Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.5K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45 (Akhir)

42

676 61 1
By dsyaf_


Khalif sempat bersalaman bersama sahabatnya sebelum memasuki kereta, entah bila pula mereka bakal berjumpa.

"Dah?" Soal Hanum sebaik sahaja pintu ditutup.

"Dah sayang." Tangan Hanum diusap, sejujurnya sepanjang perkahwinan beberapa bulan, Hanum banyak menegur tentang egonya.

"Ayah kita nak pergi mana?" Soal Hadi dibelakang.

Khalif hanya tersenyum, dapat dilihat pantulan cermin beberapa kereta mengikutinya. Pekerja sudah mula bekerja lusa, tapi tidak mereka.

Jelas terpampang signboard Kelantan. Hanum di sebelah turut teruja, nak jumpa Nenda!

"Kita nak jumpa Nenda!"

Hadi mengerut dahi, kan dia dah ada tokmi dan tokbi? Nenda ni siapa pula?

Khalif yang melihat Hadi mengerut dahi, menahan senyum.

"Nenda tu nenek ayah, kira moyang Hadi!"

"Ouhhh!" Dilihat anaknya mula mengerti, dan mula bermain tab.

"Yang." Panggilannya dijawab Hanum dengan mengangkat kening tanda apa.

"Terima kasih."

Hanum mengeratkan pegangan tangan mereka,

"Saya yang patut ucap terima kasih."

"Saya sayang Hanum, sangat."

"Saya sayang Khalif, terima kasih ambil saya jadi isteri. Saya bahagia, dan berharap bahagia ini kekal dengan lama."

"Terima kasih mengandungkan anak-anak saya, besarkan Hadi. Hadapi masa lalu dengan tabah, awak hebat Hanum. Isteri saya, bidadari saya yang saya cinta."

Hanum hanya tersenyum. Mata kembali memandang jalan raya dihadapan, tiada apa yang ingin diucapkan selain terima kasih kepada Allah.

***

Sebaik sahaja sampai diperkarangan kampung Khalif, mereka mula keluar. Zikir, Rais dan Kamal turut ikut, serta abang Harris yang membawa umi, abi  dan Kaisara. Katanya nak merasa suasana kampung. Alhamdulillah perjalan pulang ke kampung tiada halangan untuk lima buah kereta itu.

Jam menunjukkan pukul lapan malam, mujur sahaja sudah solat Maghrib di surau berdekatan. Khalif mendekati rumah mewah berkonsep kampung itu.

Loceng ditekan, tak lama selepas itu pintu dibuka dan terpampang wajah wanita tua bersama tongkat.

"Assalamualaikum Nenda."

"Waalaikummussalam, Ya Allah cucu aku!"

Khalif tersenyum, lalu tubuh tua itu dipeluk erat. Rindu! Hampir dua tahun dia tidak pulang, sudahlah perkahwinannya Nenda tidak datang.

Umi dan abi pula menyalam Nenda, diikuti Hanum, Hadi, Aisyah, Misha, Tiara dan Kaisara.

"Anok pio nih?" Soal Nenda tatkala Hadi menyalamnya.

"Bonda, kan Khalisa dah bagitahu haritu?" Umi mengusap bahu Nenda.

Seketika semua memandang Nenda yang termangu-mangu, sebelum dahinya ditepuk.

"Hadi! Anok Khalif? Lah cicit aku!" Tubuh Hadi ditarik kepelukan.

Hadi? Meraunglah!

"Ibu! Tolong!"

Mereka yang memerhati hanya tergelak, Nenda sangat sukakan budak. Kerana itulah bila ada budak kecil pasti dicuri dahulu.

"Lisa! Milah! Mari ambik baju-baju ni." Jerit Nenda kearah pembantu rumahnya.

"Eh, mari masuk. Ajok saing nuh, jangan risau. Rumoh ni banyok bilik kosong!" Kepoh Nenda berkata.

"Eh semeta, mano so bini Khalif?"

Langkah mereka terhenti, lupa pula dah. Khalif menarik Hanum mendekatinya.

"Ouh, hok ni? Comey! Nenda suko, panda Khalif cari." Tubuh Hanum ditarik kepelukannya pula.

Puan Sri Khalisa hanya memutarkan mata, tahu sangat perangai ibu mertuanya. Semua orang dia nak peluk.

"Eh mari masuk, wak mace rumo sendiri deh?"

Mereka mengangguk dan mula memasuki rumah mewah bertemakan kampung itu.

***

"Semakla cucu Puan Zaitun kea? Saing-saing cucu dio pun semak!" Milah memerhati sejenak ruang tamu.

Lisa atau nama sebenarnya Monalisa tersengih, sudah lama dia menunggu kepulangan cucu Puan Zaitun.

"Aku nok Khalif tu."

Milah memandang Lisa,

"Mung gilo ko Lisa?"

Tangan mereka berdua masih mengelap pinggan dan cawan yang baru sahaja di bilas. Sudah lama di dalam almari, kini ingin dipakai habis berabuk.

"Dok caro, aku nok jugok cucu Puan Zaitun. Aku comey kot!" Ucap Lisa dengan yakin sebelum berlalu meninggalkan Milah tatkala kerjanya sudah selesai.

Bermacam idea dimindanya untuk mendekati cucu Puan Zaitun yaitu Khalif.

"Kukmunglah Lisa, malah caro aku" Milah hanya mencebik dan membuat kerjanya dengan cepat.

"Nok belako jatey le dunio ni gak, ho ambiklah!" Bebel Milah seorang diri.

***

Lisa jalan menghampiri cucu Puan Zaitun, rambut dibetulkan. Gincu merah yang dipakai dibelek, setelah memastikan penampilannya cantik, lenggok badan diayun ke kiri ke kanan.

"Abe Khalif, kopi Lisa wak ko abe ni."

Khalif yang sedang bermain telefon memandang ke arah pembantu rumah Nendanya dari atas hingga ke bawah.

Macam badut sekali pandang, dengan bedak tebal, bibir merah menyala, rambut pula mengerbang macam hantu.

"Baik, terima kasih Lisa." Khalif terus memandang telefon bimbitnya.

Mati senyuman Lisa tatkala melihat cucu majikannya tidak memberi reaksi, sebaik sahaja mata memandang kerusi di sebelah Khalif kosong, pantas dia melabuhkan punggung.

Khalif tersentak apabila orang gaji Nendanya mula duduk di sebelah dan merapat-rapatkan badan.

"Abe Khalif tengok gapo tuh?" Lisa sengaja menggeselkan tubuhnya dengan bahu Khalif.

Hanum yang memerhati di tangga, terus turun. Ingatkan nak bagi kopi je, eh siap duduk gesel-gesel pulak!

Panas! Panas!

Sebaik sahaja sampai dihadapan Khalif, terus dia menyelit diantara Lisa dan suaminya.

"Eh Lisa buat kopi? Mesti seeeedap kan?" Kopi yang Lisa buat diambil dan dihirup.

Lisa yang memandang mendengus geram. Terus mengangkat punggung dan meninggalkan Khalif dan isterinya.

Hanum tersenyum puas, ada hati nak dekat dengan laki aku. Tak nampak ke aku mengandung, anak Khalif tau!

"Garangnya.." Khalif memandang Hanum lalu tergelak kecil.

"Awak sukalah dia himpit, lepastu gesel-gesel kan?" Mata tajam memandang suaminya.

"Astagfiruallah! Tak! Saya tak suka, geli ada. Dah la dia macam badut, tapi.." Kata-kata Khalif dipotongnya laju.

"Ha! Tapi apa?" Panas pula tengok muka Khalif.

Khalif merapatkan tubuhnya dengan Hanum, tangan naik memegang bahu Hanum lalu diusap.

"Tapi.. kalau isteri saya yang himpit-himpit, gesel-gesel, saya sukaaaaa sangat!"

Pandangan tajam yang diberikan entah kemana, yang ada pandangan gerun. Mood Khalif bukan boleh dibawa main.

"Ehem!" Sampuk satu suara.

Hadi! Alhamdulillah anak ibu, penyelamat jiwa raga ibu! Terus dirinya meninggalkan Khalif dan menghampiri Hadi.

"Sayang jangan ingat boleh lepas tau? Nanti malam kita tidur sebilik juga!" Laung Khalif nakal.

Tap!

"Aduh!" Khalif mengusap kepalanya tatkala terasa benda keras diketuk ke atas kepalanya.

"Agak-agak lah boy, ramai orang kot? Perangai tak senonoh, padanlah ikut abi kamu!" Puan Sri Khalisa terus beredar, batang kayu dikepit di bawah ketiaknya.

Batang kayu tu digunakan untuk menghambat angsa, biar rambut anaknya bau angsa sekali, perangai tak semenggah!

"Eh mi, kenapa pula abi yang kene tuduh jahat-jahat ni?"

Muncul Tan Sri Ahmed entah dari mana mengikuti langkah isterinya. Khalif hanya memerhati, dari jauh dapat dilihat Hanum menjelir lidah.

Khalif tersenyum, tunggulah malam ni.

***




3 Chapter lagi!

Continue Reading

You'll Also Like

569K 23.6K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...
480K 28K 62
(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRT...
98K 6.3K 42
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...
641K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...