KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan

365 51 13
By ALIFRYT

[Isa POV]

Aku hanya mendiamkan diri sambil termenung jauh memandang ke arah luar tetingkap kereta Cikgu Sulaiman itu sambil melayan perasaan sendiri. Cikgu Sulaiman yang sedang memandu keretanya dengan menuju ke arah rumah aku itu juga hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sambil fokus memandu. Suasana di dalam kereta Cikgu Sulaiman pada ketika ini tidaklah berapa sunyi sangat kerana Cikgu Sulaiman ada memasang CD koleksi bacaan ayat Al-Quran & Ruqyah di dalam radio keretanya sebagai pendinding dan juga untuk menghilangkan kesunyian.

Sedang aku termenung melayan perasaan yang terasa lemah ditanggung badan ini, aku sempat menjeling seketika ke arah Cikgu Sulaiman yang sedang fokus memandu itu. Sebentar tadi, dia sempat menceritakan kepada aku tentang segala apa yang dah berlaku semasa aku kerasukan itu dan apabila aku dapat tahu yang aku ada cuba nak mencederakan seseorang semasa dirasuk itu, aku terasa malu sangat-sangat dan semenjak itulah aku terus mendiamkan diri sampailah ke saat ini. Bukan itu sahaja, malah pelbagai persoalan dan tanda tanya mula bermain di fikiran aku ni dan kedua-duanya itu sememangnya memberikan satu tekanan yang agak berat untuk aku fikirkannya.

Aku pelik dan tertanya-tanya, kenapa semua ni perlu dan kenapa aku yang perlu menghadapinya? Lagi satu kenapa orang lain pun jadi mangsa sekali? Apa yang 'musuh' aku tu nakkan daripada aku?

Bila memikirkannya sahaja dah boleh membuatkan aku berasa terlalu tertekan sampaikan aku terasa macam nak menangis dan mengamuk je sekarang ni.

''Isa... Kamu okey tak ni? Muram je cikgu tengok kamu ni.'' Soal Cikgu Sulaiman kepada aku sambil matanya fokus memandang ke arah hadapan dengan tangannya yang fokus memandu pada stereng keretanya itu.

''Saya okey. Cuma... Penat sikit.'' Balas aku dengan nada yang perlahan.

''Dan tertekan?'' Soalnya lagi dengan nada yang tenang sambil menoleh ke arah aku seketika sebelum dia kembali menoleh semula ke arah depan.

''Mungkin...'' Balas aku dengan ringkas tanpa menoleh ke arahnya.

''Hmm... Sabarlah Isa. Ini semua ujian daripada Allah. Dia tu nak tengok sejauh mana kekuatan diri dan keimanan kita ni boleh pergi untuk Dia.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Ya, saya tahu. Lagipun Allah takkan menguji hamba-hambaNya melebihi daripada kemampuan mereka. Betul tak?'' Balas aku dengan nada yang mendatar.

''Ya betul tu. Lagi satu, dengan ujian yang Allah bagi ni lah yang boleh membuatkan diri kita ni jadi semakin kuat dan tabah. Cuma kita je yang kita banyak bersabar, dan hadap je segala ujian ni dengan hati yang redha dan penuh ketaqwaan. Ingat, kekuatan manusia tu akan datang daripada cara dia menguruskan kesusahan hidupnya dengan cara yang baik dan dengan hati yang penuh kesabaran. Jadi sekarang ni cikgu nak kamu kena banyak bersabar, banyakkan berdoa dan tawakal. Insyaallah semuanya akan baik-baik je nanti.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Kata-katanya itu membuatkan hati aku sedikit berasa tenang dan lega namun bebanan persoalan di dalam fikiran aku masih lagi belum tenang sepenuhnya.

''Jadi... Kalau orang yang dapat hadapi kesemua ujian yang Allah bagi tu dengan cara yang baik, maknanya orang tu akan jadi kuatlah, kan?'' Soal aku kepadanya.

''Bukan setakat tu je, tapi dia jugalah yang akan menjadi antara golongan orang yang paling terkuat kalau dia dapat tempuhi segala ujian yang Allah bagi tu dengan hati yang penuh kesabaran, ketabahan dan keimanan. Macam kamu...'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dan bernada tenang sambil tangan kirinya memegang bahu aku dengan lembut. Aku tersenyum lega seketika apabila mendengar jawapannya itu dan segala bebanan yang aku terasa berat di dalam diri aku ini pun terus hilang sedikit demi sedikit.

''Cikgu... Selain daripada kekuatan diri, apa je lagi nikmat yang Allah akan bagi pada kita kalau ujianNya itu kita berjaya hadap?'' Soal aku kepadanya lagi. Kali ni dengan nada yang sedikit tenang.

''Selain daripada kekuatan diri, Allah pun akan memurahkan segala rezeki kita dan Allah akan merahmati hidup kita selagi mana kita masih beriman dengan-Nya. Contohnya macam kisah Nabi Ayub AS. Baginda adalah salah seorang Nabi yang paling banyak diuji Allah SWT dan tempoh ujian yang baginda terpaksa hadapi tu adalah selama 18 tahun berturut-turut. Antara ujian-ujian yang Allah berikan kepada baginda adalah ujian anaknya, ujian keluarganya, ujian hartanya dan juga ujian penyakitnya.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Selama 18 tahun Allah SWT menguji baginda dengan ujian yang tak pernah diberikan kepada sesiapapun hanya kerana untuk melihat sejauh manakah keimanan Nabi Ayub AS kepada Allah itu boleh pergi. Jadi dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan, Nabi Ayub AS yang diuji oleh Allah SWT ni tetap masih beriman kepada Allah sampailah pada akhirnya Allah tamatkan ujian tersebut dan kemudian Allah berikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada baginda dengan menyembuhkan penyakitnya dan menurunkan harta yang banyak daripada langit sampailah Nabi Ayub AS jadi kaya sekaya-kayanya.'' Katanya lagi dengan penuh panjang lebar.

''Jadi daripada kisah ni, kita dah boleh dapat inspirasi dan boleh tengok betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambanya yang taat beriman kepada-Nya. Oleh itu, kamu teruskanlah beriman kepada Allah dan bersabarlah untuk hadapi segala ujian yang Allah bagi kepada kamu ni dengan penuh ketabahan dan ketaatan. Kalau dah rasa macam tak mampu sangat, berdoalah kepada Allah minta dijauhkan segala ujian-ujian yang berat ni sebab Rasulullah SAW pun dah pernah bagitahu kat dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Salman. Sabda baginda, ("Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan Yang Maha Suci dan Yang Maha Hidup dan Mulia, Dia berasa malu kepada hamba-hambanya apabila mereka mengangkat kedua-dua tangan mereka kepada-Nya dan Dia mengembalikannya dalam keadaan yang kosong.")'' Sambungnya lagi dengan menyelitkan satu petikan hadis sahih Rasulullah SAW yang di dalam kata-katanya itu tadi. Aku yang mendengarnya hampir-hampir sahaja mengalirkan air mata kerana berasa terharu dengan sifat kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya yang lemah macam aku ni.

''Terima kasih cikgu... Sebab dah bagi satu pesanan hebat yang berjaya menaikkan semangat saya untuk kekal beriman kepada Allah. Demi Allah, saya akan ingat pesanan cikgu ni sampai bila-bila.'' Kata aku dengan nada yang perlahan dan terharu.

''Sama-sama... Lagipun, Rasulullah SAW pun pernah berpesan lagi. Sabda baginda "Sampaikanlah setiap pesananku ini kepada semua umat-umatku walaupun hanya dengan satu ayat." Jadi, setiap apa yang kamu tahu di dalam diri kamu dan kamu tahu bahawa ianya adalah satu perkara kebaikan, maka kongsikanlah ia kepada sesiapa sahaja kerana setiap kebaikan-kebaikan yang kita tahu tu adalah ilmu. Jadi bila kita kongsi ilmu, kita dapat banyak pahala sebab kita berkongsi ilmu kepada semua orang, berkongsi kebaikan sesama manusia dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.'' Balasnya panjang lebar dengan menyelitkan lagi satu potongan ayat daripada hadis sahih Rasulullah SAW itu. Aku hanya sekadar mendiamkan diri sahaja sambil tersenyum simpul. Tinggi betul ilmu Cikgu Sulaiman ni. Dah macam Tok Guru Agama dah aku tengok. Tapi aku suka sebab cara dia menyampaikan setiap pesanan itu semuanya dengan cara penyampaian yang baik dan halus saja penyampaian mesejnya itu.

''Jadi macam mana sekarang? Dah tenang ke hati kamu tu?'' Soalnya kepada aku dengan nada yang tenang.

''Dah cikgu. Alhamdulillah, berkat daripada pesanan cikgu tu lah yang membuatkan hati saya ni mula terasa tenang dan lega. Oh by the way, macam mana cikgu boleh tahu yang saya ni macam ada tertekan sikit tadi?'' Balas aku dengan tenang lalu menyoalnya semula.

''Alah... Tengok muka kamu tu pun cikgu dah tahulah. Ni tadi lepas kena rasuk tu tadi, ada rasa sakit-sakit tak kat badan tu?'' Balasnya dengan nada yang selamba lalu dia terus menukar topik. Hmm... Sesuatu sangat.

''Ada lah rasa sakit tu sikit-sikit. Rasa sakit-sakit dekat urat dengan sendi. Satu badan terasa ni.'' Balas aku dengan nada yang perlahan sambil mengurut-urut sedikit pada bahagian peha aku yang terasa sengal ni.

''Ouh biasalah tu. Lepas kena rasuk, badan kita memang akan terkesan sikit. Tapi tak apa, kejap je tu. Kalau nak cepat sembuh, nanti balik rumah kamu berehatlah secukupnya. Lepas dah masuk waktu Zohor nanti, kamu solat Zohor. Lepas solat Zohor, kamu baca Yassin 7 kali ulang-ulang. Insyaallah malam nanti sembuhlah segala sakit-sakit yang ada kat dalam urat sendi tubuh badan kamu tu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Baik, terima kasih cikgu sebab bagitahu saya.'' Kata aku dengan nada yang tenang.

''Sama-sama...'' Balasnya dengan ringkas lalu dia terus membelokkan keretanya dengan memasuki ke arah halaman depan rumah aku itu.

''Ha dalam tak sedar kita berdua berborak ni, dah sampai dah ke rumah kamu ni. Ha Isa, pergilah masuk ke rumah tu berehat secukupnya. Kokurikulum tu nanti tak payah datanglah eh, cikgu risaulah dengan keadaan kamu ni.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil memberhentikan keretanya di hadapan rumah aku.

''Alah tapi... Saya nak datang juga.'' Kata aku dengan nada separa merungut. Cikgu Sulaiman merenung ke arah aku dengan wajah yang separa meluat seketika lalu dia memgeluh perlahan sambil mengeluarkan sesuatu daripada dompetnya.

''Nah... Ni nombor telefon cikgu. Kalau nanti kamu rasa yang diri kamu tu dah okey, mesej cikgu kat dalam Whatsapp dulu eh. Nanti apa-apa hal, cikgu maklumkan pada kamu samada boleh datang ke sekolah ataupun tak.'' Katanya sambil menyerahkan sekeping kad pengenalan kerjanya yang mempunyai nombor telefon peribadinya dengan nombor telefon pejabatnya itu kepada aku. Aku mengerut dahi seketika apabila melihat nama tajuk pada kad pengenalan kerjanya itu.

''Agensi Unit Risikan Khas Paranormal Malaysia?? Ni kad apa ni, cikgu?'' Soal aku kepadanya dengan rasa pelik. Cikgu Sulaiman tergamam seketika apabila disoal oleh aku sedemikian.

''Cikgu ni sebenarnya bekerja dalam 2 tugas yang berbeza. Ingat lagi tak yang masa kita pergi ke rumah banglo usang yang kat tepi bukit dengan Nabila hari tu? Ha yang ni lah kerja cikgu. Kalau siang hari, cikgu jadi guru kat sekolah. Kalau malam, cikgu jadi tukang paranormal.'' Balasnya dengan panjang lebar dan bernada selamba.

"Ouh... Mr Exorcist ni nama cikgu ke?" Soal aku kepadanya lagi apabila terlihat nama tersebut tertulis di sebelah nombor telefon pada kad pengenalan kerjanya itu.

"Haah, itu lah nama gelaran cikgu kat dalam agensi Paranormal tu." Balasnya dengan nada yang tenang.

''Ouh... Eh, kejap... Hari tu cikgu kata yang saya pun akan terlibat sekali dalam pekerjaan ni kalau ada panggilan tugas dan misi. Maksudnya dalam hal ni, saya pun dah jadi anggota agensi Paranormal ni sekali ke?'' Soal aku kepadanya dengan nada separa terkejut. Cikgu Sulaiman terdiam seketika lalu dia tergelak sinis sebelum dia menjawab soalan aku itu.

''Tentang yang saya kata yang kamu akan terlibat sekali dalam pekerjaan ni bila ada panggilan tugas dan misi tu rasanya saya tak pernah cakap lagi pasal hal tu. Tapi kalau nak diikutkan, memang betullah tu. Kamu akan terlibat sekali dalam tugas cikgu ni sekiranya kita dah dapat misi dan lokasi untuk 'dibersihkan' sebab kamu adalah pelajar dan ahli kelab Paranormal cikgu, jadi kamu kena belajar tentang-tentang hal ni supaya kamu tahu tentang cara-cara dan teknik-teknik yang sesuai untuk kita melawan jin-jin dan syaitan dengan cara yang betul iaitu dengan cara Islamik. Tapi buat masa sekarang ni, kamu ni hanyalah sebagai anggota yang tak rasmi je lah. Kalau nak jadi anggota rasmi, kamu kena habis belajar dulu lepas tu barulah boleh bekerja kat dalam agensi ni dengan syarat kena ada sijil ijazah dalam bidang Sains Islamik. Faham?'' Balasnya dengan penuh panjang lebar dan bernada tenang. Aku terdiam seketika setelah mendengar jawapannya yang panjang itu. Aku tak tahu nak berasa gembira ke tak. Terasa macam dipergunakan pula. Tapi tak apalah, aku tak kisah pun sebab pada aku melawan jin dan syaitan ni ibarat satu jihad dalam Islam. Jadi tak ada masalah kot bagi aku. Heh... Lantaklah.

''Hmm... Nanti saya nak tahu lagi pasal agensi ni boleh?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Boleh. Google je lah.'' Balasnya dengan nada yang selamba.

''Heh...'' Aku tergelak hambar sambil tersenyum sinis seketika lalu terus memasukkan kad yang diberikan oleh Cikgu Sulaiman itu ke dalam poket seluar. Aku menyangkutkan tali beg sekolah aku pada bahu lalu aku terus menyalam tangan kanan Cikgu Sulaiman sebelum membuka pintu keretanya itu untuk keluar.

''Okeylah cikgu. Saya masuk ke rumah dulu eh? Terima kasih lagi sekali sebab dah tolong hantarkan saya ke sini. Maaf sebab susahkan cikgu masa kat sekolah tu tadi.'' Kata aku kepada Cikgu Sulaiman melalui tingkap keretanya yang terbuka itu sebaik sahaja aku menutup pintu keretanya itu daripada luar.

''Haih banyaknya terima kasih kamu ni. Hmm... Sama-samalah. Kamu tu tak menyusahkan cikgu pun. Jin tu je yang menyusahkan. Apa-apa pun nanti kalau kamu tu dah sihat, nak datang ke sesi kokurikulum kat sekolah tu nanti bagitahu cikgu dulu tau.'' Balasnya dengan panjang lebar.

''Baik cikgu, nanti saya mesej cikgu kat dalam Whatsapp.'' Kata aku dengan menganggukkan kepala.

''Hmm baiklah. Cikgu pergi dulu. Jaga diri kamu tu baik-baik, rehat secukupnya. Jumpa kamu lagi nanti. Assalamualaikum...'' Balasnya dengan ucapan salam lalu dia terus menaikkan cermin tetingkap pintu keretanya itu dan kemudian dia terus berundur pergi daripada kawasan halaman rumah aku itu.

''Waalaikumusalam... Haih... Macam-macam hal lah yang nak jadi dekat aku hari ni. Sabar je lah...'' Kata aku sendirian sambil menjawab salam Cikgu Sulaiman itu dengan nada yang perlahan lalu aku pun terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil mengeluarkan kunci rumah daripada dalam beg sekolah.

''Eh? Ah sudah...'' Aku mengeluh perlahan seketika sambil menepuk dahi apabila aku tersedar bahawa kunci rumah aku dah tercicir kat sekolah dan sekarang ni mulalah aku terasa nak mengamuk. Kunci rumah aku tu mesti tercicir semasa aku terkena kerasukan tu tadi. Haih... Apa aku nak buat ni? Macam mana aku nak masuk ke dalam rumah ni? Dah lah handphone aku ada kat dalam rumah sekarang ni. Argh!!!!

''Argh!!!'' Aku menjerit rimas sambil meramas rambut dengan kasar seketika lalu aku meletakkan beg sekolah aku itu di tepi pintu rumah dan kemudian terus berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah aku itu sambil menatap ke arah mangga besi rumah aku yang terkunci itu. Dalam hati aku ni, terasa kecil besar kecil besar je mangga besi tu aku tengok.

''Nampaknya hari ni terpaksalah aku buat perkara ni... Aku tak kira... Walau apa-apa yang terjadi sekalipun... Walau seberapa mahal pintu rumah aku ni sekalipun, aku tak kira... Aku nak masuk ke dalam juga! ARGH!!!'' Kata aku sendirian dengan nada yang geram lalu...

PAKK!!!
______________________________________

[Aizat POV]

Aku berjalan kaki seorang diri dengan langkah yang perlahan bersama mata yang kabur di sebelah kanan sambil berjalan menuju ke rumah Isa.

Dalam sedang aku berjalan itu, tak jauh daripada tempat aku berjalan itu tiba-tiba aku terdengar seperti ada satu suara yang bising seperti suara yang orang sedang menjerit sambil menghentak-hentak pintu kayu rumahnya dan suara itu datang daripada arah rumah Isa!

''Apahal bising-bising tu? Ada orang nak pecah masuk rumah Isa ke tu? Eh tak boleh jadi ni!'' Kata aku dengan nada yang geram lalu terus mengutip sebatang ranting kayu yang besar yang berhampiran dengan aku dan kemudian aku terus bergegas menuju ke rumah Isa tersebut.

Sebaik sahaja aku tiba di rumahnya itu, langkah aku terus terhenti dan ranting kayu besar yang pegang itu tadi terus tercicir jatuh ke atas tanah apabila aku melihat Isa yang kelihatan bagaikan orang yang mengamuk hilang anak itu sedang menjerit sambil menghentak-hentakkan kakinya pada pintu rumahnya yang berkunci itu.

''Lah, aku ingatkan ada pencuri nak pecah masuk ke rumah Isa tadi. Rupa-rupanya dia sendiri yang nak pecah masuk. Ish ish ish... Assalamualaikum Isa!! Kau buat apa sepak-sepak pintu rumah kau tu?'' Jerit aku dengan memberikan ucapan salam kepadanya dan kelakuannya yang ganas itu tadi terus terhenti lalu dia menoleh ke arah aku yang sedang berdiri di hadapan halaman rumahnya ini dengan wajah yang terkejut.

''Eh Aizat, apahal mata kiri kau berbalut tu?'' Soal dia kepada aku semula.

''Eh eh! Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Apahal?'' Balas aku dengan pemberian soalan kepadanya dan Isa yang mendengar soalan aku itu terus menggaru belakang kepalanya dan kemudian dia terus di atas tangga hadapan pintu rumahnya itu.

''Kunci rumah aku tertinggal kat sekolah tadi. Aduh...'' Balasnya dengan keluhan yang berat. Aku berjalan menghampirinya lalu terus duduk di sebelahnya.

''Kunci rumah kau tertinggal kat sekolah? Ha cakap pasal sekolah, awal betul kau balik hari ni. Sekarang ni baru pukul 10 pagi. Kau ponteng sekolah ke apa?'' Soal aku kepadanya dengan kerutan dahi.

''Haih panjanglah ceritanya. Nak menceritakan tu balik, boleh stress aku jadinya.'' Balas Isa dengan nada rungutan.

''Eh cerita je lah.'' Kata aku sambil menepuk bahunya dengan sedikit kasar.

''Haih yelah-yelah.'' Balas Isa dengan nada mengalah lalu dia pun menceritakan tentang segalanya daripada pertemuannya dengan Dina iaitu penolong kelas kami sampailah kepada saat di mana dia dihantar oleh Cikgu Sulaiman untuk pulang ke rumahnya ini dengan selamat.

''Ouh macam tu. Haih... Berat masalah kau ni. Dah lah kat sekolah kena rasuk, sampai rumah kunci pula hilang. Haih... Dugaan dugaan...'' Kata aku sambil mengeluh perlahan.

''Kau tu pula, macam mana dengan mata kiri tu? Dah okey?'' Soal Isa kepada aku. Ha yang ni hati aku agak berat sikit nak menjawabnya tapi sebagai kawan, aku kena ceritakanlah juga sebab Isa layak ambil tahu pasal perkara ni sebab dia kawan aku.

''Hmm... Dah KO dah wey. Nampaknya tuhan dah tarik sikit nikmat dunia aku ni.'' Balas aku dengan nada yang perlahan dan pasrah.

''Ouh... Innalillahiwainnalillahirojiun. Sorry lah wey, aku tak tahu.'' Kata Isa dengan nada yang perlahan. Aku sedikit terasa apabila dia mengucapkan kata-kata takziah itu kerana dengan kata-katanya itu seolah-olah macam ni dah mati je. Tapi tak apa, aku tak sebodoh tu untuk salah sangka dengan niat Isa itu sebab aku tahu Isa berkata sedemikian kerana untuk menolak bala dan sememangnya wajib bagi umat Islam untuk mengucapkan kalimah 'Innalillahiwainnalillahirojiun' itu apabila terdengar ataupun mendapat khabar berita yang buruk daripada seseorang ataupun daripada diri sendiri.

''Hmm... Tak apalah, Isa. Aku faham. Nampaknya hari ni Allah memang nak uji keimanan kita agaknya.'' Balas aku dengan nada yang selamba dam pasrah.

''Hmm... Ni macam mana rumah kau ni? Takkan nak hentam pintu rumah kau ni sampai pecah kot? Nak repair balik tu nanti mahal kau tahu tak.'' Kata aku kepada Isa sambil menoleh ke arah pintu rumahnya itu seketika. Habis kotor pintu rumahnya itu dengan kesan tapak kakinya yang menjadi bukti utama bahawa pintu itu telah ditendang olehnya dengan gaya tendangannya yang seperti tendangan Karate itu.

''Haih... Aku tak tahulah Aizat. Badan aku dah sakit-sakit gila dah ni sebab kesan daripada kena rasuk tu tadi. Ini kalau ikutkan hati aku, aku nak je pukul pintu rumah aku ni sampai pecah. Mahal tak mahal, lantaklah. Nanti aku boleh minta pakcik aku tu untuk tolong bereskan kos pembaikian pintu rumah ni nanti.'' Balas Isa dengan panjang lebar sambil mengeluh perlahan.

''Eh jangan nak mengada-ngadalah! Membazir duit je nanti. Tak apalah, macam ni lah eh... Sekarang ni, kau ikut aku balik ke rumah aku lepas tu kau berehatlah kat rumah aku tu. Nanti bila dah tengah hari nanti, lepas Zohor kita pergi ke sekolah balik lepas tu kita cari kunci rumah kau tu sampai jumpa. Amacam? Okey?'' Soal aku kepadanya dengan memberikan cadangan.

''Ha okey juga tu. Lagipun nanti aku memang nak ke sekolah tu balik pun sebab ada kokurikulum kan hari ni, so kenalah datang.'' Balasnya dengan nada yang separa serius.

''Alah bukannya wajib pun kokurikulum tu.'' Kata aku dengan nada selamba.

''Ye aku tahu. Tapi sebagai pelajar baru kat sekolah tu, aku kenalah tunjuk baik sikit. Lagipun aku ada urusan kelab dengan Cikgu Sulaiman hari ni. Dia bagi je aku datang ke sana tapi katanya kena pastikan yang aku ni dah sihat sepenuhnya lepas tu kena minta kebenaran dia untuk datang dan kalau dia bagi, barulah boleh pergi ke sana.'' Balas Isa dengan panjang lebar.

''Kalau kau tu tak sihat-sihat lagi macam mana?'' Soal aku kepadanya dengan nada selamba.

''Eleh kau pun tak sihat, banyak bunyi pula.'' Balas Isa dengan nada yang selamba juga.

''Eh eh! Aku ni sihat walafiat, cuma cacat sikit je lah. Yang tak sihat sekarangnya ni kau tu je.'' Balas aku dengan nada yang selamba gila.

''Aduh kau ni... Membantulah sikit. Nanti nak cari kunci rumah aku tu balik kan nanti? Bagilah semangat sikit. Aku ni dah lah tengah dalam masalah.'' Kata Isa dengan nada merungut dan aku pun terus tergelak terkekek-kekek apabila melihat dia merungut dah macam orang kalah judi tu.

''HAHAHA!! Yelah-yelah aku tolong kau. Jomlah balik ke rumah aku kejap.'' Kata aku dengan ketawa yang masih tersisa sambil bangkit berdiri. Dia juga bangkit berdiri sambil membawa beg sekolahnya lalu dia terus memulakan langkahnya ke depan dan aku pun terus berjalan mengikutinya daripada sebelah kirinya.

''Hahahaha! Haih... Isa Isa, macam-macam hal lah kau ni.''

''Diamlah kau.''

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

22.9K 1.2K 118
You locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...
28.8K 481 14
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...