itu, Cikgu Azri tergamam seketika.

''Mangsa pukul?'' Soal Tuan Yaakub dengan nada kebingungan.

''Ya... Macam apa yang Cikgu Azri katakan tadi, dia mendakwa yang kononnya Isa ada pukul seorang pelajar perempuan yang cuba nak selamatkan seorang lagi perempuan yang bernama Dina yang menjadi mangsa rogol kepada Isa itu. Tapi malangnya tuan, sampai sekarang Cikgu Azri langsung tak dapat buktikan kehadiran pelajar perempuan yang menjadi mangsa pukul kepada Isa itu.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Macam mana rupa wajah mangsa yang Isa pukul tu? Kamu ingat lagi tak macam mana rupa dia?'' Soal Tuan Yaakub kepada Cikgu Azri.

''Ya, saya ingat lagi. Pelajar perempuan yang jadi mangsa pukul Isa tu lah yang jadi mangsa serangan dia masa kat kantin sekolah pagi tadi.'' Balasnya dengan nada yang serius.

''Ha! Yang ni baru merepek, tuan. Pelajar perempuan yang jadi mangsa serangan tu setahu saya, masa pagi tadi dia dah dihantar balik ke rumah untuk dapatkan rawatan disebabkan kesan trauma daripada serangan Isa yang kerasukan masa pagi tadi tu. Jadi kalau ikut logik, tak mungkinlah dalam masa sehari kesan trauma untuk pelajar perempuan tu akan cepat pulih dan kemudian datang ke sekolah untuk jalani sesi kokurikulum macam biasa. Tak logik kan semua tu?'' Kata aku dengan panjang lebar bagi membentangkan kenyataan yang boleh membuktikan bahawa Isa tidak bersalah.

''Hmm... Betul juga tu. Saya dapat makluman daripada ibu bapa budak tu tadi. Katanya dia sedang mendapatkan rawatan trauma dekat hospital dan dijangka akan dibawa balik ke rumah pada pukul 8 malam nanti. Jadi kalau betul ini semua memang betul-betul berlaku...'' Kata-kata Tuan Yaakub yang menyokong kenyataan aku itu terhenti seketika lalu pandangannya dibawa ke arah wajah Cikgu Azri dengan renungan yang serius.

''Dengan siapa pula yang kamu jumpa tu tadi, Azri?'' Soalnya kepada Cikgu Azri dengan nada yang serius. Kali ni Cikgu Azri terus terdiam membisu. Lidahnya kelu tak mampu nak melontarkan kenyataan untuk menyokong pendapatnya itu.

''Hmm... Jadi kat sini, kita dah tahu yang Isa bukanlah orang yang bersalah kat dalam kes ni.'' Kata Tuan Yaakub dengan nada yang perlahan sambil memeluk tubuhnya.

''Habis tu... Kalau Isa bukan orang yang bersalah, siapa pula yang bersalah kat dalam kes ni?'' Soal Cikgu Azri dengan nada yang serius. Tuan Yaakub tidak membalas soalannya itu. Malah, dia hanya sekadar tersenyum simpul sambil menoleh ke arah aku.

''Sulaiman, apa pendapat kamu?'' Soalnya kepada aku dengan nada yang tenang memandangkan dia tahu bahawa aku ni adalah orang yang lebih mahir dalam bab-bab meneka sesuatu ni.

''Hmm... Seperti yang tuan katakan tadi, nampaknya memang betullah kes ni adalah kes khianat yang dilakukan terhadap seseorang dan Isa sekarang ni dah jadi mangsa utama kat dalam kes ni. Daripada apa yang saya dapat tafsirkan kat dalam kes ni, saya yakin yang ada seseorang kat dalam sekolah ni berasa dengki dengan Isa dan mahu dia dijadikan mangsa utama kat dalam kes khianat ni dan saya yakin juga, dalang di sebalik kes ni adalah salah seorang pelajar yang kat dalam sekolah ni dan saya juga yakin yang pelajar tu ada menggunakan satu ilmu hitam yang boleh membuatkan wajahnya berubah-ubah menjadi wajah yang sama macam orang yang lain.'' Balas aku dengan mula membentangkan pendapat aku itu dengan panjang lebar.

''Objektif utamanya mungkin nak buatkan Isa ni akan dijadikan mangsa fitnah dan boleh dihukum buang sekolah yang akan dijatuhkan oleh pihak sekolah ataupun kalau tak dibuang sekolah sekalipun, mungkin akan menyebabkan maruah dan imej nama baiknya yang sebagai seorang pelajar baru kat dalam sekolah ni akan tercalar dan menyebabkan dia akan dihina oleh kesemua pelajar dan yang paling teruk sekali mungkin akan dihina oleh kesemua ahli komuniti masyarakat kita.'' Sambung aku lagi dengan penuh panjang lebar. Haih... Dah macam gaya seorang peguam pembela bagi orang yang tak bersalah pula aku ni.

''Hmm... Bagus penerangan kamu tu. Jadi kamu rasa, siapakah dalang yang menjadi punca kes ni berlaku?'' Soalnya kepada aku lagi.

''Buat masa ni, saya masih belum tahu lagi siapa dalangnya. Tapi... Saya yakin yang orang tu ada sifat hasad dengki dengan Isa dan dialah punca penyebab utama kes ni berlaku. Saya akan siasat kes ni lagi dengan secepat mungkin sebab saya risau, takut-takut nanti makin teruk pula tindakan hasad dengki dia dekat Isa tu nanti. Isa tu dah lah baru je pulih kena buatan orang pagi tadi, lepas tu 'didera' dengan guru disiplin yang tak ada sifat kemanusiaan pula tu. Haih... Kesian saya tengok.'' Balas aku dengan panjang lebar sambil menjeling ke arah Cikgu Azri dengan jelingan yang penuh bermakna. Cikgu Azri yang perasan dengan jelingan aku itu mula berasa tak senang duduk.

''Hmm... Baik. Buat masa sekarang ni, saya takkan mengesahkan yang Isa tidak bersalah selagi maklumat dan bukti tak ada di depan mata saya. Jadi untuk itu, saya akan bagi kamu masa untuk menyiasat dan kumpulkan segala maklumat yang ada selama seminggu sahaja. Kalau kamu masih tak jumpa siapakah dalangnya dan tak dapat buktikan yang Isa tu tidak bersalah, kes ni akan dibawa terus ke pihak polis untuk diuruskan selanjutnya. Faham?'' Soal Tuan Yaakub kepada aku dengan nada separa yang serius.

''Faham, tuan pengetua.'' Balas aku dengan anggukan yang perlahan.

''Bagus. Kamu dah boleh beredar sekarang dan Cikgu Azri pula, tunggu kat sini. Saya ada benda yang nak cakap pasal kes 'penderaan' awak terhadap pelajar baru kita yang telah dianggap bersalah tu.'' Kata Tuan Yaakub sambil membetulkan tali lehernya. Aku tersengih sinis seketika. Habislah kau nanti, Azri... Kena marah habis-habisanlah jawabnya.

''Kalau macam tu, saya minta diri dulu ya tuan pengetua. Assalamualaikum...'' Kata dengan ucapan salam hormat.

''Waalaikumusalam...'' Dia membalas ucapan salam aku itu dengan ringkas sambil memberikan isyarat dengaj mengizinkan aku untuk beredar. Setelah itu, tanpa melengahkan masa aku terus melangkah keluar daripada bilik pejabat tuan pengetua sekolah tersebut lalu terus berlalu pergi daripada situ dengan senyuman dan wajah yang lega kerana telah mendapat peluang untuk membuktikan kepada semua orang bahawa Isa tidak bersalah.
______________________________________

[Isa POV]

''Hadiahkanku... Sepasang kaki burung... Yang bawa aku... Terbang bebas melayang...'' Nyanyi Aizat yang berada di belakang aku di saat aku sedang menunggang motor itu. Mujurlah kali ni aku dah agak terbiasa untuk imbangkan badan aku dengan menunggang motor ni. Kalau tak, perkara yang sama pasti akan berulang lagi. Huhuhu...

''Izinkan aku... Berehat di atas dahan... Menikmati derup angin... Menunggu hujan turun...'' Nyanyinya lagi dengan penuh kesyahduan.

''Kau nyanyi lagu apa tu, Aizat?'' Soal aku kepadanya sambil menunggang motor.

''Hah? Ouh... Aku nyanyi lagu 'Terbanglah' by Sekumpulan Orang Gila. Kenapa?'' Balas Aizat dengan selamba lalu menyoal kepada aku semula.

''Ouh... Macam sedap lagu tu. Tapi lagi sedap kalau bukan kau yang nyanyi.'' Balas aku dengan nada yang selamba. Sebenarnya tak ada lah teruk mana pun suara nyanyiannya itu. Okey je bagi aku tapi saja je lah aku nak menyakatnya sikit hehehe...

''Heh... Nak perli aku pula. Cuba kalau kau yang nyanyi, sedap ke tak?'' Katanya dengan mencabar aku.

''Maaf, aku tak ada lagu untuk dinyanyikan dekat kau. HAHAHAHA!!'' Balas aku sambil ketawa terbahak-bahak.

''Eleh... Takut nak tunjuk suara kau yang sumbang lah tu.'' Kata Aizat dengan nada yang sinis seolah-olah mahu memancing aku masuk ke perangkap cabarannya itu. Aku tersenyum sinis seketika.

''Sumbang sangat ke suara aku ni?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang separa sinis.

''Entahlah. Mungkinlah kot.'' Balasnya dengan nada yang selamba.

''Ceh... Ada-ada je lah kau ni.'' Kata aku dengan nada yang malas mahu melayan.

''Eh Isa, aku rasakan... Malam ni mesti bapak aku tak bagi aku ikut kau pergi ke operasi pembersihan hantu tu.'' Kata Aizat dengan membuka topik baru yang tak berapa enak untuk didengari.

''Hah? Kenapa pula?'' Soal aku kepadanya.

''Tak ada lah... Mata kiri aku ni kan dah buta disebabkan kes kita nak selamatkan Nabila masa waktu petang semalam tu. Jadi aku rasa, bapak aku tu mungkin dah takkan bagi aku ikut kau pergi ke... You know what i mean, right?'' Balasnya dengan panjang lebar bersama dengan rasa yang resah.

''Ouh... Alah tak apalah. Kalau bapak kau tu tak bagi kau ikut sekali, kau terima je lah. Lagipun, aku pun risau juga kalau ikut sekali ni. Takut jadi apa-apa pula nanti.'' Balas aku dengan nada yang tenang.

''Hmm macam ni lah.... Nanti aku nak try pujuk bapak aku tu dulu. Kalau andai kata nanti dia tu akan bagi kebenaran ataupun tak, nanti aku call kau.'' Kata Aizat sambil menahan penutup matanya itu yang hampir terbuka akibat ditiup angin yang kuat.

''Haih... Beria betul tu nak ikut juga hehehe. Okeylah-okeylah... Nanti kalau andai kata kalau kau tak boleh ikut, nanti aku bagitahu dekat Cikgu Sulaiman siap-siap.'' Kata aku sambil ketawa sinis.

''Ha yelah-yelah. Oh by the way, kau nak tahu tak tentang tempat yang kita nak pergi malam nanti tu?'' Soal Aizat kepada aku.

''Maksud kau? Bangunan Kompleks Maut tu? Hah kalau boleh, aku pun nak tahu juga pasal tempat tu. Cuba kau ceritakan sikit benda-benda menarik pasal bangunan tu. Aku dari tadi lagi nak tahu pasal bangunan tu tapi lupa nak tanya kau.'' Balas aku dengan panjang lebar dan dengan perasaan yang ingin tahu.

''Hmm... Daripada apa yang aku tahu, bangunan kompleks tu dah dibina sejak 5 tahum yang lepas dan bangunan kompleks usang tu dulu pernah jadi sebuah pasaraya besar macam shopping mall. Tapi operasinya tak lama pun, dalam masa 3 bulan je. Lepas tu tak tahu kenapa, bangunan kompleks tu terpaksa kena tutup sebab katanya pihak pengurusan untuk bangunan kompleks tu dah bankrap disebabkan masalah ekonomi syarikat dan semenjak tu, bangunan tu terus kosong tanpa ada mana-mana pihak yang nak uruskan bangunan tu dan sampailah bangunan kompleks tu dah jadi bangunan yang usang macam yang sekarang ni.'' Kata Aizat dengan memulakan ceritanya. Sambil dia bercerita itu, aku hanya sekadar mendiamkan diri sambil fokus mendengar ceritanya itu. Sambil-sambil itu juga, di dalam minda aku ini dengan secara automatiknya terus membayangkan suasana persekitaran dan juga keadaan yang berlaku di dalam bangunan kompleks yang usang itu dengan mengikut setiap alur cerita seperti diceritakan oleh Aizat itu.

''Selepas tu, semenjak bangunan kompleks tu dah jadi usang, banyak jugalah kes-kes jenayah yang dahsyat yang pernah berlaku kat situ. Antaranya macam kes-kes orang bunuh diri, kes orang mati kena bunuh, kes mayat orang kena bakar, kes pembuangan bayi anak luar nikah, kes tanam mayat yang kena kerat berbelas bahagian dan macam-macam lagilah perkara ngeri dan kejam yang pernah berlaku kat situ.'' Sambungnya lagi dengan panjang lebar.

''Semenjak tu juga, banyak jugalah orang kata yang tempat tu ada banyak hantu dan macam-macam makhluk halus yang suka berkeliaran kat kawasan sekitar bangunan usang tu. Aku pun selalu juga ada ternampak makhluk-makhluk halus yang ada kat sekitar kawasan tu bila aku tersinggah lalu kawasan situ. Boleh tahan banyak jugalah, ada dalam lebih 10 spesies, 100 ekor.'' Sambungnya lagi dengan panjang lebar.

''Uish banyak gila!! Kalau dah lebih 100 ekor makhluk halus tu, memang dah jadi 'kampung' diorang lah bangunan kompleks tu.'' Kata aku dengan nada yang terkejut.

''Ha tau tak apa. Tapi yang aku peliknya, kawasan tu selalu jugalah team-team Paranormal Activist datang buat kajian kat sana. Diorang ada buat rakaman apa bagai semua tu tapi bila tengok hasilnya, hantunya satu pun tak muncul. Kecuali kalau bunyi-bunyian dengan benda-benda yang bergerak sendiri, ha itu je lah yang muncul kat depan mata diorang. Kalau hantu dan jin tu, satu ekor pun tak nak muncul. Haih... Aku pun tak fahamlah.'' Balas Aizat dengan panjang lebar sambil mengeluh perlahan.

''Hmm... Biasalah tu. Setahu aku, jin-jin ni memang tak suka tunjukkan diri dia kat depan manusia ataupun kamera sebab jin ni dia macam pemalu tapi dalam masa yang sama, dia benci nak tunjukkan diri dia dekat depan seseorang manusia tu sebab dia rasa benda tu macam tak perlu. Lagipun, kebanyakan manusia ni kan penakut? So dia rasa macam tak perlu pun tunjukkan diri ni hanya semata-mata untuk membuktikan kewujudan dia tu. Padahal dengan bunyi-bunyian suara yang tak dibuat-buat pun dah boleh menakutkan manusia, ini kan pula nak tunjukkan rupa.'' Kata aku dengan panjang lebar.

''Hmm... Betul juga tu. Jin ni memang takkan memunculkan dirinya kecuali kalau jin tu betul-betul tengah marah. Haa kalau jin tu tengah marah sampai dah tahap dia tunjukkan diri tu, lebih baik kau undurkan diri sekejap sebab bila dia dah tunjukkan diri, dia boleh buat serangan macam-macam tau.'' Balas Aizat dengan panjang lebar.

''Apa-apa pun kan... Nanti kalau andai kata kau boleh ikut pergi ke sekali, kau ada nak bawa sesuatu tak? Macam barang-barang untuk Ruqyah ke apa ke?'' Soal aku kepadanya dengan mengubah topik sebab aku rasa info dan maklumat yang aku dah dapat untuk bangunan Kompleks Maut yang telah diberikan oleh Aizat itu sudah cukup memadai.

''Hmm... Aku rasa takkan bawa apa-apa barang melainkan... Kamera.'' Balas Aizat dengan nada yang tenang.

''Kamera? Kau nak buat apa? Nak tangkap gambar atau nak merakam?'' Soal aku kepadanya lagi dengan soalan yang berganda.

''Hmm... Mungkin kedua-duanya sekali. Tapi bukan nak tangkap gambar hantu. Mungkin aku just nak tangkap gambar kita semua malam nanti untuk dijadikan sebagai kenangan manis. Hehehe...'' Balas Aizat dengan panjang lebar dan bernada sinis.

''Heh... Bagus juga idea kau tu.'' Kata aku dengan ringkas lalu aku terus memberhentikan motosikal setelah kami berdua tiba dan memasuki ke dalam perkarangan kawasan halaman rumah hadapan Aizat itu. Enjin motosikal dimatikan dan kemudian helmet topi keledar bersama dengan kunci motornya terus diserahkan semula kepada tuan empunya badannya iaitu Aizat.

''Okeylah, Zat... Aku nak balik dulu lah. Nanti apa-apa hal, kita jumpa lagi nanti eh. Thanks for today bro.'' Kata aku sambil menyalam tangannya sebagai tanda terima kasih untuk bantuannya hari ini.

''Ha okey-okey, no problem. Nanti bila kau dah balik, aku tahu kau rehat cukup-cukup. Kalau tak, bersepai kepala kau nanti aku kerjakan.'' Balas Aizat dengan ugutan yang sedikit pun langsung tak menggerunkan aku.

''Ha yelah bapak...'' Kata aku dengan nada yang selamba dalam menyindir.

''Apa kau cakap tadi?'' Pantas Aizat menyoal aku sambil memegang topi helmet motornya itu seolah-olah mahu dibaling ke arah aku.

''Ah tak ada apa-apalah... Oh by the way, baju sukan kau yang aku pinjam pakai ni macam mana? Nak aku bagi kat kau besok ke?'' Balas aku lalu menyoalnya dengan mengubah topik.

''Hmm... Kau ambil terus je lah. Lagipun aku dah ada banyak dah baju sukan. So kalau nak bagi kau sehelai, tak ada masalah kot. Lagipun baju yang aku bagi pinjam kat kau tu dah tak muat dah dengan badan aku ni. Maklumlah, aku ni kan dah gemuk.'' Balasnya dengan panjang lebar dalam nada yang selamba.

''Banyaklah kau gemuk!!'' Kata aku dengan nada yang geram. Gemuk? Dia kata gemuk?! Padahal dia kurus je kot. Lagi kurus daripada aku pula tu!! Aizat pun terus gelak terbahak-bahak je bila mendengar aku berkata sedemikian.

''Haih... Tak apalah, terima kasih lah untuk baju ni. Nanti kalau ada rezeki, aku akan balas balik jasa baik kau ni.'' Kata aku dengan berterima kasih kepadanya.

''Hmm sama-sama. Nanti dah balik, rehat cukup-cukup tau.'' Balas Aizat dengan berpesan.

''Yelah bapak, saya balik dulu ya. Assalamualaikum...'' Kata aku dengan nada menyindir lalu terus memulakan langkah untuk berlalu pergi tanpa menoleh ke arahnya.

''Apa kau cakap tadi? Bapak?!''

''Tak ada apa-apalah...
______________________________________

[Dina POV]

''Assalamualaikum ibu... Dina dah balik.'' Kata aku dengan ucapan salam sambil membuka kasut dan kemudian terus melangkah masuk ke dalam rumah.

''Waalaikumusalam...'' Jawab ibu aku yang datang daripada arah dapur rumah aku itu lalu dia terus berjalan menghampiri aku.

''Dina tak apa-apa ke ni? Tadi ibu dapat call daripada pihak pejabat sekolah, katanya Dina kena serang dengan seorang pelajar lelaki tadi. Betul ke?'' Soal ibu aku dengan nada yang penuh bimbang.

''Betullah tu. Tapi ibu jangan risau, Dina dah selamat dah sebab ada seorang kawan Dina tu dia sempat datang selamatkan Dina tadi. Jadi semuanya dah tak apa-apa dah sekarang.'' Balas aku dengan nada yang tenang.

''Haaah... Syukur alhamdulillah anak ibu ni dah selamat. Ibu risau sangat tau bila dapat tahu Dina kena serang budak lelaki tu masa kat sekolah tadi. Tadi masa Dina kena serang dekat sekolah tu tadi, siapa yang datang tolong selamatkan Dina?'' Soal ibu aku lagi dengan nada yang separa bimbang. Aku tersenyum seketika lalu teringatkan Isa. Tak tahu kenapa dengan aku ni, asyik teringatkan dia tu je.

''Kawan baru Dina... Isa nama dia.'' Balas aku dengan ringkas dalam nada yang tenang. Mendengarkan jawapan aku itu, wajah ibu aku terus berkerut.

''Isa? Tunggu... Budak tu bukan boyfriend Dina, kan?'' Soal ibu aku dengan nada yang serius.

''Hah?! Tak ada lah. Dia tu kawan baru Dina, dia tu budak baru kat dalam sekolah Dina dan hari ni Dina baru je berkenalan dengan dia tu. Dia tu baik orangnya. Ibu jangan salah faham pula.'' Balas aku dengan menafikan pemikirannya itu.

''Hmm... Betul ni kawan je?'' Soal ibu aku dengan nada yang serius bagi meminta kepastian.

''Iya, betul...'' Balas aku dengan ringkas sambil menganggukkan kepala dengan perlahan.

''Hmm okey... Kalau ibu dapat tahu budak yang bernama Isa tu boyfriend Dina, siap Dina nanti. Ibu bagitahu ayah...'' Kata ibu aku dalam bernada ugutan.

''Alah... Kalau ibu bagitahu ayah pun, apa yang ayah tu boleh buat?'' Soal aku dengan nada yang sinis.

''Heh... Pandang rendah dengan ayah eh? Dina jangan main-main... Ayah tu kalau dapat tahu Dina tu dah ada boyfriend, dia kahwinkan terus korang berdua tu tau.'' Balas ibu aku dengan penuh selamba. Mendengarkan jawapannya itu, aku terus terkejut dan tergamam. Jantung aku pula terus berdebar-debar dan sedikit demi sedikit, wajah aku ni mula terasa hangat.

''AAAAH!!! JAHATLAH IBU NI!!! DINA TAK BERSEDIA NAK KAHWIN LAGILAH!!!'' Rungut aku dengan nada suara yang lantang lalu terus berlari menuju ke dalam bilik tidur aku sambil ditertawakan oleh ibu aku itu. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik tidur, aku terus duduk di atas katil sambil memeluk sebuah bantal yang berbentuk teddy bear yang bersaiz sebesar pemeluk orang dewasa bagi menenangkan perasaan malu dan segan yang mula bermain di dalam benak hati dan fikiran aku ni. Gila apa? Umur aku yang semuda 17 tahun macam ni nak kahwin awal? Dengan Isa? Mana mungkin!! Aku tak bersedia untuk semua ni!! AAAAAAA!!!

Setelah sekian lama aku duduk menenangkan diri aku itu, hati aku pun mula nak terasa tenang. Tapi... walaupun hati aku ni dah mula terasa nak tenang, namun wajah dan senyuman Isa yang entah mengapa tiba-tiba je nak termasuk ke dalam fikiran dan minda aku ni terus mematahkan ketenangan tersebut. Wajahnya yang agak tampan itu... Senyuman ketabahannya yang agak manis itu... Sifat tanggungjawab dan keberanian jiwa rohaninya yang cuba nak mempertahankan maruah aku itu... Aaargh!! Tanpa sebarang sebab yang jelas, ianya telah melemahkan semangat aku. Aaaargh!! Kenapa aku asyik teringatkan dekat Isa je ni? Apa yang aku dah buat sampaikan aku jadi macam ni?!!

''Eh kejap...'' Lamunan aku itu terhenti seketika apabila fikiran aku tertangkap pada sesuatu perkara yang aku terlupa nak buat. Tanpa melengahkan masa, aku terus bergegas mendapatkan beg sekolah aku lalu terus mengeluarkan sesuatu daripada dalamnya.

''Haa... KEYCHAIN ISA!! AKU LUPA NAK BAGI!!!'' Teriak aku sambil menepuk dahi lalu terus merebahkan diri di atas katil aku sambil memegang keychain hati yang aku dah terlupa untuk diberikan kepada Isa itu. Haih macam manalah aku boleh terlupa nak bagi keychain hati ni dekat Isa? Hmm...

Aku membelek-belek seketika keychain hati jernih yang diperbuat daripada kaca itu. Ianya cantik dan bersinar tatkala terkena kilauan cahaya matahari yang terpancar terang daripada langit petang di luar rumah aku pada ketika ini. Sambil-sambil itu juga, fikiran aku terhadap Isa masih lagi belum menghilang.

''Hmm... Kalau aku ingat tadi, boleh aku bagi keychain ni sebagai tanda terima kasih dekat dia...'' Ngomel aku sendirian.

''Hmm... Tak apalah, nanti malam je lah aku bagi keychain ni dekat dia.'' Kata aku lagi sambil tersenyum dan kemudian tanpa sedar, mata aku terus terlelap dan aku pun terus tertidur lena dek kerana rasa mengantuk dan letih yang telah aku terima pada hari ini.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

28.8K 481 14
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
6.8K 790 40
Sekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal i...