Pengganti Cinta โœ“

By shazandrah

379K 19.8K 1.2K

[ ๐“›๐“ธ๐“ฟ๐“ฎ ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama se... More

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
bab 58
bab 59
bab 60
bab 61
bab 62
bab 63
bab 64
bab 65
bab 66
bab 67
bab 68
bab 69
bab 70
bab 71
epilog
qyue's talk
special chapter 1
special chapter 2
special chapter 3
special chapter 4
Emran & Katrina

bab 41

4.8K 267 4
By shazandrah

Cinta Yang Tak Terganti

HARITH NUFAEL melangkah masuk ke dalam bangunan gah yang terbina di tengah kota raya itu . Sesampai di lif VVIP , dia terus menekan butang . Tidak dihiraukan mata - mata yang memandangnya pelik .

Suka hati aku lah nak naik lif mana pun . Pemilik bangunan ini sahabat aku okay ! Sibuk aje . Harith menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah dengan orang zaman sekarang yang suka ambil tahu hal orang lain walaupun tak ada kena mengena dengan mereka .

Jaga kain sendiri aje lah ! Kain sendiri pun dah rabak sibuk lagi jaga  kain orang .

Dia masuk ke dalam kotak lif dan menekan button untuk naik ke atas .

Ting ! Bunyi ringkas itu menandakan dia sudah sampai ke tingkat yang ditujunya . Dia melangkah keluar dari perut lif . Kakinya melangkah ke arah meja setiausaha CEO syarikat ini .

Permukaan meja diketuk menyedarkan wanita yang ralit memerhatikan wajahnya di cermin . Wanita itu terus mengangkat wajahnya . Bibirnya mula menyunging senyuman .

" Ya , ada apa ? " Tanya wanita itu . Dia mula berdiri . Mungkin itu tanda hormatnya pada lelaki tak dikenalinya ini .

" Boss kau ada kat dalam ? " Tanya Harith tanpa melihat wanita itu . Dia akui wanita  itu cantik , ayu bertudung . Namun pakaian wanita itu yang membuatkan dia tidak melihat wanita itu . Seperti nangka yang berbalut dengan kertas nipus saja layaknya . Terlampau ketat sampai dapat lihat dengan jelas bentuk badan dan bentuk yang dapat menggetarkan nafsu kaum adam .

Tapi tidak baginya . Imam nya masih kuat dan dihatinya sudah ada seseorang . Itu yang membuatkan dia langsung tidak berminat dengan perempuan lain . Cukup lah tunangnya saja berada di hati dan menjadi terakhir dalam hidupnya . Tiada dua mahupun tiga .

" Ada . Encik ini siapa ? Ada buat janji temu ke ? " Tanya wanita itu .

" Aku kawan boss kau . Dan aku dah beritahu dia yang aku datang . Dia suruh aku masuk saja " Jelas Harith kepada wanita itu . Malas mahu dia mendengar banyak pertanyaan dari perempuan ini .

" Okay . Biar saya inform dulu " Tanpa banyak soal terus dia menekan interkorm . Harith dapat melihat dari ekor matanya , Perempuan itu sedang bercakap .

" Boss suruh encik masuk . Silakan " Kata Wanita itu setelah mendapat kata putus dari boss nya . Harith hanya mengangguk dan menonong berjalan tanpa melihat ke belakang kembali .

Wanita itu mula melihat penampilan dirinya dari atas hingga ke bawah . Dahinya mengerut pelik . Tertanya - tanya sedari tadi kenapa lelaki tadi langsung tidak memandangnya .

Tak ada yang salah pun pada pakaiannya . Secelit kotoran pun tak ada . Menggaru kening dia memikirkan itu . Kawan sekerja nya yang perhatikan wanita itu dari tadi mula bersuara .

" Jangan nak buat muka pelik kau sangat lah . Dia tak tengok sebab pakaian kau tu . Menjolok mata sangat . Aku perempuan ni pun sakit mata memandang . Apatah lagi lelaki yang menengoknya " Sembur rakan pejabat nya itu . Kalau tak ditegur tak berubah . Lebih baik dia sebagai umat seagama ini menegurnya . Walaupun dia tak tutup aurat dengan sempurna tapi dia masih memakai pakaian longgar dari badan .

Wanita yang ditegur itu berasap telinganya mendengar . Amboi mulut minah ni aku cili jugak kan . Baru saja dia mahu membalas balik , terdengar bunyi interkom berbunyi . Dia menjeling rakan pejabatnya yang menegur dia tadi .

" Buat kan air . Faster ! " Arah bossnya itu selepas dia menekan button interkom . Tanpa berlengah lagi , dia pergi ke pantry untuk membuat air kepada boss dan tetamu yang berada di dalam bilik itu .

" Asal tetiba je kau datang ni ? " Tanya CEO muda itu .

" Eleh , aku datang pun kau marah ke ? Kata sahabat " Balas harith . Sempat lagi dia menjulingkan matanya ke atas .

" Aku tak marah . Aku bertanya kan . Kau ni pun " Harith hanya buat tak tahu saja .

" Wei , Emran "

" Apa ? " Jawab Emran Iskandar , CEO KM Holdings .

Rupanya pemuda yang dikatakan sahabat Harith itu adalah Emran Iskandar . Kawan baiknya sejak sekolah menengah lagi . CEO ? Sudah lama dia memegang jawatan itu . Selepas saja dia berkahwin dengan Katrina , automatik jawatan Chief Executive Officer menjadi miliknya .

Semakin sibuk dia dengan urusan kerja sampai waktu makan pun tidak menentu . Tapi bagus juga baginya tak payah sakit kan mata tengok perempuan kat rumah . Menyakitkan hati saja .

" Aku nak tanya something ni . Kau dengan si Kat tu macam mana ?  Okay ? "

Emran yang mendengar soalan itu mendengus kasar . Tak suka dirinya bila menceritakan tentang dia dan isterinya yang cuma dianggap hanya isteri atas kertas sahaja .

" Dah tak ada soalan lain ke ? Pasal perempuan itu jugak yang kau nak tanya "

" Dah tu kau nak aku tanya apa ? Dia kan isteri kau , sebahagian dari hidup kau . Takkan aku nak tanya pasal orang lain pulak "

" Bukan isteri sebenar . Cuma atas kertas saja . Aku tak anggaplah dia isteri aku . Menjijikkan saja " Jawab Emran . Mimik muka dibuat geli . Geli pada Katrina , isterinya itu .

Belum sempat Harith menjawab terdengar bunyi ketukan pintu . Emran melaung membenarkan setiausaha nya masuk . Setiausaha yang bernama Linda malangkah masuk dengan membawa dua biji cawan di atas talam .

" Bos " Sapa Linda . Dia meletakkan air itu dulu sebelum dia melangkah kebelakang sikit dan menunduk hormat . Tanpa Emran menyuruh , Linda sudah pergi keluar dari bilik itu .

Setelah pintu tertutup kembali , Harith menyambung kembali percakapannya yang tak sempat di ungkap tadi .

" Kau ni tak baik lah . Dia tu isteri kau tahu tak ? Yang kau kata jijik itu lah yang kau cari nanti " Tergelak kecil Harith di hujung ayat . Entah apa yang kelakar pun dia tak tahu . Mungkin dia sedang membayangkan yang Emran meraih cinta dari Katrina .

" Eeee memang tak lah . Kalau Qalisha tak apa lah jugak . Laut yang berapi pun sanggup aku redah demi cinta aku padanya " Tersengih kecil Emran dengan ayat nya sendiri . Harith pula sudah buat muka .

" Kau jangan Emran . Qalisha tu dah sah jadi isteri orang dah pun . Jangan nak kacau rumah tangga dia . Fikir pasal rumah tangga kau aje " Bebel Harith .

" Kenapa aku tak boleh kacau ? Si Rayyan tu yang rampas Qalisha dari aku . Salah ke aku nak ambil balik Qalisha ? Tak kan " Selamba Emran menjawab . Badannya disandarkan pada kerusi empuk itu . Santai saja gayanya , langsung tak ada rasa bersalah dengan apa yang dilatakan tadi .

" Bagus lah tu Rayyan rampas balik Qalisha dari kau . Dah itu memang hak dia dari dulu lagi . Kau tu aje yang ambil kesempatan dalam kesepitan " Kata Harith pedas . Dia meniru Emran dengan menyadarkan badanya juga plus dia menyilang kan tangannya ke dada . Angkuh sekali gayanya .

Emran bengang dengan ayat Harith . Memerah mukanya menahan marah . Tajam anak matanya menikam wajah sahabatnya ini .

Harith hanya tersenyum sinis sebab dapat memulangkan balik paku kepada Emran . Bukannya dia tak tahu apa yang Emran sudah buat . Tapi kerana persahabatan dia biarkan saja . Tetapi kalau Emran sudah melampau dia sendiri yang akan dedahkan semuanya . Dia sendiri akan beritahu Qalisha kebenaran . Dia sendiri akan mengkhianati Emran . Itu sumpahnya !









































sorry pada yang menunggu update dari saya HAHAHAHHAA . mcm lah ade yang tggu huhu . sedih betul .
saya sibuk sikit sejak kebelakangan ni . sorry tau ii hehe .

enjoy !

Continue Reading

You'll Also Like

427K 21K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
76.9K 8K 46
โ™ก7 Realitiku terlalu indah selepas kehadiranmu Modern Cinderella! *** "One day, Allah akan kirimkan orang yang mampu merawat luka kat hati kau ni. An...
426K 17.1K 69
[ C O M P L E T E D ] โ—Read School : Musical World firstโ— + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story...
109K 10K 84
๏ทฝ ๐น๐‘–๐‘Ÿ๐‘ ๐‘ก ๐ด๐‘๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› ๐‘…๐‘œ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘๐‘’ โ™ก @haniswrite ๐ŸŒ™ also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...