H A R I S Z U F R A N (RAW)

By syza_ra

493K 19.8K 1.3K

Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya menceca... More

Watak Mrs Zufran
PROLOG
Z U F R A N 1
Z U F R A N 2
Z U F R A N 4
Z U F R A N 5
Z U F R A N 6
Z U F R A N 7
Z U F R A N 8
Z U F R A N 9
Z U F R A N 1 0
Z U F R A N 1 1
Z U F R A N 1 2
Z U F R A N 1 3
Z U F R A N 1 4
Z U F R A N 1 5
Z U F R A N 1 6
Z U F R A N 1 7
Z U F R A N 1 8
Z U F R A N 1 9
Z U F R A N 2 0
Z U F R A N 2 1
Z U F R A N 2 2
Z U F R A N 2 3
Z U F R A N 2 4
Z U F R A N 2 5
Z U F R A N 2 6
Z U F R A N 2 7
Z U F R A N 2 8
Z U F R A N 2 9
Z U F R A N 3 0
Z U F R A N 3 1
Z U F R A N 3 2
Z U F R A N 3 3
Z U F R A N 3 4
Z U F R A N 3 5
Z U F R A N 3 6
Z U F R A N 3 7
Z U F R A N 3 8
Z U F R A N 3 9
Z U F R A N 4 0
Z U F R A N 4 1
Z U F R A N 4 2
Z U F R A N 4 3
Z U F R A N 4 4
Z U F R A N 4 5
Z U F R A N 4 6
Z U F R A N 4 7
Z U F R A N 4 8
Z U F R A N 4 9
Z U F R A N 5 0
Z U F R A N 5 1
Z U F R A N 5 2
SPECIAL CHAPTER

Z U F R A N 3

8.3K 363 8
By syza_ra

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"jauh menung, fikirkan masalah kerja ke?" suara hj Zulkifli menyentak lamunan Haris.

Leka betul dia lihat Haris termenung di atas pangkin.

"haah ayah fikirkan masalah kerja, rasa penat buat 2 kerja sekali" Haris kalau boleh tak nak mengeluh depan orang tuanya,

dia tiada tempat mengadu, hanya hj Zulkifli yang sudi mendengar masalahnya

"masalah kerja ni sampai kita mati pun takkan habis Haris, ayah dah cakap kandang kambing tu ayah boleh jaga, kamu tak payah susah susah jaga" Haris menggeleng, mana mungkin dia nak biarkan ayahnya berpanas di kandang kambing.

"tak apa ayah, Haris boleh uruskan lagi kandang kambing tu, ayah duduk je rumah teman umi" cukuplah ayahnya sudaah berpenat lelah dahulu mencari rezeki untuk dia dan adiknya, biarlah Haris pula yang menggantikan tempat hj Zulkifli untuk mencari rezeki

"kalau kamu rasa masalah kamu berat dan tak mampu nak ceritakan pada siapa siapa jangan lupa kita ada Allah, dia sentiasa ada dan tunggu doa dari kita" pesan hj Zulkifli

"baiklah ayah, terima kasih sebab selalu nasihat dan ingatkan Haris" kalau tiada hj Zulkifli, Haris rasanya masalah masalah yang dia hadapi sebelum ini hanya mampu dia pendam dan tak mungkin bakal selesai

"dah la ayah masuk tidur dulu, kamu jangan lama lama dekat luar ni nanti sakit pula" pesan hj Zulkifli sebelum dia masuk ke dalam rumah

"baik ayah" jawab Haris

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"Macam mana dengan lelaki tu, kau dah jumpa?" tanya Melyssa pada penyiasat upahannya

"dah, dia sekarang tengah menyorok dekat sebuah kampung" kata Zarul selaku penyiasat persendirian kepada Melyssa

"bagus kau bagi lokasi dia petang ni aku gerak pergi sana" arahan Melyssa dibalas dengan anggukan

"cik Melyssa nak saya ikut sekali tak?" sebelum ini Melyssa ada meminta dia menemaninya

"tak apa lagipun mak kau tak berapa nak sihat kan, kau jaga je mak kau. Biar aku uruskan orang tua tak guna tu" tangan di gengam erat, tak sabar dia nak bersemuka dengan encik Faizal

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"Kamu berkemas kemas ni nak ke mana Lyssa?" puan sri Aleena bertanya,

kebetulan dia lalu di depan bilik Melyssa dan melihat anaknya sedang mengemas baju.

"Lyssa nak pergi bercuti" bohongnya kalau dia bagitahu puan sri Aleena dia nak pergi mencari encik Faizal, confirm mummynya tak akan beri kebenaran.

"bercuti ke mana pula? kamu dah minta izin papa belum?" Melyssa mengangguk

"papa dah bagi kebenaran, tu yang Lyssa berkemas" jawabnya,

dia sibuk memeriksa semula begnya takut ada barang yang tinggal

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Melyssa tiba di sebuah perkampungan, dia mengikut alamat yang di hantar oleh Zarul

"aku macam kenal tempat ni" Melyssa melihat kawasan di kiri dan kanannya,

sambil memandu dia memerhati waze yang menunjukkan arah ke chalet yang ditempah Zarul semalam

"tak ada hotel ke, aduhai tapi tak apa la demi papa aku redah je" Melyssa sanggup buat apa sahaja asalkan encik Faizal segera di tangkap

Sebaik sahaja sampai di chalet tersebut, Melyssa terus meminta kunci bilik,

dia mandi dan bersiap untuk tidur kerana dia sampai tadi jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Sekarang jarum jam sudah ke angka 12 tengah malam, nasib baik chalet ni ada penghawa dingin, selesa sikit dia nak tidir

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

Pagi itu tan sri Megat dan puan sri Aleena sarapan berdua tanpa Melyssa

"Lyssa ada bagitahu abang dia pergi bercuti dekat mana?" tanya puan sri Aleena

"katanya dia bercuti dekat kampung" tersedak puan sri Aleena mendengar

"apa!!? dekat kampung? sejak bila pula anak kita tu suka bercuti dekat kampung" tak percaya puan sri Aleena anaknya itu bercuti di kampung, dia sedang bermimpi agaknya

"iya, ala biarlah dia nak bertukar angin, asyik bercuti dekat laut je tak laut pergi luar negara menghabiskan duit" kata tan sri Megat

"dia ada bagitahu dia bercuti dekat kampung mana?" tan sri Megat mengangkat bahu

"tak tahu sebab dia bagitahu abang dia nak pergi bercuti dekat kampung, tak pula dia bagitahu kampung mana, abang tak sempat tanya lebih sebab masa tu dah lambat nak pergi meeting" kalau dah tan sri Megat cakap macam tu terpaksa la puan sri Aleena menelefon anak gadisnya bertanya keberadaan Melyssa

"okay la abang pergi kerja dulu" tan sri Megat bangun dari kerusi begitu juga dengan puan sri Aleena,

mereka berjalan ke arah pintu utama, puan sri Aleena menghantar pemergian suaminya ke tempat kerja

~•~•~•~•~•


"Adoi nak sarapan apa eh pagi ni?" Melyssa mengaru garu kepala sambil memandu.

Bangun saja dari tidur perutnya terasa lapar, mungkin semalam dia tak sempat makan jadi pagi ni perutnya buat hal

"ah aku google lah jalan nak ke pekan" Melyssa mengelurkan telefon bimbitnya dan mencari jalan untuk ke pekan

"laaa...dekat je dalam 15 minit" katanya sebaik sahaja dia mencari lokasi pekan di aplikasi waze.

Melyssa turunkan handbreak dan membelok ke arah kanan mengikut arahan di dalam telefon

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"awal kamu nak pergi ke kandang Haris, jam baru pukul 7.30" soal puan Summayah .

Kebiasaannya Haris akan ke sana jam 9 pagi

"hari ni Saiful tak ada umi, dia cuti. Badrul tinggal sorang, ni yang Haris nak pergi awal sikit" puan Summayah mengangguk tanda faham

"kenapa Saiful cuti?" jarang dia dengar budak berdua tu ambil cuti kecuali kalau ada hal kecemasan

"dia kata nak bawa maknya ke klinik, harini makcik Salbiah ada check up" jawab Haris

"ouhh...nah bagi bekal ni dekat Badrul, kamu pon tak sarapan lagi kan, makan sama sama dekat sana" puan Summayah menghulurkan bekal yang berisi bihun goreng dan satu termos air teh tarik

"terima kasih umi, Haris pergi dulu, assalamualaikum" dia menyambut huluran bekal dan termos tersebut lalu mencium tangan uminya

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Haris yang sedang sibuk membersihkan kandang kambing di kejutkan apabila ada tangan seseorang menepuk bahunya dari belakang

"ehhh Nubhan bila kau balik?" tanya Haris,

terkejut dia melihat kelibat Nubhan

"aikkk asal terkejut aku balik sini, biasa la boss aku pon mana nak ada sangat dekat syarikat" Haris tergelak

"macam mana kerja okay tak?" Nubhan mengeluh

"susah kalau bos besar tak ada tak menang tangan aku dengan pekerja dekat sana" Haris menggelengkan kepala

"kau kena belajar handle syarikat tu mana tahu boss kau tu nanti kena outstation dekat luar" Nubhan gelak

"ni kau bila nak keluar dari kampung, tak bosan ke terperap je" Nubhan lihat Haris sibuk dengan rutinnya di kandang kambing

"aku bukan apa haritu boleh lah aku keluar sebab Zulaikha cuti, ni cuti dia dah habis. aku takut pula nak tinggalkan umi dengan ayah berdua dekat rumah" Nubhan dah agak, asal dia tanya itulah alasan Haris

"ala umi dengan ayah kau okay je, kau ni yang tak boleh berpisah dengan diaorang" Haris tergelak besar

"kau ni ada je nak mengena kan aku, memandang kan kau cuti tanpa pengetahuan boss apa kata kau tolong aku bersihkan kandang kambing" sekarang baru Nubhan rasa menyesal datang ke sini, nak nak lagi sewaktu Haris sedang membersihkan kandang kambing

"kau ni aku baru balik, bagi lah aku berehat,ada je kerja aku kena buat time cuti,kau ni memang tak boleh tengok aku senang" dalam sibuk sibuk Nubhan membebel tangannya tetap berjalan untuk membersihkan kandang kambing.

Untung siapa yang dapat Nubhan ni walaupun kuat bercakap tapi tetap rajin membantu

・‥

...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"Ouhhh dekat sini rupanya kau duduk ya orang tua" Melyssa memerhati gerak geri encik Faizal yang sekarang berada di sebuah rumah kampung.

Memang rezeki dia lah masa nak beli roti dan air di kedai runcit tadi,

dia terserempak dengan encik Faizal tapi nasib baik lelaki itu tak nampak dia.

Melyssa membuat keputusan untuk mengekori encik Faizal dan sampai lah dia ke rumah ini

"bukan main kau ya siap tukar kereta baru lagi" geram dia melihat kemewahan yang ada pada encik Faizal hasil daripada wang haram.

"tapi aku tengok rumah ni macam bukan rumah lagipum banyak betul motor dekat depan rumah ni, dia tinggal dengan siapa" pelik Melyssa, ada beberapa biji motor di halaman rumah.

Tanpa berfikir panjang terus dia keluar dari kereta untuk menyerang encik Faizal.

Dengan gaya angkuh, dia menuju ke arah rumah tersebut dan mengetuk pintu bertalu talu

"keluar kau orang tua aku nak buat perhitungan dengan kau!!!" jerit Melyssa geram.

Dia mengetuk pintu itu dengan sekuat hati.

Kedengaran suara dari dalam sekan marah dengan tindakannya "cuba kau tengok siapa dekat luar tu,kurang ajar betul" kedengaran suara seorang lelaki memberi arahan.

Melyssa mula menelan air liur.

Tak sampai seminit pintu kayu yang macam nak roboh itu terbuka dari dalam tapi bukan susuk tubuh encik Faizal yang keluar malah seorang lelaki awal 30an muncul di depan pintu

"perghh jarang jarang kita dapat lauk hari ni boss" pandangan lelaki yang membuka pintu pada Melyssa itu agak lain macam.

Dari atas sampai ke bawah dia lihat Melyssa.

Kemudian muncul lagi beberapa orang lelaki membuatkan Melyssa cuak,

dia tak sangka pula ramai lelaki yang ada di dalam rumah ini

"cik adik ni dari mana nampak macam orang bandar je" seorang lelaki bertanya pada Melyssa.

lihat penampilan Melyssa yang agak bergaya, sudah tahu wanita di hadapannya ini bukan dari golongan biasa.

Dia cuba menarik tangan Melyssa,

tapi tindakan Melyssa lebih pantas dia cepat mengelak dari sentuhan lelaki itu dan berlari menjauhi rumah itu

"jangan bagi dia terlepas, perempuan tu tahu rahsia aku" sebaik sahaja encik Faizal mengeluarkan arahan,

mereka mula mengejar Melyssa beramai ramai

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

B E R S A M B U N G


terima kasih💙sudi tinggalkan ✏️comment dan 🌟vote


Continue Reading

You'll Also Like

22.4K 1.3K 71
﷽ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang...
2.5M 62.7K 88
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal...
591K 37.1K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...
109K 10K 84
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...