Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

2

55.8K 3.2K 1K
By Lollysnow

"Masuk kereta dulu." Thaqif cepat-cepat menarik tubuh Safa seraya membuka pintu kereta untuk gadis itu. Hujan yang makin lebat menenggelam suara Safa yang sedang berkata. Thaqif geleng kepala lantas menoleh memandang kereta Safa tersadai di tepi jalan.

Macam mana pun dia, tetap dia seorang lelaki yang tidak akan biarkan mana-mana perempuan yang dia kenal sendirian dalam pekat malam ditambah hujan lebat. Apa perempuan ni hilang akal? Letak diri dalam bahaya, sudahlah di tepi jalan yang memang sah-sah tidak ramai orang yang lalu dikawasan itu.

"Kau sejuk?" Thaqif menyoal sebaik kembali masuk ke dalam perut kereta memandang Safa yang hanya berblouse nipis memeluk tubuh sendiri. Jelas liuk bentuk tubuh dengan warna pakaian dalam dipakai Safa waktu itu.

"Se-sejuk" Bibir Safa bergetar.

"Sekejap." Thaqif berpaling kebelakang mencapai kot biru gelap tergantung kemas di tempat duduk belakang.

"Pakai ni." Thaqif hulur kotnya kepada Safa.

Sempat mata Safa melirik memandang jenama Brioni Vanquish II tertera pada kot itu. "Kau nak bagi aku guna?" Soal Safa agak terkejut. Mahal kot!

"Kau sejuk. Pakai je, dalam kereta aku tak ada tuala."

"Kau ada baju lain? T-shirt kosong?" Soal Safa, walau diri sendiri sudah terbiasa dengan pakaian mewah. Dia tidak berani menyentuh pakaian mewah orang lain.

"T-shirt aku ada tapi aku dah pakai."

"Boleh bagi aku."

"Huh?"

"Aku serius! Bagi cepat! Aku boleh mati kesejukan dalam kereta kau ni." Tangan Safa sudah terketar-ketar meminta baju t-shirt disebut Thaqif tadi.

Thaqif tidak membantah selain kembali berpaling mencapai beg kecil dibelakang dan sehelai T-shirt putih berkolar jenama PUMA dikeluarkan. Baju T-shirt dipakainya bermain tennis petang tadi.

"Nah."

Tak menunggu Safa tanggal butang baju blouse buat Thaqif sedikit tersentak seraya mengalih pandangan mata ke jalan raya yang sudah agak lengang dengan kenderaan. Sebelah tangan masih keras menghulur baju tshirt pada perempuan itu.

Tak lama sebelum Thaqif merasa tshirt di atas tapak tangannya dicapai.

"Hah! Lega!" Sebaik mendengar keluhan kelegaan wanita itu. Thaqif kembali berpaling memandang Safa melipat-lipat pakaian dalam sendiri. Baju Tshirt diberinya tadi juga sudah dipakai gadis itu.

"Kau boleh letak pakaian basah kau dalam ni." Thaqif hulur beg kecilnya kepada Safa.

"Oh thank you." Safa cepat-cepat melipat pakaian basahnya lantas memasukkan ke dalam beg dihulur Thaqif.

"Maaf seat kau basah."

"Okay." Mata Thaqif pegun melihat jari runcing Safa bergerak menolak rambut di dalam baju tshirt keluar lalu dibawa ke bahu.

"Apa kes? Kenapa kau mandi hujan?" Soal lelaki itu sambil sebelah tangan menurunkan handbrek dan memasukkan gear memulakan pemanduan.

"Anggap jelah tu cuma malang aku." Balas Safa.

"Jadi kau tak broken?"

"Buat apa aku broken. Aku bahagia kut. Cuma,, tadi aku rasa aku macam langgar something. Aku keluar kereta dan keluarkan kunci kereta aku sekali sebab takut ada orang perangkap aku nak merompak ke apa kan."

"Yang kau keluar kenapa?" Thaqif mengecil mata.

"Kalau aku tak keluar nanti kalau betul-betul aku langgar orang, tak ke orang tuduh aku langgar lari." Thaqif diam, ada betulnya juga.

"Jadi kau langgar apa?"

"Itu yang misteri, aku check tak ada apa pun. Tapi aku betul-betul rasa yang aku langgar something masa drive tadi. Dah naik meremang." Safa gosok lengan sendiri.

"Kau pasti kau tak mabuk?"

"Harini aku tak minum.."

"Biasalah malam-malam macam ni adalah tu benda nak kacau. Itulah orang cakap kalau pergi berjalan jangan balik lewat malam."

"Tak sangka Thaqif yang aku kenal macam bapak-bapak." Safa memerli buat senyuman Thaqif tersungging tipis.

"Yang kau pergi jemur diri dalam hujan tu kenapa?"

"Oh sebab kunci kereta aku jatuh dalam longkang and kereta aku auto terkunci bila aku tinggal lama-lama.. Argh malang apa melekat pada aku sejak semalam." Safa merengus menahan sabar.

"Apa lagi malang kau?"

"Plan parents kita nak jodohkan kita berdua. Aku rasa tak sedap hati."

Thaqif diam.

"Kau tak ada rancangan lain?" Sah-sah Thaqif pun sama sepertinya. Tak mahu dijodohkan! Lagi-lagi dengan perempuan seperti dia. Heh dia tahu lah gosip tentang perempuan pilihan Thaqif seperti apa.

Tak sangka lelaki seperti Thaqif inginkan perempuan yang baik-baik. Siapalah perempuan malang itu agaknya ya?

"Ada." Thaqif menjawab sepatah soalan Safa tanpa riak.

"Aku dah agak." Safa menyungging senyum sinis. Akhirnya dia dapat nenarik nafas lega kerana dipihak sana berusaha untuk tentang rancangan itu..

"Jadi apa rancangan kau?"

"Kau akan tahu nanti." Thaqif membelok stereng masuk ke taman perumahan Safa.

"Aku tak sabar tunggu berita baik dari kau." Safa menegak tubuh memandang rumahnya dari jauh. Senyuman lebar terbentuk di bibir.

"Okay." Thaqif memberhentikan kereta tepat di pintu pagar rumah itu.

"Ambil payung ni." Thaqif hulur payung miliknya.

Safa sengih menayang barisan gigi.

"Thanks."

Tak lama kelihatan tubuh kecil itu berlari-lari melintasi pagar dan masuk ke dalam rumah agamnya.

Mata Thaqif jatuh memandang begnya yang diguna Safa memasukkan pakaian basahnya tadi.

"Kenapa tak call saya Safa? Kalau jadi apa-apa malam tadi macam mana?!" Tegang suara Adri kedengaran apabila Safa menceritakan kisah malang terjadi pada gadis itu malam tadi.

"Saya dah call awak Adri, masuk mail box. Phone awak mati." Keluh Safa. Adri kelihatan terdiam sejenak mengingat peristiwa malam tadi. Dia sendiri yang matikan panggilan dengan mematikan telefon sendiri.

"Maafkan saya, semalam saya penat sangat. Awak tengok sendiri kan macam mana ramai customer malam tadi. Saya sampai tak ingat phone saya letak mana." Ada nada sesal dalan bicara Adri buat Safa senyum lantas bergerak mengusap rahang lelaki itu.

"Tak ada apalah, mujur ada kenalan saya lalu semalam. Dia hantarkan saya balik. Kalau tak, saya tak tahu lah saya dapat dating dengan awak ke tak harini.."

"Janganlah cakap macam tu Safa.. Awak buat saya.."

"HAHAHA saya dah agak risau awak sampai macam ni sekali." Safa mencubit geram pipi comel kekasihnya.

"Sebagai tanda maaf, saya akan belanja apa je yang awak nak! Kita dating sampai puas."

"Yeayy!!" Spontan Safa bersorak lalu memeluk tubuh tegap kekasihnya itu. Kini mereka berada di dalam kereta setelah Adri berjanji mahu membawa buah hatinya keluar dating.

Bukan selalu Adri kosongkan jadualnya untuk Safa.

Saat Safa leraikan pelukan saat itu juga matanya menangkap bekas merah di leher kekasihnya.

"Kenapa leher awak merah?" Kontra sekali warnanya dengan leher cerah milik Adri itu.

Adri jungkit kening meraba lehernya. "Mana?"

Jari Safa bergerak meraba kawasan merah itu. "Sini.."

"Apartment saya dah lama tak fogging, semalam saya rasa nyamuk gigit saya, lepas saya garu lah ni jadi merah macam ni." Adri menggosok bahagian itu.

"Oh patut pun, nyamuk mana ni yang berani gigit awak? Erghh.." Safa jenggil mata.

"Entahlah."

"Saya nak bunuh dia!! Berani dia gigit boyfriend saya!" Marah Safa sungguh-sungguh buat tawa Adri kedengaran.

"Ada-ada je lah awak ni. Jom! Nanti petang saya nak masuk kerja." Adri tolak pintu kereta menggamit kekasihnya untuk keluar.

"AMBOI PRINCESS senyum sampai telinga ni dah kenapa?" Dila menegur Safa yang baru sahaja tiba di cafe setelah hampir seharian keluar berdating dengan kekasihnya. Kelihatan wajah sugul kepenatan Adri dibelakang membontoti kekasihnya.

"Tadaa!! Adri kasi hadiah." Safa tunjuk gelang jenama Pandora dipakainya.

"Patutlah senyum memanjang." Dila tergelak kecil.

"Cantik tak?"

"Cantik." Tangan Dila bergerak mencapai tangan Safa lantas membelek teliti gelang dipakai gadis itu.

"Tengoklah siapa yang pilih." Adri menyampuk dengan senyum bangga.

"Yelah, kau dah makan?" Dila pandang Safa sebaik melihat susuk Adri beredar masuk ke ruang dapur.

"Dah makan, tapi tengok muka kau perut aku jadi lapar lagi."

"Aku dah agak. Muka aku ni dah macam makanan kau kan?"

"Thank you." Safa memandang tangan Dila bergerak menulis menu kegemaran Safa untuk dihidang kepada temannya itu. Siap mencatit dia gantung menu pada satu tali berhampiran dapur.

"Aku masak untuk kau." Dila capai apron lalu disarung pada tubuh langsingnya.

Saat rambutnya dibetulkan saat itu juga mata Safa menangkap lebam merah di leher Dila yang hampir sama dengan Adri.

"Dila kenapa leher kau.."

"Oh ni, semalam aku kemas stor belakang, lepastu badan aku jadi gatal-gatal. Adalah tu miang apa tah kat belakang tu yang buat aku gatal." Laju sahaja Dila menjawab buat mulut Safa berbentuk O.

"Kau dah letak ubat belum?"

"Mestilah dah, tak ada apalah sehari dua ni hilang lah. Kau duduk dulu Safa, aku masakkan alang-alang customer tak ramai lagi ni."

"Okay." Safa hulur senyum seraya mengambil tempat di sudut cafe. Tempat selalu dia guna untuk melepak disitu sambil memerhati kekasihnya Adri yang tak lekang dengan senyuman melayan pelanggan.

Pandangan yang tak pernah membosankan.

Continue Reading

You'll Also Like

576K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
163K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.6M 54.6K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...