Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

39

32K 2.5K 227
By Lollysnow

Turun naik nafas Khair sebaik tiba diperkarangan rumah mentuanya. Bagaimana dia tidak marah, apabila dia tidak diberitahu yang Lily sudah dikeluarkan daripada hospital padahal dia sibuk diluar mencari makanan kegemaran Lily dan menguruskan urusan Azam! Lelaki yang telah merogol isterinya.

Dua hari Lily mendapatkan rawatan di hospital dan dua hari Khair bertahan menurut segala permintaan isterinya. Lily yang tak mahu menemuinya dan dia yang pendam segala rindu untuk menjaga emosi wanita itu.

Dan sekarang apa lagi? Lily tak mahu ikut dia pulang ke rumah mereka?

"Apa semua ni ayah? Kenapa buat Khair macam ni?" Tak bersalam Khair menerjah masuk ke rumah mentuanya. Wajah encik Fajir kelihatan serba salah.

"Maaf Khair.. Ini permintaan Lily sendiri.. Ayah minta maaf." Encik Fajir tunduk kepala. Kalau tidak rasa bersalah pada anaknya, mungkin Encik Fajir akan menegur keputusan Lily. Tapi sekarang, dia memilih untuk turutkan segala permintaan Lily. Dia tak mahu lagi burukkan keadaanya bersama Lily.

"Khair suami dia ayah, Khair yang perlu ada kat sisi dia sekarang." Sebaik mungkin Khair jaga tona suaranya.

"Lily perlukan masa Khair.."

'Haa..' Khair hela nafas berat sebelum dia dongak ke atas memandang bilik isterinya. Tak menunggu Khair melangkah mendaki.

"Khair tunggu!" Encik Fajir cuba menghalang tapi Khair sudah berkeras mendaki tangga.

"Khair perlu bercakap dengan Lily." Khair pandang pintu bilik isterinya sebelum tombol pintu dipulas.

Berkunci.

Bang bang!!

"Buka pintu ni Lily! Abang nak bercakap?!" Kuat suara Khair memanggil dari luar.

Mulut Lily terbuka mencari nafas. Air mata berlinang muka jatuh ke pipi. Dia kini sedang terduduk bersandar pada daun pintu. Tangannya bergetar, jujur dia belum bersedia menatap wajah itu.

"Buka Lily! Kenapa Lily buat abang macam ni?!" Suara Khair bergetar di balik pintu. Rindunya pada Lily tak tertahan tapi isterinya malah menjauh darinya. Kenapa semua ini harus jadi seperti ini?

"Khair sabar.."

"Berapa lama lagi Khair kena sabar ayah?!" Soal Khair kuat. Encik Fajir terdiam.

Kekecohan buat Puan Sarah, Erma dan Lisa turut bergegas ke atas melihat segalanya. Mata Puan Sarah mula berkaca.

"Lily.. tolong buka pintu ni sayang.." Suara bergetar Khair di balik pintu buat Lily teresak-esak memegang perutnya yang membukit.

Khair perlahan-lahan terlurut dipegang Encik Fajir dibelakang.

"Ayah.. Khair merayu.." Bibir Encik Fajir turut bergetar melihat keadaan menantunya.

"Tolong ayah.. Bagi Khair jumpa Lily.. Khair rindukan dia..." Khair tunduk di kaki mentuanya.

Rayuan Khair terasa dekat di telinga buat Lily ketap gigi. Terhinjut-hinjut bahunya melepas esakan.

"Khair rindukan isteri Khair Ayah.."

Erma tunduk wajah. Buat pertama kali, dan tak pernah dia jangka Khair akan merayu dan menangis seperti ini. Cinta Khair terhadap Lily terlalu tulus hingga semua dapat melihatnya sekarang.

"Maaf Khair.. Ayah minta maaf." Encik Fajir duduk menarik bahu Khair untuk menegak.

"Ayah minta maaf kalau anak perempuan ayah buat kamu terseksa macam ni Khair. Tapi Lily..." Encik Fajir tarik nafas.

"Lily dah banyak lalui perkara yang tak patut dia lalui. Semua silap Ayah Khair.. Maafkan Ayah.." Air mata Encik Fajir turut laju mengalir ke pipi disaksi isteri dah anak menantunya.

"Lily dulu seorang gadis yang ceria, penceria suasana. Dia layak mendapat kebahagiaan melimpah ruah. Bukan seperti ini.."

"Tapi Ayah sendiri Khair.." Encik Fajir tepuk dada sendiri.

"Ayah sendiri yang ragut semua kebahagiaan dia. Maafkan Ayah Khair.. Tolong bagi anak ayah masa."

"Macam mana Ayah dah buat dia terseksa hingga sebegini, izinkan ayah betulkan semuanya. Ayah merayu,, beri Lily masa Khair." Giliran Encik Fajir pula merayu dihadapan menantunya.

Khair pejam mata sebelum dia toleh memandang pintu bilik isterinya.

Tangan naik menyentuh daun pintu. Seperti dia tahu isterinya ada bersandar di balik pintu itu.

"Lily..."

"Walau apapun yang telah terjadi. Abang tetap setia tunggu isteri abang buka pintu ni.."

Lily tekup mulut dari mengeluarkan esakan. Dia toleh memandang kebelakang seperti terbayangkan Khair kini bercakap dihadapannya. Hakikatnya mereka hanya dipisahkan oleh daun pintu.

"Abang tunggu.." Sebaik menutur ayah terkakhir. Khair cuba mengukir senyum tipis lantas bangun membantu bapa mertuanya untuk turut bangun.

"Khair minta maaf, terlalu memaksa ayah." Sebaik itu tubuh Encik Fajir didakap Khair.

"Ayah faham.." Encik Fajir menepuk-nepuk belakang menantunya.

"Khair minta izin dan beri izin untuk isteri Khair tinggal disini dengan Ayah sampai Lily bersedia untuk jumpa Khair lagi." Khair tunduk wajah.

"Khair akan bayar segala keperluan isteri Khair. ada masa Khair akan menginap kat sini walau tak boleh tengok isteri Khair dari dekat."

Encik Fajir hulur senyum seraya memegang bahu lelaki itu.

"Khair tahu apa keputusan yang paling tepat ayah buat untuk Lily?" Soal Encik Fajir tiba-tiba. Khair kelu menatap wajah itu.

"Apa?"

"Menikahkan kamu dengan Lily."

•••
"Kau tak kerja Dayang?" Ilham pandang Talia dan Dayang datang menghampiri. Pukul 9 malam barulah dia sempat menemui dua gadis itu. Jadi doktor buat dia betul-betul tiada masa untuk tahu situasi semasa rakan-rakannya.

"Aku ambil cuti, apa jadi kat Lily buat aku shaking. Aku masih terkejut." Balas Dayang sambil menarik kerusi melabuhkan punggung dihadapan lelaki itu.

"Ni air siapa?" Soal Talia memandang dua gelas di meja itu. Rasanya Ilham seorang yang ajak mereka jumpa.

"Oh ni air abang Khair. Lutfi. Aku ajak dia jumpa sebab dia yang banyak uruskan tentang perogol Lily." Balas Ilham tenang.

"Rapat juga kau dengan dia." Dayang menyambung. Ilham tergelak kecil.

"Kau tak tany soalan tu pada kita? Macam mana kita boleh rapat?" Soal Ilham pula. Dayang dan Talia berpandangan sesama sendiri. Kalau diingat balik, Ilham hanya rapat dengan Lily pada awalnya. Sudahnya mereka berempat berkawan.

"Mana dia?" Soal Talia memandang sekeliling.

"Tadi pergi jawab call. Nanti.. Ha tu pun dia." Belum apa-apa kelibat Lutfi sudah kelihatan menghampiri.

"Oh kamu berdua pun ada." Lutfi hulur senyum manis buat sahabat adik iparnya.

"Ya abang apa khabar?" Dayang berbasa basi.

"Abang?" Serentak Ilham dan Talia menyoal jengkel.

Dayang terkebil-kebil. Lutfi pula malah melepaskan tawa kecil.

"Panggil abang pun tak apa." Usikan Lutfi buat wajah Dayang membahang. Dia cuma ikut apa yang Lily panggil!

"Er,, saya cuna ikut apa yang Lily panggil. Saya pun sama umur dengan Lily apa." Dayang masih cuba menutup malunya.

"Iya iya. Sokay." Lutfi menahan senyum. Ilham dan Talia pula berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya menyungging senyum. *smirk*

"Jadi macam mana dengan Lily? Korang dapat jumpa dia?" Soal Lutfi mengubah topik.

"Tak, kami ada hubungi dia tapi telefon dia mungkin dia tas charge atau dia dah lupa mana dia letak phone." Balas Talia tak puas hati. Dia paling pantang orang abaikan panggilannya.

"Khair ada cakap yang buat masa sekarang, Lily tak nak jumpa sesiapa kecuali keluarganya sahaja. Lily sekarang ada dekat rumah Uncle Fajir. Mungkin dia akan duduk disana sementara waktu."

"Khair macam mana?" Soal Ilham. Wajah Lutfi sedikit berubah.

"Dia nampak down. Yelah, dalam keadaan Lily macam tu. Mesti dia berharap nak jumpa isteri dia dan ada kat sisi Lily."

"Dengan Khair Lily tak nak jumpa?!" Soal Dayang tak percaya. Lutfi angguk kepala.

"Aku faham apa yang Lily rasa. Tak mudah untuk dia terima apa dah jadi kat diri dia. Lagi-lagi dia tengah mengandung dan Khair suami dia.." Talia hela nafas berat.

"Perkara dah jadi, tak boleh nak salahkan sesiapa. So macan mana dengan perogol Lily?" Soal Ilham lagi.

Sekali lagi Lutfi hela nafas berat.

"Azam tak guna tu.." Lutfi ketap gigi.

"Dia serah diri dia lepas dia rogol dan hantar Lily pulang ke rumah." Terngiang-ngiang cerita pihak polis mengatakan Azam dengan bangga menyerah diri di balai polis dan mengaku jenayahnya.

"Dia serah diri? Dia sakit mental ke?" Celah Dayang geram.

"Yes, itu masalahnya sekarang. Dia disahkan sakit mental! Dan dia tak boleh ditahan dan didakwa." Kata-kata Lutfi buat semua disitu tergamam.

"Tapi aku nak dia jalani hukuman sama seksa dengan apa yang Lily lalui sekarang." Kata-kata Lutfi berubah dingin.

"Aku akan pastikan satu pun keluarga dia tak akan berani masuk campur."

"Kalau dia disahkan sakit mental, then pihak hospital boleh periksa tahap penyakit mental yang dia alami sebelum dia didakwa atau tidak. Aku tak rasa merogol Lily out of his control. Dia berniat dan dia memang sedar apa yang dia buat." Sambung Talia pula. Dayang mengangguk menyetujui.

"Yup, kita masih ada peluang untuk dakwa dia." Balas Dayang bersungguh-sungguh.

"Kami akan tolong abang Lutfi!" Mata Dayang membesar berkobar-kobar memandang Lutfi. Lutfi senyum sebelum anak mata lelaki itu bergerak ke atas memandang seseorang.

"Dayang."

Mendengar namanya diseru Dayang tersentak dengan mata membesar dia toleh kebelakang. Spontan tubuhnya bangun berudiri.

"A..abang?" Dayang teguk air liur memandang abang kandunganya Dzul ada dihadapan mata. Malang apakah ini?

"Double date?" Soal Dzul dingin sambil mata dingin lelaki itu bergerak membalas tatapan Lutfi. Laju Dayang geleng kepala.

"Ke..kenalkan ini kawan adik. Ini Lutfi, dan Ilham." Dayang peluk lengan abangnya.

"Hai abang Dzul!" Talia sengih mengangkat tangan.

"Hai Talia." Dzul senyum tipis seraya memandang dua lelaki dihadapannya.

"Adik ada cerita pasal apa yang berlaku pada Lily kan? Jadi kami tengah berbincang tentang kes rogol Lily." Wajah Dzul dari dingin berubah kendur.

"Macam mana keadaan Lily sekarang?" Soal Dzul prihatin. Bukan dia tak kenal Lily sahabat baik adiknya dari sekolah.

"Dia masih trauma." Dayang membalas lemah.

"Sampaikan salam abang untuk dia."

"Baik." Dayang hulur senyum.

"Kalau macam tu, jangan balik lewat." Sekilas Dzul memandang ke arah Lutfi sebelum lelaki itu berlalu.

Dayang pegang dada lantas menghela nafas berat.

"Kau patut cari jodoh untuk abang kau Dayang. Sia-sia wajah handsome tapi single." Talia senyum sinis dibalas jelingan oleh Dayang.

"Kau nak kahwin dengan abang aku ke?!" Balas Dayang geram.

"Hello! Aku tak akan berpaling dari Abang Aryan aku." Cita-cita mahu berkahwin dengan abang sepupunya dari kecil. Tak mungkin dia ubah cita-cita itu.

Lutfi yang menjadi pendengar senyum tipis sambil matanya masih bergerak memandang tubuh Dzul yang menjauh. Paranoid.

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 141K 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini di...
1.2M 61.1K 53
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang denga...
820K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
281K 8.8K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...