Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

Side Story 3 (Propose)

2.1K 227 22
By arniey11

Mata aku berkeliaran melihat satu keluarga aku yang sedang senyap seribu bahasa ini. Tidak ada satu pun perkataan keluar dari mulut selepas mendengar kata Ian tadi.

Ian yang duduk di sebelah aku pula sudah berpeluh menahan tekanan yang keluarga aku berikan. Dia mesti berasa seperti berhadapan dengan malaikat maut sekarang.

"Okay!" Tiba Cruz berdiri.

"Kau nak pergi mana?" Soal Arshen apabila melihat Cruz tiba-tiba sahaja melangkah pergi.

"Aku nak ambil pisau bedah aku dekat bilik. Biar aku bedah budak tak sedar diri ni!" Cruz menjeling ke arah Ian.

Aku terkejut lalu terus berdiri. Aku mesti hentikan dia. Muka tu dia nampak sangat dia maksudkan.

"Abang nan-"

"Jangan lupa bawa lebih. Aku nak tolong kau," Arshen pula setuju.

"Abang ja-"

"Kalau ada yang pisau yang lebih besar bawa juga. Papa ikut sekali," bapa aku juga.

Apahal pula dengan 3 orang ni!

Nak bunuh Ian ke? Bukannya Ian buat salah ke apa!

Aku melihat ke arah Ian. Muka dia memang seperti mahu pengsan sekarang. Mulutnya tersenyum tetapi nampak penuh dengan ketakutan sekarang.

"Abang stop!" Jerit aku.

Cruz berhenti lalu menoleh ke arah aku. Semua mata melihat aku sekarang.

"Kenapa mesti sampai macam tu sekali? Ian bukannya buat salah pun," ujar aku cuba menenangkan mereka.

Setelah apa yang dikatakan Ian tadi memang membuat keluarga aku seakan orang gila mahu membunuh Ian.

"Tak ada buat salah?" Arshen mengulang kata aku. Pandangannya ditundukkan.

"Rechel," Cruz nula berjalan ke sini kembali.

"Dia datang tanpa diundang dan tiba-tiba kata nak lamar kamu jadi isteri dia," bapa aku pula menyambung.

"Itu salah!" Serentak tiga orang itu.

Aku terkaku di situ. Ini semua bukan salah aku tapi salah Ian. Tidak tahu adakah sekarang masa yang salah katakan semua ini ataupun keluarga ini memang begini.

Ini semua memang bermula dari Ian.

.
.
.

Flashback

Angin sejuk di musim bunga ini mengena diri ini yang sedang berdiri di atas jembatan gantung ini. Udara yang berada di sini memang sungguh segar. Sangat sesuai untuk menghilangkan tekanan.

Mata aku memandang tasik yang sungguh besar di bawah jembatan ini. Airnya jernih dan kelihatan bersinar apabila terkena matahari. Tidak cukup dengan keindahan itu, ditambah lagi dengan hiasan bunga teratai dan angsa yang riang berenang. Memang menenangkan.

Pap!

Tiba seseorang menepuk bahu aku. Aku menoleh ke belakang dan orang itu ialah Ian.

Muka lelaki itu tersenyum melihat. Sejak dia menjadi pianist terkenal ini memang sukar untuk berjumpa dengannya. Kalau ada masa pun mesti sekejap sahaja.

"Lama dah ke tunggu?" Soalnya lalu berdiri di sebelah aku.

"3 hari dah aku tunggu," gurau aku.

Lelaki itu tertawa kecil. Sejujurnya hari ini dia yang kata mahu berjumpa setelah 3 bulan tidak bertemu.

Memang kami berdua selalu berhubung antara satu sama lain tetapi nak bersemuka itu susah sangat. Jadi kalau dapat bertemu memang satu peluanglah.

Awalnya terkejut juga aku mendapat pesanan dari dia mengatakan bahawa dia ada di sini. Selalu dia akan sibuk ke luar negara untuk persembahan dia.

"Kau dekat sini macam mana? Kau kerja apa sekarang?"

"Aku jadi cikgu muzik sekarang. Tapi aku masih lagi buat show," balas aku.

"Cikgu? Sekolah mana?"

"Sekolah mana lagi. Sekolah kita dululah. Sekarang Claire sudah jadi pengetua sekolah. Dia tu sombong betul tak nak layan aku macam dulu," aku teringat akan Claire.

Gadis itu memang sudah banyak berubah sejak dulu. Tapi cara dia layan aku memang kasar. Dengan pelajar sekolah lain boleh pula dia lembut. Nasib sahaja aku masih anggap dia kawan. Kalau aku tak kawan dia mesti dia keseorangan.

"Claire dari dulu macam tu," tambah Ian.

Aku tertawa. Kalau Claire ada sini rasanya sudah kena ketuk kepala kami berdua.

"So, apa tujuan kau panggil aku sini?" Aku memandang lelaki itu.

"Saja, nak jumpa kau."

"Ian, aku tahu kalau kau ajak aku jumpa sini mesti ada sebab. Mustahil tak ada," aku menekan kata aku.

Curiga aku dengan perlakuan Ian sekarang. Dia seakan ada menyorokkan sesuatu dari aku.

"Sunyi tak hidup kau sekarang?" Tiba dia menyoal.

Apahal pula lelaki ni? Tiba nak jumpa aku tanya benda itu. Sakit ke apa?

"Hidup aku tak pernah sunyi dengan keluarga aku macam tu," balas aku.

Susah mahu akta hidup aku sunyi macam dulu. Sejak aku berbaik dengan keluarga aku macam-macan sudah berlaku. Hari aku memang tak pernah sunyi dengan kerenah keluarga aku itu.

"Tapi aku sunyi," Ian memansang tasik bawah jembatan ini.

"Itu masalah kau, bukan masalah aku," selama aku menjawab.

Ian tersentak tetapi mulutnya masih tetap tersenyum. Lelaki ini kalau nak cakap sesuatu mesti ada berbunga dulu ke. Cakap jer lah terus!

"Kau tahu, ibu aku suruh aku kahwin cepat."

"So?"

Lelaki mula menoleh ke arah aku yang menyandar di balik pagar jembatan ini.

"So, kau nak tak kahwin dengan aku?"

"Hah! Kahwin?" Aku terkejut.

Pandangan aku ditujukan ke arah lelaki itu. Biar betul Ian ni. Salah makan ubat ke apa?

"Kita berdua kahwin?" Aku menyoal lagi. Susah mahu percaya.

"Yes! Kau dah jadi girlfriend aku hampir 10 tahun, so apa kata kita kahwin?"

Wow!

Kali pertama dia dengar lelaki ni anggap aku ini kekasih dia. Setelah 10 tahun setuju kasih kekasih dia tak pernah sekali aku lihat dia layan aku seperti orang lain.

Dia layan aku seakan kawan sahaja. Aku memang tidak kisah sebab aku lebih selesa begitu. Tetapi bila sampai tahap begini buat aku sedikit kagum dengan Ian.

"Kau ajak aku kahwin macam kau ajak aku lepak jer."

"Dah tu kau nak macam mana. Nak aku sediakan dewan, lepas tu jemput kau dengan kereta mahal, red carpet depan pintu masuk, dan melutut kata please marry me. Kau nak ke?"

Okay, aku tarik balik kata aku. Lebih baik begini daripada aku dapat malu begitu. Difikirkan balik cara beginu cepat dan jimat duit.

"Mana-mana kau lah," aku mula pasrah.

"Jadi kau nak tak?"

Aku memejamkan mata aku seketika. Memikirkan akan hal itu. Atau lebih tepat aku memikirkan keselamatan Ian lepas ini.

Tidak tahu dia sudah berdia atau tidak berjumpa dengan malaikat maut dekat rumah aku itu.

"Boleh! Tapi kau mesti bersedia berjumpa dengan malaikat maut nanti," balas aku sambil tersenyum.

End of flashback

.
.
.

Jadi begitulah bagaimana semua ini terjadi. Tadi depan rumah aku bukan main semangat Ian nak beritahu keluarga aku tapi bila dah masuk dan jadi begini, dia sudah seperti arnab yang menyorok dari haiwan buas.

"Dengar Rechel, abang tak akan benarkan dia kahwin dengan Rechel. Rechel masih kecil dan tak boleh kahwin," Arshen bertegas.

Mana yang kecilnya. Aku sudah 28 tahunlah. Sudah tamat belajar dan ada kerja lagi tu. Kalau aku nak hidup seorang pun sudah dapat rasanya.

"Betul tu, Rechel. Kamu masih terlalu awal untuk kahwin," tambah Cruz pula.

"Papa kahwin umur 28 okay jer," aku melihat ke arah bapa aku. Semua mata memandang bapa aku.

Abang aku seakan memberi isyarat pada bapa aku untuk menolak pernyataan tadi. Tapi maaf aku sudah tahu segalanya.

Aku tahu dia kahwin pada umur 28 dengan ibu aku. Dia tidak boleh tipu sebab aku sudah tanya pada Mary.

"Itu kita ketepikan dahulu. Papa tahu kamu nak kahwin dengan dia, tapi kenapa mesti dia?" Sudah mula bersuara ketua keluarga ini.

"Yes, kenapa mesti dia? Kamu mesti cari yang lebih bagus," Cruz menyokong.

Mamang tak nak aku kahwin betul keluarga ni. Semua mesti nak disoalkan ke?

"Kalau macam tu, apa type husband yang korang nak Rechel ada?"

Mereka mula terdiam. Mata mereka saling memandang. Nampak sangat tidak bersedia nak jawab.

"Kami nak yang pandai."

Check! Ian ada.

"Yang berpengaruh."

Check! Sama ada.

"Yang ada kerjaya tetap."

Okay, check!

"Yang dah kenal kamu lama."

Aku terduduk di sofa kembali. Aku dan Ian saling memandang. Memang pasrah betul perasaan aku sekarang.

"Seriously, itu semua ada dekat Ian. Mana pula yang tak sesuai dengan Rechel!" Geram aku dengan keluarga ini.

Rasanya mereka tahu bahawa aku dan Ian sudah kenal lama. Ian juga ada kerja tetap, berpengaruh besar dalam dunia muzik dan sangat pandai sampai digelar pemuzik pintar.

Sudah macam manusia sempurna dah tu. Apa lagi yang keluarga ni nak?

"Tapi dia tak cukup sempurna untuk kamu."

"Abang, Rechel dengar kakak Clarissa merajuk sebab abang lupa anniversary korang. Pelupa juga abangnya," aku memerli dia.

Lelaki itu tersentak lalu terus senyap. Kalau aku tak sebut tentang kakak ipar aku itu mesti dia akan semakin menentang aku.

"Abang pula, jangan lupa Rechel tak tahu yang abang pernah hilang data kerja abang sampai Heain marah. Tak sangka abang cuai juga ya," aku tersenyum ke arah Arshen.

Lelaki itu turut tersentak dan terus senyap. Nak lawan aku apa lagi. Aku tahu segalanya kerana Heain dan aku sudah seperti kawan sejati untuk membawang belakang abang aku ini.

"Papa pula, jangan lupa papa pernah terpijak bunga kesukaan Rechel dulu ya," lelaki itu tersentak.

Ambik tu! Sekarang aku bongkarkan kelemahan keluarga aku yang dikatakan sempurna oleh orang luar.

"Kesimpulannya, tiada orang perfect dekat dunia ini. Ian ini pun sudah cukup perfect bagi Rechel," puji aku.

Ini iklas dari hati tau. Tak ada berbayar pula. Tak ada makna aku nak minta duit Ian untuk puji dia.

Ketiga ahli keluarga aku tadi mula diam. Semua pandangan mereka menuju ke lantai.

Mengenang kesilapan lalu ke?

"Un-uncle, saya janji saya akan jaga dia dengan baik," Ian nula bersuara.

Lama juga aku tidak dengar suara dia selepas dihentam oleh abang-abang aku tadi.

Pandangan tiga keluarga aku tadi diangkat dan semuanya memandang tajam ke arah Ian. Memang tajam sampai Ian pun boleh rasa takut tu.

"Sebelum tu, Rechel, betul ke keputusan kamu nak kahwin dengan dia?" Bapa aku memandang aku.

Aku mengangguk kepala.

"Apa kamu sudah fikir banyak kali?"

Sekali lagi aku mengangguk kepala.

"Dia tak paksa kamu kahwin dengan dia kan?"

"Papa, Rechel memang nak kahwin dengan dia. Dia tak paksa and Rechel sudah fikir banyak kali hal ni," pasrah aku.

Susah betul dengan keluarga begini. Semua benda kena tanya macam nak kena siasat dengan polis. Bukannya Ian buat salah pun.

"Okay, papa setuju kamu kahwin dengan dia," aku mula tersenyum.

Tidak sangka selepas berdebat mulut dengan tiga orang ini akhirnya aku dapat. Ian juga kelihatan sungguh gembira disebelah aku.

"Papa, apa ni?" Arshen menyoal. Terasa seperti dikhianatikan?

"Arshen, dia pun sudah besar. Tak kan kamu nak suruh dia tak kahwin sampai jadi nenek. Cruz tu pun kahwin umur 29," bapa aku menyebelahi aku.

Akhirnya aku ada pembela. Kalau bapa aku membela aku maka dua orang itu tidak boleh berkata lagi.

"Tapi!" Bapa aku memandang tajam Ian. Apa lagi ni?

"Uncle nak kamu jaga Rechel betul-betul. Jaga dia macam kamu jaga nyawa kamu," tegas bapa aku.

"Baik uncle," balas Ian tersenyum.

"Dan kalau setitis air mata adik aku keluar, siap sedia kepala kau kena pancung dengan aku," amaran kejam keluar dari mulut Arshen.

"Saya janji akan jaga dan bahagiakan dia," tegas Ian.

Aku tersenyum seorang diri di situ. Akhirnya semua ini selesai. Awalnya berniat melamar aku dengan tenang tetapi berakhir dengan satu amaran yang boleh membunuh dia. Untung sahaja diterima.

Hari ini memang hari bersejarah. Keluarga yang sanggat overprotective terhadap aku akhirnya terima untuk melepaskan aku kepada orang yang aku cintai.

Memang kalau boleh aku mahu menulis peristiwa hari ini di dalam buku aku. Aku tidak boleh lupa hari dimana dunia baru aku akan bermula tidak lama lagi.

Dunia baru aku dimana aku akan bergelar isteri kepada Ian Eveniel Ayzel. Dan hari aku akan mempunyai keluarga baharu.

Keluarga yang akan aku pertahankan dan jaga selamanya. Tidak kira aku sakit atau sihat, keluarga adalah perkara utama. Itu janji aku.

The end


Side story terakhir aku. Yay!!!

Tahniah, Rechel dan Ian nak kahwin. Korang tahniahkanlah sekali.

Kahwin jangan lupa jemput tau!

Continue Reading

You'll Also Like

242K 15.8K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
61.2K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...