ZIQHAS: The Ending [Edit]

By msz_zul

20.6K 2K 3.2K

Book 1 [Teen Fiction Comedy + Action] ZIQHAS: - Zedi - Izla - Qari - Hara - Aisy - Syaz Mereka dibuang kerana... More

CRACKHEAD
CRACKHEAD (ii)
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
FABLUS: The Academy

Chapter 44

207 19 8
By msz_zul

(Syaz P.O.V)

Aku menoleh kiri dan kanan sambil bersandar di kerusi. Haih, manalah malaun ni. Janji pukul 2. Ni dah pukul 2:30! Dasar janji melayu!

"Uiiii~~ "

Aku membuat muka yang baru sahaja membunuh orang. Dia dengan selambanya datang ke aku dengan senyuman bahagia serta lambaian yang indah.

Kepala bana dia! Hati aku ni dah panas!

"Sorry! Aku lambat sebab masa dekat traffic light tadi, ada nenek nak lintas. So aku tolonglah dia-- "

"Jilake kau Zedi! Kau tak payah menipu! Kau lambat sebab kau baru gerak time aku call kau pukul 2:20 tadi, kan? " aku menepuk meja itu dengan sederhana kuat.

Zedi tersengih, memohon maaf, "Ampun bang jago, "

Zedi terus duduk tanpa dipelawa. Halah, aku memang tak pelawa pun sebab aku tahu dia akan buat apa yang dia nak. Well, Zedi kan? Semua benda ikut tekak dia je.

"Kenapa kau nak jumpa aku dekat cafe ni? " aku terus bertanya.

Zedi bersandar sambil menggoyangkan kepalanya. Selepas itu, dia terus memandang kiri dan kanan dengan santai.

Aku mengambil menu lantas memukul kepalanya dengan kuat.

"Aduh! " Zedi meraung kesakitan.

"Aku tanya kau, bahenol! "

Zedi terus mendekatkan badannya ke meja. For your information, kitorang berdua duduk berdepan. Bukan bersebelahan.

"Tadi jilake. Sekarang bahenol pula? Uish, namaku semakin menarik. Lepas ni boleh panggil I baby? " Zedi mengenyitkan mata kanannya sambil menggoyangkan bahunya.

Kononnya nak goda aku lah. Hak tuih!

"Kau- "

"MAMA! PAPA! KAKAK DUA ORANG NI LESBIAN MACAM ANAK PAKSU! "

Aku dan Zedi terkejut lantas memandang sebelah. Ada seorang budak perempuan berumur sekitar 7 hingga 8 tahun. Suaranya kuat sampai satu cafe pandang.

"Asal bila aku dengan kau je, nasib aku auto malang, " aku bersuara perlahan.

"Don't worry, Syaz. Aku ada, segala benda jadi normal. Kau tengok aku nak buat apa " Zedi berdehem.

Mak ayah budak tu pula cuba nak tutup mulut budak tu tapi dia makin bising pula. Haih, nak je aku ambil budak tu and jual dekat dark web. Geram betul lah aku! Memang budak- budak ni menjengkelkan ke?

"HAHA! " Zedi ketawa dengan kuat tiba- tiba.

Krik krik, krik krik.

Aku menepuk dahiku.

"KAKAK NI BUKAN LESBIAN JE TAPI KAKAK NI GILA JUGALAH MAMA! PAPA! " budak itu semakin menjerit.

Semakin kalut mak ayahnya. Mereka berdua lantas memohon maaf terhadap kami berdua lantas menarik budak itu keluar dari cafe.

"Kau ni bukan je jilake dengan bahenol. Tapi goblok- "

"Cukup Syaz! Aku tahu yang kau terkesima dengan plan aku untuk senyapkan budak tu tadi! " Zedi menunjukkan tapak tangannya.

Aku terdiam. Kepala bana dialah terkesima. Dia makin buat budak tu bising adalah.

"Jom lah pergi cafe lain. Aku tak nak duduk dekat sini. Malu aku, " aku terus bangun tanpa menunggu jawapan Zedi.

"Chotto! " (Tunggu! ) Zedi pun bangun lantas berlari ke aku.

Kami pun pergi ke taman bunga yang bersebelahan dengan cafe itu.

Aku berdiri sambil menghirup udara yang segar. Zedi perlahan- lahan mengundur. Lantaklah dia nak buat apa. Janji dia tak kacau aku nak hirup--

Tiba- tiba aku hampir nak terjatuh disebabkan hilang imbangan di lutut kanan. Aku menoleh ke belakang.

Zedi ketawa mengekek. Aku dah tahu, dia yang tolak lutut kanan aku tadi. Dia tolak guna kaki dia, aku tahu!

"ZEDI! " aku mengejar Zedi.

Zedi berlari sambil ketawa. Gembira je dia eh! Aku terus mengejarnya. Bagaikan Kuch Kuch Hota Hai, aku dan Zedi berlari tetapi niat berlainan.

Dalam cerita tu, diorang bersweet sweet. Kalau pasal kitorang, aku kejar sebab nak membunuh Zedi. Zedi pula cuba larikan diri dengan senyuman dan ketawa yang semakin menaikkan perasaan membunuhku.

5 minit kemudian,

Kami berdua sudah terdampar di salah satu bangku di taman bunga itu. Tak ramai yang datang. Ada yang berselfie, ada yang cinta baru di reject. Ada yang terdampar, kitorang lah tu.

Aku bersandar di bangku itu sambil menarik nafas. Bak kata cikgu sains sukan, hutang oksigen selepas berlari perlu dibayar.

Zedi pula sudah terbaring di bangku itu. Kepalanya pula berada di pehaku. Aku dah tak kesah, yang penting aku penat.

Tak lama selepas itu, aku terus memukul perut Zedi dengan perlahan. Zedi tidak mengaduh malah dia ketawa kecil.

Kami berdua sudah kembali normal tetapi posisi kedudukan kami tidak berubah. Zedi tetap berbaring di pehaku. Aku tak kesahlah, bukannya kepala dia berat 10 tan pun. Ringan je, kalau nak cabut and baling kepala dia pun aku boleh.

Ringan kan? Nak buat tapi sebab member, ketepikan lah dulu nafsu mencabut kepala orang.

"Kenapa kau panggil jumpa dekat luar? " sekali lagi aku menyoal benda yang sama terhadapnya.

Orang yang lalu lalang dihiraukan.

Zedi memandang langit sambil tersenyum tawar, " I don't know tho. Hati aku ni bagitahu untuk jumpa kau harini. Actually hati aku suruh aku buat macam- macam tapi aku pilih untuk jumpa kau saja, "

"Hah? What are you talking about? " aku menunduk, memandangnya.

Zedi ketawa kecil, "Just nak jumpa saja. Mana tahu nanti tak boleh jumpa kan? "

Aku mendecit lalu memukul perut Zedi dengan kuat. Biar usus dia tercabut. Ceh jauh betul expectation.

Zedi mengaduh. Dia sempat mengangkat kepalanya lantas mengusap perutnya dari luar baju saja. Yelah, takkan nak buka baju pula? Zedi kembali meletakkan kepalanya di pehaku tetapi perutnya masih diusap.

"Kau tak payah nak mengada eh. Sabtu ni jumpa juga. Ahad ni sekolah tau. Kau nak ponteng? Ni penumbuk aku ada untuk kau kalau kau lupa, " aku menunjukkan penumbukku di atas mukanya.

Zedi ketawa tetapi tak ikhlas. Aku tahu dia ketawa tak ikhlas sebab dalam pikiran dia, ada benda yang paling penting dia pikirkan.

"You know Zedi, you can tell me anything that bother you, right? Even aku selalu cakap kasar dengan kau, kau tahu yang aku sayang kau macam adik aku sendiri, kan? " aku memandangnya sayu.

Zedi tersenyum lembut, " Terima kasih, Syaz, "

Aku terdiam, jarang sekali aku dengar Zedi ucap terima kasih. Dia suka ucap 'arigatou' kalau dia tengah happy. Dia akan cakap 'thank you' kalau dia perli orang. Dan 'terima kasih' ni, aku selalu dengar berapa kali je selama aku kawan dengan dia. Boleh hitung dengan semua jari aku ni.

I know something wrong. Something yang buat Zedi risau sampai dia nak bergurau pun tak boleh. Start kitorang habis berlari tadi, dia terus tak bergurau.

Aku tersenyum tawar lantas mengusap rambutnya yang sependek bahu itu. Ya, aku baru perasan sesuatu.

"Kau baru potong rambut? " aku berain dengan rambutnya yang pendek itu. Sebelum ni, rambut dia panjang samai bahagian perut dan dia suka ikat rambut gaya ponytail.

Tapi sekarang rambutnya pendek paras bahu dan dibiar bebas.

"Haah, people always said, try something new before it's too late, " Zedi memejam matanya.

Aku ketawa kecil, " People? I think it just you, " aku cuba nak bergurau dengan Zedi.

"Maybe? " Zedi hanya membalas ringkas tanpa gurauan dan dia masih memejam mata.

See? Dia langsung tak nak bergurau dengan aku?

"Hey! Just tell what's going on! I know something bother you! " aku menjerit sedikit kuat. Nasib baik tak ada orang pandang.

"Nothing, lah. I'm just worried if anything happen to Izla, Qari, Hara and Aisy. Kalau kau sekarang ni ada dengan aku so aku tak risau sangatlah, " Zedi tetap memejam mata.

Aku tersenyum tawar, why she can't tell me the truth. Okay, maybe dia memang betul- betul risau. Tapi sebab apa? Setiap benda yang berlaku, mesti ada sebab.

Tapi aku tak jadi nak tanya bila aku nampak yang Zedi tak nak bualkan pasal hal ni. So, aku pun diam. Well actually aku pun rasa macam benda buruk akan berlaku.

Dan yang paling penting, aku rasa sebak bila asyik terpikir pasal Zedi? Ada benda yang buruk akan terjadi antara kami, terutamanya Zedi?

Tak lama selepas itu, Zedi terus balik ke rumahnya sebab dia ada hal penting. Dia kena bersiap, katanya ada tetamu penting nak datang rumah jumpa dia dan abang dia. Dan Zedi pun tak tahu siapa tetamu itu.

Aku menarik nafas. Aku terus bangun dari bangku itu lalu aku pun berjalan di kawasan bunga ros jepun. Bunganya sangat cantik tapi sayang, kawasan bunga ros jepun di tepi semak jadi tiada sesiapa di sini.

Aku terus mengeluarkan telefonku apabila ada panggilan.

Nombor tak dikenali? Tanpa buang masa, aku terus menjawab.

"Hello? " aku memulakan perbualan.

"May God bless you, " tut.

Aku terkebil- kebil lantas memandang skrin yang sudah gelap. Apa kebenda ini? Tiba- tiba saja 'may god bless you'. Ingat ni drama ke apa?

Sedang aku berpikir, buk!

Aku terus terjatuh. Sebelum aku pengsan, aku perasan dua lelaki bertopeng dan berpakaian hitam di depanku. Dan salah seorang dari mereka memegang kayu. Aku tahu ni kerja--

Aku terus pengsan.

(End Syaz P.O.V)

------

(Qari P.O.V)

Setelah insiden itu, kami terus berada di hospital. Mama menangis tanpa henti manakala Pak Samad terus menyalahkan dirinya kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling. Papa pula cuba menenangkan mereka berdua tanpa henti.

Aku pula di tepi mama hanya diam tidak berkutik. Kalau... Kalaulah aku tarik Mak Leha untuk lari bersama, mesti semua ni takkan terjadi. Jadi, ini semua salah aku, kan?

A... Aku yang sepatutnya kena---

Mama memelukku sambil menangis. Kepalaku diusap.

"It's okay. Everything gonna be okay, " mama terus memujukku.

Tetapi tak ada satu pun yang dapat sedarkan pikiran aku daripada terus menyalahkan diri sendiri. Aku tahu semua ni memang salah aku.

Lampu merah bilik kecemasan itu terus bertukar kepada hijau. Seorang doktor keluar. Tanpa buang masa, mama, papa dan Pak Samad terus meluru ke doktor itu. Aku tak boleh pandang doktor itu.

Aku terus bangun dengan perlahan dan pergi dari situ tanpa disedari oleh sesiapa. Aku dah macam mayat hidup, berjalan dengan tidak ada tenaga. Aku berjalan tanpa sedar. Sehinggalah aku keluar dari hospital.

Aku ingat lagi, antara ZIQHAS, rumah Aisy paling dekat dengan hospital ini. Walaupun perlu berjalan sedikit, aku terus berjalan. Aku perlu tumpang rumah dia seketika. Aku tak boleh nak hadap mama, papa dan terutamanya Pak Samad buat seketika.

Aku pasti dan yakin bahawa Aisy dapat tumpangkan aku. Aku terus berjalan sambil menyalahkan diri sendiri tanpa henti. Untuk sampai ke rumah Aisy, aku perlu berjalan melalui sungai. Di mana kawasan yang sibuk pada waktu pagi sahaja.

Tetapi aku ada nampak seorang lelaki remaja berbasikal dengan perlahan di depanku. Aku pun jalan perlahan jadi memang kenalah.

Untuk apa aku hidup kalau akhirnya aku hanya membawa bala?
Untuk apa Mak Leha menyayangi aku selama ni kalau akulah punca dia terlantar di hospital?
Aku layak ke hidup dalam keluarga yang bahagia macam aku miliki selama ni?

Tiba- tiba ada van putih di berhenti di tepiku. Tiga orang lelaki bertopeng dan berpakaian hitam keluar dan menuju ke aku.

Aku menoleh kepalaku, memandang mereka dengan riaksi kosong.

Tiba- tiba, aku tak boleh nak berpikir. Apa yang diorang nak? Diorang nak tanya aku arah jalan ke?

Salah seorang daripada mereka terus menarikku sambil menekup mulutku. Aku tak melawan malah hanya mengikuti mereka. Mereka terus mengangkut aku ke dalam van dengan mudah.

Tetapi kerja mereka terganggu apabila lelaki berbasikal itu membaling seliparnya sambil menjerit, "YOU BERTIGA NI TAK TAHU MALU KE NAK AMBIL ANAK DARA ORANG! BAGI GEGIRL TU DEKAT I BALIK! CEPAAAAAT! "

"Pondan mana pula ni? " salah seorang penculik itu besuara.

"BAIK YOU PULANGKAN BALIK GEGIRL SEBELUM I-- "

BUK!

Lelaki berbasikal itu terus pengsan apabila mukanya ditumbuk. Penculik yang menumbuknya itulah orang yang terkena balingan seliparnya. Selipar lelaki itu disarung semula oleh penculik itu.

"KAU BUAT APA TAK GUNA?! " penculik yang memegang aku menjerit.

"NANTI SELIPAR DIA HILANGLAH GILA! AKU NAK TOLONG JE! " dia menjerit semula.

"KEPALA OTAK KAU! DAH CEPAT SIKIT! "

Mereka bertiga terus masuk ke van selepas aku ditolak ke dalam van. Van itu terus bergerak.

"Senang gila culik budak ni. Tak melawan. Baik sorang je handle benda ni tadi. Lelaki tu pun pondan, kena tumbuk sekali terus pengsan, " salah seorang daripada mereka bersuara.

Mereka semua ketawa lantas membuka topeng. Aku hanya mendiamkan diri tanpa tanganku diikat mahupun mulutku disalotape.

Tiba- tiba aku terbayang ZIQHAS tersenyum ke aku. Aku tersentak. Ya, bila diingatkan balik, akulah punca ZIQHAS pindah ke Diamond High.

Aku terus tersedar daripada khayalan lantas aku terus menangkap apa yang terjadi pada diriku. Aku melihat sekeliling. Ada tiga orang lelaki yang menangkapku tadi dan seorang di tempat memandu manakala seorsang lagi di sebelah pemandu.

A... Aku kenal diorang. Diorang ni kawan- kawan Zedi, kan? Aku tak berapa kenal tapi aku nampak seseorang bernama Afiz sebab kecoh satu sekolah yang dia sukakan Zedi. So, aku auto kenal siapa Afiz.

Aku terdiam, itu tak penting. Yang penting sekarang ni, aku kena culik! Aku terus menjerit sekuat hati.

Mereka berlima terkejut. Hampir terbabas van dibuatnya tetapi sempat dikawal dengan baik.

"WOI DANISH! Asal kau tak ikat tangan dia! Salotape sekali mulut dia tu! " Alexander yang memandu van itu menjerit dengan kuat.

Dan aku terpikir, kalau aku kena culik, semua masalah dekat rumah akan hilang, kan? ZIQHAS takkan susah lagi, kan? Sebab akulah punca banyak masalah berlaku.

Jadi aku terus berhenti menjerit lantas menunduk ke bawah. Aku mendiamkan diri.

"We-- wey... Anyone nak tolong ikatkan? " Danish menjauhi aku.

"Apahal? " Irham memandang Danish. Danish menunjuk aku.

Irham memandangku lantas dia pun menjerit dengan nyaring sekali.

"APAHAL KAU JERIT GILA?! "sekali lagi Alexander mengamuk.

"Dia--- dia menakutkan wey. Tiba- tiba diam, tundukkan kepala macam hantu... Kita turunkan dia dekat sini wey, cakap dengan bos, kita tak jumpa je dia, " Irham memberi cadangan.

Danish mengangguk setuju.

Buk! Buk!

Kepala mereka berdua diluku oleh Izzudin.

"Kepala otak kau. Kita tetap kena bawa dia. Bos dah tunggu. Kau nak kena bunuh dengan bos? " Afiz bersuara.

"TAK NAK~~~ " Danish dan irham berpelukan.

"Aku ada dekat belakang dengan kau berdua, kan? " Izzudin bersuara lantas mereka diam dan mengangguk namun masih menjauhi aku.

Aku tak kesahlah. Mati pun, matilah. Daripada hidup hanya untuk menyusahkan orang lain.

(End Qari P.O.V)

------

Dia ketawa misteri.

"Dua dalam genggaman. Empat masih berkeliaran bebas seperti burung di luar sana~ "

Dia terus mengeluarkan dartnya lalu gambar Syaz dan Qari di dinding dilempar dart.

Dart itu tepat di dahi gambar Syaz dan Qari.

"Wait for me Zedi, Izla, Hara and Aisy. I will come to you~ "

Gelas kacanya di lempar ke bawah.

Prak! Gelas itu berderai. Kaca berselerak.

Lelaki itu ketawa kuat. Puas hati dengan apa yang dibuat.

Continue Reading

You'll Also Like

9K 867 6
# 3th Kingdom Chronicles | 𝕸𝖆𝖍𝖐𝖔𝖙𝖆𝖕𝖚𝖗𝖆 Status: Suspend A story about the queen of the blue ocean, Meredith El-Callan and the second prince...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
14.1K 1.1K 9
𝑴𝒚 𝑷𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 [ 1st Novel ] [ Ongoing ] Adrian Xandra , dikenali sebagai mafia atau ketua yang digeruni di Italy . Seorang yang kaca...