Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

44

33.7K 2.6K 180
By Lollysnow

Mata Lily bergerak memandang Khair segak bersiap dihadapan cermin mengemas baju dipakai pada tubuh tegap lelaki itu. Bersungguh Khair mencari baju sepasang dengannya, warna cream lembut kena pada warna kulit cerah milik suaminya.

Siap mengemaskan baju pada tubuh, Khair capai botol perfume lantas menyembur bebas pada tubuhnya.

"Siapa yang pregnant sekarang? Dia yang beria." Lily yang duduk di birai katil bangun sambil pegang perut memboyotnya.

Dengar sahaja komen isterinya, bibir Khair melorek senyum. Laju sahaja tangan kekar itu menarik pinggang Lily merapat.
"Baba pun mesti nak beria kalahkan mama okay. Tak sabar nak tahu anak kita lelaki ke perempuan."

"Lily pun." Walau ada senyum di bibir isterinya. Khair tahu Lily masih gugup.

Ini kali pertama Lily bertemu dengan rakannya dan orang lain setelah lama mengurung diri di dalam rumah dan keluar semata-mata untuk memeriksa keadaan bayi mereka.

Malah Khair sekarang memendekkan waktu kerja ke 4 jam sehari semata-mata untuk berada di sisi isterinya.

"Lily takut?" Khair usap kepala Lily yang kemas bertudung. Peristiwa itu banyak mengubah diri Lily. Berkat dorongan Khair dan Encik Fajir. Lily sekarang gemar mendengar bicara dan ceramah agama saat sendirian. Adakala tika gadis itu teringatkan momen hitam itu, Lily akan memasang zikir ataupun ayat Quran untuk menenangkan diri sendiri. Malah mulut comel isterinya kini sudah lancar menghafal zikir lebih dari dia.

"Sikit." Lily dongak membalas tatapan suaminya.

"Tak perlu takut Lily. Kan abang dah pesan, sekarang ni Lily kat dunia nyata. Lupakan mimpi buruk tu ya?"

"Kawan-kawan Lily dah sungguh-sungguh call abang dari subuh semata-mata nak jumpa Lily hari ni." Dengar sahaja ayat itu, bibir Lily sudah tercebik dengan air mata mula bergenang di tubir.

Dia sedih kerana dia rindukan sahabat-sahabatnya. Dia terharu apabila Talia dan Dayang sudi menelefon Khair subuh-subuh hari semata-mata tanya tentang makanan yang Lily nak makan.

"Olo.. Abang cakap sikit pun dah nak menangis." Khair garu kening sebelum dia tarik Lily dalam pelukan. Sensitif Lily sekarang bukan boleh dibuat main. Salah cakap sikit pecahlah empangan tak berapa kukuh isterinya itu.

"Okay-okay. Sorry.. Abang paksa Lily ke?" Khair lerai pelukan sebelum dia tunduk menyoal isterinya.

Tiada jawapan selain gelengan dibalas Lily.

"Lily takut?"

Lily diam tersedu-sedu sambil dia usap air mata sendiri.

"Lily rindu Dayang dan Talia."

"Laa, kalau rindu jangan lah menangis. Kan diorang ada kat bawah tu.."

"Abang marah Lily nangis.." Sekali lagi bibir Lily tercebik-cebik.

"Ehh tak.."

"Shh.. Jangan menangis sayang.. Nanti orang ingat abang dera Lily." Mati akal Khair dibuatnya sudahnya dia tarik Lily dalam pelukan dalam 2 minit mereka berkeadaan begitu barulah Lily leraikan pelukan lantas menarik tisu menyapu air mata.

Entah kenapa, semua benda nak ditangiskan.

"Maafkan Lily, Lily tak tahu kenapa.."

"Shh.. Tak apa." Khair tarik kepala Lily lantas menghadiahkan kucupan hangat di dahi isterinya.

"Lily ready?" Umpama sang raja menghulur tangan buat sang ratu. Akhirnya bibir Lily tersungging senyum manis.

"Ready." Huluran tangan Khair barsambut.

"Jom, tak mo nangis-nangis lagi." Khair tergelak kecil melihat tangan comel isterinya naik mengesat pipi sendiri.

Dari atas tangga sudah dengar riuh gelak tawa yang entah siapa yang ada disana. Lily teguk air liur melihat Khair tenang memimpin tangannya.

"Abang.. siapa.."

"Semua orang yang sayangkan Lily ada." Ringkas Khair membalas buat Lily tunduk memandang kakinya menuruni tangga.

Orang yang sayangkan dia? Tak semena-mena pandangan Lily gelap.

"Abang.. Tak nampak."

"Pegang abang kemas-kemas." Sebaik sampai ke tangga terakhir, sebelah tangan Khair kemas memeluk pinggang isterinya dan sebelah lagi menekup mata isterinya.

"Kenapa.." Tangan Lily naik juga mencengkam kemas baju suaminya. Khair senyum menoleh memandang Talia sengih dibelakang.

"Kita kat mana ni abang?" Lily menyoal hairan apabila suasana tadi riuh kini tiba-tiba senyap tiada suara.

"Yee kejap nak sampai dah." Khair menahan diri dari tergelak. Apa tak nya semua yang ada disitu serupa patung tak bertauliah.

Orang suruh jadi patung yang si Ilham sibuk nak mencuit si Lisa. Lutfi pula yang buat muka serupa beruk baru belajar memanjat. Aih.. penat betul.

"Tadaa!!"

"SURPRISED!!" Lily tersentak memandang sekeliling dan serentak itu juga genggaman di baju Khair makin kemas.

Air liur diteguk terasa kesat.

Kenapa semua orang disini?

"Jangan takut." Bisikan Khair buat Lily menarik nafas panjang memandang sekeliling. Baby Shower Party? Sejak bila Khair plan?

"Congratulation untuk 26 weeks pregnancy Lily." Safi yang entah bila pulang ke Malaysia terlebih dahulu menyapa Lily.

"Congratulation Mak Cu!" Si comel Izam dan Tasnim pula mengajuk ucapan Mama mereka dengan dua kotak comel di tangan masing-masing.

Lily yang tadi ketakutan kini perlahan-lahan meleraikan genggaman di baju Khair seraya berpaling memandang Kakak ipar dan anak buahnya.

"Terima kasih. Bila Kak Safi balik?"

"Baru je dua hari lepas, ingatkan terus nak jenguk Lily. Alhamdulillah hari ni dah dapat tengok adik akak sorang ni." Lembut usapan Safi di pipi tembam Lily.

"Terima kasih Akak." Akhirnya pecah lagi empangan Lily buat Khair mengeluh sambil menggaru kening yang tidak gatal.

"Mak Cu!!" Lily tunduk memandang Tasnim dan Izam sama-sama menghulur kotak hadiah untuknya. Tawa kecil Lily terlepas sambil dia usap air mata sendiri.

"Ni hadiah untuk baby ke?"

"Yes!" Izam pula membalas. Lily tunduk sedikit tubuhnya mengusap kepala kedua-dua anak kecil itu sebelum dia hulur kedua kotak hadiah kepada Khair.

"Thank you Izam dan Tasnim."

"Khair buat apa kat kamu Lily sampai sembab mata ni.." Puan Ida pula datang merapat menyapu-nyapy air mata Lily sambil menjeling Khair yang terpinga-pinga dibelakang.

"La.. Khair tak buat apa pun."

"Lily cuma terharu." Lily hulur senyum tipis, buat kali pertama dia temui Puan Ida sejak peristiwa itu.

"Jangan banyak menangis, tak elok untuk kandungan." Sempat wanita itu menitip pesan sebelum dia bawa Lily dalam pelukan. Kali ini bukan Lily yang menangis, tapi dia yang menahan air mata membayangkan saat-saat sukar dilalui Lily selepas Anisah pergi tinggalkan mereka.

"InsyaAllah mama.."

Puan Sarah turut disitu bersama Lisa yang bersungguh-sungguh mahu jumpa Kakak Lilynya. Semuanya disambut baik oleh Lily.

"Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu... Den den den..." Talia pegang kertas serupa pengacara tak berbayar sambil dia duduk di antara belon biru dan pink yang tertulis perkataan 'Boy' dan 'Girl'.

"Lets reveal the sex!!" Bangga Talia berkata.

"What sex?" Ilham mencelah.

"Oh I mean, the gender lah bongok! Kau ni Ilham!" Talia cekak pinggang memarahi Ilham mengundang tawa di dalam rumah itu. Lily turut menekup mulut sambil menggeleng kepala dengan kebiulan sahabatnya.

"Tak payah lah pakai sex, pakai lah gender!"

"Otak aku tak boleh fikir pasal perkataan gender tadi."

"Banyakkan beriman."

"Tak ada orang berminat nak tengok korang bergaduh kot. Boleh sambung Talia.." Dayang mencelah mematikan pergaduhan mulut itu. Yang lain hanya mampu menggeleng kepala dengan tawa masing-masing.

"Okay. Puan Lily sila lah datang sini potong kek dulu." Talia lambai tangan memanggil Lily.

"Lah, reveal lah gender baby dulu." Naqib pula yang tak menyabar naj tahu jantina anak buat pertamanya.

"Sabar abang Naqib. Nanti bila Lily potong kek ni, dia akan tahu warna isi kek ni pink ataupun biru.." Talia senyum lebar bangga menunjuk kek bewarna putih yang bertulis 'girl or boy?' di atasnya.

"Ohh macam tu.."

"Jom." Khair tolak belakang Lily menuju ke arah Talia.

"Jeng jeng jeng.."

Masing-masing mula mengangkat telefon merakam detik itu. Lily tarik nafas panjang. Sepatutnya yang tak berdebar sekarang dah jadi nervous bila semua orang bersungguh-sungguh curious.

"Okay boleh potong sekarang." Talia capai piring lalu dihulur, Lily dan Khair pula sama-sama memotong kek dengan debaran.

"Wahh.." Lily tekup mulut terkejut. Khair juga turut tersengih.

"Warna apa tu?" Dayang pula menjenguk-jenguk kepala.

Pelahan-lahan Khair angkat kek yang dipotong lalu diletak di atas piring disedia Talia.

"Pink!! yeayy!!" Lisa tak dapat bendung rasa teruja melihat isi kek itu bewarna pink menandakan jantina bayi Kak Lily adalah perempuan!!

"Tahniah Lily dan Khair!"

"Tahniah." Tak lekang ucapan tahniah buat senyuman Lily melebar. Dia tak akan lupakan setiap detik bahagia itu.

Dan senyuman Khair, akan terakam dan tersimpan selama-lamanya dihati.

"Terima kasih abang."

Continue Reading

You'll Also Like

129K 4.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
89.8K 4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
609K 21.7K 41
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
828K 33.3K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...