Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
48
49
50
51
EPILOG

47

31.3K 2.4K 150
By Lollysnow

"Pergi hantar file ni ke office Dzul." Tercengang Fatnim dengan arahan tiba-tiba majikannya.

"Hantar file? Office Dzul?" Fatnim teguk air liur sebelum dia capai file dihulur Lutfi buatnya. Perlahan-lahan tangannya membuka dan mengeluarkan isi didalamnya.

"Bukannya dokumen ni Encik Lutfi boleh email terus pada Encik Dzul?" Fatnim mencari alasan. Dia sanggup mengemop satu pejabat daripada pergi ke pejabat bekas tunangnya. Ini satu penderaan!

"Kalau saya boleh email macam tu dah lama saya buat. Ini dokumen penting dan perlukan discussion antara pihak kita dengan dia." Lutfi buka butang lengan baju sebelum dia lipat lengan kemeja biru gelapnya hingga ke siku.

"And bukannya Encik Lutfi yang kena pergi.." Suara Fatnim mengendur. Kenapa dia? Kenapa tak suruh orang lain?!

"Saya ada urusan harini. Lagipun semalam awak ingat saya discuss pasal projek tu dengan awak untuk apa? Mestilah lah untuk hantar awak wakilkan saya ke office Dzul." Tak bersalah Lutfi membalas buat rahang Fatnim hampir jatuh.

"Encik Lutfi nak kemana?" Soal Fatnim cuak melihat Lutfi bangun mengemas meja kerjanya.

"Oh, beritahu Dzul yang saya tak dapat datang harini sebab saya ke airport." Senyuman Lutfi terbentuk.

"Good luck Fatnim." Selamba betul perangai majikannya seorang itu sampai tak terfikir hati pekerja yang tersakiti. Fatnim hela nafas berat.

LUTFI pandang jam dipergelangan tangan lantas kepala diangkat memandang sekeliling. Sepatutnya waktu begini Dayang dah balik. Seorang demi seorang pramugari yang berseragam melintasinya dipandang. Boleh mata juling dibuatnya, semua muka hampir serupa!

"Abang Lutfi." Lutfi sedikit tersentak disapa seseorang sambil dia tilik wajah pramugari melintasinya.

"Oh sampai pun!" Senyuman Lutfi terbentuk, manakala wajah Dayang cemberut.

"Kenapa?" Lutfi jungkit sebelah kening.

"Abang datang sini nak ambik kesempatan cuci mata ke?" Soal Dayang sarkastik.

"Ehh bukan.. Kesitu pulak. Abang cuma scan mana satu Dayang tadi. kenapa muka pramugari serupa-serupa?"

"Ye lah tu." Dayang heret bagasi kerjanya lantas berlalu mendahului Lutfi.

"Sumpah tak tipu." Laju langkah Lutfi diatur mengejar langkah Dayang.

"Ada yang abang nak cakap? Kita dah jumpa." Dayang tiba-tiba menghentikan langkah memandang Lutfi sedikit berbeza. Pandangan dingin dan serius. 4 hari dia bekerja, dan 4 hari dia tak mampu fokus memikirkan apa yang ingin diberitahu Lutfi padanya.

Lutfi pandang jam dipergelangan tangan, ada senyuman terbentuk di bibirnya.

"Kita makan dulu?" Lutfi tunjuk restoran berhampiran mereka. Malas mahu berbasa basi, Dayang mengangguk sahaja kepalanya lantas mengatur langkah kesitu.

SEMENTARA ITU, Fatnim senyum pahit melihat pandangan terkejut seorang pekerja perempuan Dzul memandang kearahnya. Siapa je tak terkejut, bekas tunang datang melawat bos mereka. Dengan alasan urusan kerja.

Yang pasti kerja! Bukan nak goda balik bos korang pun!

"Encik Dzul ada?"

"Err rasanya Encik Dzul ada appointment dengan Encik.."

"Saya lah tu. Saya wakil Encik Lutfi." Laju Fatnik memintas buat gadis untuk terkebil-kebil.

"Er! Sekejap saya confirmkan dengan Encik Dzul." Gadis itu bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke bilik majikannya. Fatnim hela nafas berat. Malang apa lagi nak berlaku pada dia ni. Hatinya rasa tidak enak.

"Encik Dzul, ada wakil dari Encik Lutfi datang untuk meeting."

"Bagi dia masuk." Balas Dzul tanpa menoleh memandang pekerjanya. Tangan sibuk mencatit sesuatu di atas kertas.

"Tapi.." Gadis itu kelihatan serba salah.

"Okay baik." Baik dia blah dari merosakkan mood tak berapa baik majikannya itu.

"Erm Encik Dzul jemput masuk." Gadis itu menunjuk bilik Dzul.

"Terima kasih." Fatnim tarik nafas panjang, macam lah dia tak tahu mana bilik pejabat Dzul.

Bunyi ketukan pintu buat Dzul mengangkat kepala seraya mengemas kertas di atas mejanya.

"Masuk." Dan serentak itu pintu biliknya terbuka dan mata Dzul kaku tak berkelip.

"Maaf, saya wakil dari Encik Lutfi untuk meeting petang ni." Wajah Fatnim tenang tiada riak melihat respon tergamam Dzul.

Dzul berdehem menenangkan diri. "Duduklah."

"Terima kasih." Fail dibawa diletak di atas meja.

"Lutfi kemana?" Soal Dzul sambil memandang Fatnim mengeluarkan isi di dalam fail. Raut wajah tenang dan lembut gadis tak pernah mengubah matanya untuk terus menatap.

"Airport." Kata-kata Fatnim yang selalu menjadi air dalam dirinya selama ini. Dan dia tak nafikan Fatnim salah seorang yang ada saat susah senang dia bangunkan bisnes dahulu.

Sukar untuk dia terima kenyataan yang gadis itu sekarang bukan miliknya lagi.

"Encik Dzul dengar apa saya cakap?" Teguran Fatnim mematikan lamunan Dzul.

"Hah?" Dzul jungkit kening. Sah dia kantoi usha bekas tunang lama-lama.

"Encik Lutfi ke airport dan minta saya ganti tempat dia untuk meeting pasal.."

"Airport? Buat apa?" Suara Dzul sedikit tegang.

"Mana saya tahu, tu urusan pribadi dia."

"Awak kan girlfriend dia. Takkan tak tahu?" Perlian Dzul buat Fatnim terdiam menunduk wajah. Dia pernah menipu Dzul yang Lutfi teman lelakinya semata-mata mahu menyakitkan hati lelaki itu.

"Dia bukan boy friend saya." Suara Fatnim mengendur, lambat-lambat dia angkat kepala membalas tatapan dingin Dzul.

"Jadi selama ni awak tipu saya?"

"Apa pun yang saya buat dulu tak ada kaitan dengan Encik Dzul sekarang." Sebaik mungkin Fatnim kawal nada suaranya. Tidak mahu kelihatan beremosi di hadapan lelaki itu lagi.

"Suka hati awak lah." Seperti yang diagak, itulah jawapan lelaki itu.

Dzul terdiam memikirkan sesuatu. Dua hari lepas dia ada dapat pesanan dari Dayang, yang dia tak perlu datang menjemput gadis itu di airport. Dan sepatutnya jadual Dayang habis kerja adalah petang tadi.

Matanya tiba-tiba membesar.

"Kita boleh start meeting.." Tersentak Fatnim apabila Dzul tiba-tiba berdiri menegak dihadapannya.

"Encik Dzul dah kenapa?"

"Saya kena pergi airport."

"Mana boleh macam tu! Saya dah penat.. Ark!!" Tak bersalah tangan Fatnim ditarik Dzul mengikut langkahnya. Fatnim terkebil-kebil.

"Apa Encik Dzul nak buat ni? Kita masih ada kerja tau!" Suara Fatnim kuat mengundang mata-mata pekerja Dzul.

"Ikut je lah dari awak membebel dalam tu." Balas Dzul tanpa perasaan. Fatnim merengus akur mengikut langkah lelaki itu sampai ke dalam perut kereta dia disumbat.

Dah cakap ada malang menimpa-nimpa dia harini. Fatnim mengeluh di tepi tingkap memandang jalan raya sibuk dengan kenderaan, sudahlah kena paksa jumpa bekas tunang. Sekarang kena culik dengan bekas tunang dan tak tahulah mahu dibawa kemana.

Boleh ke dia report polis sekarang?

"Awak tahu kalau kecemasan nak call polis pakai nombor apa?" Fatnim berpaling memandang Dzul memandu di sebelah.

"995."

"Tu bomba!!" Fatnim merengus memandang kembali ke keluar tingkap.

DAYANG tenung Lutfi kekenyangan mengusap perutnya. Bahagia betul lelaki tu.

"Dah kenyang?"

"Dah." Lutfi senyum selamba.

"Okay, saya tunggu abang cakap dari tadi. Kita dah boleh kot bercakap dari buang masa kat sini. Nanti saya nak balik masak untuk abang Dzul pula." Terang Dayang. Lutfi pula melepas tawa kecil, entah apa yang kelakar pun dia tak tahu. Mungkin otak lelaki ni dah tak berapa okay sekarang.

"Abang nak Dayang tolong abang satukan balik Dzul dengan Fatnim."

"No, thanks." Selamba Dayang bangun menarik bagasinya. Dah tahu benda sia-sia, buat apa dia dengar lagi.

"Wait Dayang! Dengar dulu apa abang nak cakap!" Laju tangan Lutfi menahan tangan gadis itu.

"Saya tak berminat nak satukan abang saya dengan perempuan yang dah sakitkan hati dia! Saya tak nak tengok abang saya derita sebab perempuan yang sama lagi!" Keras suara Dayang membalas kata Lutfi.

"Ya, abang tahu. Tapi tak adil kalau Dayang letak kesalahan di satu pihak. Fatnim pun dah banyak menderita.."

"Jadi abang Lutfi nak back up perempuan tu?" Mencerlung mata Dayang memandang Lutfi.

"Bukan macam tu Dayang. Okay duduk dulu. Dengar apa abang nak cakap." Lembut suara Lutfi memujuk sambil dia bangun menolak tubuh Dayang duduk kembali di atas kerusi.

Dayang merengus sendiri.

"Fatnim dah lalui banyak perkara, 4 tahun bertunang tanpa kepastian. Dayang sanggup ke digantung macam kalau Dayang bertunang nanti?" Suara Lutfi mengendur.

"Jadi dia mengadu kat abang?" Dayang jungkit sebelah kening.

"Yes. Abang seorang. Sebab dia minta maaf dengan abang, dia gunakan abang nak putus tunang dengan Dzul. Dia nak sakitkan hati Dzul gunakan abang. Masa tu abang tak kisah, sampaikan abang kenal Dzul dan Dayang.."

"Abang rasa abang kena buat sesuatu."

"Fatnim tak salah Dayang, dia cuma perlukan kepastian. Keluarga dia desak dia untuk kahwin, sampaikan ada yang masuk meminang Fatnim sebab diorang sangka Fatnim dah putus tunang. 4 tahun bertunang Dayang. Tu bukan sekejap."

"Fatnim kena faham keadaan Abang Dzul. Abang Dzul bukan tak cintakan dia, tapi abang Dzul masih ada tanggungjawab yang dia kena fikirkan."

"Macam tu juga Fatnim, dia penat Dayang. Bila semua orang desak dia, anggap dia bukan-bukan. Dzul yang tak ada kepastian hala tuju hubungan diorang. End up dia pilih nak hidup sendirian."

Dayang terdiam menunduk.

"Abang minta maaf kalau abang buat Dayang tak selesa, tapi abang bukan punca Dzul dan Fatnim putus tunang. Dua-dua salah ego sendiri." Sungguh-sungguh Lutfi berkata.

"Abang Dzul mungkin jadi macam tu sebab dia terlalu pentingkan saya, dia nak saya selalu ada dengan dia, selamat, hidup mewah. Dia tak kahwin pun sebabkan dia takut saya sendirian nanti."

Wajah Lutfi sedikit berubah mendengar cerita Dayang.

"Mak dan ayah kami masih hidup. Tapi dah lama bercerai dan masing-masing ada keluarga sendiri sekarang." Dayang senyum pahit.

"Kami ditinggalkan mak ayah masa umur abang Dzul 16 tahun. Kami membesar dengan nenek dan atuk. Tapi lepas nenek dan atuk meninggal. Adik beradik sebelah ayah berebut harta dan saya dan Abang Dzul tinggalkan rumah tu dan cari kehidupan sendiri."

"Saya sendiri tengok penat abang, bekerja sambil belajar untuk tanggung saya."

"Abang Dzul terlalu sayangkan saya. Kami cuma hidup berdua.." Suara Dayang bergetar.

"Dia abang, dia ayah dan ibu saya. Mak Ayah kami sendiri tak pernah tanya tentang hidup kami inikan nak hulur duit belanja." Dayang lepas tawa pahit.

"Saya tak pernah tengok abang Dzul menangis selama ni, sepenat-penat dia. Dia tak pernah menangis sampaikan Fatnim tinggalkan dia.. Hati saya sakit bila ada perempuan lain buat abang saya macam tu.."

"Berbulan-bulan abang ambil masa pulihkan hati dia." Dayang balas tatapan Lutfi, wajah lelaki itu kelihatan terkejut tak mampu berkata.

"Semua ni berlaku sebab salah faham. Fatnim sendiri pernah mengaku kat abang yang dia masih sayangkan Dzul.." Lutfi lempar pandangan keluar restoran. Kelihatan sepasang manusia menghampiri/

"Abang nak Dayang jadi milik abang, sebab tu abang sungguh-sungguh nak satukan mereka berdua." Mata Lutfi bergerak memandamg Dzul menghampiri.

"Hah?!" Dayang tergamam, darah naik menyerbu ke muka tidak menyangka pengakuan keluar dari mulut lelaki itu. Dia bermimpikah?

"Kau buat apa kat sini?" Dingin sapaan Dzul tanpa salam dengan Fatnim yang termengah-mengah dibelakang.

"Saja berborak dengan adik kau." Balas Lutfi tak bersalah.

"Balik." Dzul tarik lengan Dayang untuk berdiri dan menarik bagasi kerja adiknya.

"Abang kejap!" Dayang pegang kepalanya. Dia masih terkejut dan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Macam mana abang dia boleh ada kat sini? Yang lagi pelik macam mana si Fatnim boleh ada dengan abang dia?

"Kenapa abang datang dengan dia?" Dayang pandang Fatnim dengan kerutan.

"Don't mind me. Saya kena culik." Fatnim tayang wajah tak nak masuk campur dengan babak dihadapannya.

"Kenapa abang culik dia?"

"Abang tak culik dia."

"Habis tu?"

"Abang tak tahu, jom balik." Dzul merengus menarik tangan Dayang.

"Dzul, sekejap." Dzul pandang Lutfi berdiri menghampirinya.

"Alang-alang kita dah berempat kat sini.." Lutfi senyum penuh makna.

Fatnim pula jatuh bahu kepenatan. Sekejap diheret kesitu, sekejap kesini. Ini apa pula ni? Dia nak balik rehat boleh tak? Perut dia lapar!!

Continue Reading

You'll Also Like

218K 27.1K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
1.2M 61.1K 53
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang denga...
2.9K 372 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...
676K 64.2K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018