HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 16 [3]

3.7K 337 206
By Angel_k20

"Aku nak bincang pasal Black, Spade dan The Great Father," tutur Rayyan tenang.

"Lah, itu ke?" Qarizh menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Tak boleh ke hari lain? Dahlah aku kerja esok. Ni kau nampak mata aku? Tak handsome bhai masuk conference dengan mata panda," omelnya pula.

Sekonyong-konyongnya, dia mencebik geram dengan tindakan Rayyan. Hailah kawannya yang seorang ini. Kalau dikata A, maka A la sampai ke sudah. Boleh juga kalau nak B atau C, tetapi silalah bergasak dengannya terlebih dahulu sebelum A dapat ditukar. Berat nanang orang Terengganu kata...

"Okey apa aku jemput kau malam ni?" bidas Rayyan sambil ketawa.

Sungguh, wajah tidak puas hati profesor itu menggelikan hatinya. Bukannya dia tak tahu yang Qarizh ada persidangan antarabangsa esok. Tetapi itulah, hal musuh mereka mesti dibincangkan malam ini juga. Lagipun, dia agak khuatir kalau pihak musuh terlebih dahulu mendahului mereka.

"Hah, yalah. Jadi, kau nak cakap apa?" Malas mahu bertelagah, Qarizh mengalah.

Lantas, wajah Rayyan, Adwan, Syafiq, Amirul dan Waiz dipandang satu persatu. Ketika itu, barulah dia perasan yang lengkap pula mereka bertiga bersama dengan sidekick masing-masing. Rayyan dan Syafiq, Adwan bersama Waiz, serta dia dan Amirul. Kalau macam ini susunan Rayyan... mungkin perkara mengenai Mafia D.C.D agak serius.

"Adwan, apa hasil siasatan kau pasal Spade?" Rayyan bertanya kepada Adwan yang tenang berada di sebelahnya.

"Sampai sekarang, mamat genius tu susah nak track. Dia macam halimunan. Walaupun Slayer turut membantu, tapi dia bijak mengelak," jawab Adwan perlahan. Dia geram, tetapi mukanya dikekalkan tenang.

"Kau memang betul-betul dah okey, kan?" tanya Rayyan prihatin.

Dia merujuk kepada kes serangan terhadap Adwan tempoh hari. Ketika itu, sumpah dia terkejut apabila dimaklumkan yang Master diserang dalam diam ketika menyelamatkan seorang hartawan wanita di sebuah pusat membeli belah. Yalah, kebiasaannya Adwan sangat peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mudah diserang hendap dari jarak dekat.

Namun, entah di mana silapnya, ketua Team Satria Hitam tersebut berjaya juga disuntik dengan sejenis racun yang mampu membunuh dalam masa dua jam setelah disuntik jika tidak mendapat antidot. Syukur alhamdulillah, Erina dan Guna yang merupakan pakar racun berjaya menuetralkan racun tersebut dari badan Adwan.

"Macam kau tengok sekaranglah, Boss," balas Adwan disertai keluhan.

Serius, dia agak malu sebenarnya dengan pencapaiannya kali ini. Jika sebelumnya, apa saja kes, dia berjaya menyelesaikannya dalam masa yang singkat sahaja. Kini, walaupun sudah sebulan kes serangan Spade ke atasnya, tetap saja saintis itu berjaya mengelak daripada dijejaki. Sungguh, Adwan berasa helpless. Rasa tak berguna pun ada.

"Kau dengar tu, King. Adwan cakap si Spade macam halimunan. Kau pula, si hitam tu berjaya tikam kau sebulan yang lepas. Tapi sampai sekarang, kau pun gagal tangkap mamat Black tu," ujar Rayyan kepada Qarizh dengan wajah serius.

"Ya, aku tahu." Qarizh mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jari hantunya.

Betul, dia pun sama macam Adwan. Berasa helpless. Manakan tidak, usahanya dalam menjejaki Black pun menemui jalan buntu. Sudah bermacam-macam cara dilakukannya agar penjenayah itu dapat ditangkap. Tetapi, itulah. Lelaki Negro tersebut sangat licik dalam memboloskan diri.

"Jadi, inilah tujuannya aku panggil kau orang semua. Lagi lama kita biarkan, makin naik lemaklah malaun-malaun tu," ujar Rayyan seraya berpaling kepada Syafiq.

"Hades, tunjukkan hasil carian kita pasal D.C.D. tu," arahnya pula.

Tanpa bertangguh, pantas Syafiq memulakan kerjanya memaparkan data yang diperoleh. Kini, jelas terpapar di skrin besar akan kes-kes pembunuhan terbaru yang melibatkan beberapa orang mangsa lelaki tidak berkepala. Namun, apa yang menarik perhatian mereka adalah tubuh badan mangsa.

"Bukan ke ni..." Qarizh terhenyak.

Sumpah dia gerun dengan keadaan mangsa bunuh tersebut. Selain tidak berkepala, badan mereka juga kebiru-biruan dan kelihatan agak bersisik dengan daging-daging kelihatan meluruh dengan sendiri. Walhal, menurut data, mayat tersebut dijangka baru saja dua hari meninggal dunia!

"Blue Beam." Rayyan menentang tajam mata Qarizh.

"Bukan ke kau berjaya gempur makmal dia orang hari tu?" Qarizh turut membalas pandangan Rayyan.

Setahunya, pergerakan Mafia D.C.C tidaklah selaju ini dalam bertindak selepas makmal mereka digempur habis-habisan oleh pihak berkuasa pada tiga bulan lepas. Jadi, kalau macam inilah kelajuan mereka dalam membina balik empayar tersebut, maka keadaan memang agak bahaya.

"Memang. Tapi..." Rayyan memusatkan pula perhatiannya kepada Adwan.

Melihatkan itu, Qarizh turut menumpukan fokusnya kepada anak didiknya. Adwan pula tanpa bertangguh, terus dia mengisyaratkan kepada Waiz agar memberikan data yang diperoleh oleh pihaknya kepada Syafiq untuk dipaparkan di slaid LCD. Setelah beberapa ketika, maklumat yang diberikan terpapar.

"Hahaha," gelak Qarizh sambil bertepuk tangan.

"Bravo. Gila punya orang." Dia memicit pula batang hidungnya. Stres!

Rupa-rupanya, maklumat yang diberikan oleh Adwan lagi mengejutkan dirinya yang sedia terkejut. Haih... memang tak gunalah The Great Father dan anak-anak buahnya. Namun, yang paling tak guna sekali adalah profesor dari Nigeria yang bernama Prof. Dr. Bollum Nyee Oliu.

Patutlah manusia berkulit hitam tersebut selalu saja berjaya menyaingi langkahnya. Rupa-rupanya, selama ini dia terlepas pandang mengenai identiti sebenarnya. Jadi, sebab sebenar kenapa Black sangat bijak dalam mengatur strategi... kini semuanya jelas. Profesor lawan profesor, tak perlu disangkal lagi bahawa ianya memang perfect match!

"Pertarungan ni sangat sengit, Prof. Dr. Qarizh Zahwan." Rayyan menarik senyuman sinis.

"Dengan Prof. Dr. Bollum Nyee Oliu atau Black tu jadi lawan kau, memang sangat mencabar," tambah Adwan pula.

Tutur kata daripada Rayyan dan Adwan menusuk tepat ke fikiran Qarizh. Perlahan-lahan, dia menyandarkan belakang badannya ke kerusi. Lalu, nafas yang memberati dadanya dilepaskan pergi. Hilang sudah kerisauannya mengenai conference esok dan kini, ia berganti pula dengan kerisauan terhadap nasib Aralyn. Seketika, dia memejamkan mata bagi menyusun semula maklumat yang diterimanya.

Black dari kumpulan Mafia Crow selalu berbuat onar di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan tersebut terkenal dengan teknik hipnotis atau bahasa mudahnya pukau dalam usaha mereka memburu mangsa. Jadi, disebabkan Black itu seorang profesor dalam bidang psikologi, memang tidak hairanlah jika ahli bawahannya juga turut pakar dalam teknik ini.

Dengan menggunakan teknik hipnotis, mereka membuatkan mangsa yang ditargetkan tidak sedar bahawa mereka telah dipukau.  Setelah itu, mangsa dibawa secara paksa ke markas mereka untuk dijadikan bahan uji kaji formula dadah Blue Beam yang terbaru.

Persoalan mengenai mengapa makmal tersebut masih gah berdiri pula terjawab disebabkan oleh Spade daripada kumpulan Mafia Dragon. Doktor perubatan yang menyalahgunakan ilmunya untuk kejahatan itu menjadikan dirinya sebagai orang yang bertanggunggjawab untuk melakukan uji kaji ke atas 'tikus makmalnya'.

Sekarang, semuanya masuk akal. Black mencari mangsa, Spade pula bertindak menguji formula dadah tersebut. Mana-mana mangsa yang meninggal dunia kerana tidak dapat menahan kesakitan ataupun hasil formula tersebut tidak berjaya, mayat mereka dibuang ke dalam lombong.

Namun, kemusykilan mengenai kenapa mayat-mayat tersebut dipenggal kepala, ianya masih menjadi tanda tanya. Adakah kerana para penjahat tersebut takut rahsia mereka akan bocor? Boleh jadi, ya. Tetapi, mereka pun bodoh juga. Yalah, dengan kecanggihan teknologi forensik zaman sekarang, ujian DNA boleh dilakukan. Lambat laun, identiti mangsa dapat juga diketahui.

"King," tegur Rayyan.

"Apa?" Qarizh mencelikkan mata.

"Kau dah tak boleh relaks. Bakal bini kau dalam bahaya," sambung Rayyan. Ada nada simpati dalam ayatnya.

"Aku tahu," keluh Qarizh.

Hal Aralyn pun, satu perkara yang perlu difikirkan. Kerana mahu menyelamatkan gadis tersebut jugalah, dia menzahirkan niatnya mahu memperisterikannya. Lagipun, mereka suka sama suka dalam diam. Jadi, eloklah jika mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan. Apabila sudah halal, mudah baginya untuk melindungi Aralyn.

"Black memang dah targetkan dia sejak kes penemuan mayat dalam dinding hari tu," beritahu Qarizh lagi. Lalu, fikirannya terimbau kembali kepada momen-momen awal kerjasamanya dengan Aralyn. Serius, semuanya memberatkan kepala.

"Aralyn tak sepatutnya terima kes tu. Pak Su tak patut suruh Aralyn siasat kes tu awal-awal lagi," tuturnya lemah. Lantas, siling kaca dipandang dengan mata terkandung kecewa.

"Qarizh. Kau ingat tak apa aku kata dulu?" Melihatkan ulah lemah itu, Rayyan bertindak merapatkan kerusinya kepada Qarizh lalu berhadapan dengan jejaka tersebut.

"Setiap masalah, ada jalan keluarnya. Kau profesor, si Black juga profesor. Jadi, battle antara kau orang berdua bukan lagi hanya melibatkan kekuatan fizikal, tetapi kepintaran aras tinggi." Rayyan menunjuk ke kepalanya sendiri.

"Tunjukkan pada aku kekuatan dan kebijakan kau, Qarizh. Kau, The King. Arena peperangan tu, kau punya. Go go Power Rangers!" Rayyan menepuk keras bahu Qarizh.

"Oh ya, tepukan ni, balas dendam untuk hari tu. Berani eh kau tepuk bahu aku tepat-tepat dekat tempat luka," sambungnya pula sambil ketawa puas hati.

Melihatkan itu, Qarizh mencebik geram sambil menggosok-gosok bahunya yang berasa sengal. Dasar Rayyan Razien. Ayat dia itu boleh bikin orang sakit mental betullah. Mula-mula, okey lagi. Tapi ayat akhir tu... apa halnya power rangers pun terheret sekali? Tak fasal-fasal, kumpulan penyelamat dunia tersebut dipetik nama. Heh.

"Adwan, kau pun hati-hati tau. Doktor mental tu dah targetkan kau. Aku risau," ujar Rayyan kepada Adwan pula.

"Jangan risaulah, Boss. Aku tahu apa nak buat." Dengan pandangan menyakinkan, Adwan melontarkan senyuman.

"Okey, bagus. Semoga berjaya, Master dan crybaby Sky comel." Rayyan membuat isyarat peace kepada Waiz.

"Kau pula Gamer... jaga baik-baik profesor suka stres ni tau. Good luck, Miyul gayat." Kepada Amirul, dia menayangkan sengihan tak bersalah. Seronoklah dia melihat wajah merah Waiz dan Amirul menahan malu!

"Apik, jom balik. Esok kita ada battle dengan HR Group di Dewan Persidangan Makmur." Dia memberikan pula arahan Syafiq.

"Last. Fi hifzillah, semua. Semoga usaha kita semua dalam membanteras kejahatan dipermudahkan oleh Allah." Dengan senyuman menenangkan, Rayyan menyuntikkan semangat ke dalam diri para sahabat dan sidekick mereka.

Mendengarkan itu, Qarizh menarik senyuman nipis di hujung bibir. Selama-lamanya, Rayyan tetap Rayyan yang sentiasa tenang dan cool tak kira masa. Jauh di sudut hati, dia berterima kasih kepada sahabat baiknya yang seorang itu. Walaupun perangainya agak sengal, namun dialah sahabat sejati. Susah senang, tetap bersama.

"Boss." Qarizh melontarkan senyuman kepada Rayyan.

"Aku dah tahu apa nak buat." Senyumannya bertukar menjadi sinis.

Done!

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dengan updatenya novel ini, maka Binge To Read yang berlangsung selama 6 hari akhirnya berakhir jua.

Sudi tak korang bagi vote & komen part ni? ☺️

Selamat membaca, guys!
❤️

_____________
31 Mac 2021
9.30 malam.

Continue Reading

You'll Also Like

849K 36.5K 51
- my husband is mafia - Haziq Haikal | Qaseh Humaira 🎖️THE BEST ACTION 2020🎖️ 🥇FIRST STORY FROM LUVPATTRICIA 🥇 - this was not a love story but a...
209K 6.6K 57
BOOK of MRS. 👑 KAYDEN LEE , seorang lelaki yang amat beku dengan dengan semua orang tetapi berlainan pula apabila dia bersama dengan kekasih hatinya...
671K 27.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...