Pengganti Cinta ✓

By shazandrah

378K 19.8K 1.2K

[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama se... More

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
bab 58
bab 59
bab 60
bab 61
bab 62
bab 63
bab 64
bab 65
bab 66
bab 67
bab 68
bab 69
bab 70
bab 71
epilog
qyue's talk
special chapter 1
special chapter 2
special chapter 3
special chapter 4
Emran & Katrina

bab 42

4.7K 258 5
By shazandrah

Cinta Yang Tak Terganti

RAYYAN sibuk mengakat bagasi dan beg - beg kecil ke dalam bonet kereta miliknya . Qalisha pula sedari tadi buat drama air mata dengan mamanya .

Sedih dah nak berpisah . Nanti dah jarang jumpa !

" Jaga diri adik kat sana  . Dengar cakap suami . Jaga maruah suami kamu . Jangan melawan . Kalau ada  masalah selesaikan elok - elok , jangan nak menengking dan tuduh melulu aje . Nanti kamu yang menyesal " Pesan Datin Sri Aisyah . Pegangan tangan dieratkan supaya Qalisha tahu itu adalah pesanan yang penting yang patut dia ambil kisah .

Qalisha mengangguk kan kepalanya berkali . Tanda faham dengan apa yang disampai kan oleh mamanya . Air mata mengalir keluar dari matanya .

Sebak dia rasa . Nanti dah tak dengar suara mamanya . Nanti dah tak dengar suara mamanya membebel dan beri nasihat . I miss all about mama after that .

Datin Sri Aisyah membawa Qalisha dalam pelukkannya . Mengusap lembut belakang badan Qalisha . Menyenangkan anak bongsu kesayangan nya . Pelukan terlerai .

Qalisha pergi pula ke arah Dato Sri Ukasyah Zainudin .

" Hye papa " Sapa Qalisha sambil ketawa kecil . Dato Sri juga ketawa dengan gelagat puteri tunggalnya ini .

" Sha dah nak pergi . Papa jaga diri tau . Kalau sakit bagi tahu mama , angah ataupun along . Kalau diaorang takada telefon saja Sha . Jaga kesihatan " Pesan Qalisha .

Dato Sri Ukasyah tersenyum dengan pesan anaknya . Pandai lah dia jaga diri . Bukan dia tak pandai jaga dirinya . Taknak lah menyusahkan orang lain .

" Ya sayang . Papa akan jaga diri papa . Kamu itu , jaga diri . Jaga kesihatan . Makan jangan skip nanti sakit . Duduk elok - elok "

Qalisha memeluk papanya erat . Sayang sangat papanya ini !

Sesudah dengan papanya . Dia pergi mengadap abang - abang kesayangan .

" Along . Angah " Tercebik bibir Qalisha menahan tangis apabila melihat wajah hero nya ini . Hero yang selalu melindunginya selain papa .

" Adik . Jangan nakal - nakal tau kat sana . Kalau ada masalah bagi tahu along . Along akan tolong selagi mampu " Kata Azreen prihatin . Dia mengusap kepala Qalisha lembut . Penuh kasih sayang .

" Kalau Rayyan ada buli adik bagitahu angah . Tahu lah apa angah nak buat " Kata Ariq dengan semangat . Bertekad melindungi adiknya dari sebaran bahaya . Acewah !

Rayyan datang menghampiri isterinya yang sedari tadi dia perhati asyik buat drama . Haih isteri bukan jauh mana pun nak pergi . Dekat saja rumah baru mereka dengan rumah kedua ibu bapa Qalisha . Tak sampai 20 minit kalau naik kereta .

" Mama "

" Ya Iyan ? Dah nak pergi ? " Tanya Datin Sri . Mata nya tertumpu pada wajah si menantu .

" Yaa ma . Dah nak gerak ni " Balas Rayyan lembut . Dia bersalaman dengan Datin Sri dan Dato Sri . Sempat Dato Sri berbisik sesuatu membuatkan dia tersengih nakal .

" Jangan risau pa . Secepat mungkin Iyan bagi " Rayyan dan Dato Sri ketawa nakal . Datin Sri yang perasan mencubit geram pinggan suaminya . Mengadu sakit Dato Sri .

" Padam muka " Kata Datin Sri . Datin Sri menjeling manja selepas itu . Rayyan dan Dato Sri tergelak kecil .

" Sayang " Panggil Rayyan sambil datang menghampiri isterinya . Bahu isterinya dipeluk dari tepi . Mengusap lembut bahu itu untuk menyenang kan isterinya .

" Haa kau ! Jaga adik aku elok - elok . Aku tampar kau nanti kalau adik aku menangis sebab kau . Dah tak ada muka hensem kau nanti . Aku ganti dengan gigi jongang aje " Sembur Ariq . Mukanya dibuat garang . Mata pula dibulat kan untuk menakutkan adik iparnya itu . Azreen menjulingkan matanya ke atas . Kebodohan apakah ini ? Takkan lah Rayyan nak sakit kan adiknya ? Rayyan tu dah cinta separuh nyawa pada adiknya .

" Aku percaya kan kau Iyan . Jaga adik aku . Sembuhkan dia . Aku percaya kau takkan sakitkan hati adik aku . Aku kenal kau dah lama " Kata Azreen lembut . Bahu Rayyan di tepuk lembut . Ariq yang melihat mencebik bibir . Menyampah lah !

" Ya aku tahu . Jangan risau lah . Pandai lah aku jaga  kesayangan comel aku ni " Balas Rayyan . Tangannya mula dihulurkan untuk bersalam dengan kedua abang iparnya itu .

Setelah itu , Rayyan memeluk erat pinggan Qalisha . " Jom sayang . Kita dah kena gerak ni " . Qalisha hanya mengangguk pasrah . Matanya memandang kesemua ahli keluarganya . Dia mula mengukir senyuman manis untuk menutupi sedihnya di hati .

" Bye semua . Nanti kita jumpa lagi " Ujar Qalisha . Tangan di lambai ceria . Padahal dalam hati dah meraung taknak pergi . hahahaha .

" Assalamualaikum " Kata Rayyan . Mereka mula memasuki kereta . Hon dibunyikan beberapa kali dan kereta itu mula keluar dari perkarangan rumah agam itu .

" Waalaikummusalam " Jawab mereka perlahan . Sebak hati bila orang yang selalu menceriakan rumah agam ini sudah keluar pindah .

Lepas ini dah tak ada lagi suara orang yang memekik menyanyi di pagi hari . Dah tak ada suara merajuk manja . Dah tak ada suara ketawa ceria . Rumah ini akan suram dan sepi .

Di dalam kereta hanya kedengaran suara DJ radio yang berceloteh sana sini . Rayyan fokus pada pemanduan . Manakala Qalisha termenung melihat ke luar tingkap .

Fikiran nya bercelaru . Entah kenapa mimpi malam tadi bermain kembali di fikiran . Mimpi itu macam real . Macam pernah dia lalui tapi dia tak pernah ingat dia pernah melaluinya . Argh ! Serabut lah !

Dia memegang kepala nya yang terasa  sakit . Berdenyut - denyut . Berkerut dahinya . Rayyan yang perasan itu terus risau .

" Sayang , okey tak ? Kenapa ni ? Sakit kepala ? Pening ? " Soal Rayyan risau . Dia memandang sekilas ke arah Qalisha di sebelah .

" Tak ada apa - apa . Jangan risau saya okay " Balas Qalisha . Dia memberi senyuman kecil pada Rayyan di sebelah . Tangannya sudah berada di riba sendiri . Rayyan hanya mengiakan saja walaupun hatinya berasa pelik .

Tak lama selepas itu , mereka memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat .
Rayyan mematikan ejen kereta dan keluar dari perut kereta diikuti Qalisha .

Bersinar mata Qalisha melihat kawasan rumah itu . Cantik ! Halaman rumah yang luas dan dihiasi pokok dan bunga - bunga yang cantik .

" Sayang , jom . Kita tengok kat dalam pulak " Qalisha hanya mengikut langkah Rayyan masuk ke dalam . Masuk ke dalam , Qalisha sudah ternganga luas . Mewah , elegan tapi simple . So nice !

Bertemakan kelabu , putih dan hitam . Ruang tamu yang besar . Dapat memuakkan separuh kampung ! Sofa yang terletak cantik , meja kopi kaca di tengah dan televisyen yang bersaiz besar ! Terdapat juga meja makan kecil . Mungkin untuk meletakkan makanan untuk tetamu yang datang . Tak perlu susah - susah ke dapur dan ruang makan .

Kakinya melangkah ke dapur . Sekali lagi dia tercengeng . " Wah besarnya ! " Jerit Qalisha teruja . Rayyan yang baru masuk itu tergelak kecil . Dah macam budak - budak Qalisha ni . Habis satu ruang dapur dan ruang makan di terokanya . Besar ! Jemput se kampung ni mungkin muat . HAHAHAHA .

Terasa ada sesuatu yang melingkari pinggannya namun diendahkan . Sudah tahu siapa , jadi dia hanya membiarkan . Dagu di labuhkan di bahu Qalisha .

" Sayang " . Qalisha hanya memg'hm' kan saja . Matanya masih ralit memerhati dekorasi rumah .

" Taknak tengok bilik kita ke ? " Tanya Rayyan nakal .

" Kenapa nak tengok pulak ? Nanti kan boleh tengok juga bila masuk bilik " Jawab Qalisha polos . Rayyan sudah terasa  macam nak hentak kepala sendiri ke dinding saja . Alahai kenapa lambat sangat hari ini sayangku ?

" Kena lah tengok . Sebab nanti kan kita akan tidur sama - sama . Luang masa bersama . Bermesra bersama . Kan sayang ? " Tersunging senyuman nakal dibibir saat wajah Qalisha kelihatan membahang malu . Jari nya pula dimainkan manja di bahu Qalisha .

" Mengarut ! Dah lah daripada layan awak lebih baik saya pergi ambil beg baju kat kereta " Qalisha menepis kasar jari Rayyan dan terus melangkah pergi . Senyumam dibibir Rayyan langsung tak pudar malah semakin nakal . Adalah tu akal nak mengusik Qalisha . Aduhai !

" Sayangggggg " Meleret manja Rayyan memanggil Qalisha berkali - kali sambil kakinya melangkah ke arah luar rumah . Tak pernah berubah Rayyan ni .



































i'm sorry .
please support novel ni okey ? vote and comment lah klau korang rasa nak . share dengan kwn ii tau novel ni , ajak satu kampung bce HAHAHAHAH . adios !

Continue Reading

You'll Also Like

32.3K 1K 53
Aryan Levine X Nelydia Sofea * 𝑂𝑟𝑖𝑔𝑖𝑛𝑎𝑙𝑙𝑦 𝑀𝑎𝑑𝑒 𝐵𝑦 𝑇ℎ𝑒𝐼𝑟𝑑𝑦𝑛𝑎 * Start : September Finish : November 55966 words | 52 chapters...
260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.1M 39.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
12.7K 264 100
"Tuan Ash, saya nak kahwin dengan tuan Ash!" "Kau boleh terima apa kekurangan aku? Kau boleh terima adik aku sebagai adik ipar kau?" "Saya terima Tua...