π‡πˆπ’ | ɒᴏᴊᴏᴜ κœ±α΄€α΄›α΄Κ€α΄œ x ʀᴇᴀᴅᴇ...

By vinsmoke-lady

19.1K 1.5K 232

"Cuaca sekarang baik. Lagipun, kat sini tak banyak sumpahan berbanding di Tokyo. DAN YANG PALING PENTING! y/n... More

A/N
- 00
- Your Character
- 01
- 02
- 03
- 04
- 05
- 06
- 07
- 08
- 10
- 11
- 12

- 09

647 87 6
By vinsmoke-lady

[ Day of the merger | Jujutsu High ]



"Semua aman, kita dah masuk barrier jujutsu" Kata Getou.

"Ha syukurlah.." ujar Riko sambil memegang dadanya tanda lega. Tidaklah mereka di buru banyak sumpahan lagi.

Gojou sudah mencebik. "Yeah.. no more babysitting" katanya dengan riak seolah-olah sedang kepenatan. Lagipun, sudah dua hari dia dah aktifkan tenaga sumpahannya, wajar saja dia sudah lelah dalam situasi ini.

y/n pula tergelak kecil sambil memandang si albino. "Mesti kau dah penat kan-"

CUK!

"-satoru..?"

Mata y/n sudah membulat, terkedu dengan tindakan si pendatang itu. Getou dan yang lain juga merasakan hal yang sama.

Mustahil. Disini kan dalam barrier sekolah Jujutsu- jadi macam mana? Bisik hati Getou. Tidak pernah sekalipun ada penceroboh yang dapat masuk ke dalam barrier Jujutsu sebelum ini. Siapa-?

"Aku.. kenal kau ke?" Soal Gojou sambil melihat lelaki yang berada dibelakangnya. Lelaki itu sekadar tersenyum sinis. Sudah lama dia nantikan saat ini, menunggu masa Gojou lalai.

y/n terus membaling pedang darahnya ke arah lelaki itu, namun ia sempat mengelak. "Blood user eh? so ada Kamo clan kat sini.." katanya, memandang y/n dengan penuh sinis.

Tersentak y/n dibuatnya. Pedangnya yang lagi satu digenggam erat, terbit perasaan marah dalam diri. Dia balas pandangan itu dengan tajam. Siapa lelaki ini? monolognya. Tanpa berfikir panjang, y/n mara ke arah lelaki itu dan menghayunkan pedangnya untuk menyerang.

"tch" Lelaki itu berdecit seraya melompat, melepaskan Gojou. Sedang dia di udara, sumpahan milik Getou terus menangkapnya.

"Satoru kau okay?!" Soal y/n cemas. Gojou memberikannya senyuman.

"Don't worry y/n-chan. Dia tak tusuk kat vital point pun"

"tapi-"

"Riko priority kita. Baik korang pergi jumpa master Tengen sekarang"

Gojou memandang y/n dan mengusap kepalanya.

"Biar aku handle dia" katanya lagi.

Y/n mengetapkan bibirnya. Terus saja dia memandang Getou dan mengangguk, memberikan signal untuk pergi. "Satoru- alert" katanya sebelum berangkat pergi.

"Come on lah y/n-chan. Ini Gojou Satoru"

"y/n jom" Panggil Getou.

Y/n melihat Gojou seketika sebelum beralih memandang Getou. Keduanya kemudian pergi dari perkarangan Jujutsu High bersama Riko dan Kuroi. Laju saja mereka pergi meninggalkan Gojou. Betul apa yang Gojou katakan, Riko adalah keutamaan mereka sekarang. Kalau Riko diculik, misi mereka akan gagal.

Lif untuk ke ruangan bawah tanah mereka gunakan. Mata Getou melirik ke arah y/n. Sudah jelas terpapar bahawa dia sedang risau dan cemas. "Y/n" Panggilnya.

Bahu y/n dipegang seolah-olah ia diberitahu bahawa semuanya akan aman. Mata y/n jatuh memandang lantai. "Maaf." katanya ringkas dan Getou mengangguk faham.

"Cik Riko, sampai disini saja saya boleh temankan" Kata Kuroi sebaik sahaja mereka sampai diruangan tersebut.

"Cik Riko, tolong jaga di-"

"Kuroi! saya sayangkan awak!" Kata Riko lalu memeluk Kuroi seerat-eratnya. Tangisannya juga sudah keluar dari tubir mata.

Getou dan y/n melihat mereka berdua dari jauh.

"Y/n... kau nangis?"

"Diam"

Setelah Kuroi pergi, Getou dan y/n membawa Riko ke tempat dimana Master Tengen berada.

"Ini ke..?" Soal Riko sambil memandang sekitarnya.

"Kita cuma kat luar, master Tengen ada di dalam" Terang y/n sambil memandang sebuah pokok yang begitu besar dihadapan mereka.

"Turun bawah dan lalu pagar disana. Kemudian, jalan terus ke kawasan pokok besar tu. Kat sana ada barrier, hanya orang yang diizinkan je boleh masuk" Kata Getou.

"..."

"...atau kau boleh balik rumah dengan Kuroi" sambungnya lagi.

"A-apedia?" Soal Riko, terkejut.

Y/n sudah tersenyum kecil. "Kitaorang bertiga ada bincang sebelum jumpa kau. Satoru kata kalau budak star plasma vessel tu taknak bersatu dengan master Tengen..."



FLASHBACK

"..then kita stop teruskan misi ni" Kata Gojou.

Muncul terus urat dikepala y/n.

"kau yakin ke? mungkin kita akan berlawan dengan master Tengen nanti" balas Getou, memandang kawan albinonya itu dengan riak selamba, seolah-olah sudah tahu bahawa dia akan berbuat sedemikian.

Gojou pula sudah tersenyum sinis. "Ape? Kau takut?"

"Kalau itu pilihan dia, semuanya salah kau" kata y/n lalu menumbuk kepala Gojou.

"argh! heh don't worry, semuanya akan okay"


END FLASHBACK


"Kami kuat. Apa saja pilihan yang kau pilih, kitaorang janji akan lindungi masa depan kau" celah Getou.

Mata Riko mula berkaca.

"Sejak aku lahir, aku selalu dengar yang aku ni istimewa dan berbeza dari orang lain. Menjadi istimewa dah jadi normal buat aku.. Aku selalu elak benda-benda bahaya dan hidup sehingga sekarang. Aku tak ingat sangat pasal kematian ibu dan ayah aku..."

"Aku tak sedih atau sunyi lagi- sebab tula dengan bersatu ni aku fikir semuanya akan okay- tinggalkan semua orang.. Tak kesahlah betapa sakitnya sekarang, aku percaya satu hari nanti kesedihan ni... dan kesunyian ni akan hilang.."

y/n dan Getou hanya diam mendengar kata-kata Riko.

"Tapi sekarang! Aku nak bersama dengan semua orang!" Tangisnya. "Ada banyak tempat lagi yang aku nak pergi! Dengan Kuroi dan semua orang!" Katanya lagi sambil nangis teresak-esak.

"Riko.." panggil y/n dengan nada yang lembut, sambil itu tangannya dihulurkan kehadapan.

"Jom balik dan jumpa Kuroi" sambung Getou.

"Ya-"





"Riko..?" Kata y/n sambil melihat badan Riko yang sudah terbaring kaku di atas tanah.

"All right, good show. Sekarang, masa untuk tamatkan semua ni" timbul satu suara baru membuatkan kedua y/n dan Getou tersentak.

"Kenapa? Macam mana kau boleh ada kat sini..?" Soal Getou, terkejut dengan keberadaan lelaki itu. Ya, si penceroboh yang menusuk Gojou tadi.

Kalau dia ada disini, jadi Satoru-

"Ah? Oh ya- aku dah bunuh Gojou Satoru" katanya selamba.




TBC

@edited
kadang aku bengong tafsirkan manga tu jadi maafsimida.

Continue Reading

You'll Also Like

1K 295 40
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."
398K 57.4K 63
[CHAPTER MASIH LENGKAP] "Work for me, be my only pleasure slave." Kisah si anak gereja, Elise Leonie yang ditarik masuk ke dalam lembah dosa oleh seo...
8.8K 1K 53
Annyeonghaseyo yeorobun❗❗ Are you Treasure Maker? Cari story pasal our Kim Junkyu but in Malay Fiction? So cerita ni adalah untuk korang!! (Fun fact...
6.1K 601 9
Taufan: Weh,Hali. Halilintar: Apa? Taufan: Kau perasan tak? Sejak kita ada kembar baru ni,Gempa dah kurang spend masa dengan kita? Halilintar: Tak ad...