Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

1

76K 3.5K 1.1K
By Lollysnow

"Arghkhh.." Tangan naik mencengkam dahi, kepala rasa dihempap berat buat dia yang ingin bangun kembali berbaring.

Mata dibuka sipi mencerna ruang sekelilingnya. Walau pandangannya masih kabur dia dapat mengecam dengan mudah dimana dia beradan sekarang. Bibir masih merah lipstik sedikit terbuka menghembus nafas panjang. Mungkin sudah terlalu lama dia meninggalkan minuman keras buat tubuhnya rasa mual dan pening. Lagi-lagi terkenangkan wajah jengkel Thaqif semalam, menambah bara di hati.

Bunyi pintu bilik dikuak, Safa akhirnya membuka kelompak mata sambil dahinya berkerut menahan sakit di kepala.

Bunyi gelas berlaga dengan sudu, "Good morning princess." Dila letak air teh hangat baru dikacaunya di atas meja sebelum dia melabuh punggung dibirai katil. Comforter menutup tubuh Safa ditarik.

"Dah tengah hari, phone kau tak berhenti bunyi dari subuh tadi."

"Aku knocked out malam tadi?" Soal Safa dengan suara masih serak mamai.

"Dah tahu kenapa tanya? Lagipun kau pun satu, yang berani layan mamat tu kenapa?" Bebel Dila, dia sendiri pun sampai hilang akal mahu mengawal mabuk Safa semalam.

"Aku cuma geram."

"Haa yelah, bangun." Dila tarik tubuh Safa untuk bangun.

"Kau tak pergi cafe?" Safa capai cawan teh panas dihulur Dila.

"Aku biasa masuk petang sampai malam."

"Ohh.."  Safa senyum seraya menghirup teh itu. Kerongkongnya rasa sedikit lega seperti segala toksik berada dalam badannya perlahan-lahan menghilang.

Bunyi deringan telefon buat Safa merengus dan dengan malas dia bangun menjawab panggilan. "Ya mama?"

"Kamu kat mana? Kenapa tak balik malam tadi?" Sudah diagak itulah soalan pertama bakal diaju puan besar itu.

"Semalam Safa tolong Dila dekat Cafe, lepastu tidur rumah dia sebab dah lewat malam." Bohong Safa. Dila yang mendengar menyungging senyum. Bukan dia tidak tahu keadaan Safa yang selalu dikonkong ibu bapanya itulah yang buat gadis itu liar dahulu.

Sehingga Safa menemui Adri yang katanya banyak menegur dan merubah hidup gadis itu. Ibaratnya Adri seperti cahaya yang menyuluh dia dalam kegelapan.

"Ya, ya. Jangan risau, kalau mama nak cakap dengan Dila dia ada je kat sebelah ni." Tenang Safa membalas, tanpa rasa bersalah membohongi ibunya sendiri.

"Okay. Bye mama." Safa senyum seraya mematikan panggilan telefon. Tubuh kembali dihempas di atas katil.

"Sudah-sudahlah tu nak bohong mama sendiri."

"Kau nak aku kena sembelih?" Laju Safa memotong buat Dila yang mendengar menghambur tawa.

"Lagi satu, rahsiakan dari Adri, aku tak nak dia kecewa kalau dia tahu aku pergi tempat tu..."

"Jangan risaulah, kau boleh percayakan aku. Rahsia kau dari dulu sampai sekarang kemas aku simpan dalam poket aku haa!"

"Macam ni lah bestfriend." Safa sengih seraya menarik Dila hingga keduanya tergolek di atas katil.

"Ee aku dah mandilah!" Marah Dilaz

Tubuh Dila dipeluk erat. "Aku peduli apa?" Safa senyum tak bersalah.

"Ee melekat lah bau-bau arak kau malam tadi.." Dila tolak tubuh Safa.

"Aku tak nak." Safa tergelak terus mengemaskan pelukan di tubub langsing Dila. Akhirnya Dila melepas keluhan berat merelakan tubuhnya dipeluk Safa.

"Nanti kalau aku kahwin dengan Adri, aku janji tak kan peluk kau macam ni lagi."

Dila juih bibir, "ah aku tak percaya!"

"Ke kau nak aku peluk kau selalu macam ni?" Safa angkat kepala seraya menghulur senyum sinis buat Dila.

"Ee geli lah kau ni!! Mak tolong!!" Dila menjerit mengundang tawa Safa.

"Tak nak lepas!"

"Arhhh!!! Lepas geli lah Safa!!"

Bola tennis dilambung sebelum tangan kanan Thaqif pantas melayang memukul bola itu. Dipihak bertentangan ada seorang lelaki berpakaian biru gelap kena dengan tubuh tegapnya. Dan sama tangkasnya lelaki itu membalas pukulan kuat.

Dan seperti kebiasaanya wajah Thaqif tenang tidak beriak bergerak tangkas membalas pukulan lelaki itu. Ada senyuman sinis dibibir tidak mengusik riak wajah Thaqif.

Melihat seorang wanita menghampiri, Thaqif menghentikan pergerakkan dan membiarkan bola tennis dipukul Azrul melantung tidak disambut. Kepala dipaling memandang wanita kemas berseragam biru laut itu.

"Tan Sri dalam perjalanan." Bisik wanita itu. Thaqif mengangguk kepala seraya keluar dari gelanggang. Tiada sapaan mahupun senyuman dihadiahkan buat sepupu lelakinya.

Azrul kelihatan turut keluar dari gelanggang mencapai tuala seraya mengesat lehernya. "Aku dengar kau pergi majlis anniversary Dato' Azham."

Thaqif tidak beriak selain mencapai botol minumannya. "Jadi?" Balasnya mudah seraya meneguk airnya.

"Just curious." Azrul membalas mudah.

Hanya pandangan ekor mata dibalas Thaqif buat sepupunya.

"Kau tahu aku akan bertunang dengan pewaris Den-Z?" Kata-kata Azrul buat langkah Thaqif terhenti. Kepala berpaling menunggu lelaki itu menyambung bicara.

"Kau tahu kan pengaruh yang aku akan dapat dari perkahwinan ni? Pengaruh aku dalam syarikat keluarga akan lebih kuat berbanding kau." Dan itu bermakna ada kemungkinan yang Azrul bakal mengganti tempat Thaqif menjadi pewaris utama dalam Syarikat besar mereka.

Dalam diam Thaqif mengetap gigi.

"Kalau kau berniat mahu gunakan Safa, anak Dato' Azham. Lupakan."

"Budak tu dah ada buah hati sendiri yang tak mungkin dia tinggal semata-mata untuk kau." Kata-kata Azrul pedas seperti mencabar ego Thaqif saat itu.

"Sekurang-kurangnya aku tak gunakan perkahwinan untuk harta." Thaqif mengalih pandangan, muak dia lihat wajah sepupunya seorang itu.

"We'll see. Baguslah kalau kau fikir macam tu, mana tahu yang lama boleh kembali."Sempat lelaki itu tertawa sinis seraya melangkah meninggalkan Thaqif menahan kegeraman sendiri.

"HAHAHA patutlah bersinar lain macam rumah atuk harini. Rupanya kamu berdua ada datang." Mendengar suara dari jauh Thaqif berpaling. Kelihatan Tan Sri Anuar datuknya mendepa tangan ke arah Azrul.

"Ya, kami datang singgah. Tapi kebetulan Atuk ada tetamu tadi sebab tu kami pergi main tennis alang-alang tunggu atuk." Manis sekali mulut Azrul membalas.

"Ya, ya Atuk faham. Alang-alang kamu berdua dah kat sini. Malam ni kita makan malam bertiga ya?" Mata Tan Sri Anuar bergerak menghadiah senyuman buat Thaqif yang mendekat.

"Boleh Atuk. Dah lama kita tak dinner sekali." Thaqif hulur senyum seraya menunduk kepala menyalami datuknya.

Sebaik dia mengangkat kepala, anak matanya menangkap senyuman sinis Azrul dilempar padanya.

Jangan telalu memandang rendah Azrul, takut nanti senyuman kau tak mampu diukir lagi.

Adri toleh memandang kekasihnya bertongkat dagu tak berkelip memandang ke arahnya. Senyuman dihulur buat Safa tapi dibalas flying kiss gadis itu. Adri tergelak sendiri. Nakal!

"Pergilah, kesian dia tunggu." Mendengar suara Dila yang menegur Adri mengangguk kepala seraya melepas apron ditubuhnya.

Lihat sahaja tubuh Adri menghampiri, Safa tegak tubuh dengan senyuman lebar.

Adri ambil tempat dihadapan kekasihnya. "Stop goda saya dari jauh boleh?" Tegur Adri.

"Siapa goda awak? Saya duduk sini diam diam kut." Bals Safa tak puas hati.

Adri lepas tawa kecil dan ringas sahaja tangannya naik mengusap pipi gadis itu. "Awak duduk tengok saya pun cukup buat saya tak senang duduk rasa nak terkam awak."

"Ee awak seram.." Safa jarakkan tubuh makin buat tawa Adri kuat kedengaran.

"Awak nak balik pukul berapa ni?" Adri dongak memandang jam didinding cafe. Angka sudah hampir menginjak ke pukul 12 malam dan cafe mereka sudah hampir siap dibersih tunggu dikunci sahaja.

"Hmm.. Saya tak puas lagi tengok muka awak." Safa menggumam.

"Rasanya macam nak hujan, bunyi guruh dari tadi. Awak balik ya?" Tangan Adri bergerak lagi menyelik rambut Safa kebelakang telinga.

Safa tarik wajah.

"Safa.. Saya cuma risau kalau awak drive tengah-tengah hujan lebat. Kalau jadi apa-apa saya risau." Pujuk Adri lagi.

Safa kelihatan menghembus nafas berat.

"Okay okay saya balik." Ada rajuk dalam nada gadis itu.

"Esok kita dating, jangan lupa." Dengar sahaja perkataan dating. Senyuman mula terbentuk lebar di bibir Safa.

"Janji?" Mata Safa membulat teruja. Adri senyum sambil tangannya bergerak mengusap rahang Safa.

Cup! Satu kucupan selamat ditinggal diatas bibir gadis itu.

"Janji."

"Jumpa esok." Seperti ada bunga-bunga mekar di taman hati, naik lenguh pipi Safa tersenyum hingga tubuhnya keluar cafe.

Sekarang rasa terujanya mahu mengahwini Adri bertambah-tambah. Kalau ikutkan esok juga dia culik Adri untuk kahwin. Kahwin lari pun dia tak kisah.

"Adri.." Mendengar namanya diseru, Adri berpaling dari menatap kereta dipandu Safa meninggalkan perkarangan cafe.

Senyuman terbentuk sebelum dia bergerak menghampiri gadis yang memanggil. Tubuh Dila ditolak lembut hingga punggung wanita itu terlanggar meja.

"Kau tahu apa yang aku suka.." Bisikan hangat kedengaran menaikkan rasa kedua-duanya.

Cup,, dan akhirnya mulut mereka bersatu dan tenggelam dalam rasa kehangatan yang bergabung.

Sretttt!! Tubuh Safa terdorong kedepan buat kepalanya kuat menghantuk stereng. Dia hampir langgar apa tadi? Mata Safa membulat sebelum dia lekas keluar dari perut kereta, kunci kereta turut ditarik sebagai langkah berjaga-jaga.

Kepal berkerut memandang sekeliling, rasanya tadi dia ada nampak kelibat sesuatu melintasi keretanya. Tapi sekarang tiada? Bau-bay hanyir darah kuat menyerbu hidung buat Safa teguk air liur. Sudahlah tengah-tengaj malam.

Kau pun satu Safa! Yang pergi berani-berani keluar dari perut kereta kenapa? Tapi kalau dia betul-betul langgar orang tadi, dah jadi kes langgar lari. Safa gigit bibir dalam dia melilau ke bawah kereta takut-takut dia betul-betul terlanggar sesuatu tadi.

BANG!!

"Mama!!" Safa terjerit terkejut dengan bunyi guruh.

Ktang!! Dan yang paling mengejutkan kunci keretanya terlempar masuk ke dalam longkang!!!

"Arghh! Kenapa malam ni?!! Aku nak rehat lah!" Safa raup rambut sebelum dia masuk ke dalam kereta mengeluarkan telefon bimbitnya. Lampu telefon dibuka menyuluh ke dalam longkang mencari kunci keretanya.

"Macam mana nak ambil?" Omel Safa sendiri. Dia sudah terbongkok-bongkok ingin mencapai kunci keretanya. Tapi tangannya tidak cukup kecil untuk dia bolos ke dalam longkang itu.

Safa tarik nafas dalam. Lama dia dalam keadaan begitu sampai dia lupa hujan sudah mulai renyai turun menyembah bumi.

"Alamak alamak!" Safa bingkas bangun seraya berlari membuka pintu keretanya. Sekali lagi dia tergamam.

"Terkunci? haa?!!" Separuh menjerit dia dibuatnya apabila pintu keretanya terkunci dari dalam. Keretanya memang auto akan terkunci jika tiada kunci kereta di dalam.

"Arghh!!" Safa menyerabai rambut sendiri.

Mujurlah dia sempat keluarkan telefon bimbit dia tadi.

Nombor pertama yang dia cari mestilah Adri buah hatinya. Siapa lagi? Boleh dibayangkan macam mana risaunya Adri kalau tahu dia dalam keadaan seperti ini.

Tutt tutt tutt~

KRING KRING~

"Ad!" Nafas Dila turun naik menolak sedikit tubuh Adri yang sudah tidak berbaju.

"Phone." Dila tunjuk telefon Adri yang berdering di atas meja. Walhal kedua-duanya jelas lihat siapa nama pemanggil tertera di skrin telefon itu.

Adri capai telefonnya sebelum dia menekan lama butang power buat telefonnya mati tidak berbunyi lagi. Bunyi guruh dan hujan lebat di luar makin membuat nafsunya membuak-buak.

"Tak akan ada sesiapa boleh ganggu kita." Tubuh Dila didukung.

"The number you have dailed~"

"What?!" Safa menjerit tidak percaya? Macam mana phone Adri boleh mati ni?

Sekali lagi dia menelefon dan sekali lagi panggilannya masuk ke dalam peti suara. Safa tarik nafas dalam mencari kesabaran. Dia telefon pula nombor Dila, hampir 5 kali tidak berjawab! Mereka berdua dah balik ke?

Hujan sudah lebat buat tubuh Safa diluar kereta basah kuyup dalam sekelip mata. Safa peluk tubuh sendiri. Baru sahaja dia ingin menelefon adiknya, ada kereta memarkir tepat dihadapannya buat dia terkedu.

"Kau broken ke apa?" Jeritan suara seorang lelaki melawan hujan buat mata Safa menyipi mengecam wajah lelaki yang keluar dari perut kereta bersama payung hitam itu.

"Thaqif?"

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...
1.6M 54.6K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...