KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 16: Iman Yang Terganggu

437 57 19
By ALIFRYT

[Isa POV]

''Aaah...'' Isa terbangun daripada lenanya dan kini dia baru tersedar bahawa sudah dia tertidur di dalam dapurnya di dalam keadaan suasana yang masih lagi gelap tanpa sebarang cahaya lampu. Dengan perlahan-lahan, dia terus bangkit daripada pembaringannya lalu terus menuju ke arah suis lampu untuk menghidupkan semua lampu dapurnya. Setelah itu, dia memandang ke arah jam dinding dapur seketika dan waktunya kini sedang menunjukkan pukul 5:30 pagi, 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh.

''Ya Allah, aku kena bersiap cepat ni.'' Katanya dengan nada separa gelabah lalu terus bergegas ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala mandi dan kemudian terus bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai dia mandi dan membersihkan dirinya, dia terus bergegas menuju ke bilik tidurnya semula untuk menukar pakaian dengan memakai pakaian uniform sekolahnya dan kemudian dia terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan paginya.

''Allahuakbar Allahuakbar!!!''

Belum sempat dia mahu berbuat apa-apa, tiba-tiba dia terdengar suara azan Subuh berkumandang daripada jauh dan serentak daripada itu juga, tubuh badan aku pun terus menjadi kaku di dalam keadaan berdiri. Dia memandang ke arah lantai dapur iaitu tempat di mana dia meletakkan bekas rendaman air untuk keris hitam yang dia terjumpa di dapurnya pada malam semalam itu dan ternyata keris hitam itu sedang menggeletar dengan begitu kuat sekali apabila suara azan Subuh itu dikumandangkan. Serentak pada ketika itu juga, segala urat sendi dan juga tulang-temulang yang berada di dalam tubuh badannya mula terasa sakit dan begitu hangat sekali.

''AAAAAARGH!!!'' Isa menjerit sekuat hatinya sambil jatuh melutut dengan kepalanya di dongakkan ke atas sambil tangannya menggenggam rambutnya sehingga kusut untuk menahan kesakitannya. Dengan secara perlahan-lahan juga, mata kirinya mula berubah menjadi mata yang berwarna hitam dan kuku tangan kirinya mula memanjang dan menjadi kuku yang begitu tajam sekali.

''Aku sakit!!!'' Jeritnya dengan nada suara yang mula berubah garau lalu tangan kanannya terus menepuk pipi kanannya dengan begitu kuat sekali sampaikan kepalanya tertoleh ke arah kiri.

''Kenapa kau masuk dalam badan aku?!!'' Soal Isa pada dirinya dengan nada yang marah apabila dia menyedari bahawa ada seekor jin yang sedang berdamping secara senyap di dalam sebahagian tubuhnya lalu tangan kirinya terus menepuk pipi kirinya dengan begitu kuat sekali sampaikan kepalanya tertoleh ke arah kanan.

''Aku mahukan jiwa kau!! Aku mahu sesatkan diri kau!! Dengan iman kau yang tergugat, aku akan dapat hapuskan kau!!!'' Katanya dengan nada suara yang garau dan lantang sambil tangan kanannya menepuk pipi kanannya dengan begitu kuat sampaikan kepalanya tergoleh ke arah kiri semula.

''Hrrrr!!!'' Isa yang separa kerasukan itu mengetap giginya dengan keras sambil badannya menunduk ke lantai dan kedua-dua lengan tangannya mula memukul-mukul lantai dapurnya itu bagi menahan rasa sakit yang dialami di dalam badannya itu. Serentak pada itu juga, di dalam mindanya mula terdengar suara bisikan-bisikan pelik yang begitu kuat sampaikan telinganya tak mampu nak mendengar suara azan Subuh yang berkumandang di luar kawasan rumahnya itu.

''AAAAAARGH!!!'' Dirinya mula hilang kawalan dan jiwanya mula menjadi tak tenteram sampaikan tangan kirinya yang berkuku tajam itu mula mencakar-cakar lantai rumahnya sampai tercalar dengan kesan cakarannya itu.

Serentak pada itu juga, mata kanan Isa sempat menjeling ke arah keris hitam yang menggeletar di dalam bekas rendaman air limaunya itu. Tanpa melengahkan masa, dengan perlahan-lahan tangan kanannya mula mencapai pemegang keris hitam itu dan sebaik sahaja ianya berjaya dicapai, Isa terus menoreh tapak tangan kirinya itu dengan menggunakan keris hitam tersebut dan setelah itu dia terus menjerit kesakitan lalu terus kembali semula kepada dirinya yang asal. Jin yang merasuki sebahagian tubuhnya itu tadi terus hilang entah ke mana dan tangan kiri Isa yang berkuku tajam tadi itu pun terus berubah menjadi normal semula. Serentak pada ketika itu juga, suara azan Subuh yang berkumandang tadi itu sudah berhenti dan Isa pun terus terduduk sambil menatap ke arah kedua-dua tangannya itu dengan wajah yang terkejut dan kebingungan. Di tangan kanannya memegang keris hitam dan di tangan kirinya pula berdarah akibat kesan daripada torehan keris tersebut.

''Ya Allah... Apa yang aku dah buat ni?''
______________________________________

[Skip Time]

Di sekolah, Isa pergi berjumpa dengan Cikgu Sulaiman di bilik kelab Paranormalnya ketika semua murid sedang pergi berhimpun di perhimpunan sekolah lalu dia terus menceritakan kepada gurunya itu tentang segala apa yang dia alami pada malam-semalam dan di waktu subuh itu tadi sambil dia menyerahkan keris hitam yang dijumpainya itu kepada Cikgu Sulaiman.

''Hmm...'' Cikgu Sulaiman termenung seketika sambil dia membelek-belek keris tersebut dengan lebih teliti. Dia memandang ke arah anak muridnya yang sedang duduk di hadapannya itu seketika untuk memastikan bahawa anak muridnya itu tidak menipu dan ternyata memang benar dari segi riak wajah Isa itu, sudah jelas sekali bahawa dia itu memang betul-betul tidak menipu.

''Berat kes kamu ni. Ni mesti disebabkan ada orang dengki ni.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil meletakkan keris hitam itu di atas mejanya.

''Mungkin jugalah... Apa-apa pun cikgu, apa yang patut saya buat sekarang?'' Soal Isa kepada gurunya itu. Cikgu Sulaiman mengeluh perlahan seketika sambil memandang ke arah wajah anak muridnya itu dengan wajah yang simpati.

''Kamu kata tadi ada jin yang berdamping kat dalam tubuh kamu, kan?'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya untuk meminta kepastian dan Isa pun menganggukkan kepala sebagai tanda bahawa dia tidak menafikannya.

''Dan jin tu berinteraksi dengan tubuh kamu bila kamu terdengar suara azan?'' Soalnya lagi kepada Isa untuk meminta kepastian.

''Bukan tu je. Tadi masa saya nak solat Subuh pun jin tu macam nak ganggu saya. Contohnya masa saya nak ambil air wuduk, saya asyik terlupa itu ini je. Lepas tu bila dah selesai ambil air wuduk, nak solat pula tak senang sebab saya asyik terlupa itu ini je. Dah solat terlupa baca itu ini, lepas tu bila nak time solat tu lah ada benda nak lalu lah, barang jatuhlah, apa lah. Sampai hilang khusyuk saya nak.solat Subuh tadi.'' Balas Isa dengan panjang lebar. Cikgu Sulaiman yang mendengar ceritanya itu mengeluh perlahan seketika.

''Habis tadi kamu dapat solat tak?'' Soalnya kepada Isa lagi.

''Dapat. Tapi... Tak khusyuk sangatlah.'' Balas Isa dengan nada perlahan.

''Tak apa kalau tak khusyuk. Solat tu tetap sah, cuma pahala tak dapat banyak sangatlah sebab tak khusyuk.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang. Isa pun hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil matanya memandang ke arah tapak tangan kirinya yang sudah dibalut dengan pembalut luka itu.

''Macam ni lah... Cikgu sarankan walau apa-apa yang terjadi sekalipun, kamu jangan tinggal solat, banyakkan baca Al-Quran dan selawat banyak-banyak. Insyaallah nanti semuanya akan okey.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada berpesan yang panjang lebar sambil dia mengambil sehelai kain putih di dalam laci mejanya dan kemudian dia terus membalut keris hitam yang dibawa oleh Isa itu dengan menggunakan kain tersebut.

''Cikgu ambil dulu keris ni untuk dikaji dan nanti bila cikgu dah jumpa penyelesaian, cikgu akan tolong kamu selesaikan masalah kamu tu ya.'' Katanya lagi dengan nada yang tenang dan Isa pun hanya sekadar menanggukkan kepalanya sebagai tanda faham sambil dia bangkit berdiri daripada tempat duduknya yang berada di hadapan meja Cikgu Sulaiman itu.

''Saya pergi masuk ke kelas dulu ya, cikgu. Terima kasih sebab tolong saya. Assalamualaikum...'' Kata Isa dengan nada yang mendatar lalu dia terus berjalan masuk keluar daripada bilik tersebut tanpa menunggu Cikgu Sulaiman membalas ucapan salamnya itu.

''Waalaikumusalam... Hmm... Kesian aku tengok Isa tu. Semenjak dia masuk ke sini, macam-macam perkara yang pelik mula nak jadi.'' Kata Cikgu Sulaiman sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu dia menatap seketika ke arah keris hitam yang dibalutnya dengan kain putih itu sambil dia memegang dagunya.

''Hmm... Aku rasa aku tahu apa nak buat dengan keris ni...'' Katanya dengan nada yang sinis lalu dia terus bangkit berdiri sambil membawa keris tersebut ke dalam sebuah bilik gelap yang ada di dalam bilik kelabnya itu.
______________________________________

[Isa POV]

Aku berjalan menuju ke arah dataran perhimpunan sekolah dan sebaik sahaja tiba di sana, aku baru sedar bahawa kesemua pelajar sudah masuk ke dalam kelas masing-masing. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus bergegas menuju ke tangga sekolah lalu terus melangkah menuju ke kelas aku. Sebaik sahaja aku tiba di hadapan pintu kelas dan apabila aku melangkah masuk ke dalam kelas sahaja, tiba-tiba semua orang yang berada di dalam kelas aku itu memandang ke arah aku dengan reaksi yang pelik.

Langkah aku pun menjadi kaku seketika apabila dipandang sedemikian. Aku sempat memandang ke arah sekeliling aku dan nampaknya tak ada apa yang pelik pun.

''Err... Assalamualaikum...'' Aku pun tanpa segan-silu pun terus memberikan ucapan salam aku kepada dan tak ada seorang pun daripada mereka yang nak menjawabnya. Aku menelan air liur seketika. Dah kenapa mereka semua ni? Jangan buat aku macam ni, terasa janggal tahu tak.

Aku pun tanpa melengahkan masa, aku terus melangkah menuju ke arah meja tempat duduk aku dan sambil-sambil aku berjalan itu, aku dapat dengar ada beberapa orang yang terdekat daripada aku sedang berbisik dengan mengatakan sesuatu yang tak sepatutnya tentang diri aku.

''Tengok dia tu, dah lah semalam dia tak datang. Lepas tu hari ni datang macam tak ada apa-apa je. Bajet gila siak budak baru ni.''

''Dia ingat dia budak kelab Paranormal tu dah macam bagus sangatlah tu? Aku pun lagi baguslah daripada dia tu. Aku boleh je jadi orang yang pertama yang masuk ke kelab tu, cuma aku malas je sebab aku lagi minat kelab komputer.''

''Kau tahu tak? Semenjak dia tu datang ke sini, macam-macam perkara pelik yang dah terjadi kat dalam sekolah kita ni. Tengoklah, hari ni Nabila dengan Aizat tak datang. Katanya semalam sebab kena serang dengan hantu. Tu mesti sebab budak baru tu punya pasal...''

''Budak baru ni macam acah-acah baik je. Muka dia tu dah lah macam orang pecah rumah, ada hati nak buat baik kat sini. Entah-entah Munafik je ni...''

Itulah suara-suara bisikan yang aku dengar daripada bibir mereka. Entah apalah salah dan silap aku sampaikan mereka nak cakap aku macam tu padahal semua yang terjadi ni bukannya salah aku pun. Hmm... Tipulah kalau aku tak terasa sakit hati bila mendengar kata-kata mereka tu tapi nak buat macam mana? Mulut manusia kan? Lagipun sekarang nj aku kena banyak bersabar sebab sekarang ni ada masalah yang lagi besar yang aku kena jaga dan elakkan untuk tidak biarkan ianya berlaku. Sebab kalau tidak, ianya akan menjadi lebih buruk daripada apa yang aku sangkakan. Tambahan lagi sekarang ni, separuh daripada jiwa aku tengah dikawal oleh seekor jin kafir yang dihantar ke rumah aku semalam. Kalau aku tak dapat mengawal diri aku, mungkin jin tu pula yang akan mengawalnya nanti dan sekaligus akan menyebabkan orang lain menjadi mangsa keadaan.

Dengan nafas yang tenang bersama dengan jiwa yang pasrah, aku pun teruslah duduk di atas kerusi tempat duduk aku sambil mengeluarkan apa yang patut daripada dalam beg sekolah aku.

''Assalamualaikum...'' Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan yang cantik yang bertudung sekolah dengan memakai uniform pengakap separa lengkap menegur aku dengan wajah yang serius sambil dia meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi tempat duduk Nabila iaitu di hadapan aku itu.

''Waalaikumusalam...'' Balas aku dengan nada yang perlahan dan tergamam. Siapa perempuan ni?

''Kau budak baru kat dalam kelas ni, kan? Aku Irdina Batrisyia, panggil je Dina. Aku penolong ketua kat dalam kelas ni.'' Katanya dengan memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kanannya yang dipakaikan dengan sarung tangan hitam itu untuk menyalam aku. Aku terdiam seketika sebelum menyalam tangannya itu.

''Amirul Isa, panggil je Isa...'' Balas aku dengan ringkas. Perempuan yang bernama Dina itu melabuhkan dirinya di atas kerusi lalu dia terus memandang aku dengan wajah yang agak serius.

''Haih... Aku nak tanya kau satu soalan boleh?'' Soalnya kepada aku. Aku terdiam lagi sekali sambil memandangnya dengan kerutan dahi. Dalam fikirannya, aku boleh baca dan aku boleh tahu siapakah dirinya ni yang sebenar dan entah kenapa, aku terasa macam tergugat dengan identitinya itu. Bila aku dah dapat tahu tentang identitinya, aku mengeluh perlahan seketika lalu mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap kelas daripada memandang ke arah wajahnya itu.

''Apa yang seorang penunduk jin yang macam kau ni nak kan daripada aku?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang serius dan perlahan. Ya... Daripada apa yang aku dapat baca daripada mindanya itu, dia adalah seorang manusia yang ada kelebihan istimewa yang kebiasaannya jarang orang nak dapatkan iaitu "Kelebihan Penunduk Jin". Dia boleh menundukkan jin yang ganas dan dia boleh mengawal mereka dengan hanya sekali pandang dan sentuh sahaja.

''Jadi memang betullah yang kau ni ada kelebihan yang istimewa...'' Katanya dengan nada yang perlahan.

''Nampaknya kau macam dah tahu yang aku ni ada kelebihan istimewa. Macam mana kau tahu?'' Soal aku kepadanya lagi dengan nada yang serius dan perlahan.

''Sejak kali pertama aku tengok kau masuk ke kelas ni masa hari tu lagi aku dah dapat tahu dah. Dan kau pula... Macam mana kau tahu yang aku ada kelebihan penunduk jin?'' Balasnya dengan panjang lebar lalu dia menyoal kepada aku. Aku mengeluh perlahan seketika. Tak tahu samada aku patut jujur dengan dia ataupun tak. Hmm... Jujur je lah.

''Aku ni ada kelebihan Kasyaf. Aku boleh nampak apa yang orang tak boleh nampak, aku boleh dengar apa yang orang tak boleh dengar, aku boleh hidu apa yang orang tak boleh hidu, aku boleh rasa apa yang orang tak boleh rasa, aku boleh sentuh apa yang orang tak boleh sentuh dan aku boleh baca fikiran orang lain termasuk juga binatang.'' Balas aku dengan panjang lebar dan bernada perlahan.

''Ouh macam tu eh? Hmm... Aku boleh nampak yang kau macam tengah ada masalah yang besar sekarang ni.'' Katanya dengan nada yang perlahan.

''Jadi kenapa? Kau nak tolong aku?'' Soal aku dengan nada yang separa serius.

''Kalau kau izinkan, why not?'' Balasnya dengan ringkas. Aku mengeluh perlahan lagi sekali apabila mendengar jawapannya itu.

''Hmm... Apa yang kau boleh buat?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Aku boleh berinteraksi dengan jin yang ada kat dalam badan kau tu dan aku boleh suruh dia keluar daripada badan kau tu kalau kau nak.'' Balas Dina dengan nada yang mendatar. Aku terdiam seketika apabila mendengar jawapannya itu. Patut ke aku percayakan dia? Aku tahu dari segi identiti dan hati budinya itu menunjukkan yang dia ni adalah orang yang baik dan tegas dalam apa-apa cara. Tetapi itu bukanlah faktor utama yang boleh buatkan aku percayakan dia untuk selesaikan masalah aku ni.

''Haih...'' Aku mengeluh perlahan lagi sambil meramas rambut dengan perlahan. Hmm... Pagi ni saja aku dah banyak mengeluh. Dah macam orang kalah judi dah gayanya. Kalau tiap-tiap hari macam ni, mesti orang ingat aku ni macam "The Loser Boy".

''Lepas rehat nanti, jumpa aku kat dalam bilik kelab Paranormal. Kita bincang hal ni dengan Cikgu Sulaiman.'' Kata aku dengan nada yang mendatar sambil memandangnya dengan wajah yang pasrah.

''Tapi... Kalau boleh aku tak nak libatkan dia tu dalam hal ni sebab aku nak jaga identiti kelebihan aku ni daripada orang lain.'' Bantahnya dengan nada yang perlahan.

''Jangan risau, Cikgu Sulaiman tu pun macam kita juga tapi aku tak tahu apa kelebihan dia tu. Apa-apa pun sekarang ni, kalau kau nak tolong aku, kau kena libatkan diri kau dengan Cikgu Sulaiman sebab kat dalam hal ni korang berdua dah terkait sama sekali. Boleh?'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Tak nak, aku tak setuju. Kalau boleh, biar aku seorang je yang selesaikan masalah kau ni. Okey?'' Kata Dina dengan nada yang serius. Aku memandang ke arah matanya dengan renungan yang separa tajam seketika sebelum aku mengalihkan pandangan mata aku itu.

''Apa tujuan kau untuk buat semua ni sebenarnya? Apa yang kau nak?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang separa serius.

''Isa... Sekarang ni apa yang aku dapat rasakan daripada kau, jin yang tengah berdamping kat dalam badan kau tu bukan jenis yang calang-calang jin punya tau. Jin yang aku dapat rasakan kat dalam badan kau tu jin yang kuat. Kalau kau biarkan lama-lama, nanti jiwa kau tu boleh sesat dan senang nak dikawal disebabkan jin tu tau.'' Balas Dina dengan nada yang serius dan perlahan dengan panjang lebar.

''Aku tahu, tapi aku lagi percayakan Cikgu Sulaiman sekarang ni.'' Kata aku dengan nada perlahan.

''Kau tak percayakan aku? Okey, aku akan tunjukkan dekat kau apa yang aku boleh buat waktu rehat nanti. Amacam? Deal?'' Soalnya dengan nada yang serius. Aku mendiamkan diri aku sambil menongkat pipi di hadapannya dengan wajah yang serius. Aku sempat menjeling ke arah sekeliling aku seketika sebelum mata aku kembali terarah kepadanya.

''Okay, deal.''
______________________________________

[Skip Time]

[Normal POV]

Sebaik sahaja tibanya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 5 di dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Berduri itu, Isa dan Dina pun terus berjalan keluar daripada kelas mereka lalu mereka berdua pun terus berjalan menuju ke arah pondok kayu tempat yang menjadi kebiasan bagi Isa dan Aizat untuk melepak bersama di tepi padang sekolah itu.

''Jadi... Sekarang ni apa pula?'' Soal Isa kepada Dina sambil berdiri memeluk tubuhnya di hadapan pondok kayu tersebut. Dina tidak membalas soalan Isa itu malah dia terus membuka sarung tangan kanannya itu dan kemudian dia terus menghampiri ke arah Isa dengan wajahnya yang serius. Dia mengangkat dua jari tangan kanannya iaitu jari telunjuk dan jari hantunya ke atas lalu dia terus menghalakan ia ke arah Isa.

''Keluar kau.'' Katanya dengan nada yang perlahan lalu dengan tanpa diduga, dia terus menyentuh dahi Isa dengan jarinya itu dan Isa pun terus jatuh pengsan ke atas tanah.

''Bangun.'' Katanya lagi sambil dia memijak kaki Isa. Isa terus tersedar namun kini bukanlah dirinya yang tersedar malah jin yang mendampingi dirinya itu yang tersedar dan sekaligus merasuki tubuh badan Isa.

''HAARGH!!!'' Isa terus meneriak dengan nada suara yang garau dan kuat lalu dia terus melompat melintang ke atas udara sebelum dia mendarat di belakang Dina dengan membelakanginya.

''Hrgh!! Hrr...'' Isa yang kerasukan itu kesurupan seketika sebelum dengan perlahan-lahannya kepalanya itu ditoleh ke arah Dina dengan kedua-dua matanya yang sudah berubah menjadi warna hitam-legam tanpa anak mata.

''Siapa kau? Kenapa kau kacau dia?'' Soal Dina kepadanya.

''Aku... Ifrit... Aku ditugaskan untuk... Menyesatkan dia yang Kasyaf dan pergunakan dia untuk kejahatan. Hehehe...'' Balas Isa yang kerasukan itu sambil kesurupan dan ketawa jahat dengan nada yang sinis.

''Ifrit... Lepaskan dia.'' Kata Dina dengan nada yang serius.

''Tidak! Aku menurut perintah dari Iblis untuk hapuskan dia! Kau tak boleh nak halang aku!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang separa marah.

''Aku boleh halang kau dengan izin Allah...'' Kata Dina sambil dia mengeluarkan sebentuk cincin batu putih daripada dalam poket seluarnya lalu dia terus memakai cincin tersebut di jari manisnya dan kemudian dia terus menghalakan tapak tangan kananya itu ke arah Isa.

''Grr... Hargh!!'' Isa yang kerasukan itu menderam kemarahan lalu dia terus meluru ke arah Dina. Dina pun terus berlari ke arahnya sambil membaca ayat bismillah lalu...

''Allahuakbar!!'' Apabila jaraknya sudah menghampiri Isa, dia terus menepuk tapak tangan kanannya itu betul-betul di bahagian tengah dada Isa dan setelah itu, Isa pun terus jatuh tersungkur ke belakang lalu tidak sedarkan diri. Sudah Isa tersungkur pengsan ke belakang, Dina pula masih lagi berdiri di posisinya itu dengan gaya mencengkam sesuatu dan beberapa saat kemudian muncullah satu bayangan asap hitam yang berbentuk seperti syaitan bersayap sedang dicekik lehernya oleh Dina itu.

''Dapat pun kau...'' Kata Dina dengan nada yang separa tegas apabila jin yang berada di dalam tubuh Isa itu kini di dalam genggamannya.

''Tak guna... Kau gunakan cincin penyentuh jin... Macam mana kau boleh ada cincin tu?!'' Soal jin Ifrit itu kepadanya dengan nada geram.

''Inilah harta warisan orang-orang alim ulama yang ada dalam keturunan keluarga aku. Kau tak perlu tahu siapa mereka. Sekarang ni aku nak, kau lepaskan Isa atau aku akan seksa kau habis-habisan.'' Balas Dina dengan nada yang serius. Jin Ifrit yang dicekiknya itu tergelak sinis seketika sebelum wajahnya yang berasap itu mula berubah menjadi wajahnya yang sebenar dengan kulit wajah yang pucat membiru, tanduk yang besar dan duri-duri yang tumbuh di dahi dan di atas keningnya dengan matanya yang hitam legam dengan 2 biji mata di belah kiri dan 2 biji mata di belah kanan.

''Selagi belum tamat segalanya, selagi tu aku takkan bebaskan dia. Yamautun lakum jami'an!! (Matilah kamu semua!!).'' Balas jin Ifrit itu dengan nada suara yang garau lalu dia terus mencengkam muka Dina dengan tangan kanannya yang mula berubah bentuk menjadi tangannya yang sebenar sambil tangan kirinya mula menolak tangan kanan Dina yang mencekik lehernya itu.

''Allah... Kuatnya kau...'' Kata Dina dengan nada tersekat-sekat.

''HAHAHAHAHA!!! Aku jin Ifrit, jin yang paling terkuat diantara segala jin. Mana mungkin aku akan mudah tertunduk dengan kata-kata kau tu HAHAHAHA!!!'' kata jin Ifrit sambil ketawa jahat terbahak-bahak dan sayapnya yang seperti kelawar gergasi itu mula mengembang luas di belakang tubuhnya.

''Sekarang... Disebabkan kau telah menganggu tugas aku, aku akan hapuskan kau di dalam keadaan yang hina. HAHAHAHA!!'' Kata jin Ifrit tu lagi dengan nada yang sinis sambil menolak muka Dina itu jatuh ke atas tanah dan menyebabkan Dina terperangkap di dalam cengkamannya itu.

''Allah... Tolong aku ya Allah...'' Doa Dina dengan nada yang perlahan.

''Berdoalah engkau kepada tuhan di dalam keadaan yang hina ni, sudah pasti Dia takkan tolong kau. HAHAHAHA!!!'' Kata jin Ifrit dengan nada yang angkuh sambil ketawa jahat terbahak-bahak.

Shink!!!

''AARK!!'' Ketawa jin Ifrit itu terhenti seketika apabila tiba-tiba ada sebilah keris hitam terbang lalu tercucuk di belakang badannya itu dan keris hitam itu adalah keris yang dibawa oleh Isa pada pagi tadi.

''Haa... Haa... Ya Ifrit, al'awdati illal makannil lazi ji'tu minhu!! (Wahai Ifrit, pulanglah semula ke tempat asal kau!!).'' Kata Cikgu Sulaiman yang sedang berdiri di belakangnya itu di dalam bahasa Arab dengan nada yang tegas sambil dirinya tercungap-cungap mencari nafas sambil matanya merenung tajam ke arah jin Ifrit tersebut.

''TAK GUNA KAAAAUUUU!!!'' Jin Ifrit itu menjerit kemarahan apabila dia menyedari bahawa Cikgu Sulaiman lah yang membaling keris hitam itu sampai terbenam ke dalam belakang tubuh badannya itu lalu dia terus terbang ke atas udara dan kemudian terus meluru ke arah Cikgu Sulaiman. Namun belum sempat dia mahu menyerang Cikgu Sulaiman, tubuh badannya terus berubah menjadi asap lalu terus lenyap dan kemudian di serap ke dalam keris hitam yang menikamnya itu sebelum disambut semula oleh Cikgu Sulaiman dengan tangan kirinya.

''Kamu tak apa-apa ke?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada Dina yang terbaring di atas tanah itu.

''Ya cikgu, saya okey je.'' Balas Dina sambil terus bangkit berdiri di hadapannya. Cikgu Sulaiman pun hanya mendiamkan dirinya sambil menoleh ke arah Isa yang sudah terbaring pengsan di atas tanah itu.

''Siapa nama kamu?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada Dina dengan ringkas.

''Irdina Batrisyia cikgu. Panggil je Dina.'' Balasnya dengan ringkas.

''Baiklah Dina, jom ikut saya masuk ke bilik kelab Paranormal sekarang. Saya ada benda penting yang saya nak dibincangkan dengan kamu nanti.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius dan Dina yang memandangnya itu terus tergamam.

''Habislah aku...''

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
155K 9K 71
Di sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.
21.4K 1.9K 33
" waa tak pernah aku nampak hantu sehensem ni daebak " hana. " aku manusia lah. ada ke hensem macam ni kau cakap hantu"jungkook. ---- " tunggu nasib...
107K 9K 49
Nur Emy Zafriel a.k.a Zaf-Mempunyai mata yang unik.Namun ramai yang tidak percaya akan kebolehannya itu.Dia amat terkenal di sekolah kerana wajahnya...