BOS A.K.A SUAMIKU

By Misshusna006

1.6M 52.1K 3.1K

Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga mening... More

BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
BAB 1 - BOS AJAK KAHWIN!
BAB 2 - JUMPA BAKAL MERTUA!
BAB 3 - BALIK KAMPUNG!
BAB 4 - ALAMAK, TERPEGANG LENGAN DIA!
BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!
BAB 6 - TERPELUK ORANG LAIN!
BAB 7 - BALAS DENDAM!
BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!
BAB 9 - TERSEREMPAK DENGAN GADIS MISTERI!
BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!
BAB 11 - AKHIRNYA, HARI PERKAHWINAN!
BAB 12 - PELIK!
BAB 13 - MALAM PERTAMA!
BAB 14 - KISAH CIUMAN PERTAMA!
BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!
BAB 16 - MISI GAGAL!
BAB 17 - BULI!
BAB 18 - GOSIP BUDAK OFFICE!
BAB 19 - LEHA COUPON!
BAB 20 - BULAN MADU!
BAB 21 - CUAI!
BAB 22 - TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG!
BAB 23 - ISI TERUNG?
BAB 24 - TRAUMA DENGAN TERUNG!
BAB 25 - CEMBURU?
BAB 26 - TER'SWEET DALAM BILIK PHOTOSTAT!
BAB 27 - SUKA BABY TAK?
BAB 28 - JATUH CINTA!
BAB 29 - EGO?
BAB 30 - KACAU DAUN!
BAB 31 - TEMUJANJI DENGAN ABANG!
BAB 32 - PERVERT!
BAB 33 - NEXT TIME, JANGAN GODA ABANG!
BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!
BAB 35 - MENYAMAR JADI TEMAN LELAKI!
BAB 36 - LUAHAN HATI!
BAB 37 - BE GENTLE!
BAB 38 - I'M YOUR'S!
BAB 39 - AI SHI TERU!
BAB 40 - I'M YOUR PRESENT!
BAB 41 - RAHSIA TERBONGKAR!
BAB 42 - PREGNANT!
BAB 43 - PENDARAHAN!
BAB 44 - JANGAN TERSEREMPAK LAGI!
BAB 45 - MASCOT!
BAB 46 - TERSEREMPAK LAGI!
BAB 47 - COSPLAY!
BAB 48 - BUKA PINTU HATI!
BAB 49 - GENTLEMAN!
BAB 50 - KETAHUAN!
BAB 51 - THE WIFE IS ALWAYS RIGHT!
BAB 52 - PERTEMUAN, MAKAN MALAM!
BAB 53 - BABY IS COMING!
BAB 54 - AQIL ZAYAAN BIN AFIQ KHAIRUL!
BAB 55 - DIA KEMBALI!
BAB 56 - MEMORI!
BAB 57 - SABAH?
BAB 58 - SEKALI LAFAZ, ALHAMDULILLAH!
BAB 59 - I MISS HER!
BAB 60 - PUJAAN HATI!
BAB 61 - MANGGA?
BAB 63 - I LOVE YOU!
EXTRA I - MAHU TAPI MALU!
EXTRA II - BIDADARI! (END)

BAB 62 - BATAS KESABARAN!

15.6K 516 84
By Misshusna006

          Selepas mendapat kebenaran daripada pihak Sofea, Afiq khairul menyediakan peguam yang terbaik untuk kes Sofea.  Manakala, Ilham Hakimi pula mengupah penyiasat peribadi yang handal untuk mencari lokasi lelaki bangsat tu.

          Tetapi, semuanya dilakukan secara 'privacy and confidentiality' sahaja.

          Disebabkan keadaan Sofea yang masih trauma, mereka faham dengan situasinya sekarang ni

          Hanya beberapa orang saja yang tahu situasi sebenar yang berlaku kepada Sofea tempoh hari tu.  Selebihnya, perkara tu dirahsiakan.  Orang lain hanya tahu yang butik Sofea dimasuki pencuri sahaja!

          Berpandukan pada CCTV di pintu masuk butik Sofea tempoh hari, mereka dapat kenal pasti lelaki bangsat tersebut! 

          Rupa-rupanya, lelaki tersebut adalah bekas pekerja di sebuah kedai runcit yang tidak jauh dari butik Sofea tu.  Selain itu juga, lelaki bangsat tu seorang pengedar dan penagih dadah.  Selama ini, lelaki tersebut menyimpan perasaan kepada Sofea.  Namun, Sofea pernah menolaknya secara baik.  Disebabkan hilang kewarasan diri, dendam kerana cintanya ditolak... Dia 'serang' Sofea.  

          Nasib baik Pak Samad datang awal ketika kejadian tu berlaku!

          Ketika lokasi lelaki bangsat tu dapat dikenal pasti.  Afiq Khairul, Ilham Hakimi dan Amin ikut serta bersama-sama dengan pegawai polis untuk menyerbu tempat tersebut.  Di sebuah bangunan kosong dalam kawasan perindutrian.  Lokasi hotspot untuk penagih dadah!

          Tetapi...

          Lelaki bangsat tu berjaya melarikan diri bersama-sama dengan penagih dadah yang lain.  Pada mulanya Afiq Khairul, Ilham Hakimi, Amin hanya ingin jadi pemerhati saja.  Tapi, disebabkan lelaki bangsat tu cuba melepaskan diri... Mereka bertiga serta pegawai polis terpaksa berpecah dan meredah semak samun, bangunan kosong demi menangkap lelaki bangsat tersebut.

          Tumpuan Amin hanya kepada susuk tubuh lelaki yang berlari di hadapannya sekarang ni.  Lelaki yang menyebabkan Sofea trauma dan menghilangkan diri selama 2 tahun!

          Ketika lelaki bangsat tersebut berlari ke satu selekoh, dia berhenti.  Tembok batu-bata yang tinggi itu menghalangnya dari terus melarikan diri.  Dia menoleh dan melihat Afiq Khairul dan Amin, orang yang dapat mengejarnya ketika ini.

          "Kau tidak boleh larikan diri lagi.  Lebih baik serah diri," kata Amin dengan nada yang tenang saja.

          Lelaki bangsat tu tidak takut dengan kata-kata Amin.  Malah, dia keluarkan pisau lipat daripada poket seluarnya.  

          "Puih! Kau tangan kosong, kau boleh buat apa?" Angkuh lelaki bangsat tu sambil meludah ke atas lantai simen.

          Amin mengeluh.

          "Abang Afiq tengok je, let me handle this," arah Amin sambil menoleh melihat Afiq Khairul.

          Afiq Khairul tersenyum.  Dia anggukkan kepalanya saja.  Yakin yang Amin mampu tundukkan lelaki bangsat tu.

          Amin melangkah tanpa rasa takut.

          Lelaki bangsat tu mula membuka langkah dengan mengacukan pisau tersebut kepada Amin.

          "Salah di sisi undang-undang jikalau mencederakan seseorang.  Melainkan atas sebab mempertahankan diri..." kata Amin sambil maju selangkah demi selangkah.

          Lelaki bangsat tu bertambah marah apabila melihatkan Amin seolah-olah memandang rendah ke atas dirinya.  Hatinya bertambah sakit apabila melihat lelaki di belakang Amin tu hanya tersenyum sinis melihatnya!

          "Kau pergi mampuslah!" Bagai hilang kewarasan fikiran, lelaki bangsat tu menghayunkan pisau tersebut ke arah Amin.

          Amin tidak mengelak.

          Torehan pisau tersebut terkena pada lengan Amin.  Namun begitu, hanya dahi Amin yang berkerut.

          Lelaki bangsat tu terkejut apabila Amin tidak mengelak serangannya.

          "Kau bodohlah! Kenapa tidak mengelak? Kau memang nak mati ke?! Kau mati sekarang!" Amarah lelaki bangsat tu lalu menghayunkan pisau tersebut ke perut Amin.

          "Amin! Jaga-jaga!" jerit Ilham Hakimi yang tiba-tiba muncul.  Dia terkejut apabila nampak lelaki bangsat tu ingin menikam perut Amin.

          Dengan gerakan yang laju, Amin menepis pisau tersebut lalu memegang tangan kanan lelaki bangsat tu.  Kemudian, Amin pulas tangan lelaki bangsat tu dan membawa arah pisau tersebut ke dagu lelaki bangsat tu sendiri.

          "Ahhh!!!" Terdengar jeritan lelaki bangsat tu.

          Tanpa membuang masa, Amin cengkam kolar baju lalu menampar muka lelaki bangsat tu berkali-kali.  Kemudian, menumbuk perut lelaki bangsat tu sehingga lelaki tu merayu dan meminta ampun!

          Torehan, tamparan dan tumbukan yang lelaki bangsat ni bagi kat Sofea... Amin membalasnya semula dengan 10 kali ganda kesakitan!

          Pandangan mata Amin masih lagi kelam.  Bagi Amin, keluarganya dan Sofea adalah limit batas kesabarannya.  Sentuh salah satu, dia akan cari sampai ke lubang cacing!

          Amin berdiri dan hanya perhatikan lelaki bangsat tu mengerang kesakitan di atas lantai simen.  Tidak lama lepas tu,  lelaki bangsat tu tidak sedarkan diri.  Pengsan!

          Dengan selamba, Amin keluarkan rokok daripada poket seluarnya.

          Ilham Hakimi menarik nafas lega.  Dia menolak pelawaan Amin apabila Amin menghulurkan sebatang rokok kepadanya.

          "Semenjak pregnant, deria bau Adila sangat kuat.  Dia akan muntah-muntah kalau terhidu bau yang pelik-pelik ni." Itu kata Ilham Hakimi.

          Apabila Amin hulur rokok tersebut kepada adik iparnya, Afiq Khairul gelengkan kepalanya saja.

          "Abang dah stop smoking.  Abang takut anak-anak kena batuk kokol." Itu kata Afiq Khairul.

           Amin tersengih.  Okey, hanya dia yang masih belum berkahwin!

          Afiq Khairul pandang Amin.  Lama...

          "Ini kali pertama abang nampak Amin smoking," ujar Afiq Khairul dengan senyuman nipis.

          Amin tersengih lagi.

          "Kadang-kadang, tak selalu.  Smoking bila stress dan ada perkara yang nak difikirkan je bang Don't tell Leha, dia tak tau Amin smoking.  Kalau Leha tahu, confirm Amin akan dibebel dari pagi sampai ke malam! Dia hanya tahu yang Amin ni abang kembar yang dengar cakap dan budak baik je," beritahu Amin dengan dengan senyuman nipis.

          Walhal, Leha tidak tahu.  Abangnya ni ada dark side juga!

          Afiq Khairul sekadar tersenyum apabila dengar kata-kata Amin tu.  Ilham Hakimi turut perhatikan Amin semula.

          Gerak langkah Amin ketika menangkis serangan lelaki bangsat ni tadi, sangat laju dan nampak smooth je... Macam Amin dah biasa!  

          "Amin tahu seni pertahanan diri?" tanya Ilham Hakimi sambil menendang pisau lipat tersebut daripada tangan lelaki bangsat tu.

          Amin menghembus kepulan asap rokok daripada bibirnya.

          "Silat dan taekwondo.  Amin belajar time kecil together-gether dengan bini Abang Afiq dan bini Abang Kimi.  Sebab minat, Amin belajar kedua-duanya sekali.  Adila lebih memilih taekwondo.  Leha pula berhenti separuh jalan.  Umi suruh stop sebab Leha bantai budak kampung sebelah..," balas Amin sambil tergelak.

          Afiq Khairul ketawa.  Dia gelengkan kepalanya.  Pasrah.  Tidak dapat dinafikan, isterinya memang brutal!

          Ilham Hakimi tergelak sama.  Patutlah Amin nampak tenang saja apabila berdepan dengan situasi cemas tadi tu!

          Amin mencangkung semula dan memeriksa poket lelaki bangsat tu.  Mencari handphone.  Gambar Sofea ada di dalam handphone tersebut!

          Afiq Khairul, Ilham Hakimi dan Amin hanya berdiri di situ sehinggalah pegawai polis jumpa lokasi mereka bertiga ni.

۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku menarik nafas lega.  Syukurlah!

          Berkenaan dengan gambar yang lelaki bangsat tu gunakan untuk ugut dan senyapkan Sofea, gambar tu hanya pembohongan semata-mata saja.  Ketika kejadian tersebut, suasana dalam butik tu gelap gelita.  Pencahayaan dari kamera handphone lelaki bangsat tu pula tidak bagus.  Jadi, gambar yang ditangkap hanyalah gambar yang gelap sahaja.

          Nasib baik! 

          Hanya disebabkan 'gambar' tu... Sofea jadi takut dan trauma nak jumpa orang ramai!

          Sepanjang sebutan kes berlangsung serta naik turun mahkamah tu, Adila dan aku sentiasa bersama Sofea.  Menemani Sofea sehingalah keputusan mahkamah keluar. 

          Akhirnya, lelaki bangsat tu dijatuhkan hukuman di bawah seksyen ;-


Seksyen 354 Kanun Keseksaan:
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang dengan niat hendak mencabul kehormatan atau mengetahui dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun atau boleh dikenakan denda, atau boleh dikenakan sebat, atau boleh dihukum dengan mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Bagi kesalahan kedua diatas, kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan;

Seksyen 509 Kanun Keseksaan:
Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi atau isyarat yang boleh didengar atau didengar hingga mengganggu kesantunan seseorang itu.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 5 tahun atau boleh dikenakan denda atau boleh dihukum dengan kedua-duanya.


          Ditambah lagi dengan jenayah lain seperti mengedar, memiliki serta menggunakan dadah jenis syabu serta mempunyai niat membunuh semasa cuba melarikan diri tempoh hari tu... Hukuman yang diterima oleh lelaki bangsat tu adalah meringkup di penjara selama bertahun-tahun lamanya.

          Kifarah!

          Aku peluk Sofea.  Syukurlah, kes dah selesai.  Sofea dah bebas daripada rasa takut dan trauma yang dia alami selama hampir 3 tahun lebih ni

          Sofea memeluk tubuhku semula.  Begitu juga dengan Adila.  Kami bertiga berpelukan antara satu sama lain.

          "Terima kasih... Aku tak tahu nak balas jasa kamu macam mana nanti.  Besarnya jasa yang kamu lakukan untuk aku," tangis Sofea dalam pelukan Adila dan aku.

          Aku kesat air mata yang mengalir.  Begitu juga dengan air mata Sofea.  Adila pula dari awal-awal lagi dah menangis.  Dengan perut yang besar tu, dia peluk Sofea erat-erat.  Mungkin disebabkan pembawaan baby, Adila cengeng time pregnant anak pertamanya ni!

          "Don't mention it.  Kau bukan orang lain Sofea.  Dari kecil kita kenal.  Kami dah anggap kau macam keluarga sendiri.  Syukurlah, semuanya dah berakhir..," balas Adila pula.  

          Aku elus belakang Sofea juga.

          "Lepas ni, kau tak perlu takut lagi.  Tak perlu sembunyikan kalau ada sesuatu yang berlaku lagi.  Kami ada untuk kau Sofea.  Jangan hilangkan diri macam sebelum ni... Kalau ada apa-apa, kita buka meja dan bincang sama-sama," tambahku lagi.

          Sofea kesat air matanya.  Dia anggukkan kepalanya perlahan...

          Aku terpandangkan Pak Samad dan Mak Cik Mia.  Aku tersenyum kepada mereka berdua.  Aku tengok Mak Cik Mia turut mengesat air matanya.  Sebenarnya, aku kesian dengan ibu bapa Sofea.  Berkali-kali mereka ucapkan terima kasih kepada kami sebab tolong Sofea.

          Tidak lama lepas tu... 

          Afiq Khairul, Ilham Hakimi dan Amin muncul selepas mereka bersalaman dengan peguam serta pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan kes Sofea ni.

          Buat sedetik waktu, aku tengok Amin pandang Sofea.  Lama.  Lepas tu, aku perhatikan Amin melangkah ke arah Pak Samad dan Mak Cik Mia.

          Apa yang Amin nak buat sekarang ni? Aku kerutkan dahiku sebab curiga dengan perlakuan Amin tu.  Pelik sangat!

          Dengan suara yang jelas dan tanpa ragu-ragu.  Amin berkata ;-


"Pak Cik, mak cik... Cincin ni sebagai tanda yang Amin serius dalam perkara ni.  Sekiranya tiada halangan daripada pihak keluarga perempuan.  Dalam masa terdekat ni, bolehkah pihak keluarga lelaki datang merisik dan melamar Sofea untuk dijadikan sebagai isteri saya?"

          Aku ternganga, begitu juga dengan Adila.  Sofea terus tunduk dan mukanya merona merah...

          Wow, hebatlah! 

          Syabas abangku, keberanianmu patut dicontohi! 

          Aku panjatkan kesyukuran kepada yang Maha-Esa lagi.  Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku... Pasti ada hikmahnya. 


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Aku menanti kepulangan Afiq Khairul dengan penuh sabar.  Selepas dah memastikan Aqil Zayaan dan Aafiyah Humaira tidur, aku ke ruang tamu.  Hari ni, Afiq Khairul balik lewat sikit sebab dia ada perjumpaan dengan client dari luar negara tu.

          Apabila jarum jam menunjukkan pukul 9:12 malam, barulah Afiq Khairul balik sambil memberi salam seperti selalunya.

          "Abang dah balik..," ucap Afiq Khairul dan terus ada riak terkejut daripada raut wajahnya itu.

          Aku tersenyum lebar.  Aku dah jangkakan reaksi Afiq Khairul ni.  Apa tidaknya, sekarang ni aku pakai baju tidur lace yang 'tersangat' seksi!

          Aku hanya pakai cardigan untuk tutup bahagian belakangku yang terdedah tu.  Membiarkan bahagian depan menjadi tatapan Afiq Khairul.  

          Rawr!

          Langkah Afiq Khairul terhenti.  Dia memerhatikan tubuhku dari atas ke bawah... Harap dia tergoda!

          "Hari ni bukan hari lahir abang, bukan juga hari ulang tahun perkahwinan kita..," bisik Afiq Khairul dengan nada rendah.  Seram weh!

          Aku ketap bibirku.  Memang pun bukan!

          "Abang dah makan?" tanyaku berbasi-basa walaupun aku dah tanya by WhatsApp tadi.

          Afiq Khairul meletakkan briefcase di atas rak kasut tu.  Kemudian, dia longgarkan necktie  yang dipakainya lalu melangkah ke arahku dengan senyuman yang menakutkan tu.  

          Rawr!!

          Aku telan air liur.  Jangan takut Leha, you can do it!

          "Abang dah solat?" tanyaku lagi dengan lirik mata menggoda.

          Afiq Khairul ketawa.  

          "Sayang tengah goda abang ke?" Apabila Afiq Khairul berdiri di depanku...  

          Jari-jemarinya naik ke pipiku.  Turun ke leherku dan kemudian ke bahuku.  Tajam pandangannya apabila melihat bahagian dadaku itu.  Terlalu terdedah!  

          Rawr!!!

          "Abang dah makan dengan client tadi.  Sebelum balik, abang singgah solat kat masjid terdekat dulu.  So, sayang nak buat apa sekarang ni?" soalnya dengan nada berbisik.  

          Dengan sisa-sisa keberanian yang masih ada, aku lingkarkan lenganku ke bahunya... Aku dekatkan kedudukan wajah kami.

          "Leha ternampak 'coupon ' yang Leha bagi abang sebelum ke Pulau Mabul tempoh hari tuSorry, Leha terbaca memo 'special request' abang tu..." Dengan kesempatan yang ada, aku kucup bibirnya.


(Bersambung... Jangan marah ye? Hahaha)



JIKA SUKA, SILA KLIK BINTANG YAA... TQVM

KALAU NAK TINGGALKAN COMMENT PUN SANGATLAH DI ALU-ALUKAN... HEHEHE

Author Note :

~ All rights go to the original owners of the pictures used in this story (Mostly, from Pinterest)

~ Di mana aku nak cari lelaki macam Amin? Hehehe... 😌

~ Apa-apapun, terima kasih sebab ikuti cerita Bos a.k.a Suamiku hingga bab ke-62 ni.  Have a nice day guys!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
3.6M 313 8
🏅The Wattys 2020 | Winner - Romance Tengku Raykal Aidan... Sayang dan cinta merupakan dua perasaan yang berbeza. Baginya, rasa sayang itu boleh dise...
933K 12.6K 14
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. A...
166K 11.6K 31
" okaylah kalau macam tu kau bintang aku bulan , sama macam peribahasa bagai bulan dipagari bintang tu " " apa kaitannya " " Kaitannya kau bintang...