Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

41

32.5K 2.4K 191
By Lollysnow

"Malam ni Lisa bawa cerita apa untuk baby?" Lily meletak buku dibacanya ke tepi sebaik melihat kelinat Lisa bersama bantal di muka pintu. Senyuman tipis dihadiahkan buat anak itu. Sudah lima malam Lisa menemaninya tidur dan sepanjang itu juga dia terbiasa mendengar segala celoteh dan cerita-cerita si kecil Lisa.

Lisa buat dia lupa apa yang sudah terjadi padanya.

"Lisa tak bawa cerita apa-apa." Lisa senyum tipis seraya melangkah masuh menghampiri Lily di atas katil.

"Lisa nampak sedih?" Soal Lily.

"Lisa tak sedih. Lisa dah besar!" Sungguh-sungguh Lisa menjawab buat Lily kerut dahi.

"Abang Khair ada kat bawah?" Soal Lily sambil mengusap kepala anak kecil itu.

"Tak, mama cakap malam ni abang Khair tidur rumah family dia." Jawab Lisa. Lily angguk dengan senyuman tipis. Tipu kalau dia tidak merindui Khair tapi dia masih belum kuat untuk menatap wajah Khair.

Dia tak sanggup melihat kesedihan Khair setelah semua yang berlaku padanya. Dia tahu Khair ikhlas dengan semuanya tapi jauh disudut hatinya sebagai isteri. Dia rasa gagal.

5 hari dia di rumah itu, dan 5 hari dia tidak keluar daripada bilik itu. Ada satu perasaan buat dia tidak berani dan takut melangkah keluar dari pintu bilik itu. Dia masih trauma.

"Akak," Lisa usap perut Lily. Ikutkan kandungan itu sudah mencecah 5 bulan. Sungguh sekejap masa berlalu dan dalam tempoh itu pelbagai perkara yang berlaku pada dirinya.

"Ya?"

"Malam ni malam terakhir Lisa tidur dengan akak.." Suara Lisa berubah buat Lily kerut dahi tidak mengerti.

"Kenapa? Lisa dah tak nak teman akak?"

Laju Lisa menggeleng kepala, tubir mata kecilnya terasa panas. Lagi-lagi melihat wajah Lily dihadapannya. Dia pasti akan merindui kakak Lilynya.

"Esok Ayah dan Mama akan bercerai. Lisa kena ikut mama.."

"Oh.." Lily hilang kata-kata.

"Lisa tak sedih! Lisa happy! Sebab lepasni... lepasni..." Mata Lisa berkaca memandang Lily.

"Lepasni akak dah tak sakit. Lisa tak nak kak Lily sakit lagi. Lisa nak semua orang bahagia."

"Lisa boleh datang jumpa akak lagi kan?" Pandangan polos Lisa buat Lily tak betah selain menarik anak itu dalam pelukan. Tiada kata terungkap dari mulutnya.

"Lisa nak selalu jaga akak, lepasni Lisa nak minta ayah selalu ambil lisa dengan mama bila cuti sekolah. Boleh lah Lisa jaga akak." Lisa menggumam dengan getaran.

"Boleh.."

•••

Pagi yang hening, keletah Lisa tidak kedengaran buat Lily tertunggu-tunggu seseorang datang ke biliknya menkhabarkan apa yang sedang berlaku. Pagi tadi dia bangun, Lisa sudah tiada disebelahnya.

Rasa sesak berlama dihurung persoalan. Lily seret sliding door sebelum membolos tubuh ke balkoni bilik.

"Lily," Baru sahaja dia ingin mengambil angin, panggilan Puan Sarah buat dia berpaling.

"Aunty.."

"Sorry lambat. Ini breakfast kamu dan susu Aunty letak atas meja ya." Puan Sarah hulur senyum manis. Tiada kekesalan atau kesedihan di riak wajah itu.

"Lisa cakap aunty dan Ayah bercerai harini?" Soal Lily.

"Ya, pukul 10 pagi kami bergerak ke mahkamah." Balas wanita itu. Lily diam sambil dia melangkah ke arah wanita itu. Punggung dilabuh di atas katil.

"Terima kasih sudi jaga Lily sepanjang Lily kat sini. Lily ikhlas dan maafkan apa yang sudah berlaku." Ringkas dan padat kata-kata Lily buat Puan Sarah senyum kelegaan.

"Terima kasih sudi bagi peluang untuk aunty tebus segala silap aunty."

"Baik." Lily menunduk wajah.

"Lily..." Panggilan Aunty Sarah buat Lily kembali mendongak wajahnya.

"Perkahwinan Aunty dengan Ayah Lily dulu betul-betul sebuah kesilapan. Aunty terlalu ikutkan perasaan sebab Ayah Lily cinta pertama Aunty. Mungkin kerana rasa bersalah, Ayah Lily berkahwin dengan Aunty walaupun masa itu perasaan dia sudah sepenuhnya pada Anisah, Ibu Lily."

"Kenapa Aunty cerita semua ni pada Lily?" Soal Lily tiba-tiba.

Puan Sarah senyum seraya melabuhkan punggung di sebelah Lily.

"Aunty tak nak, nanti Lily rasa bersalah. Lily buat keputusan yang betul sayang. Penceraian ni hukuman untuk Aunty sebab Aunty terlalu pentingkan diri dulu."

"Dulu Aunty fikir, Fajir akan cintakan Aunty sama rata dengan cintanya pada Anisah. Tapi Aunty silap. Fajir lebih cintakan Anisah dan dahulukan Anisah dalam semua perkara. Ayah Lily selalu cakap dia akan rasa bersalah dan sedih setiap kali dia bersama Aunty.."

"Dan masa tu Aunty fikir untuk bercerai. Aunty tak cemburu tapi Aunty rasa bersalah pada Anisah."

"Kenapa Aunty tak bercerai dari dulu?"

"Sebab Lisa.. Aunty disahkan mengandung. Dan masa tu Ayah Lily ubah keputusan. Lily kenal ayah Lily lelaki macak mana kan? Walau dia tak cintakan Aunty tapi dia masih ada rasa tanggungjawab dia pada Lisa."

Kata-kata Puan Sarah buat Lily tarik nafas panjang.

"Sekarang Aunty rasa lega.. Lega sangat sebabkan penceraian ni." Setitis air mata Puan Sarah menitis.

"Aunty rasa terperangkap dalam penjara gelap bila Anisah kemalangan dan meninggal. Aunty rasa semuanya berpunca dari Aunty.. Aunty tak tahu macam mana nak raih kemaafkan dari Lily dan Ayah Lily."

"Sebuah keluarga bahagia dah hilang sebabkan Aunty.. Aunty betul-betul minta maaf Lily."

"Bila Lily cakap, Lily akan maafkan dan ikhlaskan semuanya dengan penceraian. Aunty rasa satu beban sengsara di bahu Aunty telah hilang.. Terima kasih Lily.."

"Terima kasih.."

"Sama-sama." Lily tarik Puan Sarah lantas dipeluk melepas segala beban dipikul wanita itu selama ini.

Dan petangnya Lily hanya mampu menghantar kelibat Puan Sarah, Erma dan Lisa dari pandangan jauh. Satu demi satu barangan dibawa keluar, Khair turut ada bersama membantu.

Ayahnya pula banyak meluang masa bersama Lisa. Setiap keletah dan senyuman Lisa kelihatan ikhlas dengan penceraian ibu bapanya. Hanya Lily seorang yang mampu melihat air mata dan mendengar tangisan anak kecil itu semalam.

"Terima kasi Khair." Puan Sarah menepuk bahu Khair yang usai meletak barang terakhir mereka ke dalam bonet kereta.

Kereta itu dibeli Fajir hadiah untuknya, kerana kesukaran Sarah untuk bawa Lisa ke klinik dahulu. Kereta lama Sarah iaitu kereta bekas suaminya kerap rosak, dan akhirnga mereka sudah penat menanggung kos baiki. Pada masa yang sama, Lisa kerap jatuh sakit dahulu buat Fajir mengambil keputusam membeli kereta baru buat wanita itu sebagai hadiah.

Ianya mungkin tidak adil bagi Anisah yang masih mengguna kereta lama. Tapi Fajir sudah membeli 3 buah kereta dirumah itu dan Anisah bebas untuk menggunakan mana-mana kereta yang dia mahu. Ditambah lagi, Lily yang sudah mempunyai kereta sendiri. Sebabkan itu Fajir buat keputusan membeli kereta buat Sarah memandangkan wanita itu lebih memerlukan.

"Sama-sama. Semoga Aunty selesa kat tempat baru." Balas Khair sopan.

"Insya Allah." Puan Sarah berpaling melihat Lisa yang melompat turun dari dukungan ayahnya.

"Lisa tak sabar nak duduk rumah baru!! Yeay!!" Lisa jerit teruja buat Lily di balkoni tersenyum tipis.

"Ya sabar lah budak kecil!" Erma jenggil mata pada adiknya.

"Dan Lisa tak nak sebilik dengan Kak Erma!" Lisa juih bibir pada kakaknya.

"Ya ya, nanti kita kemas rumah sama-sama." Puan Sarah tergelak kecil sambil dia mengusap kepala anaknya.

"Aunty nak Khair tolong?" Soal Khair.

"Eh tak apa Khair. Aunty dah tengok rumah tu dengan Erma. Tak banyak pun nak kena kemas."

"Okay Aunty." Khair balas senyuman.

"Jaga Lisa. Kalau ada apa-apa masalah awak boleh beritahu saya atau Khair. Insya Allah kami bantu setakat yang mampu." Kata-kata Encik Fajir buat Puan Sarah hulur senyum ikhlas.

"Awak dah banyak tolong saya Fajir. Terima kasih untuk semuanya. Halalkan makan minum saya."

"Ya.." Mata Encik Fajir jatuh memandang Lisa yang mendongak memandang mereka.

"Ayah nanti selalu datang ambil Lisa tau. Lisa nak jaga kak Lily!" Lisa senyum lebar seraya berpaling ke arah balkoni bilik Lily.

Dan serentak itu Lily tersentak melihat Khair yang turut berpaling ke atas memandangnya. Pandangan mereka bersatu sebelum Lily terlebih dahulu berpaling dan masuk ke dalam biliknya. Khair senyum tipis.

"Nanti kalau Lisa nak jumpa Kak Lily, Lisa call je abang ya?" Khair dukung Lisa dengan senyuman mekar. Walaupun dalam beberapa detik dia melihat susuk isterinya. Cukup buat dia rasa bahagia tak mampu terungkap oleh kata.

Continue Reading

You'll Also Like

825K 33.2K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
609K 21.7K 41
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...