Bukan Pilihan Hati

Bởi NurulHuda015

432K 12.5K 663

[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia... Xem Thêm

Prolog
Bab1
Bab2
Bab3
Bab4
Bab5
Bab6
Bab7
Bab8
Bab9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab14
Bab15
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab29
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab38
Bab39
Bab40
Epilog
KTH

Bab16

9.3K 285 18
Bởi NurulHuda015


Sebulan sudah berlalu, Syifa kembali bekerja seperti biasa tetapi sebulan jugalah dia dilarang bertemu dengan Encik Karim.

Ting!

PapaSayang❤️
-kita jumpa dekat cafe favourite Syifa ya? Papa rindu Syifa sangat-sangat.

Pantas jarinya menaip untuk membalas mesej dari Encik Karim.

I miss you too, papa.

"Puan, Dato Ahmad dah datang."Syifa mengangguk terus dia bergerak menuju ke bilik mesyuarat.

  Nadhir memandang ayah mertuanya dihadapan.Lelaki itu datang berjumpa dan terus memaksa untuk berbincang.

  "Ni."fail dan sebuah sampul bewarna coklat ditolak ke arah Nadhir.Nadhir memandang pelik Encik Karim.

  "Papa bayar kembali semua duit yang papa pinjam dari ayah kamu."

  "Papa tahu kalau papa bagi dekat ayah kamu mesti kamu tak percayakan?"

  "Ni semua untuk kamu dan nama pemilik syarikat papa dah tukarkan ke atas nama kamu bukan nama Syifa lagi."

Senyuman terukir di bibir menantunya buatkan dia tersenyum nipis.

  "Hanya ni saja papa dapat berikan kepada Syifa."cek bernilai sepuluh ribu ringgit dipandang oleh Nadhir.

  "Syifa dengan papa dah takda apa-apa harta lagi."

  "Semuanya papa dah serahkan kepada kamu."

  "Thanks, by the way uncle nak ke mana nanti?"soal Nadhir.Encik Karim tersenyum.

  "Papa nak pergi jauh.."

  "Jauh sangat, kamu jagakan Syifa untuk papa ya? Jangan bagi dia menangis lagi."

  "Dan izinkan papa bertemu dengan Syifa sekejap je cukup lima minit pun dah takpa."pujuk Encik Karim.

  "Okay boleh hari ni je."

  "Papa nak-Allahuakbar!"

  "Woi!"jerkah Nadhir ke arah seorang lelaki yang memakai hoodie hitam berlari laju keluar dari Cafe.

  "Papa!"dahi Encik Karim berkerut menahan sakit di dadanya yang ditikam dengan sebilah pisau.

  "Papa!"Syifa yang baru tiba terus meraung melihat keadaan Encik Karim.

  "Tolong call ambulans!"arah Syifa kepada Nadhir yang berdiri kaku.

   "S..syifa papa minta maaf."tangan naik mengusap pipi anak perempuannya.

  "Papa jangan macam ni.Bertahan papa tolonglah bertahan.Syifa nak duduk dengan papa.Syifa sayang papa."

  "Syifa rindu papa."kata Syifa berkali-kali.

   "Pa..papa rindu Syifa sayang."hampir luluh hati Nadhir melihat isterinya dihadapan.

  "AKU CAKAP CALL AMBULANS NADHIR!CALL CEPAT!"jerkah Syifa kuat.Nadhir terus mengeluarkan telefon dari koceknya.

  "Papa bertahan papa tolonglah."pipi tua itu dicium berkali-kali.Dia taknak kehilangan Encik Karim.Cukuplah dia kehilangan Puan Rozita dihadapan matanya.

  Dia taknak! Dia nak hidup bahagia dengan papa dia.Dia nak duduk dengan Encik Karim.

  "Papa tolong lah."

   "S..Syifa jaga diri."

    "Nadhir! Lambat lagi ke?!"marah Syifa.

   "On the way, Syifa."kata Nadhir terduduk di sebelah Syifa apabila tangannya ditarik.

  "Jaga Syifa untuk papa ya Nadhir?"Nadhir hanya mendiamkan diri.

  "Sebelum papa pergi, papa nak dengar Nadhir panggil papa."Air mata di pipi Syifa semakin turun.

  "Pa..papa."

  "J..jaga Syifa."kata lelaki itu sebelum memejamkan matanya rapat.Dada turun naik dengan laju sebelum terbaring kaku.

  "Papa, tak tak papa tak boleh tinggalkan Syifa.Papa jangan pergi! Papa jangan pergi!"jerit Syifa berkali.

  Dalam diam Nadhir memandang Syifa sebelum senyuman sinis terukir di bibirnya.

  Meraunglah sekuat mana pun Syifa.Bapak kau takkan hidup lagi.Hatinya puas apabila melihat tubuh tua itu terbaring kaku.

 

  Rafi memandang Nadhir yang beriak selamba menjamah nasi.Dia menggeleng kepala dengan perangai abangnya.

  "Bang, mertua mati pun tak sedih ke?"soalan Rafi hampir membuatkan dia tercekik.

  "Apa kau ni tanya macam tu?"tanya Nadhir perlahan.Rafi memuncungkan mulutnya ke arah Syifa yang terduduk lemah di sofa.

  "Syifa tu lemah apa dah, abang rilek makan dekat sini."

  "Habistu, kau nak suruh aku buat anak dengan dia?"soal Nadhir.

  "Bukan macam tu bang, dia tu tengah bersedih.Pujuk lah dia."kata Rafi tenang.

  "Apa kata kau pergi pujuk dia?"kata Nadhir sinis.

  "Kalau aku pujuk lain pula jadi."kata Rafi selamba.Nadhir menjeling adiknya.


"Saya Nazim setiausaha arwah Encik Karim."kata Nazim yang muncul dihadapan pintu rumah itu.

"Tujuan saya datang ni, saya nak baca wasiat dan peninggalan harta dari Encik Karim."sambung Nazim.

"Puan Syifa dah bersedia?"Syifa hanya mengangguk lemah.

"Pertama sekali tentang Syarikat.Seperti yang kita tahu, Syarikat yang ditubuhkan oleh Encik Karim dengan menggunakan duit dari Dato Fadli kan?"

"Saya dah halalkan lama dah duit tu."kata Dato Fadli.

"Ya betul tapi di sini, Encik Karim telah menukarkan semua saham dan nama Syarikat ke atas menantunya, Razky Nadhir."semua yang ada disitu terkejut kecuali Nadhir.

"Kenapa Karim bagi semua tu dekat Nadhir? Syifa macam mana?"soal Datin Faida.

"Seterusnya, tentang rumah yang diduduki oleh arwah sebelum ini.Rumah itu telah dijual dan sudah ada pemilik baru."mata Syifa terpejam.Kenapa papa buat semua ni?

"Dan terakhir sekali wang tunai berjumlah sepuluh ribu ringgit telah dipindahkan ke dalam ekaun Puan Syifa."

"Semuanya saya dah jelaskan."

"Hanya sepuluh ribu Syifa dapat?"soal Dato Fadli tidak percaya.Nazim mengangguk laju.

"Saya minta diri dulu ya?"soal Nazim.Dato Fadli mengangguk.

  "Syifa-"

Hilang sahaja Nazim terus Syifa berlalu naik ke biliknya.Datin Faida menjeling menantunya.

   "Makin lama makin biadap!"kata Datin Faida.Dato Fadli menggeleng kepala memandang ke arah isterinya.

  "Nadhir, lain kali ajar dia tu biar hormat sikit orang tua.Bukan macam ni!"

  "Dia jadi macam tu pun bersebab."kata Rafi dingin menjeling si abang lalu melangkah keluar dari rumah itu.

TBC
12Jun2021

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

402K 14.2K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
158K 13.9K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
226K 4.1K 42
AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangg...
70.5K 2.8K 43
Sinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lel...