Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.5K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

38

658 54 2
By dsyaf_

"Harini kita akan adakan acara perlawanan bola tampar. Disebabkan pekerja lebih dari 100 orang, kita akan bahagi kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan akan ada 30 orang dan selebihnya ibu-ibu mengandung duduk tepi tengok je ye. " Ucap Khuwalid iaitu pengurus percutian mereka.

Nama dibaca dan kemudian terbentuklah tiga kumpulan, lalu tiga kumpul itu dibahagi kepada dua pula dimana menjadi 15orang setiap kumpulan. Mereka akan berlawan bola tampar 15vs15.

Tapi tak semua main lah, kalau ada yang penat mereka akan bergilir sehingga semuanya merasa main.

"Kau asal satu team dengan aku pulak?" Khalif mendengus geram.

Tak sangka syarikat milik bapa Asiddiq turut bergabung, habis semua bekas rakannya yang dahulu ada kecuali Qayeed.

"Lah, kita kan bestfriend!" Aiman memeluk bahu Khalif.

"Ish! Lepaslah! Sayang.. tak nak dengan diorang." Adunya kepada Hanum.

Hanum hanya mengangkat bahu, dia juga turut terkejut melihat mereka berlima ada disitu, tetapi setelah dijelaskan oleh Rais dia mula mengerti.

"Eleh, sikit-sikit mengadu dekat bini." Sindir Asiddiq.

"Kau diamlah, aku cakap dengan bini aku kan? Kau tak payah nak tengok bini aku lah!" Marah Khalif.

Dia dah la dapat satu team dengan lima ketul bekas rakannya dan beberapa lagi pekerja yang lain. Tak sukalah lima ekor tu! Bentak hatinya.

"Boss,kami tak reti main bola tampar. Jadi apa kata boss main, kami tengok. Okey?" Mimi pekerjanya tersenyum girang.

"Eh apasal pulak say.." Baru sahaja Khalif mahu meninggikan suara, tangannya dipegang Hanum.

"Mainlah, mereka kan perempuan. Awak dengan kawan semua lelaki, tak macho la kalau bagi perempuan main."

"Esh! Kau amik bola ni." Bola dibaling ke arah Pian.

"Alololo, Khalif mayah Pian kew?"

"Diamlah babi." Carut Khalif.

Membulat mata Hanum, terus dipukul mulut Khalif. Nasib Hadi tak ada, kalau tidak mau anaknya ikut apa yang Khalif cakap.

"Eh kau dah kenapa babi-babi kat sini?" Aiman menjeling Khalif.

"Geli aku dengar Pian cakap macam tu gila."

"Diamlah! Aku pelempang sekor-sekor kang." Itu dia suara garau Rais mematikan pergaduhan mereka.

Khuwalid mula meniup whistle menandakan permainan bermula. Disebabkan gelanggang kecil, jadi mereka hanya memainkan sembilan orang pemain sahaja.

Team lawan mereka ada abang Harris, Kaisara, Rais, Kamal, Zikir dan beberapa orang pekerja lagi. Nak masuk team sana!

Bola dipukul oleh pihak lawan iaitu Rais. Sebaik sahaja bola melambung, Khalif yang menjaga kawasan dibelakang ingin melantunkan bola tersebut namun entah dimana salahnya, tubuhnya dan Asiddiq berlaga membuatkan kedua-dua jatuh, dan team Rais mendapat satu mata.

"Eh, kau asal kat sini pulak?" Marah Khalif.

"Kau tu yang masuk tempat aku, aku nak pukul bola. Kau langgar-langgar pahal?" Balas Asiddiq tidak mahu kalah.

"Bila masa pulak bola tu pergi dekat kau? Bola tu pergi dekat aku kan? Kau tu yang semak nak pukul kenapa?"

Hanum menggeleng kepala, bergaduh tak sudah.

"Eh apahal kau nak salahkan aku pulak? Kau tu.." Kata-kata Asiddiq dipotong oleh Zikir.

"Nak main ke nak gaduh?"

Terus Khalif dan Asiddiq diam. Bola sekali lagi dipukul oleh Rais, kali ini mereka berjaya membalas bola ke kumpulan lawan. Saingan semakin sengit sehingga Khalif meloncat dan memberi tamparan kuat.

"Nice bebeyh!" Jerit Amad sambil menunjukkan ibu jari.

Perlawanan berlangsung selama 30minit dan berakhir dengan keputusan 15 berbalas 10 dimenangi oleh kumpulan Khalif. Tak sangka Kaisara pandai juga main.

Sepanjang perlawanan, mereka ada juga berbalah mulut, tetapi lebih kepada kerjasama sehingga lupa apa yang sedang terjadi.

"Aku harap kau dapat maafkan semua kawan kau Khalif." Ucap Rais perlahan.

Sempat Zikir dan Kamal berbalas senyum dengan Rais menandakan misi kali ini untuk mengeratkan hubungan Khalif dan lima rakannya berjaya.

Tak sia-sia dia menyuruh Khuwalid menetapkan Khalif bersama lima rakannya sebagai satu pasukan.

***

"Tengahari ini pula, kita akan adakan perlawanan memasak, ini lah waktu kaum hawa nak beraksi pulak." Beritahu Khuwalir lantang.

Kaum hawa apa lagi, meloncat suka. Bertepuk tangan semua. Kaum adam hanya mengeluh, apalah nasib kecuali Amad dan Idan yang suka memasak sebabtulah mereka ada cafe.

"Ikut kumpulan seperti pagi tadi, kali ni ibu-ibu mengandung boleh follow suami-suami ye?"

Hanum pantas merangkul lengan Khalif, begitu juga Aisyah, Misha dan Tiara yang mendekati suami masing-masing.

"Kalau awak nak macam tu, kita kahwin lah okey?" Harris menunduk dan membisikkan di telinga Kaisara yang ditutupi tudung.

Kaisara membulatkan mata, terus tubuh dijauhkan sedikit oleh Harris.

"Dasar lelaki gersang!"

"Wau! Awak tahu ke? Bolehla kita kahwin."

"Ish! Jangan dekat-dekatlah!"

Harris senyum mengejek.

Kuali besar diberi setiap kumpulan, bahan masakan, lauk dan semuanya disediakan.

"Puan Hanum, apa kata kita masa ayam merah?" Mimi memandang isteri bossnya dan rakan wanitanya yang lain.

"Boleh, kita masak ayam merah lepastu tanak nasi briani okey? Kalau bahan tak ada, marah Khalif sebab dia kata semua bahan ada kan?"

"Cun! Jadi kita orang tengok jela kan? Sebab kita orang tak reti." Ucap Aiman bersahaja.

"Banyak cantik muka kau! Bini aku penat memasak, kau nak rilek-rilek pulak." Khalif menjeling Aiman.

"Boss dengan kawan-kawan boss pergilah cari bahan nak masak dekat meja depan sana."

"Aku dengan Amad lepak sini ,dengan Hanum dan yang lain." Ucap Idan.

Khalif hanya mengangguk, maka dia dengan wajah penuh yakin bersama Aiman, Asiddiq dan Paan mendekati meja panjang yang berisi bahan-bahan masakan.

Khalif mengambil dua ekor ayam mentah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan, kemudian dia terdiam.

"Kau tahu ke bahan nak masak ayam merah?" Soalnya kepada bekas rakannya.

"Tak tahu. Kau bukan tahu ke?" Pian memandang Khalif.

"Bila masa pulak aku cakap aku tahu?"

"Kau ada bini kan? Pergilah tanya bini kau." Aiman menghela nafas.

Dah la jauh meja yang menyediakan bahan masakan dan tempat masak mereka. Tadi bukan main berlagak jalan, last-last tahu ambil ayam je.

Khalif mendengus dan berpatah balik ketempat masakan bersama ayam dua ekor.

"Mana berasnya? Bahan masakan yang lain?" Soal Hanum.

"Apa bahan dia?" Soal Khalif.

Hanum mengeluh, ingatkan tahu. Tadi pergi tak sempat dia nak beri nota bahan yang diperlukan. Tanpa membuang masa, nota yang telah disenaraikan bahan masakan diberi kepada Khalif.

"Awak dengan yang lain potonglah ayam dulu tau, bye!"

Mereka hanya menggeleng melihat kerenah Khalif boss mereka. Hanum tersenyum melihat umi dan abi yang jalan kearahnya.

Dilihat abi yang sedang mendukung Tania, umi yang sedang memimpin tangan Wafie yang sedang cuba bertatih sendiri dan Hadi anaknya yang jalan bersahaja.

"Minta maaf kalau susahkan umi abi jaga anak-anak kami pula."

"Semua abi anggap macam cucu dah ha.." Tan Sri Ahmed memberikan Tania kepada Kamal.

Wafie turut bertatih kearah Misha. Hadi hanya duduk di sisinya. Rambut anaknya diusap, habis berpeluh.

"Pergi mana dengan tokmi tokbi?"

"Main tiktok sama-sama." Balas Hadi teruja.

***













Tak check typo! Enjoy dan cerita ni akan tamat tak lama je lagi hehehehe. Sorry la hambar sikit nyahhh

Continue Reading

You'll Also Like

7.8K 2.3K 34
Puteri Annur binti Mohd, nama yang tidak asing untuk menghadapi dugaan meskipun dia masih remaja. Di sekolah, kawan-kawan mengejeknya kerana paras r...
2.4K 204 10
❕Slow update Redamancy : A love returned in full Kisah ini menceritakan tentang perjuangan seorang gadis bernama Aurora Zahra untuk mendapatkan cinta...
576K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
108K 10K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...