Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
EPILOG

51

39.5K 2.5K 186
By Lollysnow

"Ayah ayah!!" Lisa berlari anak menuju ke arah Encik Fajir yang kelihatan panik mendukung bayi Naaila.

"Siapa buatkan susu?" Encik Fajir menyambut huluran botol susu dari Lisa.

"Lisa lah yang buatkan." Balas Lisa tenang. Encik Fajir kelihatan teragak-agak membuka penutup botol. Bukan apa, Lisa itu masih kecil. Macam mana anak itu belajar buat susu untuk bayi kecil.

"Abang Khair yang ajar Lisa semalam. Lisa dah pandai. Pagi tadi pun Lisa buatkan untuk Naaila." Terang Lisa cukup Encik Fajir hela nafas lega.

"Bagus anak ayah. Terima kasih." Encik Fajir goncang sedikit botol susu, dengan lafaz Bismillah dia sua botol susu itu ke mulut Naaila.

"Maaf ayah, Lily mandi lama pula." Khair yang baru usai menunaikan solat zohor menapak ke arah bapa mertuanya. Melihat Naaila yang selesa menghisap botol susu dia senyum tipis seraya menganbil tempat di sofa sambil dia kesat bekas aid wudhuk di dahi.

"Tak apa. Kebetulan Ayah balik dari masjid tadi Naaila baru merengek. Lisa terus pergi buat susu untuk anak buah dia ni haa." Encik Fajir muncung mulut ke arah Lisa yang tersengih-sengih bangga.

"Waah Lisa buat susu lagi?" Tangan Khair spontan mengusap kepala adik iparnya.

"Terima kasih Lisa." Khair senyum tipis.

"Susu Lily tak keluar lagi? Kesian Naaila minum susu botol." Soal Encik Fajir dengan kerutan di dahi. Khair pula garu kening. Dia sendiri pun tak tahu sangat soal itu.

"Tak pasti Ayah, nanti petang Mama dengan Aunty Sarah datang Khair suruh tengokkan. Kesian juga kat Naaila ni."

"Wahh Tok Aki jaga cucu?" Sapaan Lily yang baru keluar dari bilik dengan senyuman melebar buat Encik Fajir tergelak kecil.

"Ingat Tok Aki tak pandai jaga cucu ke? Kalau tinggal berdua dengan Tok Aki ni seminggu dua pun Tok Aki boleh jaga tau." Loyar buruk Encik Fajir buat Khair dan Lily serentak melepas tawa.

"Lisa nak teman Ayah jaga Naaila juga!" Sambung Lisa teruja. Kalau boleh dia nak berlama-lama dalam rumah tu tengokkan Naaila. Tapi petang ni dah kena balik, esok sekolah.

"Kalau Ayah dengan Lisa jagakan Naaila, habis Abang Khair dengan Kak Lily nak buat apa?" Soal Khair buat Lisa.

Lisa kelihatan diam memikirkan sesuatu.

"Ha!!" Mata Lisa membulat teruja.

"Abang Khair dengan Kak Lily buat lah baby lain. Yang ni bagi dekat Ayah dan Lisa."

"Hey!! HAHAHAHAHA" Bergegar tubuh si ayah mendengar jawapan polos anaknya. Encik Fajir geleng kepala sampai tubuh kecil Naaila yang sedang menyusu turut terganggu dek ketawanya.

"Amboi, ingat nak dapat baby tu macam beli barang dekat pasar ke?" Lily cekak pinggang turut menahan tawa.

"Kan bagus kalau kalau Kak Lily bagi dua baby sekali gus. Tak ada lah Lisa kena berebut dengan Ayah." Lisa juih bibir ke arah Ayahnya yang dari tadi memegang Naaila.

"Alaa jealous dengan ayah ke ni?" Encik Fajir usap kepala anaknya. Lisa angguk laju. Dia pun nak riba Naaila macam ayah buat.

"Okay okay. Duduk bersila atas lantai." Encik Fajir bangun dari atas lantai lantas bergerak menghampiri Lisa yang bersila di lantai.

"Letak bantal baby dekat lutut Lisa." Arah Encik Fajir lagi. Lisa menurut dengan riak teruja.

"Bismillah, hati-hati. Badan baby ni kecil lagi." Berhati-hati Encik Fajir letak Naaila di atas riba Lisa.

Lily dan Khair sama-sama tersenyum. Spontan tangan Khair menarik Lily duduk di sebelahnya. Sempat kucupan singgah di dahi Lily sebelum keduanya memandang Lisa menepuk-nepuk lembut tubuh Naaila yang kembali terlena.

"Naaila comel." Puji Lisa. Encik Fajir turut tersenyum.

"Ayah ada kerja sikit. Lisa duduk rumah jaga Naaila ya?"

"Baik Ayah!"

"Shh.. Jangan cakap kuat-kuat. Baby mudah terkejut." Bisik Encik Fajir.

"Baik ayahhhh" Lisa membalas bisikan.

"Okaylah, ayah keluar kejap. Sempat petang ni ayah singgah tengokkan Restoan Ibu."

"Okay ayah, hati-hati." Lily hulur senyum melambai ayahnya yang mencapai kunci kereta sebelum lelaki itu menghilang keluar dari pintu rumah.

"Lisa mengantuk ke?" Lily toleh memandang mata Lisa yang layu menepuk-nepuk tubuh Naaila. Dia yang mengulit dia yang mengantuk. Aduhai Lisa..

"Sikit." Bisik Lisa.

"'Meh letak baby atas tilam dia." Lily menghampiri Lisa dan mendukung Naaila di letak di atas tilam bayi.

"Bagi bantal tu abang." Lily hulur tangan meminta bantal berhampiran Khair.

"Meh Lisa baring dekat sini." Lily tepuk bantal yang diletak di sebelah tilam bayi. Laju sahaja Lisa jatuhkan kepalanya disitu.

Tak sampai 5 minit si kecil Lisa sama-sama terlelap dengan Naaila.

"Mengantuk betul." Khair tersenyum.

"Apanya tak, dia yang bangun awal-awal pagi nak jagakan Naaila. Abang pun tidur lagi masa tu." Lily bangun kembali melabuhkan punggung di sebelah Khair.

"Abang dah shift malam jagakan Naaila." Balas Khair selamba. Lily tergelak kecil, teringatkan malam tadi dia nyenyak tidur dan Khair yang berjaga malam jagakan Naaila tanpa sikitpun kejutkan dia.

"Wahh bahagianya hidup Lily, siang orang lain jagakan Naaila. Malam Abang yang jagakan."

Khair senyum sebelum dia capai bantal lalu dipeluk. Kepala disandar pada sofa lantas memejam matanya. Sekarang pun masih lagi rasa mengantuk tu tersisa.

"Abang.." Mata Lily jatuh memandang wajah lena Lisa.

"Hm?"

"Abang tak terfikir ke Ayah sunyi?" Soal Lily lembut.

"Tak." Kelompak mata Khair terbuka memandang kipas berputar di atas syiling.

"Lily fikirkan ayah bahagia ke? Apa yang ada kat hati ayah sekarang.. Tiap kali Lily tengok Ayah layan Lisa. Lily jadi sebak.. Jahat ke Lily pisahkan mereka?"

Khair diam.

"Abang.." Lily tarik nafas panjang.

"Lily rasa, Lily nak pinang Aunty Sarah untuk Ayah.."

"Abang tak setuju." Khair bangun tegakkan tubuh memandang Lily. Dahi Lily berkerut.

"Lily dah maafkan semuanya. Lily dah ikhlas dengan apa yang jadi dekat Ayah, dekat Arwah Ibu, dekat Aunty Sarah.."

"Lily nak mulakan hidup baru." Sayu suara Lily kedengaran.

"Memaafkan dan mengikhlaskan tak semestinya Lily harus korbankan rasa di hati sendiri.."

"Cukup Lily maafkan mereka, tak perlu korbankan hati sendiri. Lily yakin ke Lily akan betul-betul ikhlas bila Lily teringatkan Ibu Lily?" Soal Khair tegas.

"Abang ragu-ragu lah ni? Abang fikir yang Lily akan buat lagi benda konyol tu semua?" Lily kembali melempar soalan.

"Tak, abang jawab berdasarkan apa yang abang rasa. Kalau abang sendiri ada kat tempat Lily mungkin abang buat lebih teruk."

"Cukup memaafkan, abang tak rasa abang perlu korbankan kebahagiaan abang dengan sebuah kemaafan dan keikhlasan."

Jawapan Khair buat Lily kelu merenung sepasang mata itu. Siapa yang melihat segala kejahatan dan kekonyolan yang dia pasti mengira dia lakukan perkara yang merosakkan diri sendiri. Tapi Khair,,

Lelaki itu letak diri sendiri di tempat Lily dan rasa apa dilalui Lily selama ini. Dia tak menghukum malah menerima segala baik buruk Lily saat itu.

"Terima kasih abang.."

"Tak perlu pinang Aunty Sarah untuk jadikan dia isteri Ayah. Abang rasa dia pun dah bahagia dengan kehidupan baru dia dan Ayah pun dah bebas dengan rasa bersalah dia."

"Ini kehidupan baru kita. Tak perlu lagi simpan sakit kat hati."

"Lisa dah lebih bahagia sebab dia dah ada dua keluarga yang sayangkan dia. Abang dah cakap kat Lisa, dua lebih baik dari satu."


"Alhamdulillah,, anak kita Lily dah selamat lahirkan bayi perempuan. Nama Naaila, comel macam Lily masa kecil-kecil dulu." Encik Fajir pegang Surah Yassin di tangan dan sebelah lagi memegang batu nisan terukir nama isterinya.

"Tak sangka kita dah ada cucu. Rasa macam dah tua.." Senyuman manis terukir di bibir.

"Bila saya tengok Lily dan Khair layan anak mereka. Saya teringatkan kita masa dulu-dulu masa Lily baru lahir. Kita dua-dua kekok tak tahu jaga bayi."

"Mujurlah Lily tak banyak meragam.. Kalau Lily terbangun lewat malam, saya tak nak kejutkan awak sebab awak dah penat jagakan Lily.."

Encik Fajir tunduk dan serentak itu air mata lelakinya jatuh mengalir ke pipi.

"Walau perkahwinan kita cuma aturan sebuah keluarga, saya nak awak tahu. Berkahwin dengan awak dan mempunyai anak seperti Lily adalah perkara yang paling indah dan bernilai seumur hidup saya Anisah."

"Nyawa saya sekalipun tak mampu gantikan kebahagiaan yang awak bagi pada saya."

"Seumur hidup saya akan jadi seorang lelaki dipenuhi kekesalan dengan apa yang telah berlaku. Saya buat kebahagiaan saya pergi. Saya punca kebahagiaan saya tinggalkan saya."

"Mula dari hari pertama kita diakad nikah sehingga detik ini. Awaklah Anisah wanita yang saya tidak akan pernah penat mencintai.. Semoga kita jumpa di Syurga ALLAH nanti.."

"Maafkan saya.."

Encik Fajir tarik nafas panjang seraya mengusap air mata dipipinya. Tikar selalu dibawanya dilipat lalu diangkat.

"Assalamualaikum, Lama tak nampak Fajir?" Sapaan seseorang buat Fajir menoleh seraya menghulur senyum manis.

"Waalaikumusalam Pak Cik. Ya, 4 hari tak datang sini sebab anak saya baru beranak. Tengok-tengokkan dia kat rumah."

"Lahh, dah dapat cucu rupanya kamu. Alhamdulillah." Pak Cik penjaga kubur itu mengucap syukur.

"Alhamdulillah, dapat cucu pertama, perempuan. Comel macam anak saya juga." Balas Encik Fajir ramah.

"Okay, baik-baiklah kamu. Sampaikan salam saya buat anak menantu." Lelaki separuh umur itu menepuk bahu Encik Fajir.

"InsyaAllah, saya minta diri dulu." Fajir hulur senyum.

"Haa iyalah, hati-hati." Mata Pak Cik kubur tak lepas memandang Fajir melangkah pergi meninggalkan perkarangan tanah kuburan. Sejak kubur si isteri dimakamkan disitu, hampir setiap hari dia melihat lelaki itu singgah melawat kuburan isterinya. Sungguh besar cinta sang suami itu.

________

Sejujurnya banyak perkara yang saya cuba sampaikan dalam cerita ini. Saya harap segala nilai dan baik buruk diterima baik oleh pembaca. Janganlah terus menghukum sesebuah cerita tanpa tahu apa yang cuba disampaikan.

Saya diminta unpublish cerita ini kerana isu grape. Hahaha bahaya sungguh pemahaman budak-budak sekarang ya🙃

Grape dalam cerita ini menceritakan tentang mangsa yang cuba survive secara emosi dari apa yang sudah berlaku padanya. Saya juga ada selit bagaimana penerimaan orang sekeliling mangsa. Tiada niat mahu menormalisasikan grape tapi saya mahu semua orang aware dan peka bagaimana mereka harus bertindak jika perkara ini berlaku di sekeliling kita.

Tolong fahami isu ini dan jangan buat cerita BC sebagai satu isu grape yang kamu boleh tunggang.
Konteksnya berbeza dan cubalah fahami dengan betul sebelum terus judge.

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
118K 4.3K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
644K 72.2K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020
2.9K 372 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...