✓ My Mate, Mr. Bad Boy

By itsavocado_

21.3K 851 23

"Selagi kau tak bayar ganti rugi, selagi itu aku akan ganggu kau." - Adrian Rafiqi Itulah, siapa suruh kelam... More

MY MATE, MR. BAD BOY
P R O L O G
MMMBB 1
MMMBB 2
MMMBB 3
MMMBB 4
MMMBB 5
MMMBB 6
MMMBB 7
MMMBB 8
MMMBB 9
MMMBB 10
MMMBB 11
MMMBB 12
MMMBB 13
MMMBB 14
MMMBB 15
MMMBB 16
MMMBB 17
MMMBB 18
MMMBB 19
MMMBB 20
MMMBB 21
MMMBB 22
MMMBB 23
MMMBB 24
MMMBB 25
MMMBB 27
MMMBB 28
MMMBB 29
MMMBB 30
MMMBB 31
MMMBB 32
MMMBB 33
MMMBB 34
MMMBB 35
MMMBB 36
MMMBB 37
MMMBB 38
MMMBB 39
MMMBB 40
MMMBB 41
MMMBB 42
MMMBB 43
MMMBB 44
MMMBB 45
MMMBB 46
MMMBB 47
MMMBB 48
MMMBB 49
MMMBB 50
MMMBB 51
EPILOG [1]
EPILOG [2]
EPILOG [FIN]
F A R E W E L L

MMMBB 26

272 11 0
By itsavocado_

Mulut yang ternganga itu ditutup oleh Adrian, sungguh aku kagum dengan reka bentuk rumah anak yatim ini. Terlalu gempak sehinggakan lidah terkelu, tidak tahu cara untuk menggambarkan perasaan aku pada ketika itu. Jarang sekali untuk aku jumpa mana-mana rumah anak yatin yang direka sekreatif ini. Pasti selesa budak-budak di sini.

"Kau nak tahu siapa pemilik rumah anak yatim ni?" Adrian menyoal, terus aku mengangguk. "Abi aku."Jawabnya, bangga diri.

Siapa saja tidak kenal dengan Tuan Andi dan Puan Rashida, pasangan dermawan? Aku sendiri pun mengidolakan mereka. Sudahlah baik hati, pemurah, memang tiada cacat cela antara pasangan itu. Cuma itulah, anak-anak mereka saja yang suka buat hal. Masalah apa? Itu aku tidak tahu, tapi aku rasa kebanyakan masalah datang dari anak sulung mereka. Bukan berniat nak bela Adrian, tapi itulah yang aku dengar dan baca di artikel.

"Serius ah?" Soal aku, kagum.

Adrian hanya tersenyum melihat gelagat aku yang seperti rusa masuk bandar. "Memang nak berdiri dekat luar saja ke?" Soalnya dengan keningnya yang diangkat sebelah.

"Kalau datang jauh-jauh takkan nak tercegat dekat luar saja? Mestilah nak masuk..." Aku berkata dengan muka toya sebelum melangkah masuk ke rumah anak yatim itu, meninggalkan Adrian di belakang.

Adrian meleretkan senyuman sebelum mengejar langkah aku yang maju di hadapan.

-

Eryana mengerling jam tangannya, "Alamak! Aku ada kelas ni, kita bual lainlah..." Ujarnya sebaik berhenti di hadapan loker miliknya.

Aqeel mengangguk, "Aku pun nak kena gerak, nanti lambat pula nak pergi kerja. Hadiah tu jangan lupa pula bagi Ayra." Pesannya, Eryana hanya mengangguk sebagai jawapan.

Dengan itu, Aqeel melangkah pergi daripada situ. Beg hadiah yang Aqeel berikan itu diletakkan di dalam loker, bukunya dikeluarkan sebelum menutup semula pintu loker itu. Tali begnya yang tersangkut di bahu dibetulkan, bersiap sedia untuk ke kelas. Namun langkahnya terhalang apabila ada tangan yang menghalang pergerakannya. Eryana mengangkat muka melihat akan gerangan yang cuba membuatnya lambat ke kelas.

Eryana melepaskan keluhan jengkel, mata digulingkan tanda menyampah, tangan disilang pada dada, "Boleh tolong alihkan tangan jijik ni tak? Aku ada kelas yang kena hadir, tolong jangan halang jalan." Ujarnya dengan nada yang menyampah.

"Sejak bila pula kau rapat dengan Aqeel?" Soal Ziyad, mengabaikan kata-kata Eryana. Tangannya yang ditahan pada loker itu diturunkan, kini menyandarkan badan sebelah kirinya itu pada loker, menunggu jawapan daripada Eryana.

"Tak ada kena-mengena pun dengan hidup kau." Ujar Eryana, ingin melangkah pergi daripada situ, namun sekali lagi dihalang Ziyad. Eryana melepaskan keluhan jengkel, memberikan jelingan tajam kepada lelaki itu, menanti lelaki itu untuk bersuara semula.

Ziyad melepaskan tawa sinis, "Kecewa, hati tersakiti, hancur terkhianati, rapuh diri, konon..." Ujarnya dengan nada yang mengejek, hanya membuatkan Eryana ingin tertawa.

"Aku rasa kau patutnya ambil sastra, pandai karang ayat." Eryana membalas, sakarstik. "Oh, lagi satu... Buat apa nak sedih untuk sampah, kan?" Soalnya sinis sebelum melangkah pergi meninggalkan Ziyad yang terpinga di situ.

Kalau bukan kerana dia sudah lambat ke kelas, banyak lagi ayat-ayat pedas yang ingin dilontarkan, biar terbakar telinga Ziyad mendengar. Itulah, tak ada rezeki pula nak tunaikan niat itu.

Tak apa, Yana... Ada lori ada bas, ada hari aku balas. Pesan Eryana kepada diri sendiri.

-

"Ingatkan ini tunang kamu, Ad..." Tersedak air liur aku dibuatnya apabila salah seorang pekerja di rumah itu bersuara, Adrian mengusap belakang aku sambil tertawa.

Kenapa perlu ada mak cik yang cakap dialog ini, memang ambil job sebagai extra ke macam mana ni? Kalau aku sagat mulut dia dekat jalan tar, barulah puas hati tujuh keturunan aku. Sibuk saja nak kenenkan orang, jaga saja laki sendiri. Aku sensitif, tau?!

"Kalau mak cik doakan, apa salahnya, kan?" Adrian menyoal sambil memeluk bahu aku dengan tanpa rasa bersalah, membuatkan aku memberinya jelingan tajam.

Ini lagi satu masalah dunia, tak habis suruh doakan. Kalau aku tendang kepala dia, silap hari bulan kahwin pun tak sempat nanti. Gatal sangat nak kahwin, jirus dengan ubat gatal ada juga nanti. Nak saja aku tarik rambut dia sekarang, nasiblah ada budak-budak yang sedang perhatikan kami. Sabar, Ayra...

"Hmm... Where's my baby?" Mata terbeliak mendengar persoalan itu keluar daripada mulut Adrian, bermacam perkara negatif yang terlintas di benak fikiran.

Ayra, takkan dia ada anak... Kau gila ke? Jangan serkap jarang sangat boleh tak? Adrian Rafiqi takkan buat perkara yang kau tengah fikir ni, Ayra... Jangan fikir yang tak elok, berdosa kau nanti. Aku berbalas kata dengan fikiran sendiri.

Adrian yang perasan akan muka aku yang mula cemberut itu mula tergelak, "Otak kau memang tak boleh elak daripada fikir benda yang negatif ke macam mana ni?" Soalnya, bersahaja. Tahu sangat dengan ekspresi yang diberi, tergeleng kepala mengenangkan betapa negatifnya seorang Ayra Qaireen.

Aku menepuk dahi secara mental. Kantoi! Buat malu keturunan saja. Ada ke patut kau fikir Adrian seorang yang macam itu? Apa kau ingat dia jijik sangat ke? Seteruk perangai dia pun, dia tetap tahu yang baik dan yang buruk. Mental memuhasabah diri.

"Mana ada saya fikir yang negatif... Cuma terfikir saja, siapa yang awak maksudkan?" Aku menyoal, terpaksa tipu sunat. Tak nak pula buat dia terasa hati atau kecil hati. Bukan boleh percaya dengan muka dia, konon macam tak kisah, tapi hati dia siapa yang tahu?

Adrian melepaskan tertawa kecil, "Kenapa? Kau cemburu ke?" Soalnya, bersahaja.

Aku memberikan reaksi yang menyampah, "Dah kenapa pula nak cemburu?"

"Sebab aku ada baby lain selain dari kau."

Aku memberikan dia pandangan toya, "Tak ada kerja saya nak cemburu. Buang masa saja..."

"Tak apa... Aku tahu kau malu nak mengaku. Jangan risau, tak ada siapa yang boleh gantikan kau." Ujarnya, berbunga saja kata-kata.

Aku memberikan pandangan yang jijik, "Adrian, berhenti dengan ayat berbunga awak ni sebelum saya tendang awak ke Afrika." Aku memberi amaran keras, hanya mendapat tawa daripada lelaki itu.

"Sumpah, aku suka gila tengok kau macam ni. Flustrated..." Ujarnya dengan tawa yang masih bersisa.

Oh, ini tujuan dia sebenarnya... Dasar anak tenuk!!! Kalau ikutkan hati, nak saja aku tarik rambut dia, bagi tercabut.

-

Safiya yang mendengar cerita daripada Eryana itu mula berkerut dahi, keliru. Tidak tahu apa perkataan yang sesuai untuk memulakan ayatan balas, buntu otak. Dia bukanlah psikologis yang mampu baca fikiran dan perasaan orang, dia cumalah seseorang yang ambil bidang perguruan. Datang dari celah mana pula untuknya memahami perasaan manusia?

"Hoi...! Kau dengar ke tidak?" Eryana melambai-lambai tangannya di hadapan muka Safiya, meminta perhatian.

Safiya tersedar dari lamunannya, "Aku terkesima sekejap, tak tahu macam mana nak balas. Tapi aku rasa kita biarkan sajalah, itu hal dia orang." Ujarnya, memberi pendapat. Eryana hanya mengangguk setuju sebagai jawapan.

Keadan mula senyap, terlalu tenggelam dalam fikiran masing-masing. Sehinggalah Eryana mula bersuara semula, "Kau nak tahu sesuatu tak?" Safiya hanya berdehem tanda menyoal, "Tadi Ziyad tegur aku. Dia tanya pasal hubungan aku dengan Aqeel." Sambungnya, menceritakan perkara yang berlaku.

"Hubungan kau dengan Aqeel? Apa hubungan kau dengan dia?" Safiya tidak fokus pada tujuan Eryana menceritakan perkara itu, ingin tahu akan perkara yang lain.

"Teman berkongsi rahsia."

"Yana, kau tahu yang Qai suka Aqeel, kan?" Eryana mengangguk sebagai jawapan, "Jadi, apa sebenarnya hubungan kau dengan Aqeel? Jangan buat hal, Yana. Mampus kita kalau Qai naik hantu, mahu terbelah badan kita dibuatnya." Ujar Safiya, takut pula dengan Qai yang naik hantu. Selepas dia melihat perempuan itu untuk kali pertama, iaitu dua tahun lepas, taubat, memang dia tidak mahu lagi mencabar baran wanita itu.

"Rileks, Fiya... Aku memang tak ada hubungan dengan dia. Kita orang kalau lepak pun pasal study ataupun sebab dia nak suruh aku pass hadiah untuk Qai. Tak pun, bercerita pasal benda biasa. Memang tak ada yang lebih. Lagipun dia dah ada orang yang dia suka." Terang Eryana, ingin elakkan salah faham.

"Siapa yang dia suka?"

Eryana mengangkat bahu, "Entah, aku agak saja... Sebab dia suka bercakap pasal seorang perempuan ni, tapi dia tak cakap pula namanya. Yang aku ingat, dia pernah cakap yang kalau boleh, dia nak bantu perempuan tu keluar daripada kegelapan dunia." Cerita Eryana sebelum menyedut air susu kotak itu.

"Menarik pula rasanya... Agak siapalah yang dia suka?" Safiya tertanya.

Sekali lagi Eryana mengangkat bahu, "Entahlah, Fiya..."

"Tadi, kenapa Ziyad tegur kau? Dia nak apa?" Safiya menyoalkan perkara utama dalam perbualan itu.

Dan sekali lagi Eryana mengangkat bahu, "Entah, aku malas nak dengar suara dia."

"Wah... Tiba-tiba rasa kagum pula bila kau kata macam tu."

Eryana tidak menyahut, dan keadaan kembali senyap seketika.

"Hadiah yang Aqeel suruh bagi dekat Qai, kau dah bagi?" Safiya menyoal pula, tidak mahu situasi antara mereka menjadi suram.

Eryana menggeleng, "Aku takut..."

Safiya mengerut dahi, pelik. "Dah kenapa pula?"

"Kau tak ingat ke yang kita orang masih lagi gaduh?"

Safiya mengeluh, "Bukan tak ingat, cumanya kau tak nak berbaik semula ke dengan dia?"

"Nak, tapi aku takut... Mahunya dia campak aku dalam tong sampah, tak ke naya aku nanti." Ujar Eryana, menyatakan dilema yang dia alami.

Safiya yang mendengar hanya mampu menepuk dahi. Kalau dibiarkan, sampai ke sudah juga tak selesai.

-

Aku masuk saja dalam bilik itu, ternampak seorang budak perempuan yang dalam usia empat tahun berlari ke arah Adrian. Terus budak itu didukung Adrian, menyorokkan mukanya pada dada lelaki itu, membuatkan Adrian tergelak dengan sikap malu budak itu.

"Hey, baby... Don't be shy, she's your momma..." Ujar Adrian, nada lembut yang aku sendiri pun tak percaya keluar dari mulut dia. Tergamam pula aku jadinya, tak sangka pula yang Adrian seorang yang begini.

Budak itu perlahan mengangkat mukanya, mata bulatnya itu memandang pada wajah Adrian. Lelaki itu mencuit hidung budak itu sambil tersenyum manis, sumpah aku tak percaya ini Adrian Rafiqi yang aku kenal.

"Hey sweetie, what's your name?" Aku mula bersuara, mencapai tangan budak itu.

Budak itu hanya memandang aku, terkebil. "Jawablah..." Ujar Adrian, mencuit pipi merah budak itu.

"Rafanda..." Jawab budak itu dengan pelatnya.

"What a pretty name for a cute girl like you." Aku berkata, cuba ambil hatinya. Tidak mahu pula buat dia rasa kekok, kepala aku ligat memikir cara. Aku memetik jari apabila mendapat idea, beg tangan dibuka zipnya, mengeluarkan gula-gula, "Nak?" Terangguk Rafanda menyahut, terus mencapai gula-gula itu.

"Kau memang angkut gula-gula ke hulu ke hilir ke macam mana ni?" Adrian menyoal, separa berbisik. Aku hanya tersenyum melihat Rafanda, mengabaikan kewujudan Adrian untuk seketika.

Aku yang melihat akan serabainya rambut Rafanda pada ketika itu mula berasa rimas, habis budak itu termakan rambut sendiri. "Meh sini mama ikatkan rambut Danda..." Aku mengambil Rafanda daripada dukungan Adrian, membawa budak itu duduk di lantai berhadapan dengan cermin.

Aku memangku budak itu sambil bersandar pada birai katil, getah rambut yang aku nampak pada lantai itu dicapai. Adrian yang melihat mula mengukirkan senyuman pada bibir sebelum turut mencapai getah rambut yang ada, melabuh duduk di atas katil, menempatkan aku di antara kakinya.

"Rimas tengok rambut orang, rambut sendiri pun serabai." Ujarnya, aku hanya memberi pada menyampah.

Sebaik sahaja selesai mengikat rambut Rafanda, aku memusingkan tubuh budak itu. Dengan pipinya yang bulat malah merah, rambutnya yang nipis malah kerinting, diikat pula, sungguh membuatkan aku rasa nak gomol muka dia. Comel sangat!

"Dah siap..." Aku berkata sebelum mencuit hidung Rafanda.

"Kau dengan Aqeel macam mana sekarang?" Soal Adrian yang masih lagi tidak selesai mengikat rambut aku, entah stail apalah yang dia tengah buat sekarang ini.

"Okey saja... Dia ada juga ajak saya keluar, tapi awak tak habis bawa saya ke hulu ke hilir, jadi saya terpaksa tolak." Aku berkata, hanya memandangya melalui cermin.

Adrian meleretkan senyuman sinis, "Ke kau yang sebenarnya memang suka keluar dengan aku?" Soalnya, yakin saja.

"Lambat lagi..."

Adrian tertawa kecil, "Kalau kau nak keluar dengan dia esok, keluarlah... Aku sibuk esok, tak ada masa pula nanti." Ujarnya, aku hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Hmm... Saya nak tanya awak sesuatu. Boleh?" Aku meminta izin, takut pula soalan yang bakal aku tujukan ini akan menyinggung perasaannya. Adrian hanya berdehem sebagai jawapan, menanti akan soalan aku, "Kak Adriana dengan awak memang tak boleh nak berbaik ke?" Aku menyoalkan, perasaan ingin tahu aku membuak.

"Dah siap..." Ujar Adrian sebaik selesai mengikat rambut aku dalam bentuk braid Perancis, "Oh, pasal tu... Aku tak rasa kita orang boleh berbaik, kenapa?" Dia menyoal.

"Awak tak ada usaha ke nak berbaik dengan dia?"

Adrian menggeleng, "Dengan perangai dia yang macam tu, memang taklah."

"Tapi dia kakak awak."

Adrian tergelak sinis, "Cuba kau tanya dia, pernah ke sekali dia anggap aku sebagai adik? Aku tak rasa dia pernah. Yang dia tahu cuma aku ni hanya beban dalam keluarga, umi dan abi selalu lebihkan aku berbanding dia. Tapi aku tak pernah rasa pula yang parents aku pilih kasih antara kami. Sama rata saja perhatian yang kami dapat, cumanya dia yang tak reti bersyukur, tamak." Ujar Adrian, meluahkan perasaannya.

"Adrian, saya cuma nak ingatkan. Walau macam mana pun perangai dia, seburuk manapun dia, she's still your sister. Cubalah berbaik dengan dia, sampai bila awak nak biar dia hanyut? Saya bukannya nak sibuk hal awak, cuma tak nak ada sesiapa menyesal di kemudian hari." Aku berkata. Sebagai sahabat, aku rasa tak salah untuk bersikap prihatin.

"Tengoklah macam mana nanti..."

\\\

Heyyo!!! Here's another update for you guys!!! Hope yall like it.

Jgn lupa vote dan komen

Continue Reading

You'll Also Like

327K 11.9K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
106K 4.7K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
89.7K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...