KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 18: Pemutusan Sihir

594 50 34
By ALIFRYT

[Normal POV]

Di dalam Surau sekolah selepas berakhirnya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Berduri itu, kelihatan Cikgu Sulaiman dan Ustaz Roslan bersama dengan beberapa orang cikgu lelaki yang lain sedang memapah Isa yang baru sahaja pengsan itu dengan membawanya masuk ke dalam Surau sekolah tersebut. Dalam pada masa yang sama juga, di dalam surau itu sudah ada Dina dengan pelajar perempuan yang menjadi mangsa serangan Isa yang rasukan tadi tu bersama dengan seorang guru perempuan muda yang baru sahaja tiba di Surau tersebut untuk menenangkan pelajar perempuan tersebut. Mereka bertiga duduk di dalam saf perempuan yang berada di dalam surau sekolah itu dengan langsir yang tertutup untuk mengelakkan sesiapa terpandang ke arah aurat pelajar perempuan yang menjadi serangan Isa itu.

''Ha letakkan pelajar tu kat tengah-tengah.'' Arah Ustaz Roslan kepada semua guru lelaki yang bantu memapah Isa itu.

''Sulaiman, tolong pergi ambilkan rotan kayu sebatang dekat dalam bilik guru disiplin dan tolong bawa kan 3 helai daun bidara, garam, lada hitam, 3 gelang getah, dengan air kosong sebotol. Pergi cepat.'' Arahnya pula kepada Cikgu Sulaiman dan tanpa sepatah kata, Cikgu Sulaiman pun terus berlalu pergi untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Kini yang berada di sampingnya hanyalah tinggal 3 orang guru lelaki sahaja. Seorang bernama Cikgu Hisham iaitu guru pendidikan jasmani. Seorang lagi bernama Cikgu Faris iaitu guru yang sentiasa mengajar subjek Sejarah bagi pelajar tingkatan 5 dan seorang lagi adalah Cikgu Azri iaitu guru disiplin.

''Sementara kita tunggu Sulaiman bawa barang tu, marilah kita mulakan sesi Ruqyah kita.'' Kata Ustaz Roslan sambil duduk bersila di hadapan kaki Isa dan manakala guru-guru lelaki yang lain pula duduk sebelah kiri dan kanan Isa itu.

''Hisham, Faris, Azri... Korang bertiga pegangkan kaki dengan tangan dia ni kejap eh. Pegang kuat-kuat dan banyakkan selawat tau. Kita tengah berhadapan dengan jin yang ganas ni.'' Arah Ustaz Roslan dengan nada yang serius lalu ketiga-tiga guru lelaki itu pun terus akur dan kemudian mereka bertiga pun terus memegang tangan dan kaki Isa dengan seketat-ketatnya.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Ustaz Roslan mula membaca bismillah dengan nada yang perlahan lalu dengan ucapan selawat ke atas nabi dengan nada yang perlahan-lahan, tangan kanannya mula mendekati ke arah ibu jari kaki kanan Isa itu dan kemudian dicubitnya terus dengan begitu kuat sekali.

''Hraaagh!!!'' Serentak pada ketika itu juga, Isa terus menyeringai dengan nada suara garaunya yang seperti raksasa itu lalu dia terus bangkit daripada pembaringannya dengan duduk menghadap ke arah Ustaz Roslan yang mencubit ibu jari kakinya itu dengan gaya yang seperti mahu menyerang sambil dia merenung muka Ustaz Roslan itu pandangan mata yang tajam dan berwarna hitam legam. Mujur saja ketiga-tiga guru lelaki yang memegang kaki dan tangannya itu sempat menahannya daripada menyerang Ustaz Roslan. Jika tidak, pasti perkara lain pula yang akan terjadinya.

''Assalamualaikum wahai jin. Siapakah kamu? Daripada mana asal-usulmu? Apakah tujuanmu menganggu anak muda ini?'' Soal Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan ucapan salam yang bernada serius.

''Aku Ifrit! Asal-usul aku datangnya berasal daripada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman AS! Tujuan aku ke sini untuk menganggu dan menghancurkan keimanan budak ini. Dia adalah musuh utamaku!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang geram sambil meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

''Siapakah yang menghantar engkau kepada budak ini, wahai jin?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya lagi dengan nada yang serius sambil tangannya mula mencubit ibu jari kaki Isa itu dengan lebih kuat lagi.

''AAAARGH HAHAHAHA!!! Siapa yang hantar aku kemari? Sudah tentulah Iblis!! Raja aku yang agung. HAHAHAHAHAHA!!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang sinis sambil ketawa jahat terbahak-bahak. Mendengarkan jawapannya itu, Ustaz Roslan terus mencubit ibu jari kaki Isa itu sambil memutar-mutarkannya perlahan-lahan dan Isa yang kerasukan itu pun terus menjerit dan meronta kesakitan apabila dilakukan sedemikian rupa.

''Wahai jin laknatullah... Bertaubatlah engkau dan kembalilah engkau ke pangkal jalan yang benar. Janganlah engkau sakiti manusia yang tiada dosa terhadap engkau kerana sesungguhnya tiada satupun kebaikan yang engkau akan dapat dengan melakukannya.'' Kata Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar.

''Heh... Bertaubat? Kau nak aku bertaubat?! Heh... Aku ni lebih menginginkan kehancuran keimanan umat-umat Islam daripada keindahan syurga yang nyata bagi mereka yang beriman!! Tidak akan sekalipun aku mahu bersujud kembali kepada Allah dan aku takkan bertaubat selama-lamanya!!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar. Dalam pada masa yang sama juga, Cikgu Sulaiman pun sampai dengan membawa bahan-bahan yang dipesan oleh Ustaz Roslan itu tadi lalu dia terus menyerahkan bahan-bahan tersebut kepada Ustaz Roslan yang sedang berdialog dengan jin Ifrit yang merasuki tubuh badan Isa itu.

''Apa yang dah jadi ni Ustaz?'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya. Ustaz Roslan tidak mengendahkan soalan Cikgu Sulaiman itu lalu dia pun terus mengambil bahan-bahan tersebut dan kemudian dia terus mengikat rotan kayu yang diberikan oleh Cikgu Sulaiman itu dengan daun-daun bidara yang diberikan juga oleh Cikgu Sulaiman itu tadi dengan menggunakan gelang getah. Setelah itu, dia bangkit berdiri sambil berhadapan dengan Isa yang kerasukan itu.

''Sulaiman... Bagi garam dengan lada hitam secubit.'' Pinta Ustaz Roslan kepadanya sambil merenung tepat ke arah Isa yang kerasukan itu. Cikgu Sulaiman pun akur dengan permintaannya itu lalu dia pun terus mengambil secubit garam dan lada hitam di dalam sebuah bekas yang dibawanya tadi dan kemudian dia terus meletakkan kedua-dua bahan tersebut di atas tapak tangan kiri Ustaz Roslan.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Ustaz Roslan membaca ayat bismillah seketika dengan nada yang perlahan sambil dia meniup ke arah serbuk lada dan garam yang berada di tapak tangan kirinya itu lalu dia menggaulkan sedikit bahan-bahan tersebut dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanannya. Setelah itu, dia memandang ke arah Isa yang kerasukan itu pula.

''Wahai Ifrit... Sebagai umat Islam yang soleh, aku mahu engkau segera bertaubat dan terus memeluk Islam dengan segera sebelum engkau terlambat. Bertaubatlah...'' Kata Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan nada yang mendatar.

''Aku takkan bertaubat!!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang marah.

''Betul engkau tidak mahu bertaubat ni?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya.

''Iya!! Aku akan sesatkan kalian semua walau dengan apa-apa cara sekalipun!!'' Balas Isa dengan nada yang lantang dan bernada suara garau. Mendengarkan jawapan Isa itu, Ustaz Roslan pun terus memukul kepala Isa yang kerasukan itu dengan menggunakan rotas yang dipegangnya itu dengan pukulan yang perlahan dan Isa pun terus menjerit kesakitan sampaikan suaranya bergema di seluruh ruangan dalaman Surau sekolah tersebut.

''Aku bertanya kepada kamu lagi wahai jin, betul ni kau tak nak bertaubat?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya lagi sambil menghunuskan batang rotan yang diikat dengan 3 helai daun bidara itu ke arah muka Isa yang kerasukan itu.

''HAHAHAHAHAHAHA!!! AKU TAK TAKUT PADA SEGALA-GALANYA!!! KAU HUKUM DAN SEKSALAH AKU MACAM MANA SEKALIPUN, AKU TAKKAN BERTAUBAT DAN MEMELUK ISLAM!!!'' Jeris Isa yang kerasukan itu dengan nada yang sinis dan dengan nada suara yang lantang, garau dan bergema. Mendengarkan jawapannya itu, Ustaz Roslan memukul bahunya pula dengan rotan tersebut dengan pukulan yang sederhana dan Isa yang kerasukan itu pun terus menjerit dan meronta-ronta kesakitan seperti orang yang patah tangan dan bahu.

''AAAAAARGH!!!''

''Katakan sekarang, adakah engkau masih lagi berdegil tidak mahu bertaubat?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya lagi dengan nada yang perlahan.

''Katakan kepada aku, apakah manfaat baik untuk aku bertaubat dan memeluk Islam hah?!!'' Soal Isa yang kerasukan itu dengan nada yang marah. Mendengar soalan Isa yang kerasukan itu, Ustaz Roslan tersenyum simpul seketika lalu dia menghampiri dan melutut di hadapannya seketika sambil membaca ayat bismillah.

''Bismillahirahmannirrahim...''

*Surah As-Sajdah (Ayat 4)*

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ (4)

Allahullazi kholaqol samawati wal'ard wama bainahuma fi sittahi ayyamin summa astawa a'lal a'rsyi ma lakum man dunihi min waliyan wala syafi'in a'fala tatazakkarun (4)

Maksudnya:
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

Setelah mendengar ayat tersebut dibacakan olehnya, Isa yang kerasukan itu terus terdiam seketika.

''Wahai Jin Ifrit... Dahulu kala, engkau pernah menyembah Allah SWT dan setelah wafatnya rajamu iaitu baginda Nabi Sulaiman AS, engkau terus menjadi kafir dan sesat dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lainnya. Bertaubatlah... Kembalilah engkau ke jalan yang benar dan hentikanlah perbuatan yang menyakiti manusia ini. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha pengasihani. Setinggi mana pun dosa engkau dan sehina mana pun dosa engkau terhadapNya, Allah itu takkan pernah menolak untuk mengampunkan segala dosa hamba-hambanya yang gigih berusaha untuk bertaubat. Kembalilah engkau ke pangkal jalan yang benar, wahai jin Ifrit...'' Kata Ustaz Roslan kepadanya dengan panjang lebar sambil tangan kanannya memegang bahu kiri Isa yang kerasukan itu. Setelah mendengar tazkirah daripada Ustaz Roslan itu, Isa yang kerasukan itu menangis seketika.

''Aku makhluk gelap yang dilaknat Allah... Selama ribuan tahun aku hidup, aku sentiasa menyangkakan yang Allah sangat-sangat membencikan aku kerana sudah termaktub di dalam Al-Quran yang bahawasanya kami bangsa jin dan syaitan akan dilaknat olehNya sampai ke hari kiamat dan disebabkan itulah aku membencikan Islam kerana ianya seolah-olah mahu menjadikan aku sebagai musuh-musuh utama mereka dan ianya juga seolah-olah mahu menjadikan penghalang yang besar buat aku untuk kembali ke pangkal jalan yang benar semula disebabkan kerana aku adalah makhluk yang dilaknat tuhan.'' Kata Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar sambil menangis teresak-esak.

''Astaghfirullahalaziim... Tak, kau dah salah anggap dengan Allah dan Islam.'' Kata Cikgu Sulaiman kepadanya dengan nada yang serius.

''Walaupun Allah melaknat bangsa kau sampai ke hari kiamat, tapi Allah tu maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang. Walaupun engkau adalah makhluk yang dilaknatNya, Allah tu tetap akan terima kau dengan baik kalau kau betul-betul ikhlas nak bertaubat dan sujud sembah kepada Dia tu.'' Katanya lagi dengan panjang lebar.

''Betul katanya tu. Allah tu sayangkan kesemua hamba-hambanya dan dia tak pernah menolak taubat hamba-hambanya yang ikhlas nak berubah dan kembali semula ke pangkal jalan yang benar. Marilah Ifrit... Bertaubatlah engkau dan sujud sembahlah engkau dekat Allah SWT. Insyaallah, dengan izin Allah kau akan diterima taubatnya dan syurgalah yang akan menjadi milik engkau nanti.'' Sambung Ustaz Roslan dengan panjang lebar sambil bangkit berdiri. Mendengarkan kata-katanya itu, Isa yang kerasukan itu terdiam seketika lalu dia terus bangkit berdiri dengan melepaskan tangan dan kakinya daripada cengkaman-cengkaman ketiga-tiga guru lelaki tersebut dengan cara yang lembut dan kemudian dia terus berdiri berhadapan dengan Ustaz Roslan dan Cikgu Sulaiman itu.

''Kalau aku bertaubat, adakah Allah takkan melaknat aku?'' Soal Isa yang kerasukan itu dengan nada yang perlahan.

''Iya, Allah SWT hanya akan melaknat bangsa-bangsa jin dan syaitan yang enggan sujud kepadaNya sahaja.'' Balas Ustaz Roslan dengan nada yang tenang. Mendengarkan kata-katanya itu, Isa yang kerasukan itu terus mengalirkan air matanya lagi sambil tangannya memegang kedua-dua belah bahu Ustaz Roslan itu.''

''Jikalau begitu... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih... Aku nak kau Islamkan aku sekarang.'' Kata Isa yang kerasukan itu dengan nada yang mendatar dan apabila mereka semua mendengar kata-kata Jin yang merasuki Isa itu, mereka semua pun tersenyum lega sambil mengucapkan kata syukur dan kemudian sesi mengislamkan jin Ifrit yang merasuki Isa itu pun dimulakan dengan diajarkannya mengucapkan 2 kalimah syahadah.

''Baiklah... Sebelum aku mengislamkan engkau, berjanjilah engkau wahai Ifrit bahawasanya engkau tidak akan menyekutukan Allah lagi selepas ini dan engkau takkan menyakiti manusia lagi. Boleh engkau berjanji dengan hati yang ikhlas?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya.

''Dengan nama Allah, setelah aku memeluk Islam dan menyembah sujud kepadaNya, aku berjanji aku tidak akan menyekutukan Dia lagi dan aku tidak akan menyakiti manusia lagi sampailah ke hari kiamat.'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar.

''Bagus. Jikalau begitu, ikutlah segala kata-kata aku ni.'' Kata Ustaz Roslan sambil membaca bismillah.

''Angkat jari telunjuk kananmu ke atas.'' Arah Ustaz Roslan kepadanya dan Isa yang kerasukan itu pun terus mengangkat jari telunjuk kanannya ke atas dengan setinggi paras dadanya.

''Ikutlah kata aku dengan perlahan-lahan. Asyhadu alla illahaillah...'' Kata Ustaz Roslan sambil memulakan bacaan dua Kalimah Syahadah dengan nada yang perlahan.

''Asyhadu alla illahaillah...'' Dengan nada yang perlahan-lahan, Isa yang kerasukan itu pun mengikutinya mengucapkan dua Kalimah Syahadah.

''Wa'asyhadu anna Muhammadarasulullah...'' Ucap Ustaz Roslan lagi dengan menyambung ucapan dua Kalimah Syahadah itu.

''Wa'asyhadu anna Muhammadarasulullah...'' Ucap Isa yang kerasukan itu dengan mengikuti ucapan Ustaz Roslan itu dengan nada yang perlahan.

''Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah...'' Kata Ustaz Roslan lagi dengan nada yang perlahan.

''Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah...'' Isa yang kerasukan itu pun mengikutinya lagi.

''Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.'' Kata Ustaz Roslan lagi dengan mengakhiri bacaan dua Kalimah Syahadah tersebut.

''Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan mengakhiri bacaan dua kalimah suci tersebut.

''Alhamdulillah... Sekarang engkau sudah rasmi memeluk Islam. Keluarlah engkau daripada tubuh badan pelajar lelaki ini dan pergilah engkau kepada bangsa-bangsa engkau yang beragama Islam dan tuntulah ilmu-ilmus Islam daripada mereka.'' Kata Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar.

''Baiklah, aku akan pergi. Tetapi selepas beberapa hari nanti, aku akan kembali semula kepada budak lelaki ini.'' Kata Isa yang kerasukan itu dengan nada yang serius.

''Kenapa?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya dengan dahi yang berkerut.

''Sebab... Aku perlu melindunginya kerana selepas ini bangsa-bangsa aku yang menjadi musuh ketat kepada Islam yang lain pula pasti akan cuba untuk menyerangnya pula.'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar.

''Kenapa? Apa sebabnya?'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya dengan nada yang serius.

''Budak lelaki yang aku rasuk ini, semua bangsa aku sangat-sangat bencikannya. Kehadiran aku di sini hanyalah permulaan sahaja. Kalau aku pergi daripada sini nanti, pasti mereka akan datang menyerang dengan lebih teruk lagi.'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar. Mendengarkan jawapannya itu, kesemua guru-guru lelaki termasuk Ustaz Roslan dan Cikgu Sulaiman terus berkerut dahi lalu saling berpandangan seketika sebelum pandangan mereka itu teralih semula ke arah Isa yang kerasukan itu.

''Jangan risau, tentang keselamatan pelajar lelaki ini biarlah kami senua yang menguruskannya. Engkau pergilah ke sana dan janganlah kembali semula ke sini melainkan jika engkau ada sesuatu perkara penting yang hendak disampaikan, maka sampaikanlah ia kepada aku seorang sahaja.'' Kata Ustaz Roslan dengan panjang lebar.

''Baiklah... Jika begitu, aku pergi dahulu...'' Kata Isa yang kerasukan itu lalu jin Ifrit yang merasukinya itu pun terus keluar daripada tubuh badannya itu dan kemudian ianya terus berlalu pergi secara ghaib. Setelah itu, Isa pun terus jatuh pengsan ke atas lantai dan kemudian dia tersedar semula di dalam keadaan dirinya yang sudah kembali normal dan lemah.

''Uhuk... Uhuk... Uhuk...'' Isa terbatuk-batuk seketika lalu dia terus termuntahkan sebiji gigi taring binatang yang panjangnya sepanjang jari kelingking orang dewasa bersama dengan beberapa percikan darah. Serentak pada itu juga, Ustas Roslan terus mengambil sebotol air mineral yang dibawa oleh Cikgu Sulaiman itu tadi lalu dia terus membaca Surah Al-Fatihah sebelum air tersebut diberikan kepada Isa. Dengan bantuan Cikgu Sulaiman, Isa meneguk air tersebut dengan perlahan-lahan sehingga ianya habis dan setelah itu dirinya pun mula kembali pulih.

Gigi taring yang dimuntahkan oleh Isa itu dikutip oleh Cikgu Sulaiman lalu ditatapnya seketika. Kelihatan beberapa tulisan mantera yang ditulis dalam bahasa Hebrew (Yahudi) terukir di sekelilingnya bersama dengan corak-corak satanic yang halus.

''Alhamdulillah... Akhirnya semua dah selesai sekarang.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang lega dan perlahan apabila dia sudah yakin bahawa sihir yang dialami oleh Isa telahpun terlerai dan berjaya dipatahkan.

''Aah... Cikgu, apa yang dah jadi ni?'' Soal Isa kepada Cikgu Sulaiman.

''Tadi kamu kena rasuk dengan jin. Lepas tu cikgu dengan Ustaz Roslan ni tolong Ruqyahkan kamu tadi sampai jin tu dah berjaya diislamkan dan dikeluarkan terus daripada badan kamu ni. Insyaallah lepas ni jin tu takkan datanh balik dah.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Ouh macam tu ke? Terima kasih cikgu... Terima kasih Ustaz sebab dah tolong selamatkan saya...'' Kata Isa dengan nada yang perlahan.

''Hmm... Sama-sama. Kamu ni pelajar baru kat dalam sekolah ni kan? Siapa nama kamu?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya.

''Nama saya Amirul Isa. Daripada kelas 5 Sastera. Panggil je saya Isa...'' Balas Isa dengan nada yang perlahan.

''Ouh Isa... Sedap namanya tu. Nama Nabi tu.'' Kata Ustaz Roslan dengan nada memuji sambil tersenyum simpul.

''Isa... Ustaz nak pesan dengan kamu, lepas ni kamu kena banyak-banyakkan berselawat dan berdoa dengan meminta perlindungan daripada Allah SWT sebab kamu ada banyak musuh daripada golongan-golongan bangsa jin ni. Ustaz tak tahu kenapa mereka nak bermusuhan sangat dengan kamu ni tapi Ustaz yakin ada sebab-sebabnya. Ustaz boleh bantu kamu kalau kamu ada apa-apa masalah yang melibatkan tentang hal-hal mistik ni tapi Ustaz tak boleh bantu banyak melainkan dengan izin Allah sahaja. Jadi buat masa sekarang ni, kamu berdoalah banyak-banyak ya. Minta perlindungan dan petunjuk daripada Allah, semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan.'' Pesan Ustaz Roslan kepada Isa dengan nada yang lembut. Isa yang mendengar pesanannya itu tergamam seketika lalu dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan sebagai tanda faham.

''Jadi Isa... Sekarang ni kamu ada rasa sakit apa-apa lagi tak? Larat nak masuk ke kelas lagi?'' Soal Cikgu Azri yang selaku guru disiplin itu kepadanya.

''Err... Ya, saya larat lagi kot.'' Balas Isa dengan nada yang perlahan.

''Isa... Kalau kamu rasa sakit, jangan paksa diri. Nanti kalau benda lain yang jadi nanti, karang susah pula kamu tu nanti.'' Kata Cikgu Faris yang selaku guru Sejarah itu dengan nada yang separa bimbang.

''Tak apa... Saya okey je ni.'' Kata Isa sambil berpura-pura tersenyum sihat.

''Macam mana ni, Sulaiman? Nak bagi dia ni pergi teruskan masuk ke kelas ke apa?'' Soal Cikgu Hisham yang selaku guru pendidikan jasmani itu kepada Cikgu Sulaiman. Mendengarkan pertanyaannya itu, Cikgu Sulaiman memandang ke Isa seketika lalu dia mengeluh perlahan sebelum jawapannya diberikan.

''Kita hantar dia balik ke rumah dia dulu.'' Jawab Cikgu Sulaiman dengan sekali nafas dan Isa yang mendengarnya itu tergamam seketika.

''Isa... Hari ni kamu pergi sekolah sampai ke sini je lah eh. Nanti lepas ni, cikgu nak kamu bersiap. Lepas tu cikgu nak hantar kamu balik ke rumah kamu untuk berehat. Okey?'' Arah Cikgu Sulaiman kepada Isa.

''Tapi cikgu-''

''Jangan lawan cakap cikgu... Cikgu tahu kamu belum okey lagi. Lagi satu... Untuk keselamatan kamu dan semua orang yang ada kat dalam sekolah ni, cikgu rasa lebih baik kamu di hantar balik ke rumah dulu dan rehatkan diri secukup-cukupnya.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan memotong kata-kata Isa itu dengan panjang lebar. Mendengarkan kata-katanya itu, wajah Isa terus menjadi masam mencuka lalu dia pun menganggukkan kepalanya itu sebagai tanda akur terhadap arahan gurunya itu.

''Baiklah. Err... Dina! Meh ke sini kejap.'' Panggil Cikgu Sulaiman kepada Dina yang berada di belakang saf perempuan bersama dengan Ustazah Safiyah dan pelajar perempuan yang trauma itu. Sebaik sahaja dia mendengar namanya dipanggil, Dina pun terus bergegas menuju ke arah Cikgu Sulaiman dan yang lain-lain itu.

''Ya cikgu, ada apa panggil saya ni?'' Soal Dina kepadanya.

''Kamu pergi ke kelas Isa, lepas tu tolong hantarkan beg dengan barang-barang sekolah dia ke sini eh. Cikgu nak hantar Isa ni balik ke rumah dia kejap lagi.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan memberikan arahan kepadanya.

''Baik cikgu.'' Kata Dina dengan ringkas lalu dia pun terus berjalan keluar daripada Surau sekolah itu dan kemudian dia terus pergi bergegas menuju ke kelasnya yang sama kelas dengan Isa itu untuk membantu Isa membawakan barang-barangannya turun ke bawah. Sebelum dia berlalu pergi, dia sempat menoleh ke arah Isa yang wajah bermasam cuka itu. Melihat wajahnya yang muram itu, timbul satu rasa simpati di dalam hati Dina kerana dia yakin bahawa Isa pasti berasa amat berat hati untuk meninggalkan sekolahnya pada ketika ini. Namun tiada apa yang Dina mampu lakukan untuknya kerana dia hanya mampu akur dan menurut arahan daripada Cikgu Sulaiman itu sahaja. Jika diingkar, nanti lain pula yang jadinya.

Setibanya Dina di kelasnya, dia terus disoal oleh kesemua rakan-rakan kelasnya tentang apa yang telah berlaku terhadap Isa. Dina hanya sekadar mendiamkan diri sahaja lalu dia terus mengemaskan beg sekolah dan barang-barang Isa yang berada di belakang mejanya itu dan kemudian dia terus bergerak pergi ke Surau sekolah semula. Sebelum dia menjejak keluar daripada kelasnya itu, dia sempat terdengar rakan-rakan kelasnya itu berkata buruk tentang Isa itu.

''Budak baru tu menyusahkan betullah. Semenjak dia datang ke sekolah ni, macam-macam benda pelik jadi.''

''Tulah. Dah lah tadi kena kerasukan. Dia lari kat sebelah aku tadi macam anjing siak. Lepas tu aku nampak dia pergi kantin, dia serang pula seorang pelajar perempuan tu macam tengah nak rogol dia. Eee seram aku tengok.''

Dina yang mendengar mereka berkata buruk tentang Isa itu hanya sekadar mampu mengeluh perlahan sahaja. Ikutkan hati, dia mahu sahaja mahu memarahi mereka semua. Namun padanya, mendiamkan diri adalah pilihan yang terbaik kerana pada ketika ini dia perlu menjaga dan mengikuti 2 perkara iaitu menjaga akhlak dan reputasinya sebagai pelajar baik dengan tidak menimbulkan pergaduhan sesama pelajar yang lain dan juga menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Cikgu Sulaiman kepadanya itu tadi dengan segera.

Tanpa melengahkan masa, dia terus pulang semula ke Surau sekolah dan sebaik sahaja dia tiba di sana, dia terus menyerahkan beg sekolah Isa yang dibawanya itu tadi kepada tuan empunya badan tersebut.

''Terima kasih Dina sebab tolong hantarkan barang dengan beg sekolah Isa ni. Ha Isa, jomlah cikgu hantarkan kamu balik ke rumah ya.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan berterima kasih kepadanya sambil membantu Isa untuk bangkit berdiri dengan perlahan-lahan.

''Sebelum tu... Dina...'' Isa memanggil namanya.

''Ya, kenapa?'' Soal Dina kepadanya. Isa terdiam seketika sebelum dia menjawab persoalan Dina itu sambil dia tersenyum kelat.

''Terima kasih... Sebab dah tolong aku juga.'' Katanya dengan nada yang perlahan. Dina yang mendengar dia berkata sedemikian hanya sekadar tersenyum simpul sambil menganggukkan kepalanya.

''Jomlah kami semua temankan kamu berdua sekali.'' Kata Ustaz Roslan lalu dia bersama dengan guru-guru lelaki yang lain itu terus berjalan keluar daripada Surau sekolah tersebut.

''Aku balik dulu eh? Assalamualaikum...'' Kata Isa kepada Dina dengan nada yang perlahan memberikan ucapan salam kepadanya lalu dia dan Cikgu Sulaiman pun terus berlalu pergi mengikuti Ustaz Roslan dan guru-guru lelaki yang lain itu.

''Waalaikumusalam...'' Balas Dina dengan nada yang perlahan sambil memerhatikan Isa yang berlalu pergi dengan wajah yang lemah itu. Jauh dari sudut hatinya, Dina masih lagi bimbangkan tentang keadaan Isa itu. Namun dalam pada masa yang sama, dia juga yakin yang Isa sudah selamat dan mungkin dia dah takkan terjadi apa-apa yang buruk lagi selepas ni.
______________________________________

Sementara itu pula, di dalam Hospital Bukit Berduri yang terletak berhampiran dengan Pekan Bukit Berduri itu, kelihatan Aizat sedang duduk di atas sebuah katil pesakit dengan mata kirinya yang berbalut dengan kain putih.

Seorang doktor lelaki yang berbangsa Melayu datang menghampirinya sambil membawa sekeping borang laporan kesihatan pesakit dengan sebatang pen yang digunakannya untuk mencatat perkembangan kesihatan pesakitnya ini.

''Ada rasa sakit lagi pada mata kiri tu?'' Soal doktor tersebut kepada Aizat.

''Tak... Saya dah tak rasa apa-apa.'' Balas Aizat dengan nada yang mendatar. Doktor lelaki itu mencatat sesuatu pada borang laporan kesihatan pesakit tersebut lalu dia meletakkannya di atas sebuah meja yang berhampiran dengan katil Aizat tersebut. Dia berjalan menghampiri ke arah Aizat sehinggakan jaraknya satu meter di hadapan Aizat itu lalu doktor lelaki itu terus menyelak sedikit kain putih yang menjadi penutup mata kiri Aizat itu untuk melihat keadaannya. Pada ketika ini, mata kiri Aizat itu sedang terpejam dan kesan luka cakaran di matanya itu pun telahpun pulih dan tertutup dengan sendirinya.

''Sekarang... Cuba buka mata kiri kamu ni perlahan-lahan.'' Pinta doktor lelaki tersebut kepadanya dengan nada yang perlahan. Tanpa sepatah kata, dengan perlahan-lahannya mata kiri Aizat itu pun terbuka dan sekaligus menampakkan mata kirinya itu kini telahpun menjadi separa cacat dengan iris matanya yang hitam itu telah berubah warna menjadi separa kelabu seolah-olah seperti warna yang pucat dan di tengah-tengah iris mata hitamnya itu pula terdapat satu bentuk kesan torehan cakaran besar yang berwarna putih dan sekaligus membentuk seakan-akan seperti satu corak mata binatang yang menyeramkan.

*Contoh Rupa Mata Kiri Aizat*

''Sekarang kamu boleh nampak apa-apa tak dengan mata kiri kamu ni?'' Soal doktor tersebut kepadanya. Tanpa sepatah kata, Aizat pun dengan wajah yang polos hanya sekadar menggelengkan kepalanya sahaja menandakan bahawa dia masih lagi tak mampu melihat apa-apa dengan mata kirinya itu. Melihat reaksi balasannya itu, doktor lelaki itu seakan faham lalu dia terus menutupi semula kain penutup mata kiri Aizat itu dan kemudian dia terus mencatatkan sesuatu pada borang laporan kesihatan pesakitnya itu tadi.
______________________________________

[Skip Time]

Doktor lelaki yang memeriksa keadaan mata kiri Aizat itu tadi membawanya berjalan menuju ke sebuah bilik pemeriksaan di mana ibu dan ayahnya sedang menunggu di dalam bilik tersebut lalu dia memberikan Aizat kerusi untuk duduk bersama dengan ibu dan ayahnya yang sedang duduk di depan meja pejabatnya itu. Setelah itu, doktor tersebut melangkah menuju ke arah kerusi pejabatnya dan kemudian dia terus duduk menghadap ke arah ibu bapa pesakitnya itu sambil memegang borang laporan kesihatan pesakit yang dia bawa semasa sedang memeriksa keadaan mata kiri Aizat itu tadi.

''Err doktor, macam mana dengan mata anak saya ni? Semuanya tak apa-apa ke?'' Soal Pak Megat iaitu ayah kepada Aizat dengan nada yang perlahan. Doktor itu mengeluh perlahan seketika apabila dia disoal sedemikian sebelum dia menjawabnya.

''Maafkan saya encik... Mata kiri anak encik ni dah tak berfungsi sebab kornea mata dia dah tercalar teruk. Lagi satu, disebabkan faktor lambat mendapatkan rawatan yang rapi, mata dia dah tak dapat diselamatkan lagi. Maaf saya terpaksa katakan, mata kiri anak encik sekarang ni sudah buta sepenuhnya.'' Balas doktor lelaki itu dengan panjang lebar dan bernada perlahan. Mendengarkan jawapan yang terperinci daripada doktor tersebut, Makcik Izzati iaitu ibu kepada Aizat itu terus menangis perlahan kerana berasa kesian dengan nasib anak lelakinya yang seorang ini lalu ditenangkan oleh suaminya yang duduk di sebelah Aizat itu.

''Maafkan saya encik. Saya dah cuba buat yang terbaik untuk selamatkan mata kiri anak encik ni. Tapi Allah dah tentukan segalanya dan saya tak mampu nak buat apa-apa lagi.'' Kata doktor itu lagi dengan nada yang simpati dan perlahan.

''Tak apalah, doktor. Saya faham... Terima kasih sebab dah tolong rawatkan anak saya.'' Balas Pak Megat dengan nada yang pasrah.

''Sama-sama.''
______________________________________

[Skip Time]

Setelah selesai membuat pemeriksaan mata Aizat itu, Aizat dan ibu bapanya itu pun terus bergerak pulang ke rumah dengan menaiki kereta.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah itu, mereka semua banyak mendiamkan diri sahaja. Aizat yang pasrah dengan mata kirinya yang buta itu hanya sekadar mampu termenung memandang ke arah luar tetingkap kereta bapanya itu sahaja sambil melayan perasaannya di dalam hati.

''Haih... Makin lama makin banyak pula benda buruk yang nak datang kat dalam hidup aku ni...'' Keluhnya di dalam hati dengan penuh rasa pasrah.

''Hmm... Kalaulah Isa dapat tahu pasal mata kiri aku yang dah buta ni, agak-agaknya apalah reaksi dia tu nanti ya?''

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

28.8K 481 14
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
9.6K 337 21
Sebuah ceritera bergenre seram. Tapi tidak menyeramkan kerana telah diselit beberapa genre lain. Isi Kandungan Mungkin Mengandungi; -Perilaku 18+ -S...
39.7K 4.9K 58
Awalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke...
35.3K 3.5K 56
Hai Assalamualaikum! Jumpa lagi kita.. maaf agak lambat sedikit. Kali ini aku nak sharekan pengalaman benar yang terjadi.. stay tuned!