Unseen Love | OG (EDITING)

MeyAmyra tarafฤฑndan

36.6K 2K 530

ARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memand... Daha Fazla

๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† |๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿต
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†| ๐Ÿฎ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†| ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿต
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿต

๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿณ

847 58 14
MeyAmyra tarafฤฑndan

"SO, we better come inside." Cadang Farah. Sempat dia mengelir Armel disebelah.

Dia juga pelik dengan pandangan Tunku Danish terhadap Armel seperti ada sesuatu yang menarik tentang Armel sehingga lelaki itu tak lepas memandang walau sesaat.

"Sure. I pun tak sabar nak tengok koleksi yang baru." Kata Tengku Dahlia sambil teruja.

Mereka semua serentak masuk ke bilik yang sudah tersedia.

Tengku Dahlia terus melabuhkan duduk diatas sofa empuk yang berwarna coklat. Sesekali matanya melilau sekeliling.

Decoration bilik ini sangat eksklusif setiap peralatan disusun dengan rapi. Betullah kata mamanya, syarikat ini selalu menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk pelanggan.

Tunku Danish pula melabuhkan duduk disebelah adik perempuannya lalu melepaskan suit hitam. Seorang staf perempuan terus mengambil suit tersebut untuk disidai dengan lebih elok.

Farah dan Armel berdiri disisi Mereka.

Mereka harus melayan dua tetamu itu selama dua jam.

Segala keperluan dan keinginan akan dituruti. Perkhidmatan ini disediakan untuk para pelanggan VIP jika ingin berbelanja secara privacy.

Serta, apa saja yang berlaku di acara ini harus dirahsiakan, walau apapun yang berlaku pekerja-pekerja tidak boleh membuka mulut.

Sehingga data pelanggan yang menempah pun mereka harus rahsia.

Kononnya cara ini lebih selesa untuk para VIP membuat pilihan mereka tanpa dilihat oleh masyarakat yang lain. Tapi ada juga yang mengambil kesempatan membawa perempuan simpanan untuk membeli perhiasan mewah.  

"Tunku Danish dan Tengku Dahlia nak minum apa? Kami boleh sediakan sebelum kita mula." Soal Farah.

Armel pula cuba mengawal riak wajah seperti biasa.

Pandangan tajam Tunku Danish langsung tak dipedulikan.

"Americano." Tunku Danish menjawab.

"Iced Latte." Kali ini dari Tengku Dahlia pula.

Farah terus memberi isyarat mata pada dua orang pekerja wanita untuk menyiapkan minuman tersebut. Tidak menunggu lama dua wanita itu bergegas menjalankan tugas.

"Kita akan mula ye."

Cahaya lampu tiba-tiba bertukar malap dan mati. Lampu Neon menerangi ruangan bilik itu. Sebelum satu persatu model catwalk yang memakai perhiasan The Golden Blue Moon keluar dengan gaya tersendiri.

Selepas 20 minit akhirnya pameran itu pun berakhir.

Sesudah itu ruangan itu kembali diterangi cahaya lampu. Hampir 30 pekerja membawa 30 kotak baldu berwarna hitam ke dihadapan Tunku Danish dan Tengku Dahlia.  

"Ini adalah beberapa koleksi terbaru kami untuk musim summer." Farah mula berhuraikan.

Pekerja itu terus membuka baldu yang pertama.

"Eksesori yang pertama, adalah Red rose Diamond Necklace. Rantai ni adalah salah satu yang menarik perhatian ramai orang sebab rekaan yang cukup unik, direka oleh salah seorang pengukir terhebat di France. Lebih menarik lagi rantai ini mempunyai 8 karat red diamond dan 7 karat white diamond. Rantai ini bertemakan rose merah dan selalu dibuat tempahan untuk lamaran." Farah menyambung huraiannya.

Tengku Dahlia kelihatan sangat teruja melihat rantai itu. Namun Tunku Danish lebih selesa memerhatikan Armel yang hanya berdiri tidak jauh dari Farah.

Seterusnya seorang pekerja membuka kotak baldu seterusnya pula. "Seterusnya kami juga.. "

"Wait!" Tunku Danish mencelah.

Farah kerut dahi. Ada apa lagi ni.

"Kawan you tu tugas dia memang berdiri je ke?" Sengaja Tunku Danish menyindir Armel. Tapi betullah dari tadi hanya Farah saja yang melayan mereka.. Armel hanya mampu diam dan berdiri sahaja.

"Oh, sorry Tunku. She not good well so I yang ambil semua tugas." Jelas Farah.

"Kalau tahu tak sihat, duduk la rumah. Paksa diri buat apa?" Tempelak Tunku Danish.

Armel melepaskan keluhan ringan. Bukan dia tidak tahu Tunku Danish sengaja mengenakan dia.

"Seterusnya kami ada Pink Persona bracelet, dia direka dengan teliti dari pereka terkenal german dan mempunyai 6 karat diomand merah serta putih. Gelang ini bertemakan warna lembut. Dan selalu menjadi perhatian wanita muda, Tunku Berminat dengan warna merah jambu?"

Semua yang ada dibilik tersebut agak kagum dengan tindakan pantas Armel.

"A bit. I more like you." Namun mereka tercegang mendengar jawapan Tunku Danish.

Tengku Dahlia yang berada disisi abangnya mula tidak sedap hati, dah mula dah sikap Playboy dia ni.

Dalam diam tangan Armel mengumpal satu tumpukan.

Sungguh sakit hati dia melihat wajah Tunku Danish.

"Just because penerangan you lebih jelas dan lebih menarik." Oh! Jangan salah sangka semua ini adalah salah satu dari permainan Tunku Danish

Farah sengaja tertawa kecil untuk menceriakan suasana yang sudah agak tegang. "Armel is one of our best employees."

Tengku Dahlia senyum lalu dia memandang Armel. Apa yang dia lihat wanita itu tampak lembut sifat nya. Armel memakai baju seragam hitam dan seluar slack panjang. Tidak seperti staf lain yang memakai seragam mereka dengan skirt pendek.

Tapi apa yang dia tahu sepertinya ada sesuatu yang berlaku antara wanita itu dengan Tunku Danish. Sejak tadi lagi dia sedar yang Abangnya itu tak henti-henti memerhatikan Armel.

"Can you bring the bracelet close to me. I want to see more clearly." Tiba-tiba Tunku Danish mengeluarkan arahan lagi.

Staf wanita yang mengangkat gelang tersebut, senyum sebelum mula mengorak langkah ke arahnya. Namun dia terhenti setelah melihat gelengan kepala Tunku Danish.

"Erm.. Erm.. Not you." Jari terlunjuk diarah ke Armel. "You bring it to me."

Armel diam. Sepertinya Tunku Danish memang sengaja mencabar kesabarannya.

Kotak baldu itu bertukar tangan. Armel terpaksa akur. "Tunku betul-betul berminat dengan warna pink nampaknya." Kali ini dia pula mengusik namun sedikit pun tidak berkesan pada Tunku Danish. Malah lelaki itu sengaja tertawa sinis.

"Bukan lelaki yang minat pink ni romantik?" Tempelak Tunku Danish.

Armel hanya memberi jelingan tajam Romantic? bolehkan lelaki yang bersifat busuk seperti kau digelar romantik?

"Why, it not true?" Melihat pandangan Armel semakin tajam, Tunku Danish berasa puas hati.

"What do you think Miss Farah, I'm not a romantic guy?"

Armel melepaskan keluhan ringan. Kenapa la lelaki ni tak henti-henti.

Farah senyum mendengar soalan Tunku Danish. "You already perfect Tunku."

Tunku Danish angguk setuju. Lalu dia memandang Armel sambil mengangkat sebelah kening. Sengaja memanaskan wanita itu.

Pada hari kejadian bukan main lagi Armel berlagak hebat dengannya siap beri dia tamparan lagi.

Sekarang baru Armel tahu, siapa yang layak diatas sebenarnya.

Armel pula hanya mampu lepaskan marah dalam diam sahaja. Dia betul-betul mengharapkan acara ini habis dengan cepat. Rasanya peningmya pun sudah semakin menjadi-jadi.

Melihat Tunku Danish bangun dan mendekatnya. Hati Armel semakin tak keruan. Hanya dua langkah saja lelaki itu sudah pun berada dihadapannya.

Perlahan Tunku Danish menyetuh rambut lurus Armel lalu diselitkan ke telinga dengan lembut.

Armel pula hanya mampu terkaku. Dia agak terkejut dengan tindakan berani lelaki itu. Tanpa sedar Air jernih mula mengalir dari kelopak matanya. Dia terlalu trauma dengan sentuhan Tunku Danish, secara tak langsung perkara lalu bermain dimindanya.   

Semua staf terkejut dan mula berbisik satu sama lain, namun setelah melihat pandangan tajam Farah mereka cepat-cepat tunduk semula.

Farah kerut dahi. Gila! Bagaimana Tunku Danish boleh bertindak sejauh itu dihadapan mereka.

Tengku Dahlia juga begitu. Kali ini dia cukup yakin memang betul ada sesuatu berlaku. Mungkin juga Tunku Danish sudah mengenal Armel.

"I’m sure, I’m the most romantic guy you’ve ever met, kalau tak how can you give me everything." Tunku Danish berbisik perlahan ke telinga Armel.

Armel ketap rahang. "Tunku boleh stop tak. Jangan melampau kat sini ramai orang tengok kita." Tegas Armel memberi amaran namun hanya dia dan Tunku Danish sahaja yang mendengar.

Cukuplah! Armel betul-betul tak mampu bertahan lagi. Lelaki itu sudah cukup melampau.

"Abang.." Panggilan dari Tengku Dahlia membuat Tunku Danish berpaling.

"What are you doing actually?" Soalnya.

Tunku Danish sengaja melemparkan senyuman. Lalu mengambil gelang yang berada dikotak baldu yang masih dalam pengangan Armel.

"Look Dahlia. I think this one is good for you.." Menjadikan gelang tersebut sebagai alasan.

Tengku Dahlia senyum. Ya dia memang agak tertarik dengan perhiasan yang satu ini tapi dia ingin melihat yang lain terlebih dahulu.

Farah pula hanya mampu tersenyum, bukan dia tidak tahu hal sebenar. Kalau Tunku Danish ini bukan pelanggan yang penting dia sudah menghentikan acara ini. Kesian Armel.

"Betul, saya pun rasa gelang ni sangat sesuai untuk Tengku." Kata Farah. Sesekali dia memandang Armel yang masih berdiri kaku.

"I memang menarik dengan gelang ni tapi I rasa nak tengok yang lain dulu." Kata Tengku Dahlia.

Farah terus mendekat ke Armel. "Kau ok tak?" Soalnya perlahan.

Armel hanya terangguk perlahan. Tiba-tiba rasa tegaknya makin tidak selesa. Kali ini Armel tak mampu bertahan lagi. "Wuek!"

"Mel.." Farah terus memapahnya.

"Excuse me" Armel menyerah kotak baldu pada Farah sebelum dia bergegas keluar untuk ke tandas.

Staf yang lain berasa pelik. Tengku Dahlia pula berasa geram terhadap Tunku Danish. Dia merasa Abangnya sengaja memaksa Armel untuk bekerja. Lihat keadaan wanita itu sudah semakin teruk.

Tunku Danish yang melihat pandangan tajam Dahlia hanya mampu mencebikkan bibir.

Bukan salahnya.

                                •••

Armel menutup rapat pintu toilet sebelum dia mengatur langkah perlahan ke sinki, dan membuka pili air.

berkumur sedikit dengan air untuk membersihkan sisa muntah yang membuat mulutnya kurang selesa.

Entah, kenapa dengan dia hari ini.

Pening, mual, semua ini baru berlaku hari ini tak pernah-pernah dia rasa begini sebelum ini.

Jangan-jangan.. Dia mengandung?

Tak mungkin la! Tak mungkin!

Tapi sudah lama Armel tak datang bulan.

Tak! Tak! Perkara tu dah lama! Mustahil!

Ini mesti sebab dia masuk angin atau ya mungkin dia terlalu penat..

pili Air ditutup semula, Armel menyampai tisu yang berada di sisi lalu keluar dari bilik Air.

Dia tak perlu memikirkan perkara yang mengganggu dan tak pasti. Lebih baik dia sambung kerja.

Armel mendengus perlahan, rasanya pening yang dia rasakan sudah semakin teruk.

Langkah perlahan diatur keluar, tiba-tiba terasa lengan Armel dipegang dari arah belakang secara tak langsung membuat dia berpaling.

Armel terkejut, takkan sampai ke sini Tunku Danish mengikuti dia.

"Apa lagi lah yang you nakkan ni?" Rungut Armel. Dia betul-betul tak larat nak buka gelanggang lagi.

"I want to warn you." Tegas Tunku Danish.

Armel jeling malas. "Apa lagi kali ni?"

"Stay away from my fiancé!"

Armel mengeluarkan tawa sinis. Dia sudah agak.

"If not.."

"If not, what..hmm.. Tunku takut I buka mulut? Tunku takut I beritahu siapa sebenarnya lelaki pujaan hati dia ni." Armel mencelah.

Dia memang tidak larat ketika ini tapi jika dibiarkan Tunku Danish terus menerus menganggap dia lemah dan tak henti-henti menghinanya.

"You never do it." Yakin Tunku Danish.

"Macam mana kalau I buat." Armel mencabar.

"Are you threatening me?"

Armel lepas keluhan berat. Sampai bila dia terus begini? Rasa terancam, rasa seperti masalah dengan lelaki itu tak pernah habis. "Tunku yang cabar I. Tadi tu, perlukah Tunku buat semua tu? Tunku sengaja nak malukan I dekat staf yang lain."

Tunku Danish senyum nakal. "Malu? Why? We've done more than that."

"Tunku!" Armel merasa kesabarannya sudah hampir habis. Tangan naik menolak rambut. Pening yang dia rasakan semakin menjadi-jadi. Dia mungkin boleh mati jika terus melayan karenah Tunku Danish.

"We better enough with this." Kata Armel lagi. Dia mula melangkah pergi namun Tunku Danish enggan mengalah.

Lelaki itu menarik pergelangan tangannya semula tapi tidak sempat berbuat apa-apa Armel tiba-tiba rebah untung saja Tunk u Danish pantas menyambut.

"Armel.." Kejutnya namun sudah memukul perlahan pipi Armel, wanita itu masih tidak sedarkan diri.

Tidak menunggu lama Tunku Danish terus mengangkat Armel dan berlari keluar dari bangunan itu.

Desas-desus pekerja-pekerja yang melihat tidak dihiraukan. Pandangan nya hanya tertumpuh pada Armel.

Aron pemandu dan pengawal peribadinya itu kelam-kabut membuka pintu kereta sebaik melihat Tunku Danish datang mendekat sambil mengangkat seorang wanita.

Awalnya dia menyangka itu Tengku Dahlia namun setelah dekat Aron kerut dahi. Siapa wanita itu?

"Aron, give me the key." Kata Tunku Danish setelah membaringkan Armel dibangku belakang kereta tersebut.

Aron menyerahkan kunci kereta elektronik pada Tunku Danish.

"Call Pak Saleh, suruh dia datang ambil you dengan Dahlia. If Dahlia tanya I, tell her I have emergency problem in D'king. And Aron." Tunku Danish memberi isyarat untuk Aron mengunci mulutnya. Pastikan perkara ini tidak diketahui sesiapa terutama Dahlia.

Jika Dahlia tahu sudah pasti Tunku Dehra juga tahu. Boleh mati dia jika itu berlaku

                               •••

Armel pelahan-lahan membuka kelopak mata dengan luas. Keadaan yang cukup asing dipandang dengan kerutan didahi. Apa yang berlaku? Di mana dia sekarang?

"What you feel now?"

Mendengar suara garau itu Armel cepat-cepat bangun dan memandang ke sisi. Dia kerut dahi melihat Tunku Danish sedang duduk di atas sofa sambil bermain telefon

"Tunku? Kita kat mana ni?" Soalnya.

"Hospital, you pengsan. Rehatlah, full blood test you tak keluar lagi." Agak dingin tapi prihatin.

Armel cuba mengingatkan hal sebelum kejadian. Bukan kah dia dan Tunku Danish bertengkar selepas dia keluar dari bilik air, dan ya dia merasa peningnya semakin teruk sehingga pandangannya mula kabur.

"Tunku, I nak balik sekarang." Rasa segan pula dia terus berada berdua dengan lelaki itu. 

"Tunggu la, tunggu keputusan darah you keluar." Tanpa memandang Armel, Tunku Danish menjawab.

"Tak payalah, I dah ok."

"You memang jenis yang suka ingkar arahan ke?" Tunku Danish mula bengang.

"I bukan pekerja Tunku, Tak ada sebab I perlu ikut cakap Tunku. " Tempelak Armel.

Tunku Danish mendengus kasar. Biarpun dalam keadaan penuh sabar, dia tetap akan selalu rasa sakit hati dengan tabiat Armel yang suka menjawab.

Pintu bilik dikuang dari luar, seorang wanita berbangsa cina memakai jubah doktor masuk kedalam.

"Tunku, Puan. Keputusan dah keluar, kalau tak kisah kita boleh bincang kat pejabat I."

                               •••

Armel memandang Doktor wanita yang sibuk menghadap monitor, lalu dia mengelir Tunku Danish yang sedang duduk di kerusi sebelah.

Kenapa la mamat ni nak ikut sekali. Mereka tiada ikatan apa-apa pun. Sibuk je!

"Sebelum tu I nak tanya Puan dah berapa lama tak datang bulan?" Soal Doktor tersebut.

Armel kerut dahi. "2 month."

"Ok, Tak ada benda serius pun. Puan Armel sangat sihat. Tak perlu bimbang, pening muntah-muntah tu biasa bila kandungan hampir masuk 2 month."

Armel kaku. Kandungan? Maksudnya dia... Pasti ada sikit kesalahan, takkan dia mengandung.

"Kandungan? She pregnant?" Baru sahaja Armel ingin membuka mulut untuk bertanya, Tunku Danish lebih cepat.

"Ya, I want to wish congrats to you Tunku, I dah buat ultrasound and kandungan your wife nampak sangat sihat. Tapi lepas ni Puan kena kurangkan bekerja tak boleh penat sangat sampai pengsan lagi ye"

Bagai ada satu batu yang besar mengempap kuat ke dada. Armel dapatkan rasakan hidupnya betul-betul akan hancur.

Bagaimana dia akan hidup dengan mengandungkan anak luar nikah?

Orang ramai akan menghinanya?

Tiada sesiapa yang menerima anak yang tak sah taraf. Inikan lagi semua ini hasil dari perbuatan terkutuk.

Mampu kah dia?

Tunku Danish pula turut terkejut. Armel mengandung anaknya? Tak mungkin lah.

Armel bukan yang pertama, sebelum ini semuanya baik-baik saja.

                    𝙏𝙤 𝘽𝙚 𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙

Okumaya devam et

Bunlarฤฑ da BeฤŸeneceksin

768K 16.4K 73
P/s warning: โš ๏ธ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti...
867K 35K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
6.8K 215 41
Mengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kem...
19K 1.2K 16
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...