Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
49
50
51
EPILOG

48

32.9K 2.6K 341
By Lollysnow

Lily pandang kubur milik wanita kesayangan, cinta pertamanya dahulu. Wajah Puan Anisah seperti muncul di ruang mata memberi senyuman manis buatnya.

Perut bulatnya diusap lembut. Senyuman manis terukir di bibir munggil buat pipi sedikit tembam miliknya turut ternaik.

"Ibu,, Kenalkan anak Lily. Nanti Lily akan beranak dan rasa kesakitan yang sama macam ibu rasa masa lahirkan Lily dulu."

"Lily akan lahirkan anak perempuan dan besarkan anak Lily sama macam ibu besarkan Lily.."

"Salurkan cinta yang melimpah, sama macam Ayah dan Ibu beri pada Lily.." Lily tunduk memandang perutnya. Nafas ditarik panjang.

"Lily akan mulakan sesuatu yang baru, Lily akan belajar memaafkan, macam ibu selalu ajarkan pada Lily. Lily tahu,, kalau Ibu masih ada pun Ibu akan buat perkara yang sama walau sesakit mana pun hati Ibu.."

"Ibu Lily hebat.." Mata Lily terasa hangat.

"Rindu Lily tak pernah padam. Ibu wanita terhebat di hati Lily." Baru sahaja Lily mahu membongkok mencapai bekas jug air, ada satu tangan membantu buat dia kembali menegak memandang raut wajah itu. Senyuman dihadiahkan.

"Khair janji, Khair akan jaga anak Ibu, sama macam Ibu dan Ayah besarkan dia. Terima kasih lahirkan Lily, Ibu.." Tangan Khair naik memeluk bahu isterinya. Satu kucupan dihadiahkan di sisi dahi Lily.

"Abang! Kita kat kubur ni!" Lily tampar perut Khair.

"Ya, ya. Jom balik." Khair tergelak kecil membantu Lily melangkah. Lily turut tersenyum. Hatinya rasa tenang, mungkin lama dia tak berborak dengan ibunya walau hanya dapat bercakap di hadapan kubur.

Cukup untuk dia lepaskan rindu.
•••

"APA yang sedap kat sini?" Fatnim menyoal tanpa peduli ruang dingin berlaku di sekitarnya. Dia betul-betul tidak peduli, perutnya sudah panas menggelegak kelaparan.

Kalau mereka mahu berperang sekali pun, makanlah dahulu.

"Nasi ayam." Spontan Dayang menjawab soalan Fatnim. Mana dia tak tahu apa yang sedap di Restoran Ibu Lily itu. Itu restoran sahabat baiknya!

"Nasi ayam satu! Air laici susu." Fatnim angkat kepala memandang seorang wanita berdiri menunggu order. Satu senyuman manis dihadiahkan.

"Abang nak makan apa?" Dayang menyoal sambil tangan membelek menu dihadapan wajah.

"Nasi ayam."

"Meatball je."

Serentak dua orang menjawab soalan buat Dayang terangkat bahu dan mengangkat kepalanya.

Mata Dzul dingin membalas tatapan Lutfi yang tenang tak bersalah.

"Err, satu Meatball untuk abang Lutfi, satu Nasi Ayam untuk Abang Dzu." Dayang teguk air liur sendiri.

"Okay tu je?" Kak Pijah menyoal lagi.

"Rasanya tu je." Dayang semoat berdehem sebelum mengalih pandangan memandang Kak Pijah yang mengemas buku menu lantas berlalu meninggalkn mereka berempat.

Fatnim sudah tenggelam dalam dunia sendiri malas mahu mengambil bahagian sambil dia lempar pandangan keluar tingkap kaca restoran. Melihat pasangan bahagia tertawa sesama sendiri. Si wanita yang sarat mengandung dan si lelaki yang kelihatan gusar memandang langkah isterinya.

Dia cemburu..

"Korang dah habis discussion? Meeting tadi macam mana?" Lutfi akhirnya membuka bicara.

Fatnim mengeluh, dia nak makan bukan nak bekerja lagi. Majikan dia pun!

"Tak sempat. Nanti aku check balik and refer pada kau."

"Aku dah agak." Lutfi tergelak kecil seperti sudah tahu apa yang akan terjadi pada hari itu.

"Apa yang kau dah agak?" Mata Dzul tajam membalas tatapan Lutfi.

"Kau punya risau pada adik kau, sampai sanggup tinggalkan kerja. Tak pelik sekali dengan Fatnim pun kau sanggup tinggalkan."

Mata Fatnim tadinya melayu kini membesar memandang Lutfi. Riak selamba ditayang lelaki itu buat Dzul. Wajah Dzul juga kelihatan mendatar tidak terkesan dengan kata-kata Lutfi.

"Aku tak tinggalkan dia." Balas Dzul tenang.

"Ye kau tak tinggalkan dia tapi kau gantung dia 4 tahun. Bertunang tak ada kepastian, sampai ada orang masuk meminang dia sebab orang ingat dia dah putus tunang dengan kau."

Dzul terdiam, riak wajah yang sukar untuk orang faham apa yang difikirkan lelaki itu.

"Encik Lutfi.. rasanya benda lama.."

"Dia pilih untuk sendirian sebab penat tunggu benda yang tak pasti. Keluarga dia desak dia untuk kahwin dan start fikir buruk-buruk pasal dia dan kau.." Lutfi mematikan kata Fatnim.

"Dia cerita semua tu pada kau?" Dzul berpaling memandang seorang pelayan membawa dulang minuman. Keadaan sunyi seketika dengan Fatnim yang sudah tidak senang duduk, dan yang peliknya Dayang sekadar diam tidak menyampuk bicara Lutfi untuk memihak abangnya.

"Yes, sebab dia nak jelaskan keadaan kenapa dia guna aku untuk putus tunang dengan kau." Tenang Lutfi menjawab.

"Kenapa tak teruskan je permainan korang?" Dzul menyoal tenang.

"Buat apa nak bermain lagi untuk orang yang tak peduli. Lagipun, Fatnim guna aku nak buat kau jealous and start tunjuk effort yang kau betul-betul cintakan dia."

"Saya tak pernah cakap macam tu Encik Lutfi." Fatnim menyampuk dengan kerutan. Dia cuma minta izin untuk gunakan Lutfi tapi dia tak pernah beritahu tujuan sebenarnya.

"Tak payah masuk campur urusan aku dengan Fatnim. Proceed to the point apa kau nak sebenarnya?" Lutfi memeluk tubuh seraya bersandar pada kerusi. Wajah Fatnim dikerling sekilas.

"Apa yang aku nak berkait dengan apa yang aku nak cakap sekarang." Lutfi hulur senyum memandang pelayan datang meletak makanan mereka.

"Then?" Soal Dzul sebaik makanan siap terhidang di atas meja.

"Kau gantung Fatnim selama ni sebab kau risaukan Dayang kan? Kau takut adik kau terabai bila kau dah kahwin dengan Fatnim." Tebak Lutfi.

Dzul terdiam merenung makanannya. Apa yang dikatakan lelaki itu betul.

"Kami hanya berdua, sebab tu abang Dzul tak sanggup nak teruskan perkahwinan. Saya minta maaf bagi pihak abang Dzul." Dayang menyampuk buat Fatnim turut terdiam. Terkejut dan bersalah.

"Mama dan Papa kami tinggalkan kami dan ada keluarga masing-masing sekarang. Papa dah berkahwin dengan wanita lain. Dan Mama pun dah kahwin dengan lelaki lain."

"Dayang.." Suara Dzul mendatar cuba menghentikan bicara adiknya.

"Kami cuma tinggal berdua. Abang Dzul tak nak saya rasa benda yang sama. Bila dia kahwin dengan Kak Fatnim dan ada keluarga sendiri. Dia risau saya sendirian.." Dayang tunduk meramas jarinya sendiri.

Fatnim pula kelu tidak terkata. Penting dirikah dia selama ni?

"Abang Dzul masih sayangkan Kak Fatnim percayalah." Sungguh-sungguh Dayang meyakinkan Fatnim.

Dunia Fatnim rasa berputar-putar cuba mencerna apa yang diperkatakan Dayang sekarang. Habis? Dia nak buat apa? Minta maafkah? Balik pada Dzul?

Dia tak tahu!!

"Erm.. Bagi saya makan dulu boleh? Saya lapar dan otak saya tak dapat bekerja.." Takut-takut Fatnim membalas.

Lutfi tepuk dahi sendiri dan Dzul memandang sipi.

"Jadi kau nak aku get back dengan Fatnim lah?" Dzul melepas keluhan berat sambil mencapai garfu dan sudu di dalam pinggan nasi ayamnya.

"Tak aku nak meminang adik kau."

"Uhuk uhuk!!" Fatnim tersedak, cepat-cepat gelas air dicapai lalu diteguk rakus.

Mak!! Nak balik!! Penat dengan kejutan hari ni.

Dzul urut pelipis sendiri.

"Jadi aku clearkan pasal korang dulu, kan tak pasal-pasal aku kena reject sebab kau ingat aku mainkan adik dengan Ex Tunang kau ni."

"Aku mangsa keadaan, and terserah korang nak get back atau tak." Selamba Lutfi cucuk meatball di dalam pinggan lalu disua ke mulutnya.

"Adik bercinta dengan dia?" Dzul pandang Dayang terpinga-pinga.

Dayang teguk air liur. Dia nak jawab apa sekarang?! Lutfi pun satu, punya confident cakap macam dia dah setuju nak jadi milik lelaki tu. Kalau dia jawab tak nanti dia yang melepas sebab abang dia dah tak akan benarkan dia rapat dengan Lutfi lagi. Tengok dari muka pun dah tahu.

Jadi pilihan yang dia ada..
"Yes."

Serentak itu senyuman kemenangan Lutfi terbentuk dan Dzul lepas keluhan berat.

"Bila kau nak masuk meminang adik aku dan bila kau nak kahwin dengan dia?"

"Aku tak bincang lagi dengan family aku. Cuma.. aku akan kahwin dengan dia lepas kau kahwin dulu." Lutfi membalas tenang.

"Kenapa?"

"Aku tak nak kau rasa apa yang kau fikir kat Dayang dulu. At least lepasni kalau kau kahwin, kau tahu Dayang pun akan ada keluarga sendiri dan dia tak sendirian."

"Okay."

"Jadi.. Kalau kau nak tengok adik kau bahagia, kau tak ada masa nak cari calon lain kan? Calon kau dah ada, jadi buat apa nak tunda lagi."  Lutfi tunjuk Fatnim selamba mengunyah sambil memandang ke arah mereka. Berselera pula perempuan tu dalam keadaan macam ni pun?

Mata Dzul menyipi memandang Lutfi. Dia diperangkap sebenarnya.

"Kau layak jadi scammer Lutfi."

"Thank you atas pujian." Lutfi senyum tak bersalah.

"Fatnim, saya rasa otak awak dah dapat berfungsi lepas makan. Tak ada kata-kata untuk Encik Dzul awak?" Fatnim gigit bibir, kenapa sekarang dia rasa dia di dalam ujian Lisan Muet. Elok lah berempat duduk satu meja. Mungkin markah dia paling rendah sebab tak menyampuk bercakap dari tadi.

"Saya tak tahu."

"Awak dah satu pinggan takkan otak awak tak dapat nak cerna lagi." Lutfi menyoal tak puas hati. Dayang pula mengemam bibir menahan senyum.

"Saya nak cakap apa?" Patut dia cakap Tahniah?

"Okay okay Tahniah Encik Lutfi dan Encik Dzul akan kahwin nanti." Itu je yang dia dapat simpulkan dari perbualan tadi.

"Kenapa kat office awak laju ke kat sini jadi lembab lain macam?" Lutfi soal tak percaya dengan respon Fatnim.

"Okay saya minta maaf, saya tak patut fikir bukan-bukan dekat Dzul dulu. Saya tak faham situasi Dzul dan saya tak ada kat tempat dia. Semoga Encik Dzul bahagia dengan Talia.." Fatnim kawal tona suara. Sebak.

"Talia?" Dzul memandang Fatnim tidak percaya.

Dayang pula tekup mulut menahan diri menggigil mahu melepas tawa.

"Ye lah, awak dalam perancangan nak kahwin dengan Talia kan?"

"Hah?" Mulut Dzul sedikit terbuka.

"Habis saya nak cakap apa lagi? Saya penat lah." Fatnim bengang semua yang dia cakap tak kena. Dia salah point ke apa.

"Saya balik dulu Encik Lutfi, saya rasa waktu lunch saya dah terlebih harini." Fatnim bangun dari duduknya, malas mahu berbahas lagi. Dia betul-betul penat.

Baru sahaja mahu beredar, Fatnim kembali berundur memandang Dzul geram.

"Macam mana saya nak balik! Kereta saya dengan beg tangan saya ada kat office Encik Dzul." Datang sehelai sepinggan tak ada duit! Sedihnya!!

"Oh! Saya lupa." Dzul turut bangun dari duduknya. Fatnim merengus menahan geram. Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak peka!

"Tolong bayar." Dzul pandang Lutfi.

"Jangan risau." Lutfi senyum manis seperti memberi sokongan buatnya.

"Good luck abang" Dayang menunjuk isyarat chaiyok dengan tangannya. Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Jom jom.." Suara Dzul mengendur mengajak Fatnim mengikut langkahnya.

"Lain kali nak culik orang tu tengok lah keadaan dulu, kalau beg saya hilang duit saya hilang.."

"Dah nama pun penculik takkan dia rajin nak bawa beg tangan orang tu sekali." Dzul mencelah.

"Beg tangan saya ada duit tau."

"Ye ye, dalam bilik saya ada CCTV."

Sampai keluar restoran terdengar bebelan mereka berdua. Dayang yang tadinya menahan dekah akhirnya menghamburkan tawanya.

"Talia? What's wrong dengan Talia? Apa yang kau buat Talia.." Dayang usap air mata sendiri. Dia tak pernah terfikir Fatnim boleh jadi secomel ini.

Continue Reading

You'll Also Like

85K 3.9K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
819K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
202K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
643K 72.2K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020