HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

BAB 16 [2]

2.8K 318 279
By Angel_k20

"Salam aku tertinggal kat rumahlah. Sorry." Selamba, Rayyan menjawab selaran Qarizh sambil terus melayangkan sengihan.

"Sengal," balas Qarizh.

Balasan dingin tetapi terkandung nada menyelar oleh Qarizh dibiarkan sepi oleh Rayyan. Tanpa meminta kebenaran, terus dia mencapai tablet dari tangan Qarizh lalu memerhatikannya dengan penuh minat. Wah, menarik juga info yang diperoleh oleh partnernya.

"Sampai lubang cacing kau buru mamat hitam ni," gelak Rayyan.

"Lagi elok dari lubang neraka," bidas Qarizh selamba.

"Lubang neraka pun apa salahnya. Elok je kau boleh hantar dia ke alam barzakh terus," sahut Rayyan seraya membelek lagi informasi berkenaan Black.

"Kau ni, memang ada-ada saja nak menjawabnya." Geram, Qarizh menarik nafas panjang.

Kenapa Rayyan Razien boleh datang ke sini malam-malam buta macam ni? Dengan basikal pula tu? Tak ada kerja ke? Atau, sudah terlampau banyak kerja sampaikan otaknya terputus fius? Eh, banyak pula kemusykilannya terhadap jejaka ini.

"Of course la. Aku kan partner kau," balas Rayyan dua kali lagi selamba.

Seketika, dia menayangkan sengihan seraya menunjuk ke arah pejabat agensi penyiasatan di hadapannya. Ketika ini, kawasan pejabat tersebut terang benderang dilimpahi cahaya lampu dan kenderaan polis juga sudah pun sampai.

"Jadi, apa hal kau datang sini?" soal Qarizh menuntut penjelasan. Tak fahamlah dia dengan isyarat Rayyan.

Namun, pertanyaannya dibiarkan sepi oleh Rayyan. Rakannya itu dilihat tersenyum-senyum penuh makna kepadanya. Cuak bertamu, curiga bertandang. Rayyan betul-betul sihat ke tak sebenarnya malam ini? Pelik semacam saja gayanya. Sudahnya, sekali lagi Qarizh mengerutkan muka.

"Kau jangan buat hal eh," ujarnya cuak.

"Jom, dating dengan aku," ajak Rayyan sambil tersengih.

"Siapa je nak dating dengan kau?" Qarizh membuat muka toya. Pelik-pelik sajalah Rayyan Razien!

"Kaulah," jawab Rayyan berloyar buruk.

Mendengarkan jawapan Rayyan, Qarizh berdecit geram. Cis, dia sudah agak! Rayyan tersenyum-senyum macam itu, pasti ada ulahnya yang boleh bikin sakit kepala. Dating? Heh. Datinglah sangat. Dating bukan sebarang dating, tapi datingnya itu biasanya menyakitkan badan. Paling tidak, confirm mukanya akan lebam. Ini tak boleh jadi!

Esok, dia ada persidangan antarabangsa. Artikelnya yang bertajuk Perilaku Jenayah dalam Kalangan Transgender Psikopat perlu dibentangkan di depan audiens dari luar negara. Sudah sebulan dia membuat persediaan rapi untuk pembentangan tersebut. Kalau mukanya lebam nanti, tak macholah dia jawabnya.

"Tak kuasa," balas Qarizh.

"Ikut aku. Kalau tak, gegirl kau tu, aku tak bagi si Hades tolong. Pilih," ugut Rayyan sambil mengulum tawa. Oh yeah, bidikannya tepat pada kelemahan Qarizh Zahwan!

"Mengungkit," selar Qarizh. Cis, kalah pula dia dengan Rayyan Razien!

"Jalan..." Rayyan sengaja memekakkan telinga.

Melihatkan itu, Qarizh lagi mencebik geram. Dasar Rayyan Razien. Apa fasal dia pula yang kena mengikut arahan? Dunia sudah terbalik ke? Malas mahu bertekak, akhirnya dia mengikut saja rentak sahabatnya. Harap-harapnya, dating mereka bertiga bersama Adwan tidak akan bertukar menjadi pesta gusti.

*****

Beberapa orang pegawai polis sudah pun berlalu pergi dengan membawa Black palsu bersama mereka. Pagi esok, Aralyn dan Mona akan ke balai polis untuk memberi keterangan lanjut memandangkan malam sudah pun semakin tua. Tambahan lagi, Aralyn belum pulih sepenuhnya daripada terkejut.

"Cik okey saja kan? Tak luka?" tanya Jacky prihatin.

Dia kemudiannya mengambil tempat bersetentangan dengan gadis tersebut. Diperhatikannya lagi bosnya itu berkali-kali. Manalah tahu kalau tiba-tiba pengsan ke? Yalah, pernah terjadi kes sebelum ini, Aralyn Awliya tiba-tiba pitam selepas membantai lima orang samseng jalanan.

"Erm," jawab Aralyn hampir tidak berbunyi.

"Betul?" Jacky mencari kepastian.

Soalan tersebut hanya dijawab dengan anggukan oleh Aralyn. Ketika ini, dia sedang duduk di sofa sambil mencicip secawan air coklat panas yang dihidangkan oleh Riyad. Tekaknya berasa lega selepas minuman suam tersebut melalui anak tekaknya, namun hatinya tetap berasa tidak tenang.

'Kenapa Black lembik sangat?' Persoalan itu sentiasa berlegar-legar di otaknya sejak dari tadi.

Berkerut-kerut mukanya mencerna maklumat, namun kerutan di wajahnya tetap tidak sekerut hatinya. Terlalu banyak benda pelik berlaku kepadanya malam ini dan ia sedikit sebanyak membuatkan kepalanya berasa pusing.

"Cik betul-betul okey ke ni? Pucat semacam je aku nampak." Jacky menzahirkan lagi kerisauannya.

Betul, dia risaukan bosnya. Memang benar dia tidak sukakan perangai Aralyn dan dia mahu membuat onar terhadap gadis itu. Namun, melihatkan keadaannya bagaikan cicak tertelan kapur, automatik dia berasa tidak sampai hati. Kasihan, Cik Aralyn Awliya.

"Aku okey je. Tapi, hati aku ni tak okey," luah Aralyn seraya meletakkan cawannya di atas meja kopi.

Sungguh, dia pening dengan keadaan yang berlaku malam ini. Kenapa Black mentargetkannya sebagai musuh yang harus dibunuh? Walhal, terang lagi nyata bahawa Black adalah musuh Qarizh. Adakah kerana jejaka itu melamarnya sebagai isteri, dia dijadikan target?

"Kenapa pula hati Cik tak okey? Marah ke Encik Tunang Abang Sayang tak datang?" Tersenyum-senyum, Mona menempel di sebelah Aralyn.

Sengaja dia mahu melihat reaksi bosnya apabila nama orang yang dinanti-nantikan jauh di sudut hati disebut. Sejujurnya, dia pun pelik juga kenapa Prof. Dr. Qarizh Zahwan tidak muncul tadi. Padahal, jelas di telinganya butir bicara profesor itu mengatakan bahawa dia akan menghulurkan bantuan.

"Huh, tak kuasa aku," cebik Aralyn.

Cis, disebut-sebutnya pula nama manja Qarizh Zahwan. Tak ada nama lain ke nak sebut? Walaupun profesor itu tidak muncul pun di saat genting tadi, apa haknya untuk marah-marah? Boleh jadi, Qarizh sudah tidur. Maklumlah, esok dia ada persidangan. Positif sajalah, Aralyn!

"Yakah?" Riyad yang berada di sebelah Jacky pula mengambil bahagian mengusik Aralyn dengan menjongket-jongketkan keningnya.

"Yalah..." tekan Aralyn.

Hish! Mereka semua tidak faham bahasa ke apa? Dia cakap tak kuasa, tak kuasalah jawapannya. Ish, marah ni marah! Sudahnya, dia bangun dari sofa lalu menapak naik ke anak tangga. Malaslah dia mahu melayan ulah gosip stafnya. Buat tambah sakit hati saja.

"Naik tangga tu hati-hati. Jatuh nanti, tak ada Encik Tunang Abang Sayang nak sambut," pesan Jacky separa melaung sambil ketawa mengekek.

"Diamlah, apek!" balas Aralyn dua oktaf. Geram!

*****

"Cepat, kanan! Kananlah aku kata! Sky!"

Suara laungan maha lantang menerpa pendengaran Qarizh sebaik sahaja dia memasuki bilik Infinity bangunan syarikat Campbell Corporation. Suara laungan itu bertingkah pula dengan satu suara lain yang tidak kurang juga kuatnya dalam membelasah suara si lawan. Bingit!

"Eh, bodohlah! Mati, mati, ahh!"

"Sengal! Gamer, kau main tak aci!"

"Kau pun bongoklah, Hades! Ah, aku tak kira. Hiargh, rasakan ni!" tempik pula suara lain.

Carutan, makian dan pelbagai lagi kata-kata tidak enak didengar semakin lama semakin menusuk masuk ke telinga Qarizh. Wallahi, perasaan ketika ini bercampur baur. Baru setahun dia meletak jawatan sebagai Ketua Team Satria Hitam, nampaknya ajarannya semakin dilupakan. Adwan mana Adwan? Nak luku sikit!

"Hah, mencarut! Sekali lagi aku dengar lagi kau orang bertiga mencarut, malam ni pusing padang 100 kali." Satu suara ugutan tiba-tiba melenyapkan suasana riuh.

"Sorry, Master." Serta-merta suara tiga orang yang mencarut tadi sirna.

Mendengarkan itu, Qarizh menarik senyuman sinis di hujung bibir. Rayyan di sebelah dikerling sekilas sebelum dia memerhatikan lagi ulah Adwan memberi ceramah percuma kepada anak-anak buahnya. Ketika ini, hatinya menarik balik rasa mahu meluku Adwan.

Dari cermin kaca bilik Infinity, jelas di matanya kedudukan Waiz dan Amirul serta Syafiq yang terdiam tanpa kata. Cuak terus muka mereka bertiga. Yalah, Adwan itu tegas orangnya. Tapi, kasihan juga kepada Syafiq. Walaupun dia bukan anggota Team Satria Hitam, dia pun turut terpalit.

"Game aje pun. Waiz, Amirul! Tak padan dengan pangkat, masih juga macam budak-budak," marah Adwan lagi.

"Hades, kau pun sama. Kenapalah kau layan si Waiz dan Amirul ni?" leternya pula kepada Syafiq.

Adwan menyilangkan tangannya di dada. Serius, marah benar dia dengan kelakuan tidak bermoral anak-anak buahnya termasuklah Syafiq. Ketika ini, mahu saja dia mendenda Waiz dan Amirul tetapi itulah, dia berada di tempat orang. Jika dia berada di markas mereka, memang lunyai dua orang budak ini dikerjakannya.

"Maaf, Master." Syafiq menunduk menekur lantai.

Namun, matanya tajam menjeling kepada Waiz dan Amirul yang turut sama menunduk. Kerana game maya, tidak fasal-fasal dia pun turut dimarahi oleh kawan Boss. Tak adillah. Dia cuma turun ke Infinity kerana menurut arahan Rayyan supaya melayan tetamu. Tetapi, siapa sangka yang tetamu tersebut lebih kurang sebaya dengannya. Genglah, apa lagi?

Dalam melayan perasaan, bunyi pintu automatik terbuka serta-merta menarik pandangan matanya ke arah tersebut. Figura Rayyan dan Qarizh yang bersahaja masuk ke situ terus membuatkan mulutnya terlopong. Wah, seriuslah Boss membawa seorang lagi tetamu datang ke sini malam-malam buta macam ini?

"Tutup mulut tu, Hades," tegur Rayyan.

Teguran Rayyan cepat-cepat diikut oleh Syafiq. Eh, seriuslah Prof. Dr. Qarizh Zahwan datang ke sini? Dia tidak bermimpi, kan? Wah, bakal abang ipar datanglah! Dia berasa teruja, tetapi dalam masa yang sama agak gerun. Dia tahu macam mana perangai abang kepada Sarah al-Hanan. Garangnya memang tak boleh bawa bincang!

"Boss, The King," tegur Adwan seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Huluran Adwan disambut mesra oleh Rayyan dan Qarizh. Sudah lama mereka bertiga tidak bersua muka dek kesibukan dalam kerjaya masing-masing. Jadi, pertemuan hari ini bagaikan pelerai rindu antara mereka, geng-geng badan perisikan yang beroperasi sebagai 'tangan ghaib' pihak kerajaan.

"Kau semakin garang, Adwan," puji Qarizh.

"Biasa-biasa je, King." Adwan mengusap belakang tengkuknya. Seganlah, mentornya puji!

Mendengarkan pujian sahabat baiknya kepada Adwan, Rayyan tergelak besar. Suka hatilah kan Qarizh Zahwan melihat anak didiknya semakin lama semakin menyerap aura dinginnya dalam melatih anggota junior. Seketika, Rayyan tersenyum menahan geli hati.

"Jadi, kita jumpa malam-malam buta ni, kenapa?" Qarizh memandang tajam kepada Rayyan.

"Sebenarnya..." jawab Rayyan seraya mengisyaratkan kepada Syafiq, Amirul dan Waiz agar mendekati mereka bertiga.

Done!

Gais, sy ada novel baru. Tajuknya Zentrical Z5 Relik T1. Genre Action Adventure. Setakat ni, dah ada 5 bab. Jemputlah baca, vote & komen sekali.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TEASER:

"Lambatlah kau, Kai. Macam siput sedut." Sayup-sayup di talian, suara seorang perempuan memecah keheningan malam.

"Mestilah, minah. Aku naik kura-kura ni, bukannya naik kuda. Faham?" Jengkel, Kai menjawab seraya mencebikkan bibirnya.

"Aku ada nama tau. Rienna. Puteri Rienna Raisyah." Tidak mahu mengalah, si pemilik suara di talian terus menghujani pendengaran Kai.

"Apa-apa sajalah, anak Tarzan," ejek Kai seraya tertawa perlahan.

"Apa kau cakap? Eh? Eh!" jerit balas Rienna. Merah padam mukanya menahan geram.

"Dahlah. Gotta go now. Bye, my little sweet cupcake Puteri Rienna Raisyah." Kai menyudahkan ayatnya sambil ketawa.

Klik.

Kai memutuskan talian dengan senyuman nakal masih tersisa di bibir. Entah sejak bila dia menggelarkan Rienna dengan panggilan comel tersebut, dia lupalah. Cuma, apa yang dia tahu, panggilan tersebut sesuai dengan perwatakan gadis itu apabila sedang bermain dengan anak harimau. Comel sangat!

Lalu, tanpa membuang masa lagi, dia melajukan rangkakannya tetapi masih dalam mod senyap ke arah bilik yang dituju. 10 minit, itu adalah masa yang dikira berdasarkan kelajuannya dalam merangkak di ruangan ini. Harap-harapnya, tiada siapalah yang perasan kehadirannya di atas siling!
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Ni jadual update story sy sempena kejayaan menyiapkan dua buah artikel jurnal. Tanda tau, save the date!

25 Mac 2021
9.30 malam.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 56.3K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
2.9K 148 14
becky baliklah aku perlukan kau,i'm sorry- freen maaf freen,aku ingkar janji aku-becky
419K 19.5K 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
11.8K 1.3K 16
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu