Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
14: Sejuk
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
19: Cover
20: Idea!
21 : GPS
22: Belakang
23 : Bikar
24: Perhatian
25: Add
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama

35: Dating

647 120 75
By reenshi

100 votes + 50 comments

Jungkook menyorok disebalik pintu masuk kelasnya sambil matanya sedang curi-curi pandang ke arah tempat duduk Kim Minjung.

"Dah datang ke?" 

Pak!

Bunyi bahu milik Jeon Jungkook ditepuk kuat dari arah belakang membuatkan lelaki itu terkejut. Nasib baik tak tercabut jantungnya pagi-pagi ni. Dah la drama business proposal minggu ni, minggu yang terakhir! Kalau tak sempat tengok sebab koma dalam hospital macam mana?!

"Eish, kau ni Jaehyun" mahu sahaja Jungkook cekik lelaki itu.

"Hahaha! kau buat apa ni tercegat depan pintu ni weh? masuk lah dalam kelas" balas Jaehyun sambil merehatkan lengannya di atas bahu Jungkook.

"Tak.. sebenarnya..."

"Kau dah bagitahu Minjung yang kau suka dia?" soal Jaehyun yang memotong terus ayat Jungkook.

Aduh lambatlah Jungkook ni, Jung Jaehyun sudah tolong mainkan butang speed x2.


"M-macam mana kau tahu?!" suara Jungkook meninggi.

"Depan pagar sekolah tadi aku nampak Minjung macam nak masuk tak nak masuk je pagar sekolah. Lepas tu kau pula macam nak tak nak masuk kelas, nampak sangatlah situasi dia macam mana" balas Jaehyun.

"TAHNIAH! SELAMAT BAHAGIA KE ANAK CUCU!!!"  

Premmmm!

Bunyi wisel parti ditiup oleh Eunwoo, Chanyeol serta Jimin itu membuatkan Jungkook menutup telinganya.

"Mana Minjung? kenapa kau dengan Jaehyun pula ni?" soal Taehyung yang sudah menghidupkan lilin di kek bersaiz mini itu.

"Eh, ye ke Jungkook dengan Minjung? ke sebenarnya Jungkook dengan Jaehyun?" Eunwoo sudah mula membuat konklusinya sendiri.

"Weh, kau ni kenapa tak cakap awal awal, tengok aku nak kena tukar nama dekat kek ni, Minjung kena tukar jadi jaehyun" Park Chanyeol seperti biasa terikut-ikut dengan agenda aluminium Cha Eunwoo itu.

"Eh, bingitlah korang ni, tepi sikit aku nak letak beg" Nayeon menolak semua pelajar lelaki yang menghalang pintu masuk kelas itu. Sudahlah semua tinggi-tinggi belaka! Tak muat tahu tak! Tak muat!

"Ohh, ada kek! hari jadi siapa ni?" soal Jisoo yang baru sahaja tiba dikelas.

"Minjung dengan Jungkook? oh hari jadi diorang sama eh?" soal Jisoo lagi.

"Tak, bukan, ni kek nak sambut first couple dalam kelas ni, maklumlah dalam kelas ni semua single sebab tu kita kena sambut yang first sekali pecahkan rekod berhenti jadi single" balas Jimin.

"Tula, kita kena support member" kata Eunwoo.

"Tapi Jungkook couple dengan Jaehyun bukan dengan Minjung" Chanyeol kembali mengubah topik perbualan.

"eh kau ni, aku tak suka Jungkook lah, setakat muka macam ni, baik aku bercinta dengan cermin, aku lagi hensem" balas Jaehyun.

"Ewah kauu" mahu sahaja Jungkook memijak Jung Jaehyun.

Perlahan-lahan Minjung melangkah masuk ke dalam kelas itu.

"Yeaa! teman wanita Jeon Jungkook dah sampai!" suara Nayeon bersorak bahagia.

Minjung menunduk malu. Aduhai, cepatnya tersebar.

Bukan, sebenarnya satu kelas sudah tahu mereka saling suka sama suka, cuma biasalahkan, orang yang terlibat tulah akan tahu akhir sekali tentang perasaan masing-masing.

Penat tau pelajar kelas ni cuba nak bagitahu, mereka dua ni tak faham. Sampai berpelukkan di kantin pun fuh, siapa sahaja tak tahu tentang perasaan Jungkook dan Minjung.

"Sudah! Sudah!  duduk tempat masing-masing, bagi masa diorang nak cakap berdua" kata Jisoo sambil menolak-nolak mereka menjauhi Jungkook dan Minjung.

"urm.. jadi.. apa hubungan kita sebenarnya ni?" Jeon Jungkook mula bertanya.

"Urm.. aku tak pastilah" balas Minjung sambil menekup pipinya yang sudah merah itu.

Oh tuhan, gadis itu malu! Sungguh comel! mahu sahaja Jungkook berguling gembira disitu.

"Nanti lepas waktu sekolah, nak keluar sama-sama tak?" Jungkook memulakan langkah pertamanya. 

"NAK IKUT!" suara Eunwoo kuat membuatkan semua menepuk kepalanya. Kacau line betullah dia ni. Tak nampak ke semua orang tengah menghayati drama dipagi hari ni.

"Diorang nak pergi dating lah! kau tak payah nak sibuk, pergi cari girlfriend sendiri" marah Jimin.

Minjung hanya mengangguk tanda setuju. Yas! ini la baru lelaki kacak sejati! ajak keluar dating dulu! Siapa lah yang semalam bergolek dalam selimut macam ulat gonggok, ish ish ish!



☆☆☆☆



"Kau dah buat group ke?" soal Jimin kepada Nayeon.

"Dah-dah, malam ni eh jadi tau" balas Nayeon

"Weh, add lah aku sekali doh, aku nak ikut juga" kata Jaehyun.

"Ha? kita nak pergi mana?" soal Eunwoo.

"Tengok ketua kelas bercinta" balas Taehyung.

"Aku dah tempah tiket wayang selang satu baris dari tempat Jungkook tempah" kata Jisoo.

"Macam mana kau tahu doh dia tengok cerita apa?" soal Jimin.

"Jungkook tanya aku cerita apa yang sesuai nak bawa Minjung pergi tengok, yup jadi aku tahulah" balas Jisoo selaku penasihat hidup Jungkook.

Sejak tahun pertama mereka sekelas lagi Jisoo sahaja yang nampak kelemahan Jungkook dalam bersosial membuatkan gadis itu rasa mempunyai tanggungjawab dan menganggap Jungkook sebagai adik lelakinya. Maklumlah, bosan dah jadi anak tunggal. 



☆☆☆☆


Kim Minjung menggosok kedua-dua belah tangannya untuk menghasilkan haba sementara menunggu Jungkook pergi membeli pek pemanas di kedai berhampiran.

"Eih, Jungkook ni boleh pula dia tinggalkan teman wanita dia sejuk-sejuk dekat sini" komen Eunwoo sambil menyorok ditepi bangunan yang berdekatan dengan Minjung.

"Tepi sikit, aku tak nampak ni" Nayeon menolak Jimin yang menghalang pandangannya.

"Oh! tu tu! Jungkook dah datang!" suara Taehyung membuatkan semua orang kembali fokus.



"Weh, kedai dekat sini semua dah habis pek pemanas. Tangan kau sejuk sangat dah ni" suara prihatin Jungkook membuatkan Minjung makin jatuh cinta. Jejaka itu mula menggapai jari-jemari kecil gadis itu lalu dia meletakkan di pipinya.

"Sekejap, aku lari pergi kedai belakang sana, kau jangan pergi mana-mana tau" kata Jungkook sambil memakaikan Minjung jaket hitam miliknya.



"Ah!" jerit Jisoo sambil mengigit baju sekolahnya akibat menyaksikan kemanisan mereka berdua. 

"Uwaa, bestnya ada boyfriend!" Nayeon mula menghentak-hentak kaki kerana terlalu gembira.

"Oh.. ok mula mula kena letak tangan dekat muka" Chanyeol mula mencatat pelajaran cinta hari ini.

"Eh, bukan la, mula-mula muka kena kacak" Eunwoo membetulkan nota Chanyeol itu.

"Oh, iya betul juga tu, kalau tak hensem tak ke mana juga nanti" Chanyeol mengangguk tanda setuju.


"Eh! Weh! Weh! Tengok tu!" suara Taehyung meninggi sebaik sahaja melihat kelibat Son Chaeyong yang keluar dari sebuah kereta hitam sambil menangis.

"Weh! Chaeyoung menangis"


TBC

Baiklah, aku baru nak warm up menulis, jadi kalau chapter ni hambar aku minta maaf huehuehue

Btw! siapa masih stay?! 

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 96.6K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
61.3K 305 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
22.7K 4.5K 74
A D D I C T E D 2 : H I S B U T T E R F L I E S na jaemin fanfiction 15+ Because the devil need his queen Because the devil obsessed with his queen ...
8.8K 1K 53
Annyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact...