Bukan Pilihan Hati

By NurulHuda015

460K 13K 667

[COMPLETED] Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia... More

Prolog
Bab2
Bab3
Bab4
Bab5
Bab6
Bab7
Bab8
Bab9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab14
Bab15
Bab16
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
Bab24
Bab25
Bab26
Bab27
Bab28
Bab29
Bab30
Bab31
Bab32
Bab33
Bab34
Bab35
Bab36
Bab37
Bab38
Bab39
Bab40
Epilog
KTH

Bab1

16.1K 408 6
By NurulHuda015



Encik Karim mengenggam tangan anak daranya.Mereka berdua melangkah masuk ke kawasan pagar rumah mewah itu.

Mulut Syifa ternganga memandang rumah yang tersergam indah dihadapannya.Tangannya yang berada di genggaman papanya dilepaskan.

"Syifa, behave.."kata Encik Karim.Syifa memandang papanya sebelum,

"Sorry papa.."luah Syifa.Encik Karim tersenyum lalu menggosok kepala Syifa yang dibaluti oleh sehelai tudung bawal bewarna putih.

Mata bundar Syifa merenung ke arah luar kawasan rumah itu.

"Assalamualaikum!"loceng ditekan berkali-kali.

"Waalaikumussalam, haa dah sampai meh masuk sini."ajak Dato Fadli.Mereka berdua berjabat tangan.

"Cantiknya anak dara kau ni, nama apa umur berapa?"Syifa tersenyum malu.Pipinya yang putih bertukar warna kemerah-merahan.

"Nama saya Qamira Nur Syifa."kata Syifa menunduk hormat.Dato Fadli tersenyum.

"Umur saya tiga belas tahun.."

"Alahai lembutnya, jom masuk.Uncle pun ada anak sebaya dengan Syifa."kata Dato Fadli.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah itu.Mata Syifa menangkap dua orang budak lelaki sedang bermain games bola di televisyen yang sungguh besar! Matanya membulat.

"Cantiknya,"Syifa memandang seorang wanita yang menghampirinya dengan susu kotak ditangan.

"Ni lah Syifa? Anak kau ya?"soal Datin Faida.Encik Karim mengangguk.

"Ni la satu-satunya hati aku lepas arwah pergi."Mata Syifa tidak lepas memandang televisyen.

"Nah susu, pergi la main dengan diaorang dekat sana."arah Datin Faida.

"Terima kasih, aunty."Syifa menunduk hormat sebelum berjalan perlahan-lahan ke arah dua orang budak lelaki itu.

"Boys, ada girlfriend tu."jerit Datin Faida.Dua pasang mata yang dari tadi khusyuk memandang games terus bertukar arah memandang dia.Syifa tersengih malu.

"Hai.."

"Ni siapa pulak ni?"bentak budak lelaki itu lalu melempar remote.

"Saya Syifa, anak uncle Karim."

"Whatever, aku tak kenal la siapa bapak kau sekali pun."kata budak itu.

Wajah Syifa yang tadi ceria sudah bertukar muram.

"Apa abang ni cakap macam tu, kesian dia."si adik menampar bahu abangnya.

"Dah lah, malas aku nak layan!"dia berdiri lalu melangkah naik ke atas.

"Sorry Syifa, abang saya memang macam tu dengan perempuan."Syifa hanya tersenyum.

"Nama saya, Rafi Shameed."tangan diangkat untuk berjabat tangan.

"Err kita tak boleh salam."kata Syifa perlahan.Rafi tersengih malu.

Alahai tangan masa ni la kau nak naik.

"Awak tingkatan berapa?"soal Rafi.Syifa tersenyum.

"Saya tingkatan satu.."

"Eh kita sama, jom teman saya buat homework nak?"soal Rafi.Syifa mengangguk laju.

  Nekmah memandang mereka yang sedang berkumpul.Matanya melekat kepada Nadhir yang dari tadi menjeling tajam anak dara orang.

  "Nadhir, kenapa tengok anak dara orang macam tu.."kata Nekmah perlahan.Semua mata tertumpu ke arah Nadhir.

  "Mana ada."tipu Nadhir.Datin Faida tersengih.Dia mencuit bahu suaminya lalu mulut dimuncungkan ke arah Nadhir.Dato Fadli tersenyum penuh makna.

"Syifa dah kenal Nadhir?"soal Nekmah.Syifa menggeleng kepala.Nadhir terus memandang Syifa tajam.

"Nadhir?"seru Nekmah.Nadhir mendengus kuat.

"Nadhir."balas Nadhir.

"Nadhir, cuba bagitahu nama penuh elok-elok.Macam tu ke jawab bila cikgu tanya dekat sekolah?"soal Datin Faida.Nadhir berdecit geram.

"Aku Razky Nadhir, panggil Nadhir je."kata Nadhir.

"Nadhir ni tua setahun dari kamu Syifa."Syifa mengangguk faham.

"Ni makan Lunch dekat sini nak?"soal Nekmah.Syifa mengerling Encik Karim.

"Haha maaflah, kami tak dapat nak lunch sini."

"Anak dara tu nak pergi pesta buku kejap lagi dekat stadium sana."kata Encik Karim.

"Eh, tadi Nadhir cakap nak pergi kesana juga kan?"soal Nekmah.Nadhir mengetap gigi.Geram.

"Haah, cadangnya kita orang pun nak kesana lepas lunch nanti.Kita pergi sama-sama lah ya?"soal Dato Fadli.

"Ha kalau macam tu okey la."kata Encik Karim.



Nadhir mengerling Rafi dan Syifa yang sedang berjalan sebelahnya.Ada ke patut tinggalkan mereka bertiga di stadium ni lepastu ayah dengan papa pergi minum dekat Cafe.

Dah dia pula kena pantau dua orang dekat sebelah ni.Bahagian buku untuk pelajar Tingkatan dua dituju.

"Eh, abang!"Rafi mengejar langkah abang sulungnya.

"Apahal."bentak Nadhir.

"Abang nampak tak bahagian untuk tingkatan satu?"soal Rafi.Ditunjalnya dahi si adik lalu berkata,

"Tu sebelah kau tu, tak nampak ke?"marah Nadhir.

"Abang ni, bekeng lah!"

"Dah la, blah!"ditolak tubuh adiknya.Dahi Syifa berkerut.Kenapa budak Nadhir ni biadap sangat?

"Kenapa abang awak tu?"soal Syifa perlahan.

"Dia memang macam tu, selalu sangat datang bulan!"kata Rafi geram.Syifa tergelak kecil.

"Alamak, jangan gelak cenggitu.Jatuh saya nanti."kata Rafi sambil tangan diletakkan di dada.

"Saya nak pergi bahagian Novel kejap tau."kata Syifa.Rafi mengangguk menghantar pemergian Syifa dengan pandangan.

Novel ditangannya dipusingkan ke bahagian belakang.Sinopsis dibaca dengan khusyuk.Dipandang pula bawah Novel tersebut yang tertulis harga.

"Hm, boleh la ni."dicapai lima buah novel di rak itu.Terus dibawa kedalam pelukannya.

Dia bergerak menuju ke arah bahagian Rafi.Tiba-tiba dia ternampak Nadhir yang memegang banyak buku latihan.

"Banyaknya beli buku.."tegur Syifa.

"Orang kalau nak berjaya datang pesta buku beli buku latihan, bukan macam kau beli novel?"balas Nadhir dengan sinis.

"Biarlah, kita suka novel nak buat macam mana."balas Syifa.

"Dah siap ke?"soal Rafi.Syifa mengangguk.

"Jom bayar."

"Abang, habis berapa?"soal Rafi.

"Rm 25.70 sen."balas Nadhir.

"Owh sama, awak Syifa?"

"Rm 45 ringgit.."kata Syifa.Mata Rafi terbuntang.

"Banyaknya, awak beli apa?"soal Rafi.

"Hm beli novel."Syifa tersengih.

"Lain kali, borong semua novel dekat situ tu.Dah jom pergi dekat ayah."diheret adiknya supaya berjalan bersama dengannya.Syifa mengikut langkah mereka dari belakang.

"Hai anak papa, dah beli semua?"soal Encik Karim.Syifa mengangguk.Duit baki dihulurkan kepada papanya.

"Eh takpa, simpan je."

"Syifa, haus tak?"soal Dato Fadli.Syifa mengangguk.

"Nadhir, pergi belikan air dengan keropok dekat gerai sana.Rafi ikut abang."arah Dato Fadli serta dihulurkan not Rm20.

"Menyusahkan betul la perempuan tu."bebel Nadhir.

"Abang, jangan la marah-marah Syifa tu.Nanti jatuh suka ha macam mana?"kata Rafi.

"Ah mengarut!"

TBC

7 Jun 2021

Continue Reading

You'll Also Like

38.1K 1.4K 55
Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap...
870K 26.1K 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan aka...
472K 13.8K 37
Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar...
1.8M 44.9K 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Ist...