SCHICKSAL AREESYAH | Can I Le...

By cahhhsham

1.9K 451 118

Schicksal yang membawa maksud takdir. Takdir tuhan yang menyatukan dua hati di antara Areeyan Raffell dan Ais... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 23
BAB 24

BAB 22

57 8 2
By cahhhsham

Sebulan kemudian

Aisyah Humayra bangun dari pembaringannya. Dia sudah bosan apabila seharian berada di dalam bilik. Ini semua arahan dari suaminya. Yela sejak dapat tahu yang dirinya ini berbadan dua, bukan setakat nak tolong masak je bahkan nak turun minum air pun dilarangnya. Bak kata suaminya, biar dia yang buatkan semua. Kadang pening juga mana satu yang sarat mengandung ni.

"Sayang" kepalanya auto menoleh ke arah pintu masuk biliknya apabila kedengaran panggilan dari seseorang. Sudah tahu siapa gerangan yang memanggilnya tak lain tak bukan suami tercinta eceh haha.

"abangggggggg" sengaja dia meleretkan suaranya seperti kanak-kanak yang mahukan aiskrim. sedikit demi sedikit dia mendekati susuk tubuh suaminya lalu tangan kecilnya merangkul pinggang tubuh tersebut. Areeyan menyambut kembali dengan memeluk pinggang ramping milik isterinya. dikucup dahi luas itu sebentar.

"kenapa sayang? nak apa ni hah?" tangannya naik mencuit hidung mancung Aisyah yang terletak cantik diwajah bersih itu dan digeselkan hidung mancung itu dengan hidungnya. Aisyah sudah memuncungkan bibirnya. suka benar kacau dia dengan cara mencuit hidungnya. nasiblah tak sakit tau.

"abang... betul-betullah. saya serius ni" dia mendongak untuk melihat wajah kacak suaminya. rugi pula kalau tak amati wajah hensem ni kan?

terhambur juga ketawa Areeyan apabila melihat wajah cemberut isterinya. buruk betul muncung itik ni kalah itik sebenar. amboi dah pandai eh mengutuk isteri sendiri. takpe kita yang beli beras!

 sejak isterinya berbadan dua, acap kali Aisyah merajuk jika permintaannya tidak ditunaikan. bukan setakat itu sahaja, isterinya ini juga semakin lama semakin kuat cemburu. pantang nampak dia bersembang dengan perempuan walaupun makcik, cemburu kemain lagi. bukan tu sahaja ye perangai pelik yang ada pada Aisyah ni. tetapi itu tidak menjejaskan apa-apa. makin bertambah sayang adalah. demi isteri tercinta, dia sanggup lakukan apa sahaja.

"eii sayang abang ni, kacau sikit tak boleh. merajuk je kerjanya. baby, tengok ummi ni merajuk dengan walid" di cubit dan digomol berkali-kali pipi yang semakin tembam itu. habis comot muka si isteri dibuatnya.

"abang cakap dengan baby tu macam lah baby dengar. abangggg, betul-betullah jangan main pipi saya ni. sakit tau" Aisyah melepaskan pelukan dan melabuhkan punggungnya di hujung katil. merajuk nak minta di pujuk dari encik suami.

"alololo ok ok abang betul-betul. ye sayang nak apa? meh sini bagitahu kat abang" kali ini Areeyan pula yang menghampiri isterinya yang sudah bermuncung sedepa itu. ini kalau dibiarkan, silap hari bulan baby dalam perut itu pun ikut juga perangai kuat merajuk ummi dia ni nanti.

tangannya melingkari pinggang isterinya dari arah belakang sambil menguncup bahu itu beberapa kali dengan niat ingin memujuk. tak boleh dibiarkan lama nanti rindu. mahunya nanti kena halau tidur luar!

Aisyah menyilangkan kedua belah tangannya. "pergilah sana. sibuk je kat sini"

"amboi halau abang pula. dah pandai eh sayang abang ni. sayang nak apa? ok kali ni betul-betul" sedikit demi sedikit Aisyah mula menghadap muka suaminya apabila dia rasakan yang suaminya tidak lagi menyakatnya.

"abanggggg" dia pula membalas pelukan suaminya dan merehatkan kepalanya di dada bidang si suami. selesa sangat.  Areeyan kembali mengukirkan senyuman di bibirnya. dia mengaku yang dia lemah apabila isterinya memanggilnya dengan intunasi sebegini. eish geram! sabar Areeyan sabar fuh. 

"ye sayang, abang kat sini" perlahan-lahan dia mengusap rambut panjang Aisyah yang separas pinggang itu. lembut sahaja belai yang dilakukan untuk isterinya. siapa je tak sayang bini oi?

jari Aisyah gatal bermain di dada bidang milik suaminya. jarinya seakan-akan melukis di dada suaminya dan seketika mengusap perlahan. Areeyan pula cuba untuk mengaturkan nafas yang sudah tidak teratur. dia cuba bereaksi biasa. ada juga kang yang kena baham dengan harimau kejap lagi.

"sayang? kenapa diam?"

" kejap lah saya lupa nak cakap apa tadi. abang lah punca" eh? kita pula yang kena. tak pelah kita sebagai suami kena mengalah. bukan takut isteri tapi dah memang gini sifat makhluk yang bernama perempuan. nak tak nak kena terima juga. 

"haaaa saya dah ingat! abang boleh tak saya nak?" terkedip-kedip matanya menikam anak mata si suami dengan mukanya yang sengaja di buat mimik muka comel supaya suaminya ini akan mengizinkan.

alis Areeyan sudah bercantum. lihat dari riak muka isterinya, dia seperti sudah mengagak apa yang si isteri mahukan. ada jelah nanti benda pelik-pelik yang dipinta isterinya.

"sayang nak apa? jangan minta benda yang pelik-pelik sudahlah sayang. susah nak cari kat sini sayang oi" manalah tahu tiba-tiba mengidam daging rusa pula kan haa. satu hal lagi kena mencari daging tu. mana nak cari pula.

"bukanlah. saya tak minta benda yang pelik-pelik pun cuma..."

"cuma apa?"

"cuma... erm saya nak minta keluar jalan-jalan je. sebab abang dah lama tak bawa saya keluar makan angin. boleh abang bawa saya jalan-jalan tak? please?" Areeyan menghelakan nafas lega. nasib baik lah isterinya ini tidak meminta benda yang tidak masuk akal. mana tidaknya, Aisyah pernah memintanya untuk makan sabun yang ada di dalam bilik air itu. katanya sabun tu yang nampak sedap. celah mana entah sedapnya itu. haihh ibu mengandung ni memang macam-macam perangai eh? nasib sayang.

"lah nak keluar jalan-jalan ke? abang ingatkan sayang nak minta abang makan sabun lagi" dalam keadaan hatinya yang berasa lega, terselit juga perasaan risau. risau kenapa? risau sebab sejak kebelakangan ini, dia dapat tahu yang ada seseorang sedang memperhatikan mereka dari jarak jauh. dia sendiri tidak tahu siapakah gerangan itu tetapi itulah yang membimbangkannya. 

dia takut kalau isterinya yang menjadi sasaran dan bukan dirinya. dia menjadi serba serbi tahu tentang hal ini kerana sebelum daripada Aisyah mengandung lagi, sudah ada yang mengekori jejak langkah isterinya. nasib baiklah daripada awal, dia sudah berniat untuk memasang bodyguard untuk si isteri bagi memantau keadaannya.

"mana ada eh. kalau saya nak suruh abang makan sabun lebih baik saya yang sumbat sabun tu dalam mulut abang. tak payah disuruh pun takpe" diam tidak dibalas percakapannya. dia memandang ke arah wajah suaminya yang tidak bereaksi apa-apa itu.

Aisyah sudah berkerut seribu. 'aik dah kenapa suami aku termenung pula ni?'

"abang?" dia menggerakkan sedikit tangan suaminya yang di peluk kemas. hairan juga tiba-tiba sahaja suaminya ini diam termenung. takut kena sampuk dengan jin pula kan? siapa yang tahu haa?

terkial-kial Areeyan sedar dari lamunannya. lupa pula yang si isteri ada di depan mata. kes tu punya pasal sampai lupa isteri sendiri. "haaa ye sayang?" 

aik macam tu je terus lupa. ni yang nak merajuk lagi sekali ni. "boleh tak nak keluar jalan-jalan? alaa boleh lahhh. dah lama tau abang tak bawa saya keluar. hmm merajuk la gini" 

"abang tak kata pun tak boleh sayang. untuk sayang, apa-apa pun boleh. dah kalau macam tu jom keluar. sayang cakap je nak pergi mana, abang bawa sayang. nak pergi ke hati abang pun boleh" Areeyan sudah tersenyum nakal lalu mengenyitkan mata ke isterinya. akal jahatnya ingin mengusik buah hatinya ini. kalau tak usik memang tak sah. rasa macam tak lengkap seharian itu kalau tidak mengusik isteri manjanya ini.

"eii saya tak kata pun nak pergi ke hati abang. saya kata nak pergi jalan-jalan" kali ini dia pula yang membalas kata. asyik dia saja yang kena. mana aci, betul tak?

"mulut ni ada je benda nak melawan eh? tarik muncung tu kang"

" apa ni main tarik-tarik mulut orang? eishh, cepatlah abang keluar jom"

Areeyan kembali dengan senyuman yang dari tadi menghiasi bibir merah jambunya itu. "kalau nak keluar kena cium abang dulu"

tanpa membantah, Aisyah terus bangun dan duduk di atas riba Areeyan dan tangannya pula melilit leher suaminya. "kat mana abang nak suruh saya cium? demi nak keluar, saya sanggup cium abang" Areeyan menayangkan muka tidak puas hatinya. dah kenapa pula.

"alo cium abang sebab nak keluar je?dah tak sayang abang lah tu. abang lah pula merajuk macam ni hm" ah sudah, merajuk pula encik suami ni. takpe kita layankan aje.

"hehehehe alololo abang saya sorang ni. mana adalah. sayang gurau je. kalau selama ni saya hidup dengan abang disebabkan perkara macam ni, takdelah nyawa dalam perut ni" tangannya memegang tangan si suami lalu diletakkan di bahagian bawah perutnya yang kini sudah memiliki satu nyawa. senyuman manis dipamerkan untuk suaminya ini.

"tiba-tiba rasa badan ni berpeluhlah pula" akal jahatnya kembali menguasai dirinya. tak cukup lagi nak mengusik si isteri tu.

"kalau berpeluh, pergi mandi dulu. nanti kelua...argh!" hampir luruh jantung apabila badannya tiba-tiba rasa berada di awangan. tangannya juga automatik memaut leher suaminya. kang kalau jatuh, tak jadi satu isu pula ke haa? yang menanggung sakit nanti dirinya, bukan si suami ni.

"eii abang! janganlah buat saya macam ni. kalau saya terjatuh tadi macam mana? abang juga yang susah nanti. lain kali bagilah signal awal-awal. takdelah saya terperanjat macam ni" ikutkan hati mahu saja dia luku kepala suaminya yang tak habis-habis mengacau dia. tabah lah dapat suami yang jenis suka mengusik. tapi takpe, saya suka hiks!

"ouh so greenlight lah ni?" Aisyah masih tidak memahami ayat nakal suaminya. reaksi muka isterinya ini seperti kucing yang menatapnya. comel! ni yang makin geram ni eish!

tidak lama selepas itu baru otak kembali memproses ayat suaminya. ada udang di sebalik mee rupanya! mukanya sedang elok putih gebu itu bertukar menjadi tomato dalam sekelip mata.

"no, saya dah mandilah. tak nak lah mandi lagi sekali. malas tau nak pakai baju balik"

"sayang tak payah buat apa-apa pun. biar abang je yang buat tapi yang penting teman abang mandi. pasal baju takpe nanti abang pakaikan. dont worry sayang" kakinya perlahan-lahan mengorak langkah ke arah bilik air di hadapannya sambil memujuk isterinya untuk mandi bersamanya. penat juga asyik berperang mulut dengan isterinya. belum tambah satu lagi. eh? macam salah je hehe.

"abang ni eish. yela yela" Areeyan sudah tersenyum kemenangan. bibirnya mengucup dahi isterinya sebelum mereka memasuki ruang bilik air.

"ei mengada"

"mengada pun dengan sayang je"

♡'・ᴗ・'♡

Rashdan memerhatikan setiap langkah pasangan bahagia ini keluar dari kawasan rumah banglo tersebut. Walaupun agak jauh dari tempat dia berada tetapi anak matanya masih jelas melihat susuk wanita yang diupah oleh bossnya untuk meperhatikan gerak geri pasangan ini. misinya yang bernilai hampir ratusan ribu ini tidak boleh di sia-siakan.

jarinya cekap mendail nombor bossnya. "hello boss, mereka keluar dari rumah sekarang. nak saya ikut juga ke?" kedengaran nafas dihembus di hujung talian.

"tak pe, tak payah ikut diaorang. bagi diaorang berseronok dulu. sekarang kau datang sini aku nak bincang dengan kau pasal benda ni"

"baik boss" terus Rashdan memutuskan panggil itu dan bergegas meninggalkan tempat kediaman itu dan berlalu pergi menuju ke tempat kediaman bossnya pula.

dalam masa yang sama,

Areeyan dalam kereta hanya berdiam diri tanpa sepatah kata dikeluarkan. Aisyah sendiri hairan. 'tadi elok je, kenapa pula diam ni?'

"abang?"

"hmm?"

"erm abang ok tak ni? kenapa tiba-tiba diam?" risau juga takut kalau dia ada buat salah tanpa dia sedar.

"takde pape lah sayang. abang ok je. sayang jangan risau ok?" dia sekali lagi cuba untuk menyembunyikan kegusaran yang sedang menguasai dirinya. bukan dia tidak tahu yang mereka berdua sedang diperhatikan sejak dari mereka keluar dari rumah. itu membuatkan dia semakin risau lagi-lagi kalau ini melibatkan isteri tercintanya. dia mesti bertindak dengan segera sebelum ada perkara buruk yang terjadi.

Aisyah kembali berdiam diri apabila melihat suaminya juga diam tidak berkutik. sedar tak sedar dia sudah terlena di buai mimpi.

Areeyan memandang ke arah isterinya dengan pandangan redup. "abang sayangkan sayang" selepas mengusap beberapa kali kepala isterinya, dia kembali fokus dengan pemanduannya.

♡'・ᴗ・'♡

"Macam mana dengan keadaan kau dalam masa beberapa bulan ni? semua ok?" lelaki yang digelar bossnya itu mengambil tempat duduk di hadapannya. lelaki ini baginya tidak sejahat yang difikirkan. cuma agak psycho sedikit sahaja. 

"setakat ni, semua ok boss tapi.." 

"tapi?"

"saya rasa mereka dah dapat hidu pergerakan kita boss. tempat yang kita guna tu pun diaorang dah serbu. nasib saya datang lambat sikit" sebaik percakapan Rashdan tamat, lelaki itu terus menghentakkan meja dihadapannya dengan sekuat hati. terkejut dia dibuatnya. automatik badannya keras membatu.

"shit! macam mana diaorang boleh tahu tempat tu?!" hati lelaki ini serta merta menjadi panas apabila mengetahui yang orang-orang Areeyan sudah dapat tahu tempat persembunyian mereka yang berdekatan dengan kediamannya. 

tiba-tiba lelaki ini mengukirkan senyuman sinis di bibirnya. sekali pandang, memang serupa dengan si pembunuh bersiri. dia bangun dari tempat duduknya dengan kedua belah tangannya menyilang ke dada sambil berjalan ke kiri dan ke kanan beberapa kali.

"sokay. kita guna plan seterusnya"

plan seterusnya? rasanya mereka tidak ada membuat plan B. macam mana pula ada plan lain? "err plan lain apa boss? seingat saya, kita takde bincang untuk plan lain"

senyuman sinisnya masih lagi menghiasi bibir itu. "even kita tak bincang for plan B, aku akan tetap bersedia dengan plan yang lain kalau plan yang kita bincang tak menjadi"

"ouh.. so apa plannya?"

"sat, sebelum tu aku nak kau cari pasal perempuan yang pernah rapat dengan si Areeyan tu dan bawa dia jumpa aku"

"baik boss" 

lelaki itu kembali duduk di tempat yang dia duduk sebentar tadi dan mereka berdua mula berbincang untuk melakukan langkah seterusnya.

Aisyah Humayra....you're mine! takkan ada yang boleh rampas kau daripada aku!

♡'・ᴗ・'♡

Syera Raffell menapak ke arah mamanya yang berada di dapur sedang berborak dengan pembantu rumahnya.

"mama" 

puan Sharfina memandang ke arah anak daranya yang semakin menghampirinya. "kejap ye bik, saya nak cakap dengan syera tu kejap"

"baiklah puan, saya minta masuk bilik dulu ye" pembantu rumah itu meminta izin untuk berlalu pergi memasuki biliknya. Syera mengambil tempat duduk bibiknya tadi menghadap mamanya yang sudah menunggunya.

"haa kenapa panggil mama ni?"

"aloo nak borak dengan mama sendiri pun tak boleh ke? Syera kan dah lama tak bual dengan mama. saje lah syera nak bual mama hehehe. by the way, abang reeyan bila nak balik sini? Syera tak jumpa lagi tau akak ipar Syera hm" selama Areeyan mendirikan rumah tangga ni, adik Areeyan iaitu bernama Syera Raffell juga tidak berkesempatan lagi untuk berkenalan dengan isterinya kerana adiknya ini masih berada diluar negara ketika itu. sebab itulah si Syera ni beria sangat nak jumpa akak ipar dia.

"ouhlahhh pasal tu ke? kenapa tanya mama? tanyalah abang kamu tu sendiri" macam nilah bila dapat mama yang tak supporting. nak nangis rasa huhu.

"ala mama.... mamalah tanyakan. Syera malas lah nak call abang reeyan tu. bukan pernah pun dia cakap elok-elok dengan Syera" puan Sharfina yang mendengarnya, hanya sembunyikan senyumannya. dia juga tahu yang dua beradik ni kalau dah berjumpa memang takkan pernah baik. dah besar pun perangai tetap tak berubah.

"haih kamu ni, yela yela. nanti mama call abang kamu tu suruh datang sini tapi" haaa dah mula laah ugutan puan mamanya ini. ada jelah tu benda nak minta.

"tapi apa pula mama kali ni hah?"

"haaa mama nak kamu belanja mama"

"cehh setakat belanja mama, satu kedai pun Syera boleh belikan tau" dia cuba meyakinkan mamanya. mama sendiri minta belanja je kot, benda kecik lah hah!

"ok nanti mama tuntut eh?" bersungguh betul anak daranya ni semata untuk berjumpa dengan akak ipar dia. maklumlah dia seorang sahaja adik perempuan dalam rumah tu.

"ye nanti mama tuntut, cepatlah call abang ma" budak ni memang tak geti menyabar. perangai manja tu tak hilang lagi rupanya sampai ke besar.

"yeay! thanks ma! huhuhuh jumpa akak ipar!" puan Sharfina sudah mengelengkan kepala berkali kali melihat perangai anak perempuannya seorang ini. macam-macam betul perangai.

sementara itu,

Telefon yang berada di dalam genggamannya bergetar menandakan ada satu pemanggil yang cuba menghubunginya. Lahh mama rupanya ingatkan siapalah tadi. Tanpa berlengah, Areeyan terus mengangkat panggilan itu.

"Haa reeyan assalamualaikum"

"Waalaikumussalam ma. Ada apa mama call reeyan ni?" Jarang-jarang juga mama call tanpa memberitahu terlebih dahulu. Ni mesti ada benda lah ni.

"Ni mama nak tanya, kamu Free ke tak? Dah lama reeyan tak balik sini. Dah tak rindu mama dengan abah ke?" Tanpa sedar dia juga tersenyum sumbing mendengarnya.

"Bukan tak rindu lah mama. Reeyan memang dah rancang nak balik sana cuma tak tahu lagi bila tarikh yang sesuai"

"Nak balik pun kena ada tarikh sesuai ke anak mama oi? Ni lagi pun adik kamu Syera tu dah balik sini. Dia tu beria nak jumpa kamu dengan Aisyah tu. Katanya rindu" dengar sahaja perkataan rindu daripada adiknya rasa macam nak muntah pun ada. Adik aku rindu aku? Pui! Itu semua tipu belaka!

"Haih macam-macam betullah budak kecik tu. Yela yela reeyan dengan Aisyah nanti balik sana tapi mungkin esoklah kot sebab hari pun dah nak malam. Aisyah ni pula dah penat sebab penat berjalan. Boleh kan ma?" Takut saja mamanya kecil hati dengannya. Dah namanya pun perempuan, tua ke muda sama je perangai tu.

"Ouh tu mama tak kisah. Bila-bila pun boleh tapi janganlah lama sangat haa. Mama pun rindu juga dengan menantu mama tu" lain macam je bunyi tu.

"Rindu menantu je ke mama? Anak sendiri ni tak rindu ke?" Sengaja mahu bergurau dengan mama kesayangan dunia akhiratnya ini.

"Eish apa kata macam tu. Mama rindu semua lah tu maksudnya. Haa nanti mama pun nak jemput besan mama datang sini sekali. Boleh lah sembang- sembang lama kat rumah mama" sebab tu ke mamanya suruh pulang ke sana? Kenapalah tak cakap awal-awal.

"Boleh je mama. Haa oklah ma, reeyan letak dulu sebab reeyan nak drive ni"

"Haaa oklah kirim salam dekat menantu mama tu. Jaga isteri kamu elok-elok. Ingat dia tu mengandung anak kamu" mama ni sempat lagi nak membebel. Mama... mama...

"Ye ma, reeyan tahu oklah bye mama assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Bagus juga kalau dia dengan isterinya menginap di rumah mamanya. Senang untuk dia mengawasi pergerakan isterinya kemana mana dan dia tidak lah risau sangat. Lagipun kalau berada di rumah mereka, dia sendiri merasakan kawasan tersebut tidak selamat kerana baru-baru ini orang-orangnya menjumpai tempat persembunyian orang yang cuba mengintip mereka dan tempat itu tidaklah jauh dari kawasan kediamannya.

Itu membuatkan dia bertambah risau. Untung pula mamanya call sebentar tadi menyuruh mereka tinggal di sana beberapa hari. Tidak terfikir pula akal fikirannya.

"Abang, mama cakap apa tadi?" Sejak akhir-akhir ini, suaminya ini suka sangat mengelamun. Sampaikan dia sendiri hairan. Apa yang difikirkan suaminya sampai sebegitu rupanya?

"Ouh sayang, ni mama suruh kita tidur rumah mama. Nanti ummi dengan abi pun ada dekat sana juga. Esok kita pergi sana ye?" Dia mengusap kepala yang berlapik tudung bawal yang dipakai isterinya itu untuk beberapa kali. Bau wangian shampoo yang digunakan isterinya dapat di hidu olehnya.

"Wahh betul ke abang? Yeay! Balik rumah mama!" Tersenyum bahagia apabila melihat isterinya juga turut gembira. Kebahagiaan isteri adalah kebahagiaan dirinya juga.

"So esok kita kemas barang-barang nak balik sana okay. Dah jom kita balik dulu. Dah nak maghrib dah ni" tangannya memegang erat tangan mulus isterinya supaya tidak ketinggalan di belakang. Dia membukakan pintu kereta untuk isterinya sebelum dia memasuki tempat pemandu kereta.

Kereta itu meluncur laju naik ke highway dan menuju pulang ke rumah banglo mereka.












































































































Fuh jenuh ye anak². Akhirnya siap juga hahaha. Klu ade typo comment tau. Bye bye next chapter!

Continue Reading

You'll Also Like

94.1K 9K 46
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
2M 89.9K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
261K 3.4K 36
Third Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or supp...
1.3M 60.7K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungk...