musuhku suamiku

By hwasamomoos

38.4K 898 208

enemy to lovers? huiii parah parah. fiya gadis ulat buku yang sering dibuli kerana tidak mengikut fesyen pere... More

Bab 1
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
bab 24
tamort✨
Adik baru 💕

bab 25

1K 20 19
By hwasamomoos

"eh masuk masuk. Maaflah tadi ummi Kat dapur" Laju ummi bergegas ke hadapan membuka pintu utama buat tetamu mereka.

"Takpa ummi,buat susah susah je. Kan Fiya dah cakap,Tak payah masak. Ni fiya dah siap beli dah" Naik berbuih mulutnya berperang dengan ummi. Dari awal awal lagi sudah diberitahu yang dia order makanan. Ummi masih berdegil mahu masak buat mereka.

"Apa yang susah. Tu menantu ummi tu ada je tolong" seronok betul ummi lebih lebih lagi sejak menerima orang baru dalam keluarga mereka.

"Fiya memang nk jumpa nina,khai dengan ummi pun" Masuk masuk saja Raif dan Furqan,sudah riuh rendah suasana rumah itu. Terjerit jerit Furqan teruja sungguh.

"Nina dengan khai Mana ummi?" Tadi ummi kata,menantu dia tolong masak Kat dapur. Mana?

"Ada Kat atas,tadi Naik tukar baju rasanya. Kejap lagi turunlah. Duduk dulu,ummi nak ke dapur sekejap"

"Abang jangan pegang pegang" Ray tersenyum melihat reaksi isterinya. Kahwin dah lima tahun pun malu lagi,pegang tangan pun Tak boleh?

"Malu lah ummi nampak" lagi kuat fiya menarik,semakin erat Ray menggenggam jari jemarinya.

"Shhh. Abang nak show off dekat si nerd tu" kejap lagi ada jugak yang kena tampar mulut ni. Besar kecil besar kecil saja Fiya memandang suaminya,sudah berapa tahun berkawan dengan khai masih lagi gelar Sahabat mereka begitu.

"Abang ni..."

"Ehem ehem" deheman khai mengejutkan pasangan suami isteri yang sedang bergaduh manja di ruang tamu.

"Agak agak lah" tegur khai. Dari tadi dia perasan Ray inginkan perhatian fiya. Nasib ada ummi,kalau Tak memang aku kasi ajar je mamat ni. Nak sweet pun janganlah depan aku.

"Aih ada isteri pun nak cemburu lagi?" Sengaja ray tersengih Nakal bergurau dengan khai. Nasib anak anaknya bermain jauh daripada mereka kalau tidak Tak bolehlah dia nak bermesra dengan isteri sekejap.

"Bukan cemburu,agak agak lah anak kau ke ummi ke tengok nanti" hadeh tuduh aku cemburu pulak. Tak senonoh betul mamat ni.

"Tah abang ni. Sayang pregnant tau" Sudah panjang muncung Ray.

"Tahniah princess" Sebenarnya khai sudah lama tahu daripada ummi sendiri,teruja juga dia walaupun bukan dia yang bakal mendapat anak.

" Eh nina. Duduk duduk" nak duduk Mana ni? Ish duduk sebelah khai lah,tanya lagi.

"Makin berseri seri eh Kak sejak pregnant ni" bukan mahu ambil hati,tapi memang betul. Kecantikan Fiya semakin terserlah sejak mengandung.

"Kan ummi dah cakap,Fiya bukan nak percaya. Tengok nina pun puji" entah dari Mana ummi datang. Tengok tengok je dah depan mata.

"Malulah ummi puji" semua terhibur. Habis pecah tawa masing masing. Terasa seperti keluarga bahagia.

" Jom makan. Dah siap dah tu"

"Daddy nak ayam tu" dengar pasal makan. Memang Furqan orang pertama yang sampai di meja.

"Ye sabar. Duduk sini" Ray menepuk kerusi kecil di sebelahnya perlahan.

"Pandai eh ummi masak. Sedap betul" Fiya memang gemar dengan masakan ummi. Semua sedap sedap belaka.

" Ni pun nina tolong jugak" Nina hanya mampu tersenyum. Sedari tadi dia Dan khai tidak banyak bercakap di meja makan. Hanya fokus pada makanan.

"Meriah lah rumah ummi nanti" Ummi tersengih sengih. Mestilah suka.

"Tunggulah dua tiga tahun nanti. Dapatlah" Eh asal semua pandang aku. Terhenti nina daripada menyuap makanan. Apasal ni? Dijeling khai disebelah. Lelaki itu tidak memandangnya.

"Er kenapa ni?" Teragak agak nina bertanya. Maklumlah dari tadi mengelamun saja. Langsung Tak beri perhatian pada orang di sini.

"Lahh nina Tak dengar ke. Ni kenapa mengelamun je dari tadi. Khai pun sama senyap je. Selalunya bising mulut tu" Kantoi ke? Dua dua Diam membisu. Tak tahu nak jawab bagaimana.

Hari pertama berkahwin pun mereka sudah bergaduh. Nina Tak sangka khai benar benar marah padanya kalini. Selalunya jika mereka berperang dingin,khai akan memujuk kembali. Tapi kalini,khai mendiamkan diri. Semua soalannya tidak mahu dijawab.

~setengah jam yang lalu~

"Khai" Perlahan saja suaranya memanggil.

"Ya. Kenapa?" Pelik pula perangai isterinya harini. Selalunya bukan kemain riang.

"Kalau nina tanya,khai jangan marah tau" sudah lama dia pendam. Benda ni jugak yang selalu buatkan dia terasa sedih.

"Tanyalah. insya-Allah Tak marah" khai duduk di katil bersebelahan dengan nina.

"Khai masih cintakan Fiya?" Akhirnya keluar juga soalan itu dari mulutnya. Hilang segala beban di kepala yang bersarat hampir setahun lamanya.

Khai terdiam. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu berterus terang atau tidak. Separuh kata ya separuh kata tidak. Lagipun dia sendiri Tak tahu jawapan apa yang bakal dia beri.

"Khai?" Kenapa lelaki ni Diam? Air matanya hampir gugur memikirkan jawapan.

"Khai" selagi lagi dia panggil.

Sunyi. Tiada jawapan. Betapa sakitnya hati seperti ditoreh toreh dengan pisau.

"Khai masih Tak boleh lupakan Fiya kan?" Tuduh nina.

"Nina. Boleh Tak kalau Kita Tak bercakap pasal ni" mengalir laju air matanya. Kenapa? Kenapa Tak boleh? Sebab khai masih cintakan dia kan?

"Kenapa khai kahwin dengan nina sebenarnya ni? Sebab nak gunakan nina untuk lupakan Fiya?" Patutlah khai Tak pernah ucapkan kata cinta untuknya. Rupanya lelaki ni Tak boleh lupakan cinta pertamanya lagi.

"Khai jawablah" dia rela mendengar kejujuran daripada mulut khai. Daripada khai terus mendiamkan diri.

"Khai minta maaf. Khai Tak berniat nak sakitkan sesiapa. Khai ikhlas berkahwin dengan nina. Tak ada niat lain" Hanya esakan nina saja yang didengari. Dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan,tapi khai sudah berjanji mahu belajar mencintai dia. Berjanji mahu melupakan fiya.

"Khai minta maaf"

"Jangan sentuh" nina menepis tangan khai yang hampir memegang bahunya. Hatinya sakit sangat.

"Khai jangan cakap dengan nina selagi khai Tak boleh terima takdir" Sikit pun dia Tak memandang wajah khai. Kenapa susah sangat khai mahu jujur dengannya? Dia ni siapa pada lelaki tu?

~~~~~~~~~~~

" Biasalah sayang. Orang baru kahwin" Ray mengahlang isterinya daripada bertanya lebih. Dia perasan riak wajah khai dan Nina agak lain harini. Jadi dia tahu.

"Khai dah habis makan. Nak Naik atas kejap" Nina hanya membatukan diri. Dia pun sudah habis makan,hilang selera sebenarnya. Jari jemarinya sibuk bermain dengan gelas berisi air oren.

"Eh" tiba tiba ada tangan yang menariknya. Apa pegang pegang ni?

"Khai" suaranya berbisik marah. Main tarik tarik tangan orang pulak depan ummi. Ish!

"Jom" sepatah saja balasan khai. Ditarik kembali tangan nina. Dibawa wanita itu ke atas bersamanya. Semua mata sudah memandang pelik ke arah mereka. Ummi hanya tersenyum memahami.

"Patutlah" fiya juga turut memahami situasi. Ceh,gaduh rupanya. Patut mencuka je khai tu.

"Abang Tak bagi tips ke dekat khai" disiku perlahan perut suaminya.

"Ada. Abang dah ajar dia petua petua suami isteri. Jangan risaulah konfom menjadi punya" berlagak betul ray ni. Acah je lebih.

"Yelahtu" Fiya risau juga sebenarnya. Khai memanglah pandai melayannya,tetapi tu pun sebab mereka berkawan baik lama. Khai masih baru lagi dengan wanita lain.

Di dalam bilik,

Nina akur saja apabila disuruh duduk. Kecut perutnya melihat wajah khai yang agak bengis. Sudahlah lelaki itu merenung tepat ke wajahnya.

"Khai nak ap..."

"Khai mengaku yang khai masih Tak boleh lupakan Fiya. Tapi khai dah Tak cintakan dia. Khai tahu khai salah,sebab Tak redha dengan takdir Tuhan. Percayalah,khai Cuba berubah. Bagi khai Masa. Kita belajar saling menyayangi antara satu sama lain" khai berjalan mendekati isterinya yang duduk di bucu katil.

"Khai minta maaf kalau khai dah buat Nina fikir bukan bukan. Khai memang ikhlas jadikan nina isteri khai. Tiada siapa yang paksa,khai yang nak" Perlahan lahan khai memeluk Nina. Takut ditepis seperti tadi. Kali pertama mereka berpelukan begini,terasa agak janggal sedikit.

Agak lama mereka dalam posisi begitu. Nina melonggarkan pelukan tanpa kata.

"Ehem..jom turun bawah. Mesti ummi tunggu" wajah khai agak merah. Malu!

"Tak nak" mesti semua orang tahu yang mereka bergaduh. Eeeeeeeeeeeeee malu. Ummi tahu. Apalah ummi fikir nanti pasal mereka.

"Khai Tak nak kena soal pulak dengan ummi nanti. Kang diorang ingat khai pukul nina" Membulat mata khai. Takut jika umminya menuduh dia buat benda begitu pada isteri sendiri. Kena karate nanti oiii.

"Khai minta maaf okey? Merajuk lagi ke?" Nina mengangguk kecil. Sungguh hatinya terasa dengan sikap suaminya tadi.

"Kita pergi dating nak petang ni? Khai bawa nina Kat cafe tu?"

"Khai ni memang suka pergi situ ke?" Dari dulu,cafe tu jelah khai bawak dia Dan ummi. Setiap kali mereka berjumpa ummi akan ikut sekali.

"Ouh dah Tak nak eh? Kita pergi cafe sebelah pulak" Geli hati betul. Tergelak nina dibuatnya. Tak tahan dia mahu merajuk lama lama.

"Nak Tak?"

"Nak!" Bersemangat nina menjawab. Suami ajak date Sapa Tak suka kan?

Continue Reading

You'll Also Like

67K 3.1K 14
SINOPSIS Olivia Randali seorang gadis yang sangat suka membantu orang yang memerlukan bantuan dan selalu mementingkan orang lain dari dirinya sendi...
21.7K 904 33
Dari artis dan peminat bertukar kepada suami dan isteri tanpa sengaja ? Demi menjaga nama baik kumpulan , Ainul Mardhiah terpaksa menerima meskipun d...
236K 9.9K 36
Jihyo paling benci kalau ada org masuk ke dalam biliknya. Termasuklah lelaki byuntae separuh gila itu, Song Joong Ki. Dia suka mmbuat adik tirinya ma...
10.8K 3.8K 151
كهيدوڤن؟ Takkan diri mengenali erti kehidupan jika tidak.. ✔️Diuji, ✔️Dihina, ✔️Dicaci, ✔️Dimaki, ✔️Dipinggirkan, ✔️Dipermainkan, ✔️Dipergunakan...