Bukan Pilihan Hati

Por NurulHuda015

432K 12.5K 663

[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia... Más

Prolog
Bab1
Bab2
Bab3
Bab4
Bab5
Bab6
Bab7
Bab8
Bab9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab14
Bab15
Bab16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab29
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab39
Bab40
Epilog
KTH

Bab38

9.7K 274 9
Por NurulHuda015


   Seminggu sudah berlalu.
Nadhir dan Rafi kembali ke rumah Dato Fadli.Datin Faida tersenyum apabila mereka diarahkan kembali ke rumah lama mereka.

  "Terima kasih Nadhir!"kata Datin Faida tersenyum bahagia.Nadhir hanya tersenyum kelat.

  "Bang, kau okey tak ni? Muka kau pucat tu.Ubat dah makan?"soal Rafi.

  "Dah jangan risau."kata Nadhir perlahan.Dia berjalan perlahan-lahan ke dalam biliknya.

  Dia berbaring di atas katil sambil sebelah tangan diletakkan di atas dahi.

  Tiba-tiba dia teringat kata-kata Doktor yang bertemu semalam.

  "Awak kena buat pembedahan ni secepat dengan mungkin.Ni demi nyawa awak untuk hidup ."

  "Kami dah jumpa penderma awak, insyaAllah Allah permudahkan segala urusan awak."

  Sebelah lagi buah pinggangnya rosak.Dulu Syifa dah dermakan sekarang pesakit di hospital itu sendiri nak dermakan.

  "Ya Allah, tunjukkan lah aku kebenaran.Permudahkanlah urusan aku."

  Lelaki yang mahu dermakan buah pinggang itu sangat baik.Nadhir nak membalas balik tetapi ditolak.

  "Aku ikhlas nak dermakan untuk kau.Aku taknak lebih tapi doakan aku bebas dari kanser hati ni."

  Penghidap Kanser Hati stage 4.Sekarang lelaki itu memang sudah tidak boleh bergerak hanya mampu terbaring kaku di atas katil hospital.

  Semakin hari semakin kuat sakit di pinggangnya.Bukan dia taknak buat pembedahan tetapi dia takut.

  Nyawa dia akan terancam jika pembedahan ni tak berjaya.Sudah dahlah ini kali yang kedua dia akan jalankan pembedahan.

Kertas putih di sebelah katilnya dicapai.Dia mula menulis sesuatu untuk Syifa.

Syifa mengatur langkah ke bilik tidurnya.Dia menghembuskan nafas lega apabila melihat Nadim masih tidur nyenyak.

Wajah Nadim yang sedang lena ditilik lama.Semakin Nadim membesar semakin sama wajahnya seperti Nadhir.

"Haihlah Nadim."

Telefon di sebelahnya berdering kuat.Melihat sahaja nama suaminya di skrin terus dia mengeluh.

Dari dua hari lepas lagi.Jantan tak guna ni duk call.Terus dia menjawab panggilan itu.

  "Hello."

  "Assalamualaikum sayang."terdengar suara serak basah Nadhir di talian.

  "Waalaikumussalam."balas Syifa.

  "Sayang dengan Nadim sihat?"soal Nadhir.Syifa mendiamkan diri lama sebelum menjawab.

  "Sihat."

  "Sayang, abang rindu sayang yang dulu."

"Abang rindu sangat.Kalau boleh abang nak putarkan balik masa.Abang nak layan sayang macam orang lain.Abang nak bahagiakan sayang."

"Saya taknak putarkan masa sebab dulu saya paling disakiti."kata Syifa .

"Abang minta maaf sayang."kata Nadhir lalu terbatuk-batuk kuat.

"Abang mohon maaf sayang.Abang minta maaf banyak-banyak sebab perkara dulu."

"Abang taknak kita berpisah.Abang taknak kita berpisah."ulang Nadhir banyak kali.

"Tolong la saya. Bagi abang peluang kedua.Tolonglah abang merayu."terdengar esakkan suaminya di talian membuatkan hatinya rasa bersalah.

"Abang harap sangat Syifa baca surat dalam laci tu."

"Abang nak minta ampun maaf dari Syifa.Halalkan segalanya ya sayang?"

"Abang minta maaf."

"Abang letak dulu, kiss Nadim untuk abang.Assalamualaikum."
talian dimatikan.

Tangannya menggigil teruk.Rasa sakit di hatinya seperti dahulu.Dia menempik kuat sebelum melempar telefonnya ke dinding.

"Tolonglah!"Syifa meracau.Rambut ditarik-tarik kuat.Dia dah tak sanggup.Dia sayangkan lelaki itu.Dia taknak kehilangan Nadhir.

Tolonglah!

Nadhir menghembus nafas.Bantal di bawah kepalanya dibetulkan.Rafi melangkah masuk ke dalam wad tersebut.

"Kau dah makan ke?"soal Rafi.

"Aku nak operate dah kejap lagi."kata Nadhir tersenyum kelat.Rafi memandang abangnya lama sebelum menangis.

"Kenapa kau tak share masalah kau dengan aku? Aku adik kau tau."kata Rafi.Nadhir tergelak kecil.

"Ya sebab kau adik aku lah, aku taknak kau risau."

"Kau nak tahu tak ayah dengan ibu marah aku.Dia orang dah on the way datang sini."

"Thanks Rafi."

"Kau dah call Syifa?"soal Rafi.

"Baru je tadi."

"Rafi."tangan si adik dicapai.

"Kalau pembedahan aku ni tak berjaya, aku nak kau jaga ayah dengan ibu ya? Jangan jadi macam aku."

"Jaga Syifa dan Nadim.Sayang Nadim macam anak kau sendiri."

"Kau janganlah cakap macam ni!tskk-tskk."Rafi menangis.

"Dah tak yah nangislah.Aku sayangkan kau.Kau kena kuat nanti kau kahwin dengan Ima buat anak ramai-ramai bagi Nadim kawan."

PAK

Bahunya ditampar Rafi.Nadhir tergelak sebelum mengaduh sakit.

"Sorry."

"Aku sayang kau sangat.Lagi satu, kau call Syifa masa aku operate kejap lagi ya?"

Rafi angguk laju.

————————————————————————————

Assalamualaikum isteri abang.
Abang minta maaf, abang malu sebenarnya nak bagitahu.Abang tahu selama kita berkahwin ni tak pernah pun abang bagitahu tentang perasaan abang dekat sayang kan?

Abang cintakan sayang.Sepenuh hati abang.Abang tahu abang bersalah dan sayang takkan maafkan abang kan?

Sayang, abang sakit.

Jantung Syifa berdegup laju selaju air mata yang turun membasahi pipi.

Sebelah buah pinggang abang rosak lagi.Dulu sayang dah dermakan untuk abang kan? Abang nak ucap terima kasih banyak-banyak.Sebab sayang sudi dermakan kepada abang.

Abang minta maaf sangat-sangat.Abang harap bila abang operate nanti sayang ada dengan abang.

Abang cintakan Qasmira Nur Syifa sangat-sangat.Maafkan abang ya?

  Habis sahaja surat itu dibaca terus dia berlari keluar mencari Hajah Zaitun.

  "Umi! Umi!"jerit Syifa kuat.Hajah Zaitun yang baru selesai mengaminkan doa berpaling.

  "Umi, kita kena balik sekarang jugak!"kata Syifa menangis teresak-esak.

  "Kenapa ni hey Syifa."tangan Syifa ditarik.

  "Nadhir sa..sakit."kata Syifa.Nafasnya turun naik.

  "Kenapa? Sakit apa?"soal Hajah Zaitun pelik.

  "Kita kena balik sekarang jugak!"kata Syifa.

"Ya ya cepat pergi kemas barang."

  Syifa mendial nombor Nadhir berkali-kali.

  Tidak diangkat.

  "Cepat Syifa. Dah nak pukul 5 dah ni."kata Hajah Zaitun.

   Nadhir tersenyum memandang Dato Fadli dan Datin Faida.

  "Doakan Nadhir ya?"kata Nadhir tersenyum lemah.

  "Ya ibu doakan.Jangan risau.Nadhir kena kuat ya nak?"rambut Nadhir diusap.

  Nadhir tersenyum sebelum perlahan-lahan katilnya ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.

  "Sayang, abang harap Syifa ada dekat sini.."

TBC
9 Julai 2021

Seguir leyendo

También te gustarán

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
28.7K 739 10
Gadis kampung. Satu penghinaan buat lelaki bernama Arian Izrail. Jejaka terkenal dengan sifat dinginnya dan kekayaan keluarganya. Pewaris syarikat te...
549K 15.3K 25
Sara Irdina dan Haridz Hakimi disatukan kerana satu insiden. Perkahwinan mereka terjadi hanya kerana perangkap rakan baiknya sendiri. Sakit hati tid...
158K 13.9K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...