Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

38

31.7K 2.4K 268
By Lollysnow

Mendengar tapak kaki laju melangkah menghampiri, Lutfi yang menunduk wajah merenung lantai berpaling sebelum anak matanya menangkap susuk sahabat baik Lily masih lengkap dengan seragam kerjanya menghampiri. Ada riak kegusaran terpalit di wajah itu.

"Macam mana dengan Lily?" Tak bersalam Dayang menyapa Talia yang redup wajahnya di samping Erma.

"Ilham cakap Lily tak sedarkan diri lagi. Diorang tengah buat pemeriksaan kat tubuh Lily." Ada getaran dalam nada Talia. Dayang tarik nafas panjang.

"Siapa yang buat semua ni? Lily tak ada musuh! Lily budak baik." Keluh Dayang berat.

"Azam.." Erma menyambung buat Dayang dan Talia serentak berpaling.

Bunyi deringan telefon milik Lutfi mematikan niat Dayang untuk bertanya siapa Azam.

"Ya?" Soal Lutfi sebaik telefon miliknya melekap di telinga.

"Nanti saya kesana." Kening Dayang bercantum melihat rahang Lutfi bergerak-gerak seperti menahan sesuatu.

"Terima kasih.." Lelaki itu kelihatan memejam mata cuba menenangkan diri.

"Ada apa Lutfi?" Soal Puan Ida gusar. Puan Sarah juga turut berpaling dengan persoalan.

"Azam dah ditangkap. Sekarang ada dekat balai polis." Balas Lutfi mendatar.

"Dia yang culik Lily malam tadi?!" Soal Encik Fajir pula. Lutfi diam mengangguk kepalanya.

"Lelaki tak guna.." Erma ketap gigi menahan diri.

•••
"Khair!" Mendengar namanya dipanggil, Khair yang sedang berdiri menunggu di bilik rawatan isterinya berpaling.

"Macam mana isteri aku Ilham?" Soal Khair gusar. Wajah Ilham kelihatan penat untuk mengabarinya.

"Jom ke bilik aku dulu." Balas lelaki itu. Khair tarik nafas panjang mengikut langkah lelaki itu. Ada beberapa kertas ujian makmal dibawa Ilham di tangan.

"Ada apa?" Soal Khair dingin. Dia sudah tidak betah menunggu. Dia mahu temui isterinya sekarang juga.

"Anak kau selamat." Ilham cuba tersenyum, air liur ditelan terasa kesat. Mulutnya rasa kering untuk berbicara.

"Alhamdulillah." Khair raup wajah sendiri.

"Aku cuma nak dapatkan maklumat dari kau." Ilham memandang kertas di tangannya.

"Tentang apa?"

"Bila kali terakhir kau bersama Lily?"

"Ni bukan masa kau nak buat lawak Ilham." Khair merengus.

"Aku tak buat lawa Khair. Aku serius." Wajah Ilham tegang membalas tatapan Khair.

"Minggu lepas," Senada Khair membalas buat Ilham tarik nafas panjang meraup rambutnya.

"Kami dah buat pemeriksaan pada tubuh Lily dan ada temui sperma pada tubuh Lily." Dunia seakan terhenti. Tidak berkelip Khair memandang Ilham dihadapan.

"Lily sah dirogol." Mulut Ilham terbuka mencari nafas, pandangan ditunduk. Matanya rasa hangat, dia sendiri tidak kuat untuk menatap wajah Khair dihadapan.

DERAP LANGKAH longlai menghampiri buat Encik Fajir laju menerpa ke arah menantunya. Wajah Khair pucat, dan ada garis kepenatan di bawah mata lelaki itu menandakan lelaki itu semalaman tidak tidur memikirkan isterinya.

"Macam mana dengan Lily Khair?" Soal Encik Fajir. Melihat wajah bapa mertuanya, mata Khair mula berkaca. Sungguh dia tidak kuat sendiri.

"Lily.."

"Dirogol." Air mata lelakinya laju jatuh mengalir dipipi.

"Ya Allah.." Jantung bagai direntap, Encik Fajir berundur beberapa langkah kebelakang.

Bibir Khair mula bergetar sebelum tangannya naik menekup mata. Tidak dapat dia bayangkan, bagaimana keadaan Lily dirogol semasa wanita itu sedang hamil! Tak ada perikemanusiaan kah lelaki itu?!

"Khair.." Encik Fajir tak dapat menahan sebak sebelum menarik menantunya dalam pelukan. Belakang tubuh Khair diusap-usap memberi kekuatan.

"Khair sendiri tak berani sentuh Lily.. Macam mana lelaki tu sanggup rogol isteri Khair dalam keadaan pregnant Ayah." Bergetar tubuh Khair dalam pelukan bapa mentuanya.

"Ni ujian kita Khair.." Rapat Encik Fajir pejam matanya cuba menerima apa sudah berlaku pada anak perempuannya.

Puan Ida turut mengalir air mata ditenangkan suaminya. Talia dan Dayang berpelukan sesama sendiri dengan esakan. Siapa sahaja boleh menahan air mata dalam situasi seperti itu.

Tak dapat mereka bayangkan Lily dirogol dalam keadaan seperti itu.

"Encik Fajir." Panggilan jururawat buat Encik Fajir melerai pelukan lantas mengesat air matanya.

"Ya saya." Dalam bergetar lelaki itu menyambut.

"Puan Lily dah sedar dan dia cuma nak jumpa ayahnya sahaja." Serba salah jururawat itu bercakap, lagi-lagi memandang ahli keluarga itu dalam keadaan berduka.

"Tapi saya kena jumpa isteri saya nurse. Saya suami dia!" Laju Khair memintas.

Jururawat itu teguk air liur, lagi-lagi melihat wajah sang suami sudah merah dengan air mata.

"Puan Lily sendiri cakap, dia tak nak jumpa sesiapa kecuali ayahnya sahaja. Walaupun suami dia."

Bibir Khair terbuka mencari nafas. Bagai hilang separuh semangat pada tubuhnya. Bibirnya yang sedia kering mula bergetar dalam dia mengeta gigi menahan diri.

"Puan Lily pregnant. Jadi kita sama-sama ikutkan apa yang dia nak memandangkan keadaan dia dan emosi dia boleh bahayakan kandungan dia sekarang. Saya harap Encik Khair dan semua orang faham." Sambung jururawat itu lagi.

Khair angguk kepala dalam kepahitan.
"Saya faham.."

"Tak apa Khair, nanti papa akan cakap dengan Lily. Nanti Khair dapat tengok isteri Khair ya?" Encik Fajir tepuk bahu menantunya. Sekali lagi Khair mengangguk lantas berundur mengambil tempat di sebelah mamanya.

Dia dapat merasa Puan Ida menarik tubuhnya dalam pelukan buat Khair sedikit tertunduk diusap mamanya.

"Kenapa semua ni jadi kat Lily. Kat isteri Khair?" Soal Khair, sungguhpun sebagai suami dia sendiri tidak dapat menerima apa yang berlaku pada isterinya. Inikah Lily sendiri yang hadap situasi itu.

•••

"Lily.." Sebaik mungkin Encik Fajir menahan air mata memandang anak perempuannya terbaring lemah di atas katil.

"Ayah.." Dalam lemah Lily cuba bangun tapi laju ditahan Encik Fajir.

"Baring, Lily lemah ni sayang. Kesian anak ayah." Bergetar Encik Fajir berkata.

Lily diam merenung syiling.

"Lily sudah penat terbaring. Lily nak bangun.."

"Tunggu sampai Lily betul-betul..."

"Semalaman Lily terbaring, dan biarkan lelaki tu rogol Lily.. Lily tak boleh buat apa ayah.." Mata Lily kosong merenung keatas tidak sanggup menatap wajah ayahnya.

"Tangan Lily diikat. Dan dia ugut nak bunuh anak Lily kalau Lily melawan.."

Air mata Encik Fajir jatuh. Bibirnya bergetar sambil dia tunduk merenung pergelangan anaknya berbekas luka mungkin kesan diikat lelaki itu.

"Lily dah merayu ayah.. Lily tak nak dirogol. Macam mana Lily nak hadap Khair, nak hadap semua orang?"

"Lily,, Khair tak salahkan Lily. Dia risaukan Lily. Semalam suami Lily tak tidur fikirkan Lily. Janganlah Lily fikir macam tu.." Lembut usapan Encik Khair di kepala anaknya.

Lily kelihatan menarik nafas panjang dalam dia memejam mata buat air mata bergenang ditubir mata tadi mengalir jatuh.

"Lily jijik dengan diri Lily ayah. Lily yang serah tubuh Lily pada lelaki itu untuk selamatkan cinta Khair dan Lily.. Lily tak nak bahayakan anak Lily dan Khair."

"Ya Allah anak ayah.." Encik Fajir tak dapat menahan sebaknya lantas menarik Lily dalam pelukan.

"Maafkan Ayah Lily.."

"Maafkan ayah..."

"Ayah... Lily takut.." Tangisan Lily akhirnya keluar. Teresak-esak dia dan Encik Fajir dalam pelukan.

"Lily takut ayah.. Lily takut.."

"Ayah faham Lily.. Maafkan ayah.."

Ilham yang sedang memulas tombol pintu kembali menutup sebelum dia tarik nafas panjang melihat anak dan ayah itu dalam keadaan menyedihkan begitu.

Lily sahabatnya, tipulah kalau dia tak rasa sakitnya. Lily yang selalu ceria dimatanya dan pernah menjadi wanita yang dia suka dahulu. Sakit rasanya untuk bayangkan apa yang dilalui Lily.

I tahu benda ni tak adil buat Lily. Sangat-sangat tak adil. Tapi ni cerita pasal Lily 🥺. Mestilah saya nak korang ambil iktibar dari Lily sendiri. Bukan dari orang lain.

Sebenarnya rangka cerita heroin dirogol ni saya memang dah rangka dari tahun lepas.

Sekarang 3 May 2021. Cukup setahun.
So babak ni saya ambil dari kisah sebenar. Cuma banyak perubahan saya buat.

Saya tahu, semua orang pasti fikir, Oh inilah balasan, inilah kifarah. No gais. Yang berhak tentukan hukuman/ kifarah/ balasan dosa hanya Allah sahaja. Siapa kita untuk tentukan.

Kat sini saya cuma nak cakap bahaya tu datang tanpa kita sedar. Setenang sebahagia situasi kita. Kita tak tahu bahaya tu ada kat mana. Nampak simple, Lily just sepakat dengan Azam tapi Lily tak sedarr risiko yang dia akan lalui dari tekanan yang Azam dapat.

This is reality gais.🥺

Continue Reading

You'll Also Like

217K 27K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
82.7K 3.8K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
816K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...