Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

37

29.1K 2.2K 186
By Lollysnow

"Erma..."

"Azam kau ni memang tak faham bahasa ke apa?! Aku tak nak tengok muka jijik kau! Kau faham tak?!" Erma merengus menekan punat kunci keretanya. Baru sahaja dia fikir untuk rehat sebaik pulang dari mengajar. Tapi sampai sahaja di garaj ada pula si Azam tak sedar diri menunggu dirinya.

"Erma, saya nak minta maaf. Semua tu rancangan Lily.. Saya cuma terhasut dengan kata-kata dia.."  Laju Azam membontoti langkah Erma.

"Macam ni lah Azam. Kau ada otak? Kau ada akal kan? Kalau si Lily tu suruh kau bunuh aku? Then kau bunuh?"

"Tak! Saya tak akan bunuh orang yang saya sayang!" Laju Azam memintas. Wajah kusutnya jelas menujukkan kekusutan yang dia alami sekarang.

Dia dibenci keluarga kerana Erma telah menceritakan segala berlaku pada mereka pada ahli keluarga Azam untuk langkah berjaga-jaga untuk mereka memantau Azam dari mengacaunya lagi. Nampaknya, amarannya tak berjalan lancar. Makin hari Azam makin kerap mengganggunya.

"Dan kenapa kau boleh ikut, bila Lily suruh kau rogol aku? Hah? Tu bukan apa yang Lily suruh. Tapi tu kehendak kau sendiri. Jangan tunding kesalahan kau kat orang lain bila kau sendiri yang terang-terang terima tawaran dia!" Keras dan dingin kata-kata Erma buat Azam kelu.

"Tapi dia yang buat aku.."

"Tu semua sebab kau! Jangan salahkan orang lain lagi! Kau bernasib baik Azam sebabkan Lily aku tak report kau dekat polis. Kalau tak, mungkin dah lama kau terhumban kat penjara!"

"Lelaki tak sedar diri!" Puas melepas amarah Erma bingkas masuk ke dalam perut kereta lantas menghempas kasar pintu keretanya. Ketukan Azam diluar diabaikan sebelum dia segera meluncur pergi meninggalkan lelaki itu.

Azam ketap gigi memandang Lily lemah terbaring di atas katil dengan kedua belah tangan terikat kemas pada kepala katil.

"Sebabkan kau.. Aku dipandang jijik dengan keluarga aku sendiri! Sebabkan kau Erma hina aku Lily.." Kata-kata Azam penuh dendam.

"Ya! Aku tahu aku salah, aku minta maaf Azam. Apa yang kau nak? Aku akan berikan tapi tolong jangan buat aku macam ni. Tolong kasihankan anak aku.." Dengan air mata Lily merayu. Dia sedar puncanya dari dirinya sendiri, sudah terlambat untuk dia undur masa segala kesilapannya.

"Then bawa Erma! Aku nak Erma?! Aku nak Erma suka aku balik macam dulu! Aku nak keluarga aku tak pandang hina lagi pada aku! Kau boleh buat semua tu? Hah?! Boleh?!!" Tengkingan Azam buat mata Lil terpejam takut.

"A..aku tak janji aku mampu. Tapi kalau kau nak aku betulkan kembali keadaan. Aku cuba.."

"Kau tak mampu Lily! DAH TERLAMBAT!! Kau boleh bahagia lepas gunakan aku sedangkan aky?! Kau memang perempuan jahat!" Pekikan Azam bergema.

"Azam.. Aku akan cubaa pulihkan!"

"Tak mungkin! Aku tak akan percayakan kata-kata dari perempuan macam kau!"

Lily terdiam meneguk air liur. Dia sudah mati kata.

Azam tiba-tiba ketawa lagi menambah gerunnya. Lagi-lagi lelaki itu kian menghampiri buat mata Lily membulat ketakutan.

"Aku nak kau rasa Lily, rasa bagaimana dipandang jijik oleh keluarga sendiri. Rasa macam mana jijiknya suami kau pada kau nanti..." Mata Azam jatuh memandang kain dipakai Lily saat itu.

"Azam aku merayu Azam.. Jangan! Aku sanggup buat apapun tapi jangan buat benda ni pada aku.." Lily mula teresak-esak.

"Kau patut rasa apa yang aku rasa Lily. Dipandang jijik oleh orang yang kau sayang.." Zapp!! Dan serentak itu kain dipakai Lily direntap hingga tertanggal dari tubuh.

"Azam! Tolong jangan.." Lily pandang tangannya terikat rapi. Dia tak boleh lakukan apapun, melawan? Tak mungkin. Dia tak akan bahayakan kandugannya.

Azam melepaskan tawa sebelum dia merangkak naik ke atas katil menghampiri wajah wanita itu.

"Kau sepatutnya layan aku dengan baik kalau kau tak nak anak kau mati.." Azam selak pula baju Lily menunjukan perut Lily sudah membonjol isi kandugannya.

Lily mula teresak-esak. Tiada satupun sekarang berada dalam fikirannya selain Khair..

•••

"KHAIR bawa mengucap Khair. Cuba bertenang dulu.." Encik Rozi tepuk bahu Khair yang dari tadi sekejap bangun sekejap duduk melihat telefon bimbitnya. Lepas subuh tadi mereka terus bergegas ke rumah besan mereka, Encik Fajir setelah dikhabarkan Lily hilang diculik.

Pihak polis juga sedang jalankan kerja mereka. Tiada apa yang mampu mereka lakukan sekarang, tiada bukti siapa penculik Lily memandangkan kawasan perumahan yang Lily dan Khair duduk masih belum ramai penghuninya. Dan CCTV di rumah Khair tidak berfungsi semasa kejadian.

Nampaknya penculikan Lily memang sudah dirancang.

"Khair! Saya dah call keluarga Azam.." Sapaan Erma buat Khair laju berpaling.

"Apa diorang cakap?"

"Diorang cakap sudah dua minggu Azam tak balik rumah.. Dan diorang tak tahu mana Azam tinggal." Balas Erma takut-takut.

"Kamu memang syak Azam ke Erma?" Soal Encik Fajir lagi. Wajah orang tua Lily seorang itu tidak usah dicakap, serupa orang tidak berdarah sebaik Khair datang memaklumkan kehilangan Lily.

Keadaan Khair juga tidak terurus sekejap hilang mencari isterinya, sekejap dia kembali dengan wajah kekecewaan.

"Ya Uncle, Azam kerap ganggu Erma sekarang. Dan dia selalu salahkan Lily..." Suara Erma mengendur. Entah kenapa perasaanya kuat mengatakan semua ini pasti angkaran Azam. Dia kenal Lily. Lily tidak ada musuh yang mungkin lakukan bukan-bukan!

"Khair dah suruh polis siasat keberadaan Azam sekarang.." Khair tarik nafas panjang seraya melabuhkan duduk di sebelah abangnya Lutfi.

"Lily tu mengandung. Apa agaknya terjadi kat dia sekarang." Puan Ida yang dari tadi mengalirkan air mata tidak dapat menahan sebak memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku pada menantunya.

"Kawan-kawan Lily dah tahu?" Soal Lutfi.

Khair angguk kepalanya. Semua kawan Lily tidak tahu keberadaan Lily. Talia dengan Ilham mungkin dalam perjalanan kesini. Manakala Dayang pula sedang bertugas.

"Mama.. Kak Lily tak apa-apa kan? Mama.. Lisa takut.." Lisa teresak-esak dalam pelukan Puan Sarah dipandang sayu oleh Encik Fajir.

"Kak Lily akan balik Lisa. Lisa kena banyak berdoa.." Pujuk Puan Sarah lembut. Walaupun apapun dibuat Lily selama ini. Dia tetap tidak senang duduk memikirkan keadaan wanita itu sekarang.

Lily sudah dianggap seperti anaknya sejak kecil. Apa-apa yang berlaku pada Lily. Mungkin dia turut terpalit sakitnya.

Bunyi pintu rumah dibuka dan dikatup.

"Itu Talia dan Ilham mungkin dah sampai." Ujar Lutfi.

Keadaan kembali sunyi. Semua hilang dalam lamunan masing-masing memikirkan keadaan Lily sehinggalah bunyi tapak kaki dan esakan perlahan dan jelas kedengaran.

Khair yang sedang menunduk mengangkat wajah sebelum matanya membesar luas menangkap seseorang yang dicarinya kini sudah berada dihadapan mata.

"Li..Lily!!" Semua disitu tergamam.

Wajah itu pucat, rambut kering tidak terurus. Pakaian dipakai Lily tidak kemas dan ada kesan koyakan dibahunya.

"Lily!!" Belum sempat Khair menerpa mendapatkan tubuh isterinya. Lily terlebih dahulu terduduk sebelum dia rebah terbaring ke lantai.

Dia bersyukur dia dapat kembali pada keluarganga. Tapi dia sakit untuk terima kenyataan apa yang sudah berlaku pada dirinya.

Sakit yang mungkin dia terima sepanjang hidupnya.

"Ya Allah Lily!! Mana Lily pergi?!" Suara Khair bergetar menarik isterinya dalam pelukan. Tiada gerakan balasan dari Lily. Tubuh isterinya terasa lemah dan hangat dalam dakapannya.

"Khair, Lily pengsan." Gusar wajah Erma memandang Lily sudah terpejam dalam pelukan suaminya.

"Khair bawa Lily ke hospital. Bertahan Lily." Cepat-cepat Khair bangun mendukung isterinya, diikuti Lutfi dibelakang yang turut berlari ingin membantu.

Beberapa minit sebelum itu..
"Kau sedia nak jumpa keluarga kau dengan kejijikan yang kau bawa pada tubuh kau sekarang?" Soalan Azam disebelah dibiar tanpa jawapan.

Lily diam merenung keluar jendela memandang rumah besar keluarganya dihadapan mata. Melihat deretan kereta tersadai di luar rumah. Hatinya mula memberat.

Dia harus kembali walau sejijik manapun dia. Dia harus kembali pada keluarganya.

*Kindly reminder.
10 Ramadhan terakhir ni.
Banyakkan beristighfar instead of mencarut🥺
Maafkan saya publish chapter ni masa bulan Ramadhan. Mesti ramai nak maki semua. Sabar okay.

Continue Reading

You'll Also Like

676K 64.2K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
1.4M 60.5K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
202K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
823K 33.1K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...