musuhku suamiku

By hwasamomoos

38.6K 898 208

enemy to lovers? huiii parah parah. fiya gadis ulat buku yang sering dibuli kerana tidak mengikut fesyen pere... More

Bab 1
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
bab 24
bab 25
Adik baru 💕

tamort✨

1K 35 28
By hwasamomoos

Pemandangan sawah padi yang menguning membuatkan mata yang memandang terpaku. Angin bertiup sepoi sepoi Bahasa. Matahari juga sudah mahu menghilangkan diri,berganti shift dengan malam. Nyaman saja suasana pada senja itu.

"Sayang" Fiya menoleh memandang suami di sebelah.

"Hmm" kepalanya direhatkan pada bahu ray. Selesa!

"Nanti abang nak bawak anak anak dengan sayang balik kampung" ehhh? Ray ada kampung? Berkerut muka Fiya Tak percaya.

"Abang Tak pernah bawak sayang balik sebab Tak ada siapa yang tinggal dekat situ. Tok Wan,nek mi semua dah meninggal" sedih saja suaranya bercerita. Memang ray rapat dengan atuk dan neneknya. Lebih lebih lagi semasa sekolah menengah. Waktu kenakalannya terlalu melampau sehingga dihalau dari rumah sendiri.

"Kenapa abang Tak pernah cerita?" Kalau ray beritahu semasa mereka baru berkahwin,boleh jugak dia terima. Ni! Lima tahun dah!

"Abang memang Tak suka cakap pasal ni sebenarnya. Banyak abang dah susahkan tokwan dengan nekmi. Tiba tiba abang rindukan mereka. Sebabtu abang ajak balik" fiya mengeratkan pelukan. Jarang jarang dia dapat melihat ray sebegini,muram dan tidak bersemangat.

"Abang Tak nak cerita?"

"Kalau abang cerita sayang nak dengar ke?" Laju fiya mengangguk. Comel betul isteri kau ni Ray. Nafas diambil dalam dalam sebelum memulakan penceritaan.

"Abang memang Nakal,dari zaman sekolah lagi. Tapi perangai abang Makin teruk lepas masuk sekolah menengah. Abang pukul orang Sana sini. Buli kawan sekelas abang. Curi curi masuk kelab waktu tengah malam. Merempit sampai pagi. Ponteng sekolah. Banyak lagilah kalau sayang nak tahu. Sebabtu papa selalu marah abang,tapi abang jenis melawan. Teruk papa pukul abang time tu. Sampai abang rasa abang dah Tak ada peluang nak hidup. Tak cukup dengan tu papa halau abang pulak" ray terhenti. Menahan sebak di hati. Lebih erat fiya menggenggam tangan suaminya memberi semangat.

"Memang salah abang. Malam tu papa dapat tangkap abang Masa abang hampir hampir nak buat benda Tak elok dekat kawan perempuan sekolah.  Kalau keluarga perempuan tu buat report mesti dah lama abang masuk penjara. Tapi papa Tak sanggup nak tengok abang meringkup dalam penjara,jadi papa ajar abang. Abang hilang segala galanya waktu tu. Abang beruntung tahu Tak sayang. Nak tahu kenapa?" Mata mereka saling merenung.

"Sebab abang jumpa kekuatan untuk terus hidup dari seorang perempuan. Abang hampir bunuh diri dekat jambatan tinggi tu,tapi Allah hantarkan dia buat abang. Dia marah abang,tengking abang sebab ambil tindakan bodoh. Sikit pun abang Tak terasa. Abang tertarik dengan perempuan tu..mungkin dia Tak perasan. Abang stalk dia sebab abang nak tahu Kat Mana dia tinggal,nama dia apa,umur dia"

" Dan akhirnya abang berjaya. Kami masuk kolej yang sama. Waktu tu abang tinggal dengan tokwan dengan nekmi. Diorang je yang sanggup beri kasih sayang pada abang. Abang Tak salahkan mama dan papa atas apa yang berlaku. Nekmi pernah cakap,abang sebenarnya dah jatuh cinta. Abang langsung Tak percaya,yelah Mana ada Perempuan yang berani dekat dengan abang dulu. Semuanya bencikan abang,termasuk sayang."

"Sebab 'dia' hidup abang kembali bersinar. Abang mula berubah,abang dah Tak berkawan dengan budak budak dadah tu. Tapi sayang Tak lama. Lepas tokwan dengan nekmi meninggal abang buat perangai balik. Setahun mama dan papa pujuk abang balik rumah. Abang degil,nak jugak tinggal dekat rumah kayu tu. Abang Tak ingat kenapa abang balik. Tengok tengok je abang dah sambung belajar Kat kolej. Kat situlah abang jumpa dia"

"Sayang tahu dia tu siapa?" Air matanya memang Tak mampu ditahan lagi. Fiya mengusap pipi Ray perlahan.

"Tahu" serak suara fiya membalas.

" Siti Syafiya. Wanita yang buat abang jadi gila. Cinta pertama dan terakhir abang. Dia lah yang buat abang kuat untuk terus hidup sampai sekarang"

"Abang Tak mampu nak cerita betapa banyak yang sayang dah ubah dalam hidup abang Masa abang jatuh dulu. Sayang ingat? Sayang tampar pipi Kanan abang dulu sebab abang cerita dekat sayang apa yang abang dah buat" Fiya mengangguk perlahan. Sungguh dia langsung Tak perasan ray adalah lelaki yang sama dengan remaja lelaki di tepi jambatan dahulu. Wajah suaminya sudah berubah.

"Kita jadi kawan sebab abang janji abang nak berubah kan? Abang gembira sangat. Rasanya waktu tu umur Kita dalam 16 tahun. Comel je sayang" Fiya tahu ray mahu menutup luka di hati. Banyak yang lelaki ni lalui seorang diri.

"Abang,kalau boleh fiya nak abang lupakan kisah silam abang. Abang dah berubah kan? Tak kisahlah betapa teruknya abang dulu. Fiya tetap sayangkan abang. Anak anak kita pun" lembut tangannya mengusap perut yang masih kempis. Ray mencium pipi isterinya berkali kali.

"Abang tahu. Abang pun sayangkan fiya. Sayang nak tahu. Abang rasa anak Kita lelaki lagi. Kalau macam tu Kita kena ada anak lagi ni" Eii geramnya. Elok saja fiya menghadiahkan cubitan di lengan ray.

"Aduh,betullah. Sayang tengok,abang teka jantina kandungan anak kita dua kali dah. Dua ii betul" ish nk sangkal,benda betul. Ahhh taknak! Nak perempuan jugak!

"No no no" digoyangkan jari dihadapan wajah ray.

"Lagi sembilan bulan,Kita tengok Sapa betul" ray tersengih sombong. Ceh! Mesti dia betul lagi lah kalini. Aku yakin!

"Mummy! Daddy!" Terjengul kepala si kecil itu di muka pintu.

"Ye sayang. Mummy dengan daddy nak masuk dah" baru ray nak mengucup isterinya lagi. Dah kena tolak. Furqan! Kenapa kacau daun time daddy nak manja dengan mummy ni!
__________

Ummi Tak ada Kat rumah harini. Bosan betul. Selalunya kalau petang petang macam ni mesti layan drama dengan ummi. Nak ajak khai,mesti Tak nak. Lagipun khai sibuk dengan kerja dia. Dari tadi nina terulang alik di depan bilik. Kenapalah harini dia cuti?

Terkejut Nina apabila wajah khai muncul setelah pintu dibuka. Dada diurut berkali kali sambik mengucap. Lemah semangat eden!

"Nina buat apa? Dari tadi melilau satu rumah. Cari barang ke?" Khai perasan? Aduh! Kau ni kenapa Tak cover sikit perangai tu.

"Nina bosan" cemburu betul dengan Kak Fiya. Setiap bulan suami dia bawak pergi bercuti. Cantik pulak tu tempat yang diorang pergi. Kau ada berbulan madu dengan khai? Tak ada kan? Silalah berhuhuhu.

"Jom teman khai siapkan kerja" dibawa isterinya duduk di tepi. Dia pun bosan juga buat kerja sorang sorang. Sunyi~

" Nina nak kena buat apa?" Nak tolong,Tak faham pulak si suami ni dok buat apa. Tolong tengok boleh Tak?

"Nina duduk je teman khai. Kita sembang sembang" Fokus khai mula beralih ke arah kertas yang berselerak. Laptop dibiarkan terbuka.

Nina mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Main game lah. Best sikit.

"No handphone" khai merampas telefon dari tangan nina sekejap saja. Laju betul,Tak sempat nina nak tarik balik.

"Khai buat kerja kan? Bagilah nina main game" suaranya lebih kepada merengek Tak puas hati.

" Kan khai cakap Kita bersembang. Nina cakap je apa apa,khai dengar" ish! Kenapa perangai khai ni dah macam perangai si rayyan tu. Ni mesti lelaki tu ajar bukan bukan dekat suami aku ni. Mengadu hati nina.

"A~ b~ c~ d~ e~ f~ h~..."

"Lepas f, g lah nina" tegur khai.eh dengar rupanya. Ingatkan Tak hehe.

"Nyanyilah lagi" eh arah arah orang pulak. Tahulah suara Kita sedap pun!

" Nina bosan! Khaiiiiiii" digoncang goncang bahu lelaki itu. Habis khai tersalah taip dibuatnya.

"Eh apa ni. Duduk senyap senyap" dijeling sekilas wajah Nina. Lah merajuk pulak.

"Okey,nina nak Kita buat apa?" Khai save semua kerjanya elok elok dalam laptop. Naya je kalau hilang. Kertas juga siap disusun.

" Nina nak Naik basikal. Jom" inilah satu satunya perbezaan terbesar mereka. Khai tidak gemar dengan aktiviti lasak sebegitu. Dan Nina menyukainya.

" Jom tengok movie" khai beri cadangannya sendiri. Harap harap nina setuju.

"Tak nak! Nina nak Naik basikal jugak. Kalau khai Tak nak ikut. Takpa,nina pergi sendiri" hmp! Tadi suruh Kita cakap nak buat apa. Lepastu Tak nak pulak.

Nk Tak nak. Kena ikut jugaklah ni. Khai mengeluh perlahan. Memang susah sesiapa mahu ajak dia buat aktiviti sukan.

"Fine khai ikut. Tapii...."

"Tapi?" Khai memang sengaja melengah lengahkan kata katanya biar nina tertanya tanya.

"Tapi apa khai?" Desak nina. Kenapa lelaki tu tersenyum?

" Nina panggil khai abang boleh?" Gulp! Ab..abang? Makkk tolong anakmu ni! Ha sudah muka dia dah macam orang tertelan biji mangga. Kecut semacam saja.

" Tak nak abang takpa. Kita ada banyak pilihan lagi,honey~ baby~ darling~" Tak pernah nina tahu khai ni pandai menggatal juga orangnya. Selalunya gentleman saja.

"Habistu khai panggil nina apa?" Nak tahu jugak. Tak adillah kalau dia je kena panggil abang,khai panggil dia nina je.

"Adalah..cepat ii. I'm waiting" hmmm hmmm erk abang je kan? Bukan susah pun.

"Okey"  masing masing Diam. Eh cepatlah bersiap tadi kata nak Naik basikal.

"So?" Terangkat kening khai. Dari tadi dia menunggu.

"Apa?" Jadi? Jadi apa? Apa?

"Panggilah abang" khai berterus terang.

"Kejap lagi lah. Cepatlah jommm"

Seronok betul berbasikal petang petang. Jalan harini Tak sesak sangat Hari cuti kan. Ingatkan khai yang termengah mengah Naik bukit tadi,Rupa rupanya dia yang dah semput. Semangat je lebih.

"Berhenti sekejap" Tak kisahlah khai nak ejek ke apa. Asalkan dapat rehat dah okey. Nina menongkatkan basikalnya di tepi pokok. Cepat cepat dia berlari dan duduk di kerusi batu.

"Tak sampai setengah jam dah pancit?" Ketawa besar khai. Kalau nak bandingkan dia dengan lelaki lain,mungkin dia lemah. Tapi kalau dengan bini sendiri,hehe dia lah lagi kuat.

"Elehh jauh dah Kita pergi tahu"

"Khai" khai tidak memandang nina. Wajahnya masih ke hadapan.

"Khai!" Eiii takkan dah pekak kot?

"We have a deal right?" Ah oh yang tu. Hish,bagilah Masa kot ye pun.

"Abang" kalini baru khai memusingkan wajahnya. Tengok tu gelak pulak dia. Ni yang malas ni.

"Dah lah" belum sempat nina berdiri khai menariknya duduk kembali.

"Ye baby" dup dap dup dap! Jantung dia macam nak terkeluar. (Arghhhhhhh 🤯 author sendiri cair ni🥺. 🏃 Stay here okey guys?)

"Ke..kenapa baby pulak?" Takde benda lain ke? Sayang ke?

"Khai suka" pendek je jawapan lelaki tu.

"Are you lost baby girl?" Ini bukan sweet dah ni. Khai sudah ketawa terbahak bahak.

"Eii khai ni" dia yang nak panggil baby pastu dia yang gelak gelak pulak.

"Okey okey sorry. Kita ulang balik"

" Abang" walaupun dah Tak seikhlas tadi sebab sakit hati diketawakan.

"Ye baby"

"Pastu?" Tadi dia nak cakap apa eh. Lupa dah!

"Baby nak cakap apa tadi?" Ish memang cair lah gini kalau dengar Hari Hari.

"Dah lupa. Abang punya pasal la" muncungnya sudah ditarik 14. Ha tengah merajuk ni.

"Alololo. Jom balik? Dah 6:50. Nanti Kat rumah ingatlah tu nak cakap apa"

"Nina memang sayangkan khai" khai terdiam. Selama ni hanya Nina saja yang ucapkan kata kata begini buatnya. Dia? Sekali pun Tak pernah.

"Khai harap nina Tak terasa hati kalau khai Tak cakap khai sayangkan nina. Cintakan nina selama ni Tapi khai jujur,khai dah mula rasa bahagia dengan nina" ( 😫arghhhhhhhhhh help me! Rasa manis sangat lah) 

"I love you!" Nina menjerit sekuat hatinya. Biar lelaki tu tahu betapa cintanya dia pada khai.

" I love you too" Tanpa teragak agak khai memeluk isterinya.











Happy ending 💕 kalau buat sedih sedih nanti rasa macam nak pijak diri sendiri pulak😂 thanks semua!

Continue Reading

You'll Also Like

44.5K 5.2K 60
1st Once Upon a Love Legacy series The Ashburns x Abrahams #ONCEUPONAHEARTBREAK Original Writer: Amanda Dulagan Genre: Sabahan Slang Love Story Cate...
21.7K 904 33
Dari artis dan peminat bertukar kepada suami dan isteri tanpa sengaja ? Demi menjaga nama baik kumpulan , Ainul Mardhiah terpaksa menerima meskipun d...
21K 635 18
Siapa tak kenal duda hot lagikan bergaya di Hilman'Holding . Farred Adrean anak sulung kepada Dato' Hilman Aziz walaupun sikapnya yang sedikit sombon...
9.6K 165 7
Jodoh itu pasti akan datang, bila tiba masanya. Siapakah yang akn menjadi imam kepada si gadis lurus bernama Aifa Sofea. Bagi Aifa, sejauh mana pun...