Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
50
51
EPILOG

49

33.5K 2.4K 149
By Lollysnow

Fatnim hempas pintu kereta milik Dzul lantas melangkah pergi meninggalkan Dzul masih termanggu di dalam kereta. Entah apa difikirkan lelaki itu. Dalam perjalanan pulang tiada bicara keluar dari mulut mereka, tapi buat apa difikirkan. Itu perkara biasa berlaku.

Dzul memang tak banyak bicaranya.

"Fatnim tunggulah.." Dzul menahan Fatnim yang hampir masuk ke dalam lif meninggalkan dia dibelakang. Pintu lif kembali dikatup dan Fatnim menoleh Dzul tanpa riak.

"Buat apa saya tunggu, saya cuma nak naik atas ambik barang saya dan balik. Saya dah lewat ni Encik Dzul."

"Ya saya tahu." Dzul kembali menekan pintu lif. Tak lama terbuka dan yang membuat Fatnim kaget adalah susuk Talia yang tiba-tiba muncul.

"Abang Dzul!" Talia jerit teruja melihat batang tubuh dicarinya kini ada dihadapan mata.

Fatnim senyum jengkel disebelah dan melangkah memasuki lif menggantikan Talia yang keluar di dalam itu. Tapi belum sempat kakinya menginjak masuk ke dalam lif. Tangannya tiba-tiba ditarik Dzul buat dia terdorong beberapa langkah kebelakang.

Dahi berkerut tidak puas hati.

"Eh Fatnim!" Mata Talia membulat teruja.

"Hai." Fatnim menyapa. Tangan cuba direntap kuat dari genggaman Dzul tapi makin kuat lelaki itu menggenggamnya.

Apa masalah lelaki ni? Kan ada Tali kat depan ni? Tak risau Talia jealous ke?!

"Lahh, saya ganggu ke?" Soal Talia serba salah, sempat anak matanya jatuh melihat peperangan tangan diantara mereka berdua.

"Eh, mana ada ganggu,, jangan salah.. ark!" Fatnim mengaduh apabila kuat genggaman Dzul buat tangannya pedih. Ni nak bunuh orang ke apa?

Mendengar suara Fatnim mengaduh kesakitan, Dzul mula melonggar genggaman sebelum kepalanya tunduk memandang pergelangan Fatnim sudah kemerahan dibuatnya.

"Erm,, saya rasa saya mengganggu.." Talia senyum kekok.

Dzul lepas genggaman di tangan Fatnim sebelum dia masukkan tangan ke dalam poket seluar, manakala Fatnim angkat mengusap pergelangan tangannya. Pedih.

"Talia buat apa kat sini?" Soal Dzul tenang.

"Oh! Talia ada berita gembira nak kongsi dengan abang. Kalau abang sibuk dengan Fatnim, sokay esok-esok pun boleh. Tak lari kemana berita gembira ni." Teruja Talia membalas buat senyuman Dzul terbentuk membalas senyuman gadis itu.

Fatnim di sebelah menarik wajah. Berita gembira? Dzul boleh senyum macam tu dekat perempuan lain? Arh pemandangan apakah ini. Dia tak patut berlama kat sini.

"Berita gembira apa? Jom lah naik bilik abang dulu. Abang nak dengar."

"Boleh!" Laju Talia mengangguk kepala. Sebelum dia kembali menekan tombol lif dan keduanya melangkah masuk meninggalkan Fatnim tegak diluar.

Dia lagi rela tunggu lif lain dari bertiga dalam lif tu. Lihat pasangan bahagia tu pun dah cukup buat mata dia sakit.

"Fatnim masuklah." Talia kembali keluar menarik tangan Fatnim masuk ke dalam lif. Nak tak nak Fatnim akur, dan sempat dia hadiahkan jelingan pada Dzul yang tak bersalah memandangnya.

Dalam lif hanya dengar bicara Talia yang tak henti. Fatnim yang diam mengusap lengannya yang pedih. Dzul yang lebih selesa mendengr segala cerita Talia.

"Saya tak ada urusan dah, saya balik dulu." Fatnim kemas barangnya dan melihat Dzul dan Talia mengambil tempat di atas sofa dalam bilik pejabat lelaki itu.

Dia rasa betul-betul terabai. Dibuang, disakitkan. Serentak!

"Fatnim tunggu.." Talia menahan Fatnim lagi.

"Erm saya ingat nak tumpang awak ke office Lutfi, saya ada urusan dengan dia."

"Kereta saya ada kat bengkel Khair. Rosak." Ujar Talia selamba. Fatnim tarik nafas dalam. Bala apa yang datang tak henti-henti kat dia harini?

Sehari rasa begitu panjang!!

"Okay." Fatnim tayang wajah bersahaja lantas mengambil tempat di sofa. Sempat dia kerling ke arah Dzul yang membelek sehelai kertas di atas meja sofa.

"Abang macam dah dapat teka apa berita gembira tu." Ujar Dzul tenang lantas meletak kembali kertas di tangan. Senyuman Talia terbentuk.

"Yup! Abang Aryan dah terima plan projek tu. And dia kagum dengan Talia." Cerita Talia teruja.

"Setakat kagum, cukup ke?" Soalan Dzul buat Talia terdiam. Dari kecil dia dambakan cinta Abang Aryannya dan bermacam perkara yang dia sanggup lakukan untuk dapat perhatian lelaki itu. Mungkin masih belum cukup.

"Entahlah,, tapi Talia tak akan mengalah dapatkan perhatian Abang Aryan."

Fatnim kerut dahi. Perhatian apa ni?

"Cukuplah Talia, ramai lagi lelaki lebih baik dari boyfriend orang. Cari lelaki lain."

"Tapi Talia yang cop Abang Aryan dulu! Dari kecil Talia dah janji akan jadikan Abang Aryan suami Talia."

Mata Fatnim membesar.

"Kalau Fatnim kat tempat saya macam mana? Dah lama Fatnim tunggu lelaki tu tiba-tiba perempuan lain masuk daun. Mana adil kan macam tu?!" Talia menyoal Fatnim yang terkebil-kebil tidak tahu bagaimana mahu respon.

"Er.."

"Dah alang-alang Talia ambil masa lama tunggu Abang Aryan! Talia akan dapatkan dia sampai dia sah jadi suami Talia." Ujar Talia sungguh-sungguh. Dzul dan Fatnim sama-sama terdiam.

"Dengar cerita Fatnim dengan Abang Dzul bercinta 10 tahun kan? Tak rasa rugi ke putus tunang macam tu je?"

"Kalau Talia lah, Talia memang akan stick dengan rancangan Talia. If Talia dah start something, Talia akan make sure Talia fight sampai Talia dapat tengok hasil dia." Sambil membebel, sambil Talia kemas kertas di atas meja.

"Dah penat lelah bagi effort, cari perhatian, berjuang gaduh berbaik. Takkan nak mengalah macam tu je. Rugi.."

Bunyi deringan telefon mematikan bebelan tak berbayar Talia.

"Ilham kau dah sampai ke?!" Tak bersalam Talia menjawab panggilan.

"Okay okay tunggu aku kat bawah." Talia sengih lantas mematikan talian.

"Maaf Fatnim! Saya lupa yang Ilham nak ajak saya pergi kedai nasi kukus viral tu. Maaf sangat-sangat." Talia bangun dari duduknya.

"Abang! Nanti Talia text abang apa-apa ya. Fatnim! Jumpa lagi bye." Datang tak berjemput pergi tak dihalau. Itulah dia Talia.

Dzul urut leher sendiri dan Fatnim terdiam merenung jarinya yang sudah kosong.

"Fatnim, sorry."

"Tak, saya yang patut minta maaf. Saya salag faham and terlalu ikutkan perasaan."

"Saya tak faham situasi awak Dzul.." Suara Fatnim mula bergetar

"Saya dah tak nak gantung awak lama-lama. Kita boleh kahwin kan?" Soalan Dzul buat Fatnim tersentak lantas mengangkat wajahnya yang membahang.

"Kahwin?"

"Kahwin terus."

Fatnim teguk air liur. Sungguh perancangan Allah itu tak dijangka. Dia yang rasa tahun ini hidupnya membujang tiba-tiba dilamar kahwin oleh lelaki pujaanya sejak sekian lama.

"Baik."

•••
"Kau cakap apa Talia tadi? Aku sampai? Sampai kemana?" Suara Ilham di talian buat Talia tersenyum melangkah.

"Tak ada apa. Aku saja je." Balas Talia ringkas.

"Tak ada apa? Kau macam pelik je. Aku bukan tak nak teman kau lunch Talia tapi kau tahu lah doktor macam aku ni tak ada life sangat..."

"Sebab tu aku cadangkan kau single je Ilham."

"Tak baik kau ni.." Suara Ilham mengendur buat Talia melepas tawa kecil.

"Okaylah, nanti aku call kau balik. Aku baru nak lunch. Pukul 3 baru nak lunch."

"Jangan lewat sangat lunch, nanti sakit."

"Baik doktor Ilham." Talia lepas tawa kecil sambil matanya memandang sesuatu yang menyakitkan.

"Alright bye. See ya."

"Okay." Talia jatuhkan telefon dan matanya masih kaku melihat lelaki pujaanya kini sedang bahagia bersama wanita lain. Mereka kelihatan begitu gembira.

Kadang dia rasa perjuangannya selama ini sia-sia. Tapi terkadang dia rasa, dia perlu dapatkan lelaki itu walaubagaimana cara sekali pun.

Hatinya berhak.

Continue Reading

You'll Also Like

203K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
218K 27.1K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
1.7M 60.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...