KASYAF (Hiatus)

Por ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... Más

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 22: Hukuman Yang Salah

284 49 25
Por ALIFRYT

[Normal POV]

Aizat yang ingin mengejar Isa yang bergerak pantas itu terhenti langkahnya kerana terlalu kepenatan dan sekaligus menyebabkan Isa terus hilang daripada pandangannya.

''Haih... Laju betul Isa tu lari, sampai tak terdaya aku nak mengejar dia tu.'' Kata Aizat sendirian sambil mengeluh kepenatan. Lantas pada ketika itu juga, Aizat ternampak ada satu kilauan kecil yang bersinar dek pancaran kilauan cahaya matahari yang menyuluh ke arah kilauan cahaya tersebut yang berada di sebalik longkang kecil yang berada dengan berhampirannya itu.

''Apa benda tu?'' Soalnya sendirian lalu dia terus menghampiri ke arah kilauan kecil tersebut. Semakin dekat dia menghampirinya, ternyata apa yang dia lihat itu adalah sebuah kunci rumah yang berwarna perak bersama dengan tag nama pemiliknya yang tertulis nama "Isa".

''Isa? Ini mesti kunci rumah Isa ni. Alhamdulillah, dah jumpa dah. Aku kena bagi dekat Isa cepat ni.'' Kata Aizat sambil mengutip kunci tersebut lalu dia terus memulakan langkahnya untuk mencari Isa.

PTAAAAH!!

Langkahnya terus terhenti apabila telinganya terdengar satu suara libasan yang sangat kuat seolah-olah seperti suara libasan rotan terhadap seseorang.

PTAAAAH!!

Dia mendengar lagi suara tersebut. Kuat dan bergema suaranya datang daripada jauh dan ianya juga datang daripada... Arah bilik stor sukan sekolah.

''Argh!! Sakit cikgu!! Sakit!!''

Serentak pada ketika itu juga, Aizat mula terdengar suara seorang lelaki yang sedang merintih kesakitan berserta dengan suara libasan rotan tersebut.

''Suara tu... ISA!!'' Apabila Aizat menyedari bahawa suara rintihan lelaki yang didengarinya itu adalah suara Isa, dia terus bergegas berlari menuju ke arah datangnya suara tersebut dan sebaik sahaja dia tiba di sana... Langkahnya terus kaku.

''Ya Allah!! ISA!!'' Jerit Aizat dengan nada yang terkejut apabila dia melihat Cikgu Azri iaitu guru disiplin di sekolahnya ini sedang mengheret Isa berjalan ke atas lantai sambil dia merotan belakang badan Isa dengan batang rotannya yang tebal itu. Di samping itu juga, ramai pelajar dan guru-guru yang berada di sekitar kawasan itu melihatnya dirotan sedemikian sambil berbicara sesama sendiri. Yang pastinya sedang mengutuk Isa barangkali tapi apa yang Isa dah buat sampaikan dia diperlakukan sedemikian rupa?

Aizat yang melihat sahabatnya diperlakukan sedemikian rupa terus menjadi remuk hatinya. Tanpa melengahkan masa, Aizat terus bergegas mahu menghampiri ke arah Cikgu Azri yang sedang merotan sahabatnya itu namun langkahnya itu terus dihalang oleh Namrul yang wajahnya penuh dengan kesan lebam itu seketika.

''Namrul! Apa yang dah jadi ni? Apa hal kau nak halang aku ni?'' Soal Aizat dengan nada yang serius kepada Namrul yang menghalang jalannya itu.

''Kenapa? Kau nak selamatkan kawan kau tu? Heh... Jangan mimpilah. Hidup dia akan musnah tak lama lagi.'' Balas Namrul dengan nada yang angkuh dan sinis.

''Apa maksud kau gila?'' Soal Aizat dengan nada geram sambil mencengkam kolar bajunya dengan kasar.

''Heh... Kau nak tahu? Kau tengoklah sendiri...'' Balas Namrul dengan nada yang sinis sambil dia melepaskan cengkaman Aizat pada kolar bajunya itu dan kemudian, dia terus berlalu pergi bersama dengan jelingan sinis ke arah mata Aizat itu. Mendengarkan jawapannya yang sinis itu, Aizat pun terus bergegas menuju ke arah Cikgu Azri yang sedang mengheret Isa menuju ke arah bilik guru disiplin sekolah tersebut.

''Aizat!!'' Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya lagi dan memaksa langkah Aizat yang mahu dipercepatkan itu terhenti seketika. Aizat menoleh ke arah orang yang memanggilnya itu dan ternyata orang itu adalah Dina. Dia datang daripada bilik stor sukan sekolah itu dengan keadaan yang tidak terurus lalu terus menghampiri ke arahnya.

''Dina... Apa dah jadi ni? Kenapa Isa kena rotan dengan Cikgu Azri tiba-tiba ni?'' Soal Aizat kepadanya dengan nada yang serius. Dina menangis teresak-esak seketika sambil memegang kedua-dua bahu Aizat.

''Isa... Dia dah jadi mangsa fitnah... Dengan Namrul. Namrul guna sihir untuk ubah wajah dia jadi sama macam Isa dan lepas tu dia cuba nak rogol aku. Lepas tu pula, Isa datang selamatkan aku dan dia pukul Namrul sampai lebam-lebam. Bila Cikgu Azri datang tadi, Namrul terus berubah jadi muka perempuan sampaikan Cikgu Azri ingat yang Isa tu pukul perempuan betul dan cuba nak rogol. Tapi dia silap! Dia silap!!'' Balas Dina dengan panjang lebar sambil menangis teresak-esak. Aizat yang mendengarkan jawapannya itu terus terkejut sambil mengucap panjang seketika.

''Ya Allah, kawan aku kena fitnah... Kawan aku kena fitnah, ya Allah!!'' Kata Aizat dengan nada yang serius dan cemas lalu dia terus meninggalkan Dina bersendirian di situ dan kemudian, dia terus bergegas mengejar Cikgu Azri yang sedang mengheret sambil merotan Isa yang tak rela dihukum dengan hinanya begitu. Dina yang ditinggalkannya itu pun terus bergegas mengejar Aizat yang sedang cuba untuk mendapatkan sahabatnya itu daripada belakangnya dan kemudian mereka berdua pun sama-samalah mengejar Isa yang sedang diheret oleh Cikgu Azri bagaikan banduan yang hina itu.
______________________________________

PTAAAH!!!

''Cikgu! Berhenti cikgu! Saya tak salah cikgu!!'' Rintih Isa sambil menangis menahan kesakitan akibat dirotan pada badannya itu di dalam bilik guru disiplin. Guru-guru disiplin yang lain yang melihatnya di rotan di dalam bilik tersebut hanya mampu sekadar melihatnya dirotan oleh Cikgu Azri itu sahaja sambil bersedia dengan rotan masing-masing di tangan mereka dengan bertujuan untuk menghalang Isa melarikan diri daripada bilik 'hukuman' tersebut. Ada salah seorang daripadanya sedang merakam Isa yang dirotan itu dengan menggunakan telefon bimbitnya untuk merekodkan kejadian hukuman tersebut.

Isa yang meminta simpati dan pengampunan sambil menangis dan merintih kesakitan itu langsung tak diendahkan oleh mereka malah semakin kuat dia merintih kesakitan, semakin kuat libasan rotan yang diberikan oleh Cikgu Azri itu dibantai pada belakang tubuh badannya itu. Lantas pada ketika itu juga, Aizat terus memasuki ke dalam bilik tersebut lalu cuba untuk menghalang tindakan Cikgu Azri itu namun mereka terus dihalang oleh guru-guru disiplin yang lainnya.

''Cikgu!! Lepaskan kawan saya tu. Dia tak bersalah, cikgu!!'' Pinta Aizat bagi membela nasih sahabatnya itu.

''Diam!! Kamu nak kata dia tak bersalah? Dia ni tadi cuba untuk merogol seorang pelajar perempuan kat dalam bilik stor dan dia pukul seorang lagi budak perempuan yang cuba nak selamatkan mangsa rogol tu. Kamu masih lagi nak pertahankan dia?'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tegas sambil merotan bahu Isa dengan sekali libasan.

''Cikgu!! Kawan saya tu tak pernah buat jahatlah, cikgu. Cikgu tak boleh nak kata dia macam tu!! Cikgu ada bukti ke? Tak ada kan?'' Soal Aizat dengan nada separa marah. Lantas pada ketika itu juga, Dina pun terus memasuki ke dalam bilik guru disiplin tersebut dan tubuhnya terus menjadi kaku apabila melihat suasana keadaan yang kacau-bilau itu.

''Cikgu... Isa tak salah cikgu. Bukan dia yang cuba nak rogol saya cikgu. Sumpah, bukan dia yang cuba nak rogol saya tadi.'' Kata Dina sambil menangis teresak-esak lalu terduduk meminta simpati dan belas kasihan terhadap Isa yang menjadi mangsa keadaan itu. Cikgu Azri terdiam seketika lalu dia memandang ke arah Isa itu dengan renungan yang tajam.

''Kamu ugut apa sampai dia boleh cakap macam tu hah?! Kamu ugut dia apa?!!'' Soal Cikgu Azri kepada Isa sambil merotan tubuh badannya dengan begitu kuat sekali.

''AAARGH!!!'' Isa yang telah dilibasnya itu terus menjerit kesakitan lalu tubuhnya terus tersungkur ke atas lantai kerana telah terlalu lemah untuk menahan rasa sakit dirotan teesebut.

''Ya Allah... ISA!!!'' Aizat yang terkejut dengan tindakan Cikgu Azri itu terus mengamuk lalu dia terus bergegas mendapatkan sahabatnya yang sudah terkulai lemah itu sambil memeluknya dengan matanya yang mula berkaca.

''Ya Allah ya tuhanku... Apakah salah dan dosa Isa sampaikan Engkau mengujinya sebegini teruk, ya Allah?'' Soal Aizat dalam hati dengan penuh rasa simpati sambil dia menangis dengan memeluk erat pada tubuh badan Isa yang sudah penuh dengan kesan luka akibat dirotan oleh Cikgu Azri itu.

''Ke tepi Aizat... Ke tepi!!'' Kata Cikgu Azri sambil menariknya ke tepi namun Aizat langsung tidak mahu berganjak daripada pelukannya pada tubuh Isa tersebut.

''Aizat... Aku sakit... Biarlah aku kena hukum macam ni... Walaupun ini semua bukan salah aku... Tapi... Lepaskanlah... Jangan libatkan diri kau...'' Kata Isa dengan nada yang berbisik dan tersekat-sekat sambil matanya mengeluarkan air mata keperitan.

''Tak... Tak... Aku takkan biarkan kau jadi mangsa fitnah macam ni. Aku takkan biarkan!'' Balas Aizat dengan nada yang tegas sambil menangis.

''Aizat... Cikgu ulang lagi sekali... Ke tepi atau dengan kamu sekali cikgu rotan nanti.'' Kata Cikgu Azri dengan ugutan yang tegas.

''Rotanlah kami cikgu! Kalau itu yang boleh buatkan hati cikgu tu rasa puas, rotanlah!! Sakitnya dirotan tu tak cukup nak buat saya jadi lemahlah. Saya takkan biarkan Isa jadi mangsa keadaan kat dalam kes ni. Dia tak bersalah! Saya dengan dia baru je datang ke sekolah ni beberapa minit yang lepas dan sepanjang masa saya ada dengan dia tadi, saya tahu apa yang dia dah buat. Dia bukan nak merogol sesiapa tapi dia cuma nak menjalankan tugas dia sebagai seorang pelajar yang baik dengan selamatkan mangsa yang sebenar. Tu je!!'' Balas Aizat dengan panjang lebar. Kesemua guru-guru disiplin yang mendengar jawapannya itu terus tergamam seketika kecuali Cikgu Azri yang masih lagi dengan pendiriannya untuk menghukum Isa dengan 'menderanya' dengan berpuluh kali libasan rotan.

''Depan mata cikgu sendiri... Cikgu nampak Isa ni pukul budak perempuan tu dan cekik budak perempuan tu sampai nak separuh mati. Bukan tu je, cikgu pun tahu dia cuba nak perkosa Dina.'' Kata Cikgu Azri sambil menjeling ke arah Dina yang sedang menangis itu. Kelopak matanya ditutup seketika lalu dia menoleh semula ke arah Aizat itu dengan renungan matanya yang tajam itu.

''Sepanjang saya bertugas sebagai guru disiplin kat dalam sekolah kita ni, tak pernah ada lagi saya nampak ada pelajar lelaki yang sanggup bertindak ganas macam tu dekat mana-mana pelajar perempuan. Ini tak boleh dimaafkan... Hukuman yang berat patut diberikan.'' Katanya lagi dengan nada yang separa tegas lalu dia terus mengangkat rotannya ke atas seolah-olah sudah bersedia mahu merotan Aizat dan Isa itu dan kemudian belum sempat rotan itu dilibaskan ke arah mereka berdua itu, tiba-tiba ada seseorang menghalang tindakannya itu daripada belakang.

''Cik-cikgu... Sulaiman...'' Kata Isa dengan nada tersekat-sekat. Ya, yang menghalang tindakan Cikgu Azri itu adalah Cikgu Sulaiman. Tanpa sepatah bicara, Cikgu Sulaiman terus merampas rotan tersebut lalu dengan tenangnya dia terus mematahkan rotan milik Cikgu Azri itu sehingga terbelah menjadi dua bahagian.

''Nak menghukum seseorang biarlah pada bukti dan siasatan yang kukuh, bukan pada kekerasan dan pandangan mata sendiri je!'' Katanya dengan nada yang tegang lalu dia terus menumbuk dada Cikgu Azri sehingga menyebabkan Cikgu Azri tersungkur ke atas lantai seketika. Semua orang yang melihat tindakan Cikgu Sulaiman itu terus terkejut dan tergamam seketika sampaikan ada yang takut untuk melihat wajahnya yang serba tegas itu.

''Apa yang kau buat ni, Sulaiman? Kau dah gila ke?!'' Soal Cikgu Azri kepadanya dengan nada yang marah.

''Kau tu yang dah gila!! Perangai macam Abu Jahal!! Hukum orang dengan kekerasan tanpa sebarang bukti yang kukuh, macam orang kafir tak ada iman!!'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tegas. Mendengar kata-katanya itu, Cikgu Azri diam terkedu seketika.

''Kau sendiri tahu kan apa yang dah jadi dekat Isa masa pagi tadi? Tak boleh nak berlembut sikit ke? Dia tu tengah sakit lagi kau tahu tak! Islam ajar kita menghukum orang dengan keadilan dan kelembutan, bukan dengan ikut nafsu kekerasan sendiri.'' Katanya lagi dengan panjang lebar dan bernada marah. Setelah puas memarahinya itu, Cikgu Sulaiman terus mendapatkan Isa dan Aizat yang sedang menangis itu lalu kedua-dua itu terus dipeluk erat oleh Cikgu Sulaiman itu dengan penuh kasih sayang. Hatinya terus remuk dan berasa sayu apabila melihat dua orang anak muridnya yang dia tahu bahawa mereka berdua yang tidak bersalah itu dihukum paksa dengan kekerasan tanpa sebarang kelembutan dan soal siasat yang boleh membuktikan kesalahan mereka itu.

''Tolong cikgu... Saya tak bersalah cikgu... Tolong...'' Rayu Isa bersama dengan rintihan tangisannya.

''Ya ya... Cikgu tahu kamu tak bersalah... Cikgu dah tahu semuanya dah...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan bagi menenangkan anak murid kesayangannya yang kesakitan itu.

''Kekerasan terhadap perempuan tak boleh dimaafkan. Depan mata aku sendiri aku nampak yang Isa pukul budak perempuan tu. Jadi kekerasan terhadap perempuan harus dibalas dengan kekerasan juga!'' Kata Cikgu Azri sambil bangkit berdiri.

''Jangan suka-suka ikut kata hati kau lah, Azri!! Kau tak tahu beza kata hati kau dengan kata nafsu kau. Jangan ikut sedap hati kau tu je!!'' Balas Cikgu Sulaiman sambil merenungnya dengan renungan mata tajam.

''Aku tanya kau sekarang... Mana budak perempuan yang Isa pukul tadi tu? Mana dia sekarang?!'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya dan Cikgu Azri terdiam seketika apabila dia perasab bahawa kehadiran pelajar perempuan yang menjadi mangsa pukul oleh Isa itu tidak ada bersama di dalam bilik guru disiplin tersebut. Serentak pada ketika itu juga, kesemua guru-guru disiplin yanh ada di dalam bilik itu cuba untuk melihat-lihat kehadiran 'mangsa' tersebut namun kelibatnya langsung tidak kelihatan.

''Tak ada kan? Dia tak ada kat sini, kan?'' Soal Cikgu Sulaiman dengan nada yang tegas dan setelah itu, kesemua guru-guru disiplin yang berada di dalam bilik guru disiplin tersebut terus mendiamkan dirinya.

''Haih... Nauzubillah... Aku tak faham betullah dengan korang semua ni. Macam mana korang boleh jadi guru disiplin kalau diri tu tak ada disiplin hah?!'' Soal Cikgu Sulaiman dengan soalan yang begitu menyentapkan dan seperti tadi, kesemua guru-guru disiplin termasuk Cikgu Azri itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja apabila dimarahi oleh Cikgu Sulaiman dengan sedemikian rupa.

''Haih... Aizat, Isa... Jom cikgu bawa kami berdua pergi ke Surau sekolah. Dina pun kalau boleh ikut sekali jom.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil memapah Isa untuk bangkit berdiri lalu dia bersama dengan Aizat dan Dina pun terus berlalu pergi daripada bilik guru disiplin tersebut dan kemudian terus bergerak menuju ke Surau sekolah.
______________________________________

[Isa POV]

Aku duduk bersila di dalam Surau sekolah itu sambil belakang badan aku yang penuh dengan kesan luka yang berbirat itu dirawat oleh Cikgu Sulaiman dengan perlahan-lahan. Dia bersama dengan Aizat membantu aku membersihkan kesan-kesan luka pada seluruh kawasan belakang tubuh badan aku itu dengan menyapu ubat tahan sakit yang diambil daripada dalam kotak kit perubatan dan manakala Dina pula hanya sekadar memandang ke arah aku dengan wajahnya yang hanya sayu sahaja. Dalam kesakitan bisa luka yang memedihkan luka aku ini, aku memaksa bibir aku untuk tersenyum walaupun hanya kelat untuk memberitahu kepadanya bahawa aku tidak apa-apa.

''Kau okey?'' Soal aku kepadanya dengan perlahan.

''Urm...'' Balasnya dengan anggukan kepala yang perlahan.

''Argh...''

''Tahan, sikit je lagi ni.'' Kata Cikgu Sulaiman apabila mendengar aku mengeluh menahan kesakitan kerana terasa pedih pada bahagian luka belakang badan aku itu.

''Namrul memang dah melampau... Aku tak fahamlah. Apa yang dia nak daripada kita sebenarnya? Kenapa dia sanggup buat kau jadi mangsa fitnah macam ni? Aku tak faham betullah...'' Kata Aizat dengan nada yang geram.

''Sabar... Bawa bertenang. Istighfar banyak-banyak...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan bagi menenangkan amarahnya itu sambil tangannya fokus merawat kesan-kesan luka di belakang tubuh aku itu.

''Dah lah tu, cikgu... Cukuplah tu.'' Kata aku sambil menutup semula kesan-kesan luka itu dengan baju sukan yang aku pakai ini.

''Tak apa ke ni? Banyak lagi tu yang nak kena rawat tu.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang separa bimbang.

''Tak apa... Biar je. Nanti okeylah tu.'' Balas aku sambil bangkit berdiri lalu terus berlalu pergi.

''Eh, kamu nak pergi ke mana tu?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada aku. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang kosong sambil tersenyum kelat.

''Saya... Nak pergi ambil air wuduk kejap. Nak solat Zohor kejap lagi.'' Balas aku dengan nada yang mendatar lalu terus berlalu pergi menuju ke arah bilik air untuk mengambil air wuduk. Tanpa sepatah bicara, Cikgu Sulaiman dan Aizat pun turut mengikuti aku untuk mengambil air wuduk dan kami bertiga pun berwuduk bersama-sama di dalam bilik air tersebut. Setelah mengambil air wuduk, kami bertiga pun kembali ke ruangan saf surau yang berada di bahagian paling hadapan sekali untuk menunaikan Solat Zohor bersama secara berjemaah.

Laungan Iqamat dilaungkan oleh Aizat dan setelah selesai Iqamat itu dilaungkan, dengan lafaz niat solat, kami bertiga pun terus mendirikan Solat Fardhu Zohor yang secara berjemaah itu dengan Cikgu Sulaiman yang menjadi imam kepada kami berdua. Walaupun segala tubuh badan aku terasa sakit akibat dirotan oleh Cikgu Azri itu tadi, namun Solat Zohor tetap aku gagahkan untuk mendirikannya dengan begitu khusyuk sekali.

Setelah selesai mendirikan solat, kami bertiga pun berselawat ke atas Nabi seketika sebelum Cikgu Sulaiman berhenti seketika mengarahkan Aizat untuk mengambil buku bacaan Surah Yassin untuk dibacakan bagi merawat diri aku ini. Setelah itu, aku bersama Aizat dan Cikgu Sulaiman pun terus memulakan bacaan Yassin bersama-sama dengan begitu khusyuk sekali dan manakala Dina pula hanya sekadar mengikuti kami bertiga membaca Surah Yassin itu bersama-sama dengan melalui bacaan hatinya.

Seperti yang telah dinasihatkan oleh Cikgu Sulaiman pada pagi tadi, kami semua membaca Surah Yassin itu sebanyak 7 kali daripada kali yang pertama sampailah kali yang terakhir. Setelah selesai, Cikgu Sulaiman pun memimpin bacaan doa selepas membaca Yassin itu sambil mendoakan kesejahteraan dan perlindungan buat aku daripada Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

Setelah selesai mengaminkan doa, aku menyalam tangannya dan tangan Aizat sambil memohon maaf jika aku ada buat salah dengan mereka kerana aku berasa Allah menguji aku begini mungkin disebabkan salah yang tak sengaja aku buat terhadap mereka berdua. Dengan rasa hati yang sebak dan ikhlas, mereka berdua pun memaafkan aku dan suasana menjadi sayu seketika apabila aku menangis kerana terlalu penat menghadap ujian Allah ini.

Aku segera bangkit berdiri lalu bergerak ke arah sebuah saf yang berhampiran dengan tempat aku itu dan kemudian aku pun terus mendirikan Solat Taubat dengan hati yang penuh keikhlasan dan keinsafan.

Setelah selesai menunaikan Solat Taubat, aku mendirikan pula Solat Hajat dengan hati yang penuh ketaatan kepada Allah dengan harapan bahawa Allah akan tunaikan hajat dan doa aku ini. Setelah selesai mendirikan Solat Hajat, aku berzikir seketika dengan berselawat ke atas nabi, membaca selawat ayat-ayat Syifa dan juga selawat Asma Ul-Husna dengan memuji segala kuasa kebesaran Allah SWT itu. Selepas selesai berbuat sedemikian, aku menadah tangan aku ke atas sambil mengalirkan air mata dengan berharap bahawa Allah akan betul-betul mendengar doa hambanya yang lemah ini dan memakbulkannya pada waktu yang tepat.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim... Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Aku memohon kepadamu, Ya Allah... Tiada daya untukku menghadapi segala ujianmu yang berat ini, Ya Allah... Ya Allah yang maha pengampun, Engkau ampunilah dosa-dosaku dan serta kedua-dua ibu bapaku yang telah engkau ambilnya daripadaku ini, ya Allah... Engkau rahmatilah diriku dan juga kedua ibu bapaku itu baik di dunia ini dan juga di akhirat nanti, Ya Allah... Engkau permudahkanlah segala urusan hidupku ini dengan penuh kebaikan dan keberkatan dan jauhkanlah aku daripada segala keburukan dan kemaksiatan... Ya Allah yang maha gagah dan perkasa, Engkau berikanlah juga sedikit kekuatan buatku untuk menghadapi segala perit suka dan duka hidup ini, Ya Allah... Sesungguhnya di dunia ini tiada apa yang Engkau tidak boleh lakukan melainkan dengan kehendakMu sendiri, Ya Allah...'' Doa aku dengan panjang lebar sambil mengalirkan air mata.

''Ya Allah... Sesungguhnya aku berjuang dan berjihad di jalanmu ini dengan hati yang tabah dan penuh keimanan. Aku tidak gentar terhadap musuhku namun aku masih lemah untuk menghadapi mereka, Ya Allah... Engkau permudahkanlah segala urusanku di kala aku sedang ditimpa kebuntuan di dunia... Engkau permudahkanlah hidupku di kala aku ditimpa kesusahan... Engkau berikanlah ketenangan di saat aku memerlukannya... Sesungguhnya engkau tuhan yang maha pemurah lagi maha penyanyang... Robbana a'tina fiddunya hasanah... Wal fil akhiratil hanasah... Wa qina a'zabannar... Aamiin.'' Aku mengaminkan doa aku yang panjang lebar itu lalu terus mengusap sisa-sisa air mata yang mengalir di pipi itu sehingga kering-sekeringnya.

''Kamu dah okey?'' Tegur Cikgu Sulaiman dengan nada yang lembut daripada sebelah aku. Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum seketika menandakan bahawa aku sudah baik-baik sahaja.

''Baguslah... Buat masa ni, kamu jangan datang ke sekolah eh? Kita bagi suasana kat dalam sekolah ni tenang dulu. Nanti lepas semuanya dah okey, kamu datang ke sekolah ni balik eh?'' Pesannya dengan nada yang lembut.

''Tak apalah cikgu, saya nak datang juga. Saya pelajar baru kot kat sini, takkanlah asyik nak 'ponteng' sekolah je?'' Balas aku dengan sedikit rungutan.

''Tapi-''

''Cikgu... Menuntut ilmu tu satu jihad. Jadi tak salah kan kalau saya nak datang juga ke sekolah ni? Saya tahu sekarang ni saya dah jadi pelajar yang buruk kat dalam sekolah ni tapi bagilah saya peluang untuk betulkan segalanya. Boleh?'' Soal aku dengan memotong kata-katanya itu. Cikgu Sulaiman terdiam seketika lalu dia tersenyum sambil dia mengusap-usap pada bahagian rambut aku itu dengan penuh kelembutan.

''Okey... Tapi dengan syarat. Kalau ada apa-apa masalah, panggil cikgu dulu. Jangan bertindak melulu lagi. Faham?'' Balasnya dengan nada yang tenang.

''Faham cikgu.'' Kata aku sambil tersenyum gembira.

''Dina...'' Panggil Cikgu Sulaiman kepadanya.

''Ya Cikgu?'' Sahut Dina lalu terus melangkah menghampirinya. Cikgu Sulaiman mendekatinya lalu membisikkan sesuatu pada telinganya. Aku cuba untuk mencuri-curi dengan bisikannya itu dengan melalui deria pendengaran Kasyaf dan juga deria bacaan minda aku ini namun kedua-duanya terasa seolah-olah seperti tidak berfungsi pada waktu sekarang ni. Macam sudah dikunci oleh sesuatu. Dina pula selepas mendengar bisikan daripada Cikgu Sulaiman itu, dia terus bergegas keluar daripada Surau tersebut dan setelah beberapa minit kemudian, dia terus datang menghampiri aku dengan membawa sebuah kotak hitam kecil yang terdapat satu tulisan perkataan jawi yang berwarna emas di atasnya. Dina menyerahkan kotak tersebut kepada aku dan aku pun terus mengambilnya sambil membelek-belek kotak tersebut.

''Kotak apa tu?'' Soal Aizat kepada Dina.

''Tak tahu.'' Balas Dina dengan ringkas sambil mengangkat bahunya ke atas.

''Kasyaf?'' Sebut aku dengan perlahan apabila aku terbaca perkataan jawi yang berwarna emas yang tertulis di atas kotak tersebut.

''Haah... Tadi masa sebelum aku pergi ke sekolah tadi, ada seorang pakcik ni suruh aku bagi kotak ni dekat kau.'' Jawabnya dengan nada yang mendatar. Aku tergamam seketika lalu mengusap kotak itu seketika sebelum membukanya untuk melihat isi kandungannya.

''Eh, cincin batu...'' Kata aku dengan nada yang terkejut dan terpegun apabila melihat isi kandungannya itu adalah sebentuk cincin hitam yang bertatahkan sebiji batu permata yang berwarna merah delima dengan berbentuk empat segi itu. Cantik cincinnya. Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah tengok lagi cincin yang secantik ni.

''Ini... Cincin batu serai wangi ni.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada terpegun.

''Ada kelebihan ke cincin batu ni cikgu?'' Soal aku kepadanya.

''Tak ada kelebihan pun tapi kalau dengan izin Allah, mungkin boleh jadi.'' Balasnya dengan tenang. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja sekadar faham lalu terus mengambil cincin tersebut dan kemudian terus menyimpannya ke dalam poket seluar. Aku tak nak pakai cincin tu sekarang sebab aku tahu, masanya belum sesuai lagi untuk aku memakainya.

''Err cikgu... Alang-alang kita dah ada kat sini ni, jomlah kita bincangkan pasal urusan kelab kita tu kat sini.'' Kata aku kepadanya dengan nada mengajak. Cikgu Sulaiman terdiam sekejap lalu dia menoleh ke arah Aizat dan Dina itu seketika.

''Nak join?'' Soalnya kepada mereka berdua. Aizat dan Dina saling berpandangan seketika lalu mereka berdua pun mengangguk setuju.

''Hmm baiklah...'' Kata Cikgu Sulaiman sambil duduk bersila di sebelah aku dan manakala Aizat dan Dina pula hanya sekadar duduk di belakangnya untuk tidak menganggu urusan kami berdua itu.

''Cikgu nak bagitahu yang... Bilik kelab kita akan ditutup buat sementara waktu untuk repair balik pintu bilik kelab kita yang dah pecah tu. Jadi untuk sepanjang masa bilik kelab kita tu ditutup nanti, segala urusan atau aktiviti kokurikulum yang ada kat dalam kelab kita tu akan dibuat dekat luar sekolah. Faham?'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Ouh faham faham.'' Balas aku dengan anggukan kepala.

''Lagi satu... Malam ni kita ada tugas pembersihan lagi tau. Cikgu agak berat hati nak ajak kamu sebenarnya sebab cikgu tengok kamu ni macam tak sihat lagi ni. Tapi kalau kamu tak kisah ataupun dah okey nanti, kamu boleh je nak ikut cikgu malam ni. Kalau kamu nak lah...'' Katanya lagi dengan panjang lebar.

''Hmm... Boleh juga. Saya dah okey dah sikit sekarang ni. Rasanya saya boleh kot join cikgu pergi jalankan tugas pembersihan tu malam ni.'' Balas aku dengan nada yang tenang.

''Betul ni?'' Soal Cikgu Sulaiman dengan ringkas. Cikgu Sulaiman menjeling sinis ke arah aku.

''Ya cikgu. Saya jamin 100%.'' Balas aku dengan nada yakin.

''Hmm... Bagus.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan senyuman sinis lalu dia menoleh ke arah Aizat dan Dina yang sedang duduk di belakangnya itu seketika.

''Hmm... Cikgu tahu kamu berdua ni istimewa orangnya dan cikgu yakin yang kamu berdua ni mesti ada minat ataupun perasaan ingin tahu tentang apa yang cikgu bualkan dengan Isa ni tadi kan?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada mereka berdua.

''Saya dah tahu dah sebab Isa dah pernah cerita kat saya tentang aktiviti kelab Paranormal yang macam tugas pembersihan yang cikgu buat tu. Tapi Dina ni je lah, saya rasa dia tak tahu lagi kot pasal hal ni.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba dan Dina pun terus tergamam seketika apabila namanya itu disebut oleh Aizat.

''Hmm... Baiklah, cikgu akan terangkan pada kamu berdua dengan lebih terperinci lagi.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil mengalihkan posisi duduknya menghadap ke arah mereka berdua itu. Setelah itu, dia menceritakan segalanya tentang maklumat-maklumat yang menarik yang berkenaan dengan aktiviti kelab Paranormal ini daripada tujuan ianya ditubuhkan dan juga berkenaan dengan perlibatan agensi paranormal yang dianggotai oleh Cikgu Sulaiman itu dan juga tugas-tugas pembersihan yang sentiasa dibuat pada waktu malam tersebut.

''Ouh... Macam menarik je.'' Kata Dina dengan nada yang berminat.

''Kamu berdua nak ikut sekali nanti?'' Ajak Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Eh, tak apa ke? Bukan ke aktiviti tugasan tu hanya untuk ahli kelab paranormal je ke?''

''Heh... Kelab Paranormal cikgu ni tak macam kelab lain. Kamu berdua boleh je join cikgu dengan Isa pergi jalankan tugas pembersihan tu malam ni kalau cikgu lantik kamu berdua sebagai ahli kelab Paranormal yang tak rasmi.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Eh, boleh ke macam tu?'' Soal Dina dengan nada terpegun.

''Boleh... Nak tahu sebab apa? Sebab kelab Paranormal ni ibarat macam satu agensi khas yang ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk berkhidmat kepada masyarakat sekeliling. Jadi kelab ni memang akan terbuka kepada sesiapa sahaja yang nak sertai aktiviti dan tugasan-tugasan kelab ni sebagai ahli tak rasmi dan kalau nak sertai, kena ikut syarat-syaratnya lah iaitu hati kena kuat dan tak boleh jadi penakut. Kalau tak, susah nak lawan jin nanti.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Mendegarkan penjelasannya itu, Dina dan Aizat saling berpandangan seketika dengan reaksi wajah yang menunjukkan seolah-olah mereka berdua itu mula berminat untuk menyertainya.

''Ehem... Boleh lah kot saya nak mencuba nasib kan. Manalah tahu saya ni boleh jadi lagi hebat kalau dapat sertai kelab ni...'' Kata Aizat dengan nada berpura-pura sinis.

''Hmm... Kalau macam tu, saya pun nak join cikgu jugalah. Mana tahu ada apa-apa yang saya boleh tolong nanti. Hehe...'' Kata Dina pula dengan nada yang separa segan. Aku dan Cikgu Sulaiman saling berpandangan seketika lalu tersenyum bersama.

''Hmm... Baik. Sebelum pukul 9 malam nanti, cikgu nak kamu bertiga tunggu cikgu kat depan bus stop sekolah kita. Nanti cikgu datang ambil kamu bertiga dan kita akan terus bergerak ke lokasi sasaran kita.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dan bernada tenang.

''Baik cikgu!!'' Balas kami bertiga dengan serentak dan bernada teruja. Aku berasa gembira sangat apabila dapat tahu bahawa Aizat dan Dina akan menyertai aku di dalam tugas pembersihan kali ni. Kalau hari tu bersama dengan kehadiran Nabila, situasinya boleh tahan mencabar juga. Tapi kali kalau dengan mereka berdua, agak-agaknya macam manalah nanti ya? Hmm...

''By the way... Tempat yang kita nak pergi tu malam ni, kat mana pula cikgu?'' Soal aku kepadanya.

''Malam ni kita akan pergi dekat sebuah bangunan usang yang pernah dijadikan sebagai kompleks pasaraya lama yang terletak dekat hujung kawasan Pekan Bukit Berduri.'' Balasnya dengan tenang. Tiba-tiba Aizat dan Dina tergamam seketika.

''Maksud cikgu... Bangunan yang pernah jadi tempat orang ramai bunuh diri tu dulu?'' Soal Aizat kepadanya dengan serius. Cikgu Sulaiman tersenyum sinis seketika apabila dia mendengar soalan Aizat yang seperti mula ketakutan sedikit itu.

''Ya... Bangunan tu lah. Bangunan Kompleks Maut.''

[Bersambung]

Seguir leyendo

También te gustarán

28.8K 481 14
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
128K 8K 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau...
6.8K 790 40
Sekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal i...
23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...