KASYAF (Hiatus)

Por ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... Más

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 20: Misteri Di Mana-mana

358 49 11
Por ALIFRYT

[Dina POV]

Di dalam kelas pada ketika ini, kesemua pelajar yang ada di dalam kelas aku ini semuanya hanya berbual sesama sendiri sambil menunggu kedatangan guru untuk mengajar subjek pembelajaran di dalam kelas aku ini dan suasananya pada ketika ini agak kecoh sedikit kerana mereka semua sibuk bergosip tentang kejadian Isa yang terkena kerasukan semasa waktu rehat di dalam kantin sekolah itu tadi. Aku pula hanya sekadar termenung memandang ke arah luar tingkap kelas sahaja sambil memikirkan nasib Isa yang dialaminya pada ketika ini. Entah mengapa, aku terasa serba salah sangat sebab aku lah punca dia kena kerasukan dan cuba nak cederakan pelajar perempuan yang lain itu tadi. Kalaulah aku berfikir dulu sebelum bertindak, mungkin semua ni takkan. Tapi kalau aku tak buat apa-apa pun, nanti sampai bila-bila Isa akan terkena sihir jin tu. Hmm...

''Wey Dina...'' Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki yang berpakaian seragam lengkap bagi unit uniform Polis datang menegur aku daripada sebelah. Lamunan aku terhenti seketika apabila aku ditegur olehnya yang bernada suara serba serius itu lalu aku terus menoleh ke arahnya untuk melihat siapakah yang datang menegur aku itu.

''Eh, Kimi... Kenapa? Ada apa-apa ke?'' Soal aku kepadanya. Kimi atau nama penuhnya adalah Amri Hakimi adalah ketua kelas di dalam kelas aku ni dan dia adalah orang yang bersifat paling tegas dan serius di dalam sekolah ni. Sekali pandang nampak macam samseng dan kalau tengok daripada segi sifatnya pun dah macam seorang ketua pengawas pun ada. Tapi sebenarnya tidak, dia hanyalah seorang pelajar biasa yang hanya berjawatan ketua kelas sahaja dan di dalam sekolah ini, hanya dia sajalah pelajar yang paling tegas mengalahkan guru disiplin sampaikan kalau pelajar-pelajar samseng yang ada kat sekolah ni nak datang dekat dengan dia pun takut. Itu baru pelajar samseng. Kalau pelajar samseng pun takut nak dekat dengan dia, ini kan pula aku yang hanyalah pelajar biasa-biasa ni. Aku ni tak ada lah takut sangat dengan dia ni cuma rasa macam tak ngam sikitlah sebab dia ni perangainya asyik nak serius je. Kalau ajak bergurau, memang tak boleh langsung.

Mendengar aku menyoal kepadanya itu, Kimi tak menjawab malah dia mengambil sebuah kerusi kosong yang berdekatan dengannya lalu dia terus duduk di sebelah meja aku dengan muka seriusnya itu sambil memandang tepat ke arah aku.

''Apa yang dah jadi dengan budak baru tu? Kau ada tahu apa-apa pasal dia, kan?'' Soal Kimi kepada aku dengan lagak gayanya yang seperti seorang anggota polis yang serius.

''Erm... Aku pun tak tahu. Kenapa dengan dia?'' Balas aku dengan selamba lalu menyoalnya semula.

''Jangan nak menipulah... Aku tahu kau mesti ada tahu sesuatu pasal dia tu, kan?'' Soalnya dengan nada serius. Aku menelan air liur seketika apabila renungan matanya yang tajam itu semakin mendalam merenung ke arah aku. Haih dia ni... Menggerunkan betullah. Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah sorokkan daripada dia ni.

''Macam mana kau tahu?'' Soal aku kepadanya semula.

''Aku nampak kau dengan budak baru tu pergi ke pondok kayu kat tepi padang sekolah masa waktu rehat tadi. Tapi aku tak tahu apa yang kau buat dengan dia masa kat sana tu. Yang pastinya, budak baru tu kena kerasukan lepas beberapa minit kau bawa dia tu pergi ke sana.'' Balas Kimi dengan panjang lebar dan bernada serius.

''Jadi kenapa? Kau nak kata yang aku ni penyebab dia tu kena kerasukan? Macam tu?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang serius.

''Tak... Aku cuma nak tahu, kenapa dia boleh jadi macam tu? Mesti kau tahu apa puncanya sebab kau je orang terakhir yang ada dengan dia tu tadi.'' Balas Kimi dengan nada yang serius. Ish... Patut ke aku ceritakan semuanya dekat dia ni eh? Aku kalau boleh nak rahsiakanlah sebab kes ni melibatkan rahsia kelebihan aku dengan kelebihan Kasyaf Isa tu. Kalau aku ceritakan dekat Kimi ni, terbongkarlah rahsia kelebihan kami berdua ni nanti.

''Ermm... Maaflah, aku memang nak ceritakan pasal hal ni semua dekat kau. Tapi atas arahan daripada Cikgu Sulaiman, aku kena rahsiakan pasal hal ni daripada semua orang sebab katanya tak nak semua pelajar yang ada kat dalam sekolah ni rasa takut.'' Balas aku dengan panjang lebar. Aku terpaksa menipunya untuk kebaikan rahsia aku dan Isa. Lagipun aku yakin yang Cikgu Sulaiman mesti tak nak aku ceritakan pasal hal ni dekat sesiapapun disebabkan tak nak ada pelajar-pelajar yang ada kat dalam sekolah ni berasa takut.

''Hmm... Aku yakin kau tipu. Tapi tak apa, aku tahu mesti ada sebab kenapa kau terpaksa tipu aku.'' Kata Kimi dengan nada yang mendatar sambil dia bangkit berdiri daripada tempat duduknya itu lalu dia terus berdiri membelakangi aku seolah-olah mahu bergerak kembali semula ke arah mejanya yang berada di hadapan meja guru kelas di tengah-tengah itu.

''Esok kalau budak baru tu datang lagi, suruh dia jumpa dengan aku. Aku ada benda nak bincang dengan dia...'' Katanya lagi dengan arahan yang bernada serius lalu dia terus berlalu pergi menuju ke arah mejanya itu semula. Aku yang mendengar dia memberi arahan tersebut terus tergamam seketika. Apa yang... Dia nak bincangkan dengan si Isa tu?
______________________________________

[Beberapa Jam Kemudian]

[Isa POV]

Di dalam rumah Aizat yang rupanya seperti rumah kampung ini, aku duduk di atas kerusi sofanya yang terletak di bahagian ruang tamu rumahnya itu sambil melihat televisyen bersama dengan Aizat yang menonton televisyen di sebelah aku itu sambil memakan biskut coklat kegemarannya yang tersimpan di dalam bekas tin besar itu.

''Dah 3 jam aku duduk kat dalam rumah kau ni, sunyi je. Mak ayah kau mana?'' Soal aku kepada Aizat apabila aku perasan bahawa kehadiran ibu bapanya itu tak kelihatan semenjak aku datang ke sini tadi.

''Diorang keluar ke pekan kejap. Ada urusan penting lepas tu nak beli barang dapur katanya. Nanti diorang baliklah tu.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba sambil mengunyah biskut di dalam mulutnya.

''Hmm... Wey, aku tengok kau ni kan... Macam tak ada perasaan je bila mata kiri ni kau dah buta. Kau tak sedih ke?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Nak sedih buat apa? Redha je lah. Takkan nak meroyan pula? Nanti elok-elok mood aku ni dah tenang, jadi gila pula aku nanti. Redha je lah. Benda dah jadi, nak buat macam mana, kan? Kita ni tak boleh nak tentukan takdir sebab kita ni hanya mampu merancang je, Allah yang boleh tentukan segalanya. So kita terima je lah Qada' dan Qadar ni...'' Balas Aizat panjang lebar dengan nada yang selamba. Aku terdiam seketika apabila mendengar dia berkata begitu. Tinggi betul ketabahan hati seorang Aizat ni. Kalau aku jadi dia, mungkin aku ni dah jadi depress kot.

''Kau nak sikit?'' Soal Aizat sambil menyerahkan bekas tin biskut coklatnya itu kepada aku.

''Tak apalah, tak ada seleralah.'' Balas aku dengan ringkas.

''Lah... Kenapa?'' Soalnya sambil menyuap sebiji biskut ke dalam mulutnya.

''Entahlah... Masa lepas kena rasuk kat sekolah tadi tu, segala urat sendi dengan tulang-tulang kat dalam badan aku ni semua rasa sakit-sakit. Selera nafsu makan aku sekarang ni pun rasa macam hidup segan mati tak mahu je ni.'' Balas aku dengan panjang lebar dan bernada perlahan.

''Hmm... Biasalah tu. Kalau ikut daripada apa yang aku tahu, orang yang lepas kena rasuk ni memang akan jadi lemah sikit sebab tenaga badan dia dah banyak digunakan oleh jin yang merasuk dia tu. Untuk pengetahuan kau, lagi lama jin tu duduk kat dalam badan orang tu, lagilah orang tu akan terasa lemah dan sakit sebab tenaga dia dah banyak digunakan oleh jin tu. Lagi satu, lagi kuat jin yang rasuk dia tu, lagilah banyak tenaga dia akan digunakan. Silap-silap boleh bawa mati tau.'' Kata Aizat dengan panjang lebar.

''Tu aku tahu... Cikgu Sulaiman pun ada pesan dah tadi, dia suruh aku rehat secukupnya. Lepas tu nanti lepas solat Zohor, dia suruh aku baca Yassin 7 kali sambil berdoa minta penyembuhan daripada Allah. Katanya nanti Insyaallah aku akan cepat pulih kalau aku amalkan petua tu.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Haa... Amalkanlah. Oh by the way, cakap pasal solat Zohor ni kan...  Sekarang ni dah pukul 12 tengah hari. Budak-budak sekolah pagi pun dah balik dah waktu-waktu macam ni. Pukul 1:30 nanti waktu solat Zohor dah masuk, pukul 2 pula waktu sesi kokurikulum untuk pelajar pagi dah nak start. Kau nak kita solat kat rumah aku ni dulu ke atau nak solat kat sekolah tu je nanti?'' Soal Aizat kepada aku dengan ayat yang panjang lebar. Aku terdiam seketika sebelum memberikan jawapan keputusan aku kepadanya.

''Kita solat Zohor kat sekolah je lah.'' Balas aku dengan ringkas.

''Hmm... Okey. Habis tu nanti nak pergi ke sekolah tu pula, nak pergi pukul berapa?'' Soalnya lagi.

''Ikut kau lah. Kalau kau, kau nak pergi ke sana pukul berapa?'' Soal aku kepadanya.

''Haih kau ni... Suka betul macam tu. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.'' Balasnya dengan nada merungut.

''Alah aku tanya je, janganlah marah...'' Kata aku dengan nada sinis.

''Hehehehehe... Haih... Okeylah, macam ni... Kita pergi ke sana pukul 1:20 tengah hari nanti, nak?'' Soalnya sambil ketawa sinis.

''Ha boleh juga tu. Nanti sampai sana, kita solat Zohor teruslah.'' Balas aku dengan nada yang tenang.

''Eh cari kunci rumah kau tu dulu. Lepas dah jumpa nanti barulah solat sebab nanti lepas solat, kau nak baca Yassin 7 kali lagi kan? Ha jadi nanti, kita kenalah cari kunci kau tu dulu sampai dah jumpa.'' Kata Aizat dengan panjang lebar.

''Eh, tapi tak apa ke kita melambat-lambatkan solat?'' Soal aku dengan nada ragu-ragu.

''Lambat-lambatkan sikit tak apa, jangan tinggalkan terus. Lagipun kita kenalah 'selamatkan' kunci rumah kau tu dulu. Nanti kalau dah hilang ke kena curi ke apa ke, dah satu hal nak kena minta tolong guru disiplin untuk tolong carikan kunci tu. Pihak sekolah dengan guru-guru disiplin kat sekolah kita tu dah lah kedekut sikit. Benda-benda kes macam ni selalunya diorang memang takkan tolong sebab diorang takkan bertanggungjawab untuk kita.'' Balas Aizat dengan panjang lebar.

''Hmm... Yelah-yelah. Nanti lepas dah jumpa kunci rumah aku tu, kita solat Zohor dengan baca Yassin sampai selesai 7 kali bacaan dekat Surau sekolah. Lepas tu kita pergi ke bilik kelab Paranormal sekejap sebab aku nak pergi jumpa dengan Cikgu Sulaiman untuk buat perjumpaan kelab.'' Kata aku panjang lebar dengan nada yang separa tenang.

''Lepas tu kita terus balik rumah, kan?'' Soal Aizat kepada aku dengan nada yang tenang dan aku pun hanya mendiamkan diri sahaja sambil memandangnya dengan wajah dan senyuman yang penuh bermakna.

''Kan?'' Soalnya lagi dengan nada yang perlahan sambil mengerutkan dahinya.

''Hmm... Kita pergi melepak kat warung Pak Umar dulu lah. Lepas tu nanti baru kita balik. Amacam?'' Balas aku dengan memberikan cadangan sambil tersenyum sinis.

''Aduh... Aku mana ada duit nak lepak kat sana tu.'' Kata Aizat dengan bernada rungutan.

''Tak apalah, aku belanjalah kau nanti. Aku ada duit kot.'' Balas aku dengan nada yang selamba.

''Betul ni? Serius ni?'' Soal Aizat kepada aku dengan nada separa serius.

''Iya...'' Balas aku dengan ringkas sambil menganggukkan kepala dengan perlahan.

''Hmm okey... Kalau macam tu masuk je pukul 1:20 tengah hari nanti, kita terus gerak ke sana.'' Kata Aizat dengan nada yang selamba sambil mengunyah biskut coklatnya.

''Okey...'' Balas aku dengan ringkas dan kemudian, kami berdua pun berdiam diri seketika sambil menonton televisyen.

''Aizat... Pinjam handphone kau kejap.'' Pinta aku dengan nada yang perlahan.

''Nak buat apa?'' Soalnya dengan ringkas.

''Aku nak call Cikgu Sulaiman lah. Nak bagitahu dia nanti waktu kokurikulum, aku nak datang ke sekolah sebab nak cari kunci rumah aku tu.'' Balas aku dengan nada selamba.

''Pakailah handphone kau. Handphone kau mana?'' Soalnya kepada aku.

''Tertinggal kat dalam rumah...'' Balas aku dengan perlahan. Aizat yang mendengar jawapan aku itu terus menepuk dahi dengan perlahan sambil mengelengkan kepalanya seolah-olah tak percaya. Tanpa sepatah bicara, dia terus mengeluarkan handphone nya daripada dalam poket seluar lalu dia terus memberikan handphone nya itu kepada aku. Aku mengambilnya tanpa sepatah bicara dan kemudian terus menghubungi Cikgu Sulaiman dengan memaklumkan kepadanya tentang kehadiran aku di waktu bermulanya sesi kokurikulum di sekolah nanti. Setelah mendapatkan keizinan daripadanya, aku terus mematikan talian panggilan dengan cara yang terhormat lalu terus memulangkan semula handphone tersebut kepada Aizat.

''Cikgu Sulaiman cakap apa?'' Soal Aizat kepada aku.

''Dia cakap...'' Aku memberhentikan kata-kata aku itu sambil menghelakan nafas seketika.

''Jumpa dekat bilik kelab Paranormal lepas solat Zohor nanti. Katanya ada hal penting dan mustahak.''
______________________________________

[Cikgu Sulaiman POV]

Aku berdiri di hadapan bara api marak yang sedang membakar serpihan-serpihan pintu kayu bilik kelab aku itu sambil ditemani oleh Ustaz Roslan yang sedang berdiri di sebelah aku. Selepas aku menghantar Isa pulang ke rumahnya itu tadi, aku terus bergegas ke bilik kelab aku dan kemudian terus mengemaskan segala serpihan pintu kayu bilik kelab aku yang telah musnah dihentam oleh Isa semasa dia kerasukan itu tadi sambil dibantu oleh Ustaz Roslan dengan membawa serpihan-serpihan pintu kayu bilik kelab tersebut ke tempat pembakaran yang berada di belakang taman herba sekolah.

Sambil menatap ke arah maraknya bara unggun api yang membakar serpihan-serpihan pintu kayu dengan haba api yang hangat itu, aku memegang gigi taring panjang yang telah dimuntahkan oleh Isa semasa jin yang merasukinya itu telah keluar daripada tubuh badannya itu tadi sambil membelek-belek gigi taring itu seketika.

Ustaz Roslan yang berdiri di sebelah aku sambil memegang keris hitam yang dibawa oleh Isa itu pula hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sambil matanya fokus membelek-belek setiap bahagian dan sudut keris hitam tersebut.

''Hmm... Teruk sihir yang Isa kena ni. Sihir yang dia kena ni macam sihir yang tak pernah digunakan oleh mana-mana manusia lagi.'' Kata Ustaz Roslan dengan nada yang separa serius. Aku menoleh ke arahnya seketika sambil menatap ke arah keris hitam itu juga.

''Saya pun rasa macam tu juga, Ustaz. Tengok ni... Ustaz rasa, sihir apa yang Isa tu kena sampaikan dia boleh termuntah gigi taring macam ni?'' Soal aku sambil menunjukkan gigi taring yang aku pegang itu kepadanya.

''Ish ish ish... Nauzubillah... Pelik betul gigi taring ni. Gigi taring apa ni?'' Soalnya dengan nada separa terkejut sambil mengambil gigi taring tersebut lalu dia menelitinya seketika dengan lebih dekat lagi.

''Tak tahulah, Ustaz... Nak kata gigi binatang, macam bukan sebab panjangnya lain macam. Hmm... Mungkin gigi benda lain kot. Jin ke apa ke...'' Balas aku dengan nada yang tak berapa pasti.

''Hmm... Mungkin juga.'' Kata Ustaz Roslan dengan ringkas sambil mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

''Hmm... Saya ni kan, Ustaz... Saya bukanlah nak memandai ataupun apa, tapi saya rasa ni bukan sihir yang dihantar daripada manusia lah. Mungkin daripada bangsa jin tu sendiri kot agaknya.'' Kata aku dengan panjang lebar dan bernada serius.

''Hmm... Mungkin ada betulnya juga tu. Tapi kita kena tahu juga siapa dalangnya dan apa tujuan sihir ni dihantar ke Isa. Mesti ada sebab kenapa semua ni berlaku.'' Balasnya dengan nada yang serius.

''Wallahuaklam... Insyaallah, satu hari nanti kita akan tahu juga.'' Kata aku dengan nada yang perlahan.

''Hmm... Kalau ikutkan daripada teori akal dan fikiran kamu tu, kamu rasa macam mana semua ni boleh berlaku?'' Soal Ustaz Roslan kepada aku. Aku terdiam seketika untuk memikirkan jawapan. Ustaz Roslan ni sememangnya sangat kenal dengan sifat aku yang suka berfikiran jauh dan suka menganalisis sesuatu perkara dengan menggunakan logik akal dan fikiran yang sihat. Aku tahu tentang bagaimana semua ni boleh terjadi dan aku yakin ianya sudah tentu adalah sesuatu perkara yang benar. Tapi pada aku, jawapan untuk diberikan kepada soalan Ustaz Roslan ini agak rumit sedikit sebab kalau boleh aku nak merahsiakan tentang macam mana punca semua perkara ni berlaku daripada semua orang kecuali Isa sebab jawapan yang Ustaz Roslan nak tu ada kaitan dengan kelebihan istimewa yang ada pada Isa itu iaitu Kasyaf.

''Saya tak pasti, Ustaz... Mungkin ni semua angkara sifat dengki ataupun dendam daripada makhluk halus terhadap Isa. Saya rasa kat dalam kes ni, mungkin Isa adalah kunci utama macam mana semua ni boleh terjadi. Tapi kalau nak tahu lebih lagi pasal tu, kita kena soal siasatlah dengan dia sendirilah sebab mungkin dia je ada yang jawapan untuk soalan Ustaz tu.'' Balas aku dengan panjang lebar sambil menghelakan nafas dengan perlahan. Mujurlah aku ni ada kemahiran reverse psikologi, senanglah sikit nak mengelak menjawab soalannya yang agak rumit tu. Kalau aku tak ada kemahiran reverse psikologi ni, alamatnya habislah rahsia kelebihan Isa tu terpaksa aku bocorkan dekat si Ustaz Roslan ni.

''Hmm... Baik. Kalau macam tu, nanti esok kita tanya dia sama-sama. Bukan apa, kita ni kalau boleh nak selesaikan kes ni secepat mungkin sebab bila sekolah kita ni ada masalah yang membabitkan tentang hal alam ghaib, kita kena selesaikan kes tu dengan cepat. Kalau tak, nanti macam-macam perkara buruk yang akan terjadi nanti. Contoh macam dalam kes Isa ni, saya risau nanti perkara yang sama akan berulang lagi dekat dia tu dan ianya boleh menyebabkan nyawa pelajar dengan guru-guru yang lain akan terancam. Jadi saya tak naklah perkara ni berlaku lagi sebab ianya boleh merosakkan reputasi nama baik sekolah kita.'' Kata Ustaz Roslan dengan panjang lebar. Aku yang mendengar dia berbicara dengan panjang pebar itu hanya sekadar mendiamkan diri sahaja sambil memikirkan jalan penyelesaian.

''Hmm yelah, nanti kita akan selesaikan perkara ni dengan secepat mungkin. Apa-apa pun sekarang ni, macam mana dengan keris hitam dan gigi taring ni? Kita nak bakar kat sini terus ke apa?'' Balas aku dengan menyoal kepadanya.

''Eh jangan. Tempat ni tak sesuai untuk kita bakar barang-barang keramat sihir yang macam ni sebab ini sekolah, tempat untuk anak-anak muda menuntut ilmu. Tak apa, biar saya yang pergi melupuskan barang-barang sihir keramat ni. Balik nanti tahulah saya nak lupuskan barang-barang sihir keramat ni dekat mana.'' Balasnya panjang lebar dengan nada yang tenang.

''Hmm baiklah. Kalau macam tu, saya nak minta diri dululah ya, Ustaz? Sebab saya nak kena balik semula ke bilik kelab saya tu untuk tengok-tengok. Takut nanti ada orang pecah masuk, habis nanti ada pula jin lain yang terlepas.'' Balas aku sambil memegang bahu kirinya sebagai tanda selamat tinggal.

''Hmm yelah. Elok-elok ya jaga bilik kelab tu.'' Balas Ustaz Roslan dengan nada berpesan.

''Baik...'' Kata aku dengan ringkas lalu terus berlalu pergi daripada situ.
______________________________________

[Normal POV]

Dalam pada masa yang sama, Jembalang dan Namrul yang sedang mencuri-curi dengar sambil memerhatikan gelagat dan perbualan di antara Ustaz Roslan dan Cikgu Sulaiman itu daripada sebalik semak-samun yang berada berhampiran dengan kawasan tempat pembakaran itu mula berasa tak puasa hati.

''Tak guna Ifrit... Aku perintahkan dia untuk menghancurkan hidup Isa dengan kuasa sihir dia, tapi boleh pula dia tu jadi berubah hati dan masuk Islam hanya disebabkan nak TAUBAT je!! Aku dah bayar dia macam-macam dengan segala apa yang dia nakkan! Kenapa dia sanggup khianat aku?! Ciss!!'' Bentak Jembalang dengan nada yang marah sambil tangannya menumbuk-numbuk tanah dengan geram.

''Jin yang kau hantar dekat Isa tu tak boleh pakailah, Lang. Apa yang kita nak buat sekarang ni?'' Soal Namrul kepadanya dengan nada separa merungut.

''Kau dah bebaskan semua jin-jin yang ada kat dalam bilik kelab tu?'' Soal Jembalang kepadanya semula.

''Aku tak berani nak bebaskan kesemua jin tu sebab takut nanti kantoi dengan orang lain pula. Nanti kalau kantoi, masaklah aku nanti sebab kena tuduh nak mencuri. Tapi kau jangan risau, aku ada dapatkan satu habuan yang paling baik punya untuk kau. Nah...'' Balas Namrul sambil menyerahkan seutas rantai jam randik antik yang berwarna emas kepada Jembalang. Rantai jam randik antik yang berwarna emas itu adalah rantai jam randik yang dicurinya daripada salah satu kurungan jin yang berada di dalam bilik kelab Paranormal milik Cikgu Sulaiman itu tadi. Jembalang yang melihat rantai jam randik emas itu terus terkejut bercampur dengan rasa hati yang gembira.

''Hehehehe... Lamashtu...'' Kata Jembalang sambil memegang rantai jam randik emas yang antik itu dengan ketawa sinis.

''Aku yakin dengan jin ni, kau mesti boleh hapuskan si Isa tu.'' Balas Namrul dengan nada yang separa sinis.

''Ya, tapi bukan setakat dengan jin Lamashtu ni je... Aku akan hantar banyak lagi jin untuk hapuskan dia. Aku akan hantar jin yang lagi berkuasa, jin yang lagi kuat, jin yang lagi ganas dan jin yang lagi hebat daripada Ifrit tu. Hehehehe...'' Balas Jembalang dengan panjang lebar sambil ketawa sinis.

''Apa-apa pun sekarang ni, aku dah buat apa yang kau suruh. Sekarang, kita ke rancangan kita yang seterusnya pula. Mana habuan aku?'' Kata Namrul lalu menyoal Jembalang dengan nada yang serius.

''Oh ya, habuan kau... Kau nak ada satu kekuatan yang boleh membuktikan yang kau tu boleh jadi 'tuhan', kan?'' Soal Jembalang kepadanya semula dengan senyuman yang sinis.

''Ya... Aku nak ada satu kuasa dan kekuatan yang boleh buatkan semua orang lain tunduk pada aku.'' Balas Namrul dengan nada yang serius.

''Baiklah... Malam nanti aku akan bagi kau habuan yang kau nakkan tu. Tapi untuk dapatkan habuan tu, kau kena buat satu lagi perkara untuk aku.'' Kata Jembalang dengan nada yang sinis.

''Apa dia?'' Soal Namrul dengan dahi yang berkerut. Jembalang tersengih seketika.

''Jadilah macam Dajjal. Ciptalah satu fitnah besar yang boleh buatkan semua orang yang ada kat dalam sekolah ataupun sekitar kawasan perkampungan dan pekan Bukit Berduri ni di dalam keadaan yang penuh ketakutan dan kebencian terhadap Isa. Kalau kau boleh buat semua tu, aku akan serahkan kekuatan tu terus dekat kau dan kau akan berkuasa buat selama-lamanya. Macam mana? Kau setuju?'' Balas Jembalang dengan panjang lebar dan bernada sinis.

''Kalau kau nak, bagi kekuatan tu dulu. Nanti baru aku buat.'' Kata Namrul dengan nada yang serius sambil berpeluk tubuh dengan wajahnya yang serius. Jembalang yang mendengar dia berkata sedemikian terdiam sinis seketika lalu dia mengeluhkan nafas garaunya dengan perlahan sebelum dia mengeluarkan sesuatu daripada dalam sebalik jubah hitamnya itu.

''Untuk buat masa sekarang ni, aku bagi kau separuh bahagian dahulu... Kalau kau tak berjaya, aku akan tarik balik kekuatan kau ni.'' Kata Jembalang sambil menyerahkan kepadanya sebentuk cincin perak yang mempunyi batu kristal kelabu berbentuk petak yang berkilat.

''Cincin batu? Ni ke kekuatannya? Kekuatan jenis apa yang kau nak bagi kat aku ni?'' Soal Namrul dengan kerutan dahi sambil mengambil cincin batu tersebut daripadanya.

''Inilah cincin kekuatan kau. Kekuatan yang boleh membuatkan kau berubah wajah dan suara jadi sama macam dengan suara dan wajah orang lain. Dengan cincin ni, kau boleh buat satu fitnah yang besar terhadap seseorang dengan begitu mudah sekali. Hehehe...'' Balas Jembalang dengan panjang lebar sambil ketawa sinis. Mendengar jawapan jin tersebut, Namrul pun terus tersenyum sinis sambil menatap ke arah batu kelabu berkilat pada cincin tersebut sebelum pandangannya beralih semula ke arah Jembalang yang tersenyum sinis itu.

''Aku rasa aku dah tahu apa aku nak buat dengan kekuatan baru aku ni...'' Kata Namrul sambil tersenyum jahat dan kemudian dia terus memakai cincin tersebut di jari manis kirinya dan wajah dan juga suaranya pun terus mula berubah menjadi sama seperti wajah Isa.

''Mulai hari ni, dengan kuasa baru aku ni... Aku akan fitnah Isa dan aku akan hancurkan hidup dia. Hehehe...''
______________________________________

[Dina POV]

Aku berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar di Pekan Bukit Berduri itu sambil berjalan melihat ke sana-sini seorang diri. Sebaik sahaja sesi persekolahan tamat tadi, aku tak terus balik ke rumah malah terus ke sini untuk mencuci mata melihat barangan-barangan yang ada dijual di sekitar kawasan pekan maju yang ada banyak kedai-kedai yang menjual barangan yang cantik dan serbaneka ini.

Setiap kali kalau aku balik daripada sekolah pada hari Rabu, inilah rutin seharian aku. Berjalan seorang diri ke sana-sini dengan berjalan mencuci mata di sekitar kawasan pekan ni sambil menunggu waktu sesi kokurikulum bagi pelajar pagi di sekolah aku itu bermula. Kadang-kala kalau aku ada duit, nanti ada lah mana-mana kedai yang aku akan singgah untuk membeli sesuatu seperti makanan ringan ataupun cenderahati untuk sendiri ataupun untuk kawan-kawan aku. Mengapa berjalan sendirian? Mak ayah aku tak marah ke? Tidak. Mereka tahu yang aku ni pandai jaga diri dan setakat ni, belum pernah ada lagi kes yang buruk berlaku semasa aku berjalan bersendirian di kawasan pekan begini.

Dalam sedang aku berjalan-jalan itu, langkah aku terhenti di hadapan sebuah kedai kecil yang menjual minyak wangi muslim dan kedai tersebut bernama "Al-Hafiz Perfume Shop". Entah mengapa, tiba-tiba saja hati aku ni terdetik mahu melangkah masuk ke dalamnya itu. Namun aku agak sedikit berasa was-was untuk memasuki ke dalamnya kerana kedai minyak wangi tersebut tak ada kunjungan pelanggan langsung. Yang ada hanyalah seorang pakcik tua yang berkopiah putih yang barangkali mungkin adalah tuan empunya kedai ini sahaja yang ada sedang menanti kehadiran pelanggannya dengan penuh setia sambil mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada radio speaker Bluetooth yang dipasang pada sebelahnya.

Aku memberanikan diri aku untuk melangkah masuk ke dalamnya dan bersama dengan ucapan salam, aku pun terus melangkah menghampiri ke arah tuan empunya kedai ini yang sedang duduk di belakang meja kaunter kacanya yang sudah tersusun dengan pelbagai jenis minyak wangi muslim yang harum semerbak dan disusun mengikut kegunaan kesesuaian jantina.

Tuan empunya kedai yang melihat aku datang menghampirinya itu terus menjawab salam aku lalu dia bangkit berdiri sambil berdiri dengan keadaan yang bersedia untuk berjual beli.

''Ya nak, kamu nak cari apa?'' Soalnya kepada aku dengan nada yang mesra. Apabila disoal sedemikian, aku terus menjadi gugup lalu terdiam seketika. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kenapa aku nak datang ke sini. Aku melihat ke arah sekeliling kedainya itu. Suasana di dalam kedai itu nampak agak lusuh sedikit disebabkan reka bentuk dalaman kedainya yang seperti kedai-kedai yang lama dan dengan cat putih yang tak memberikan satu prinsip harmoni yang menarik untuk suasana ruangan di dalam kedainya ini. Apa yang ada dijual di dalam kedainya ini hanyalah berpuluh-puluh jenis minyak wangi yang harum semerbak dengan pelbagai jenis bauan yang tersimpan di dalam botol-botol minyak wangi yang kecil dan juga beberapa gantungan keychain cantik yang direka dengan pelbagai bentuk dan corak-corak yang bertemakan Islamik.

Daripada dalam fikiran aku ni, aku dah mula nak rasa gelabah dah sebab tuan empunya kedai ni dah tenung aku lain semacam je ni. Bila nak rasa gelabah dan gugup ni, aku mula memerah otak untuk memikirkan idea dan alasan untuk pura-pura bagitahu apakah sebab utama aku masuk ke dalam kedainya ini dan alasan yang paling bagus untuk aku gunakan sekarang ialah dengan berpura-pura mahu membeli sesuatu yang sedang dijual di dalam kedainya ini. Tapi... Aku nak beli apa? Nak beli minyak wangi, aku dah ada banyak dah kat rumah. Nak beli keychain, rasa macam membazir pula sebab aku ni bukannya orang yang jenis suka pakai keychain pun. Hmm...

''Kamu datang ke kedai ni tanpa sebab, kan?'' Tiba-tiba dia menyoal aku dengan senyuman yang tenang. Aku terus terkejut lalu tergamam apabila disoal sedemikian. Macam mana... Dia tahu aku datang ke sini tanpa sebab?

''Ma-macam mana pakcik tahu?'' Soal aku kepadanya dengan nada separa gagap.

''Selalu juga orang macam kamu ni tiba-tiba terdetik hati nak datang ke kedai pakcik ni tanpa sebab. Pakcik pun dah faham sangat dah kenapa ianya boleh terjadi.'' Balasnya dengan nada yang tenang. Aku berjalan menghampirinya lalu menoleh ke arah sekeliling di dalam kedainya itu seketika sebelum pandangan aku kembali terarah kepadanya semula.

''Apa maksud pakcik yang... Pakcik boleh faham kenapa semua ni boleh berlaku?'' Soal aku kepadanya. Dia tersengih seketika apabila mendengar soalan aku itu.

''Tadi masa kamu berjalan kat depan kedai pakcik ni, hati kamu ada terdetik untuk masuk ke sini kan?'' Soalnya kepada aku semula dengan nada yang tenang. Aku tergamam seketika lalu menganggukkan kepala sebagai tanda bahawa aku tidak menafikan kenyataannya itu.

''Hmm... Bagus. Tu tanda-tandanya, kamu telah dipilih.'' Katanya sambil bangkit berdiri lalu dia terus berjalan keluar daripada meja kaunternya itu dan kemudian dia terus berjalan masuk ke dalam sebuah bilik gelap yang terletak di belakang meja kaunternya itu. Barangkali mungkin tu bilik stor agaknya.

''Dipilih? Apa maksud pakcik?'' Soal aku kepadanya daripada luar. Soalan aku itu tidak diendahkan olehnya seketika dan setelah itu, dia terus datang semula ke arah aku sambil membawa sebuah kotak kecil yang berwarna merah dengan satu ukiran perkataan jawi yang berwarna keemasan yang diukir di atas kotak tersebut. Dia meletakkan kotak tersebut di atas meja kaunter kacanya itu dan kemudian dia terus menyerahkan kotak tersebut kepada aku.

''Ka... Sya... Fa... Kasyaf?'' Soal aku dengan nada kebingungan setelah berjaya menafsirkan perkataan jawi tersebut. Bila sebut pasal Kasyaf, tiba-tiba aku teringatkan pasal Isa. Barang ni ada kaitan dengan dia tu ke?

''Ya... Kasyaf. Kamu nak tahu tak? Kedai ni takkan ada sesiapapun yang akan memasukinya kecuali kalau orang tu ada kaitan dengan Kasyaf.'' Balas tuan kedai itu dengan nada yang tenang. Jadi maknanya sekarang ni aku termasuk ke dalam kedai ni pun sebab Kasyaf? Tapi aku mana ada kelebihan Kasyaf. Kelebihan tu, Isa je yang ada. Kenapa aku pula yang termasuk ke sini?

''Tapi... Kenapa saya boleh termasuk ke kedai ni sedangkan saya mana ada kaitan dengan Kasyaf?'' Balas aku dengan soalan yang bernada kebingungan.

''Kamu memang tak ada kelebihan tu tapi kamu tahu siapa yang ada kelebihan tu, kan?'' Soalnya dengan nada yang separa sinis. Aku tergamam seketika. Tuan kedainya ni misteri betullah. Ada je lah benda yang dia tahu. Pengintip ke apa?

''Ma-mana pakcik tahu pasal semua ni?'' Soal aku dengan nada yang was-was.

''Pakcik boleh dapat tahu sebab kamu masuk ke sini. Orang yang masuk ke kedai ni dengan hati yang terdetik untuk masuk tanpa sebab, biasanya adalah orang yang ada kelebihan Kasyaf dan juga kenalan rapat kepada orang yang ada kelebihan istimewa tu. Tapi kalau jenis yang normal ataupun yang tak ada kaitan dengan Kasyaf tu, orang tu memang akan datang ke sini dengan niat mahu membeli. Bukan kerana hatinya terdetik nak datang ke sini. Faham?'' Balasnya dengan panjang lebar.

''Dan macam mana perkara tu boleh berlaku?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Rahsia...'' Balasnya dengan ringkas sambil tersenyum simpul. Aku berasa agak kecewa sedikit dengan jawapannya itu kerana terasa seolah-olah macam kena tipu je aku ni.

''Hmm... Ini kotak apa ni? Kenapa pakcik bagi kotak ni dekat saya?'' Soal aku kepadanya sambil memegang kotak tersebut. Aku cuba untuk membukanya namun penutupnya melekat seolah-olah dikunci oleh sesuatu, padahal tak ada apa-apa yang mengunci penutup kotak tu pun.

''Ini adalah satu barangan penting bagi mereka yang telah mewarisi satu kelebihan rahmat Allah iaitu Kasyaf. Jadi kamu sebagai orang yang telah terpilih, pakcik amanahkan kotak ini kepada kamu untuk diserahkan kepada orang yang ada kelebihan Kasyaf itu. Kalau boleh pakcik nak ianya diserahkan dengan segera kerana pakcik yakin, dia pasti sangat memerlukannya sekarang ni.'' Balas tuan kedai itu dengan panjang lebar. Aku menggaru belakang kepala seketika lalu membelek-belek kotak yang bersaiz sebesar buku Kamus Dewan Bahasa itu seketika. Tak faham, keliru, bingung, semuanya ada di dalam kepala otak aku ni. Tak tahu kenapa aku boleh jadi orang yang terpilihnya itu tetapi sudah jadi amanah, kan? Kenalah jalankan amanah seseorang itu dengan baik. Jika tidak, buruk padahnya nanti.

''Baiklah... Kalau macam tu, nanti esok saya serahkan kotak ni dekat dia.'' Kata aku sambil menyimpan kotak tersebut ke dalam beg sekolah yang aku bawa daripada sekolah tadi. Haih... Makin bertambahlah beban berat kat dalam beg aku ni. Sakit badan aku nak menanggungnya.

''Sebelum kamu pergi, ada apa-apa yang kamu nak beli kat sini?'' Soal tuan kedai itu kepada aku. Aku terdiam seketika lalu menoleh ke arah sekitar aku untuk mencari apa benda yang menarik untuk aku beli di sini. Pada aku, kesemua barangan yang dijual di dalam kedai ini agak tidak menarik bagi aku walaupun kesemuanya cantik-cantik belaka. Cari punya cari, akhirnya pencarian aku terhenti ke arah sebuah keychain cantik yang tergantung di atas sebuah penggantung besi yang terletak di atas meja kaunter tuan kedai tersebut. Keychain tersebut adalah beberapa keychain kaca yang berbentuk hati dan mempunyai 3 jenis warna yang jernih iaitu biru, merah dan hijau. Di bahagian depan dan belakangnya pula terdapat ukiran nama Allah SWT dan nama Nabi Muhammad SAW yang diukir dan diwarnakan dengan warna kuning keemasan pada bahagian depan dan belakang keychain kaca tersebut. Aku rasa tertarik dengan keychain-keychain tersebut sebab nampak cantik sangat. Lagi-lagi apabila kalau ianya terkena sinaran lampu yang terang ataupun sinaran cahaya matahari, keychain hati tersebut akan menjadi bersinar dengan terang dan begitu cantik sekali. Seolah-olah seperti permata.

''Keychain hati ni berapa ringgit?'' Soal aku kepadanya.

''Sebiji, RM3. Kalau beli 2 biji, RM5. Kalau beli 3 biji, RM7. Ikut harga nombor ganjil.'' Balas tuan kedai tersebut dengan nada yang tenang. Setelah mendengar harganya itu, aku pun tanpa melengahkan masa terus mengambil 2 biji keychain hati tersebut dengan warna yang berbeza iaitu satu berwarna merah dan satu lagi berwarna biru. Setelah mengambilnya, aku terus membuat pembayaran untuk kedua-dua keychain tersebut kepada tuan kedai itu. Lantaklah duit aku bazir ke apa ke, asalkan niat aku membeli kedua-dua keychain yang dijualnya ini hanya untuk memberikan sedikit rezeki buat tuan kedai ini. Sebaliknya, tujuan aku memilih untuk membeli kedua-dua keychain ini hanya tuhan sahaja yang tahu mengapa.

''Okeylah pakcik, saya minta diri dululah ya.'' Kata aku dengan meminta izin pengunduran diri kepadanya dengan nada yang hormat.

''Hmm baiklah... Terima kasih kerana membeli. Pakcik jual ya.'' Balas tuan kedai tersebut dengan nada yang tenang sambil tersenyum simpul.

''Sama-sama. Saya pun membeli.'' Kata aku dengan ringkas lalu terus memulakan langkah untuk berlalu pergi daripada kedai tersebut.

''Oh sebelum tu...'' Aku berhenti melangkah seketika apabila aku teringat tentang sesuatu yang hendak aku tanyakan kepadanya daripada tadi lagi.

''Siapa nama pakcik?'' Tanya aku kepada tuan kedai tersebut. Tuan kedai yang mendengar pertanyaan aku itu tersenyum sinis seketika sebelum dia menjawab soalan aku itu.

''Pak Harun... Panggil je Pak Ron.''

[Bersambung]

Seguir leyendo

También te gustarán

23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...
119K 7.5K 38
Siapnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECR) menyebabkan beberapa buah stesen yang membelah Banjaran Titiwangsa tidak digunakan lalu ditinggalkan menja...
144K 6.1K 21
cerita seram baca dahulu baru anda tahu.. jgn lupa vote tau kalau dah habis baca
39.7K 4.9K 58
Awalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke...