๐”๐’๐“๐€๐™ ๐‰๐ˆ๐’๐”๐๐†? โ€ข ๐˜—...

By ITZSYOKK

51K 8.8K 3.4K

"Saya pinangkan awak dengan bismillah" "Ustaz memang saja nak bagi saya muntahkan balik makanan yang saya mak... More

INTRO
1โ™ก
2โ™ก
3โ™ก
4โ™ก
5โ™ก
6โ™ก
7โ™ก
8โ™ก
9โ™ก
10โ™ก
11โ™ก
12โ™ก
13โ™ก
14โ™ก
15โ™ก
16โ™ก
17โ™ก
18โ™ก
19โ™ก
20โ™ก
21โ™ก
22โ™ก
23โ™ก
24โ™ก
26โ™ก
27โ™ก
28โ™ก
29โ™ก
30โ™ก
31โ™ก
32โ™ก
33โ™ก
34โ™ก
35โ™ก
36โ™ก
37โ™ก
38โ™ก
ENDโ™ก
special chapโ™ก
special chapterโ™ก
special chapterโ™ก

25โ™ก

1K 181 48
By ITZSYOKK


"Naura Jaemin belum balik?" Umi yang sedang membasuh tangan menyoal aku.

Jam didinding dapur aku kerling. Dah pukul 10? Biar betul. Mana Muhammad Darwish Aryan ni?Tak kan la belajar malam malam buta ni? Orang dah la tunggu dia nak makan sesama je ni. Aku lapar tak tau ke?

"Tak tau. Dia tak ada bagitau umi dia pergi mana?" Soal aku semula.

Umi menggeleng. "Tak apa la kita makan dulu. Naura pergi panggil walid kat ruang tamu tu. Ajak dia makan."

"Walid! Makan!"Aku yang malas nak melangkah ke depan hanya menjerit memanggil walid.

"Umi,Naura rasa kan Jaemin keluar dengan perempuan tu lagi la." Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan umi sambil menunggu walid.

"Biar je la dia Naura. Kita doakan je la semoga Allah berikan hidayah pada kak Jihan tu." Sampuk walid yang baru tiba dari ruang tamu lalu dia mengambil tempat di tengah antara aku dan umi.

"Tapi bang, Aryan tu macam dah cintakan sangat dengan Jihan tu. Cuba kalau Jihan tu tak nak berubah? Aryan tak boleh terima lepastu dia terpesong. Allahu bang takut saya." Umi mengusap-usap dadanya seperti ingin menenangkan diri sendiri.

"Apa cakap macam tu? Kita sepatutnya doakan baik baik Hawa bukan cakap macamtu."

"Tapi betul apa umi cakap. Zaman sekarang walid anak ustaz ustazah pun tak boleh nak dibentuk perangainya." Aku pun tak nak kalah.

"Walid tau perangai anak-anak walid. Kamu pun sama Naura walid kenal kamu. Selagi hubungan abang kamu dengan Jihan tu tak membawa kejalan yang serong jangan kacau depa."

"Tapi walid." Aku menguis-nguis nasi didalam pinggan.

"Makan Naura Alisa."

Skip~

Setelah selesai kami makan Jaemin masih tak balik. Walid dan umi pula dah naik ke tingkat atas untuk tidur so aku buat keputusan untuk tunggu abang terchentah pulang.

Aku merenggangkan badan lalu menghempaskan badan ke sofa empuk ruang tamu. Remote tv dicapai. Punat on aku tekan. Huh bukan ada cerita best pun malam malam buta ni. Layan je la apa yang ada. Sesekali sempat aku meninjau keluar. Still tak ada hamba Allah sorang tu.

Dalam setengah jam berlalu dan aku pun hampir terlena dibuai mimpi bunyi loceng rumah berbunyi berkali-kali.

Eshh Jaemin ni tak ada kunci rumah ke pun nak tekan loceng macam orang mabuk.

Kring!!kring!!

Ya Allah kalau dia main main. Serious aku sebat. Eh tah tah orang datang rumah? Aku bangun lalu mengambil kunci rumah yang berada di atas meja.

Aku melangkah ke arah pintu rumah lalu membukanya. Suis untuk pagar rumah juga aku tekan. Kelihatan sebuah kereta myvi berwarna hitam masuk dan parking disebelah kereta walid.

Huh Jaemin memang nak kena sebat dengan aku ke? Pintu kereta belah pemandu dibuka oleh seorang perempuan beramput pendek paras bahu dan berpakaian agak kurang sopan.

Perempuan tersebut berlari itik kearah aku. "Hai, can you help me to lead Jaemin? He's drunk."

Jihan and mabuk again.

Aku hanya mengangguk malas lalu menapak kearah kereta. Pintu yang telah dibuka sedikit oleh Jaemin aku bukakan luas lagi biar dia hirup udara segar dunia yang hanya sementara ni.

"Hai adik abang." Jaemin melambaikan tangan ke arah aku.

Aku membuat muka jijik. Tak hingin aku nak mengaku kau abang aku. Tangan dia yang dari tadi melambai aku tarik untuk dia diri.

Jihan pula hanya duduk tercegat memandang aku angkat anak gajah ni.

"Apa pandang pandang!? Tolong la!" Serkah aku.

Laju dia menapak kearah aku lalu mengambil tangan kiri Jaemin untuk melingkari kebahunya.

Sampai diruang tamu, kami meletakkan badan Jaemin ke atas sofa. Jihan yang duduk kepenatan diatas lantai aku pandang.

"Didn't you know that muslim can't drink alcohol?" Soal aku kepadanya.

"But your brother wants it."

Aku mengeluh perlahan. Jaemin ni pun satu. Tak cukup ke ilmu nasihat yang umi dengan walid bagi sejak dia kecik dulu?

"Can I go home now?" Soal Jihan.

Aku hanya mengangguk. Tak kisah la kau naik teksi ke bas ke yang penting kau balik dah la.

Selepas sahaja dia pergi. Aku menoleh kearah Jaemin yang lena dibuai mimpi. Tak boleh jadi, kalau sampai besok dia tidur dekat sini mesti umi tau yang dia minum. Umi mesti kecewa punya la. Kesian umi dengan walid.

"Oi Jaemin."

Laungan aku tidak dibalas. Esh dah tido, tido mati pulak tu.

"Muhammad Darwish Aryan!" Badan dia aku goncang kuat.

Dia hanya membalas dengan hurm. Hish tak kan la aku pulak nak pimpin dia naik atas. Ke aku nak ceramah mamat ni dulu?

"Woi Jaemin." Aku mencuit bahu dia.

"Hurm"

"Ni dah kali ke dua kau buat macam ni. Haritu beria janji janji bagai tak nak buat lagi. Ni apa sekarang?"

"Tapi sedap Naura." Dia mencelik kan mata memandang aku.

"Sedap ke tak sedap ke minuman tu tetap haram untuk kita. Kau jangan sampai aku bagitau umi dengan Walid."

Dia kelam kabut bangun lalu menarik kedua tangan aku. Dia menggenggam tangan aku seperti meminta.

"Naura jangan la bagitau. Tak kesian ke kat aku? Nanti walid sebat aku macam mana?"

Aku menjulingkan mata keatas. Memang mendapat kalau kena sebat dengan walid pun. Kalau aku jadi walid aku ikat kau kat pokok mangga depan rumah opah yang ada kerengga tu. Biar padan muka bengkak tak hansome dah.

"Ini last warning dari aku. Kalau kau buat lagi. Aku bagi tau umi dengan walid. Dah pergi naik atas tukar baju lepastu cuci baju tu. aku tak nak umi dapat bau minuman haram tu."

Dia tersenyum senget memandang aku. Huh apa? Nak bunuh aku ke?

"Kau naik la dulu." Sambil itu tangannya ligat untuk mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

Aku hanya melihat pergerakan dia. Membulat mata aku apabila dia mengeluarkan sebuah kotak berwarna merah bersama dengan lighter lalu dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak tersebut.

Dengan pantas aku menyambar rokok tersebut sebelum dia sempat menyalakan  api lighter.

"Sejak bila kau hisap rokok ha!?"

"Eshh sibuk la Naura bagi la balik mahal tau tak sebatang rokok tu aku beli guna duit sendiri." Dia cuba mengambil semula rokok tersebut dari tangan aku.

"Kau ni memang dah melampau la Jaemin!"

"Rileks la Naura. Rokok je pun walid pun hisap rokok dulu apahal dia tak bagi aku hisap jugak?apahal?"

"Kau tak nampak ke betapa susahnya walid nak berhenti dulu? Seksa tau tak?! Sebab tu walid tak nak kau jadi macam dia Aryan!"

"Sapa suruh dia berhenti." Jawab dia bersahaja.

"Kau memang dah melampau. Kau nak sangat aku panggil walid dengan umi sekarang kan?! Okay fine aku panggil."

Belum sempat aku melangkah Jaemin menarik rambut aku kuat.

"Aku cakap jangan. Jangan la! Tak reti bahasa ke?! Aku abang kau! Hormat aku!"

"Sakit la bebal!" Aku cuba sedaya upaya untuk menghentikan dia dari terus menarik rambut aku.

Dia tak tau ke aku baru buat rebonding hari tu? Mahal tau tak? Lagi mahal dari rokok dia.

"Kalau kau nak aku lepas jangan pernah sekali pun kau cuba nak cakap pasal hal ni dekat umi dengan walid."

"Aku tak nak bersubahat buat dosa  dengan kau la Aryan!" Aku menengking dia  kuat. Mungkin walid dengan umi dah dengar. Lantak pi la ada aku kisah.

"Jangan cakap kuat kuat la sengal."

Huh dia sendiri tengking aku macam nak gegar rumah ni. Dasar Darwish Aryan.

"Muhammad Darwish Aryan."

Ha kan aku dah cakap. Padan muka kau! Kau cakap aku sengal lagi kan. Hehe kena sebat la kau malam ni.

"Lepaskan adik kamu Aryan."

Walid datang ke arah kami.Jaemin perlahan lahan berhenti dari menarik rambut aku.

To be countinue.

Btw Ni flashback. Saje gitau.










Continue Reading

You'll Also Like

49.2K 5.6K 21
WayV , NCT127 dan NCT Dream. Ketiga-tiga ini adalah jiran , 21 orang yang perangai berbeza. Lagi beberapa hari lagi mahu raya , namun apakah persedia...
72.6K 8.4K 21
'Sekumpulan lelaki hensem.Manakah yang anda akan pilih?' Ceh..ni je ke sinopsis dia? TAK MENARIK LANGSUNG start:5/10/2019 End:10/10/2019 โ€ขSTORY INSPI...
92.6K 15.1K 45
"แด€แด‹แดœ แด‹ษชส€แด€ sแด€แดแด˜แด€ษช แด›ษชษขแด€, ษดสแด€แดกแด€ แด‹แด€แดœ แด€แด‹แด€ษด แด›แด€แดแด€แด›. " แดแด€า“ษชแด€ ๊œฑแด‡ส€ษชแด‡๊œฑ (1) โš ๏ธ แด›แดก โš ๏ธ ; แด„แดษดแด›แด€ษชษด๊œฑ ษข*ษด แด€ษดแด… แด !แดสŸแด‡ษดแด„แด‡ แด€ แด˜แด€ส€แด‹ แดŠษชsแดœษดษข า“แด€ษดา“ษชแด„แด›ษชแดษด, 2020
20.8K 196 10
โš ๏ธtentacles โš ๏ธyaoi โš ๏ธheat โš ๏ธ18+ โš ๏ธmpreg โš ๏ธomegaverse kinda random :3 but enjoy!! โ€ขAll characters are not mine โ€ขSemua character daripada Monsta Studio