Di Bawah Langit Biru (SUDAH T...

By broleecomel

96.1K 5.2K 1.5K

Setiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yan... More

Part 1 Mendung : 1-rain on us
2-trial and error
3-sunway lagoon express
4-birthday tucenk
5- ayam pak mail
7- series of unfortunate events
8-series of... unfortunate events?
9-suasana penyebab diabetes
10-keluarga
☁️LANGIT BIRU DITERBITKAN ☁️

6- hutang jodoh

2.6K 460 182
By broleecomel

Angau -Aizat Amdan, Takahara Suiko

0:35 ──o───────── -4:23

⇄      ◃◃    Ⅱ    ▹▹      ↻

"Weh, Haikal, nah, ayam kau." Eisha tak memandang wajah Haikal pun saat dia menghulurkan ayam  tersebut. Tangan kanan dia sibuk menaip sesuatu di telefon bimbit dia.

Haikal pula dah sedia lindungi kepala dengan tangan sendiri. Risau jika diberikan tepukan kepala percuma daripada Aniesha. Tak pun kena gusti terus sebab buat perempuan ni hadapi saat-saat sukar dalam hidup kerana Haikal sendiri.

Dia tertidur tadi, bila bangun dan baca mesej Aniesha serta 10 panggilan tak berangkat, memang terus terbayang disoal Mungkar dan Nangkir.

Tetapi, apabila wajah gembira Eisha tu dipandang, Haikal jadi berkerut sendiri. Okay ke tu? Kenapa tak naik angin seperti selalunya? Kalau ikutkan, Haikal dah selamat berada dalam I.C.U sebab kena pukul dengan Eisha. Ini tak, dia tersenyum aje macam menang loteri. Kena rasuk jin mana tu agaknya?

"Hoi?" Eisha menegur saat Haikal tak sambut huluran dia. Dia sumbat ayam ni dalam mulut karang baru tahu. Dah dapat ayam, tak nak pula. Sia lalui onak duri, lautan bergelora semata nak belikan ayam ni tau! Nasib baik ada orang selamatkan!

"Thank... you?" Haikal menyebut teragak-agak sambil mengambil ayam tersebut.

"Welcome!" jawab Eisha ceria seraya melangkah keluar dari rumah Haikal dan berjalan ke rumah dia. Haikal dari dalam rumah memerhatikan gadis itu berjalan siap melompat sedikit setiap kali kaki memijak tanah.

Sempat Haikal garu kepala sendiri memandang sepupu dia yang sedikit pun tak marah bila sepatutnya mereka berdua dah bergusti macam ahli tinju negara. Pelik. Mesti ada benda jadi ni. Apa la agaknya ya?

🍉

Menurut nasihat Khadijah, Khadijah suruh aje Aniesha mesej kawan Haikal bernama Mikaeyl Lee tu. Guna alasan nak bayar semula duit dia.

Tapi patut ke tak eh?

Yang Mikaeyl pun. Kenapa dia tak mesej Aniesha dulu? Dia dah jumpa orang lain ke?

Aniesha mengeluh sendiri. Telefon bimbit dicampak ke tepi.

Sumpah kalau Mikaeyl tiba-tiba jumpa perempuan lain, Aniesha bakal menangis. Hari itu waktu Haikal promote dia macam promote barang sale, tak ada pula Aniesha berkenan. La ni waktu lelaki itu diam tak tunjuk minat, baru nak terkenan di hati ya!

Dia terbayang suara Mikaeyl serta kesanggupan dia nak bayarkan ayam Eisha tadi.

Baik betul... dan macho. Lepas tu nampak kemas, wangi pula tu. Bau minyak wangi lelaki yang tidak begitu keras memang sesuai dengan aura yang dibawa Mikaeyl.

Aura menenangkan.

Eisha terus ambil batal peluk dia dan bantal peluk tak berdosa itu dipeluk seerat hati. Jeritan kecil terlepas. Hati Aniesha berbunga!

Ya Allah!

Tak boleh jadi ni.

Susah tahu Aniesha nak rasa hati dia berbunga macam ni. Dah lama sangat tak jadi. Dua tahun rasanya perasaan tu lenyap. Sebab tu dia rasa dah putus asa nak kahwin. Hati dia macam dah jadi sekeras batu! Susah nak ada perasaan pada orang.

So if it requires her to take the first move to start a thing with this guy, then maybe, she will give it a try!

🍉

Najmi mengangguk mendengar cerita Mikaeyl yang serupa novel dia selalu baca. "Jadi. Makwe tu comel ke tak?" soal Najmi. Itu la perkara paling penting dalam cerita Mikaeyl. Perkara lain tidak penting. "Kau mesti bayarkan sebab dia comel kan?"

"Aish. Aku nampak muka dia pun tidak. Aku seganlah nak pandang. Tunduk ajelah."

"Segan?!" jerit Najmi tiba-tiba. "Kenapa? Kau bogel ke tadi?"

"Aku kang-" Mikaeyl tarik nafas panjang dan pejam mata rapat. Dada diurut minta bersabar. Mikaeyl ni sebenarnya dahulu tak reti sangat la nak marah orang ataupun nak naik angin. Tapi sejak hidup dengan Najmi, dia belajar untuk marah dan hilang sabar.

Lepas kenal Haikal pula? Bertambah marah dia rasa setiap hari. Sikit lagi nak kena darah tinggi sebab mereka berdua. "Aku segan sebab... aku seganlah! Do I need a reason to be shy?"

"You do!" Najmi menggeleng perlahan. "Tak faham aku ni. Kalau malu macam ni memang sampai ke sudah la tak dapat marka, Mikaeyl. Malulah, apa la. Macam mana kau lepas jadi lecturer? Kau mengajar depan orang sambil tersipu-sipu malu ke?"

Mikaeyl baru nak menjawab dan sambung pergaduhan dia dengan Najmi, namun mata dia terpandang iMessage yang baru diterima dari nombor yang tak disimpan.

+hi! r u free?

Siapa dah ni mesej tak beri pengenalan diri langsung? Pantang ya students mesej tak beritahu siapa diri mereka, datang dari ceruk bumi yang mana dan sebagainya. Dia ni ada beratus pelajar dia ajar tahu? Ingat dengan ucapan 'hi! r u free?', dia boleh cam ke siapa penghantarnya?

-Hi.  I am. Who is this ya? If you are my student, 😁I'd appreciate it if you introduce yourself first.

Mikaeyl meletakkan telefon bimbit ke bawah selepas membalas mesej tersebut. "Mengajar students tu lain, berborak dengan strangers pun benda lain, Mi. It brings a totally different feeling."

"Apa yang lain?"

"You were a teacher at school and you-"

Telefon bimbit Mikaeyl berbunyi lagi. Mata Mikaeyl beralih memandang skrin, membaca notifikasi iMessage yang baru diterima. Mata Mikaeyl terbeliak luas.

Jantung dia terhenti seketika.

Terus ayat dia mati dan tak ada tanda nak disambung langsung. Telefon bimbit diambil dan skrin dipandang dengan mata berkelip-kelip.

+oh. im sorry. im not ur student. but still, sorry sebab tak kenalkan diri. i eisha. cousin haikal. this is mikael lee right?

"Wh... what?" Mikaeyl masih terkaku membaca notifikasi mesej yang terpapar di skrin utama telefon bimbit dia. Dia rasa macam dunia berhenti berputar sekejap.

Betul ke... apa dia tengok ni?

"Kenapa weh? Siapa mesej. Mak Misya ke?"

"Shut up." Sebut Mikaeyl laju. Tapak tangan dia dah dihala depan muka Najmi. Otak dia kosong dan dia mula rasa gelisah. "Kejap." Dia bangun meninggalkan meja makan dan terus berlari naik ke biliknya di tingkat dua.

Tak boleh la nak menjawab mesej penting sambil hadap muka Najmi. Merosot IQ dia dan dia tak naklah berikan impression buruk terhadap wanita yang dia minati!

Najmi hanya mampu memandang mamat itu meninggalkan dia berseorangan di dapur sebelum mata dia beralih memandang ayam yang turut sama ditinggalkan Mikaeyl. "Dasar. Dia tinggalkan aku? Dah tu! Tak ada siapa nak teman aku makan ayam ke?"

Di bilik, Mikaeyl berulang-alik dari depan ke belakang. Eh, dia nak balas apa ni? Kenapa Aniesha mesej Mikaeyl? Dia nak ajak Mikaeyl kahwin ke?

Ya Allah!

Bestnya!

Tapi ya ke? Ke dia mesej sebab nak suruh Mikayl berambus dari hidup dia? Eh, belum masuk lagi dah kena halau ke?

Tenang Mikaeyl, tenang! Mikaeyl tarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan. Dia mula berhenti berjalan ulang-alik di tempat yang sama dan berdiri kaku lantas menaip mesej kepada Aniesha.

-Oh! Haha! Eisha hiii! *nervous chuckles* You are right. This is Mikaeyl Lee✌🏻

+haha hi mikaeyl. i was nervous to text you too. but do u mind if i take some of ur time to ask something?

Confirm! Mikaeyl melabuhkan duduk atas katil. Mesti dia nak ajak Mikaeyl kahwin! Mikaeyl tersengih sambil berbisik dalam hati, 'tak apa Eisha, awak boleh ambil setiap masa dalam hidup saya kalau awak sudi.'

- Sure Eisha. Go ahead and ask :)

+ did u go to kedai ayam pak mail this evening? n like paid for a lady who didnt bring enough cash?cause that unfortunate lady is me 😭😭😂 SIR PLEASE ALLOW ME TO PAY U BACK. I WILL KEEP CHASING U UNTIL U GIVE ME UR ACC NUMBERRRR

- Wait—-I??

+shocking right? how small this world is?

-it is 😳 But I am not complaining at all. Andddd Eisha, you don't have to pay me back. It's okay.  You can keep the money.

-a please 😭 i cant accept it. lagipun ayam tu haikal punya bukan i

Halamak, kalau ayam Haikal lagi la Mikaeyl tak kisah. Dia memang hidup dan berkerja seperti orang gila demi menyara hidup Haikal dan Najmi sahaja.

Mikaeyl tersenyum seraya menaip balasan dia. Sungguh, hati berbunga dan rasa macam ada rama-rama terbang di antara bunga-bunga tu.

🍉

Eisha menaip mesej sambil menekup separuh muka dengan bantal peluk sendiri. Hujung jari dia sejuk sebab gelisah! Hati dia pula rasa macam nak meletup sebab terlampau teruja.

Rasanya macam ada adrenaline rush dalam badan, membuatkan dia turut rasa nak melompat dari meja ke meja serupa anak monyet bermain dengan anak monyet yang lain.

-Kalau Haikal punya lagi la I tak berkira.

Membaca balasan Mikaeyl, Eisha dapat rasakan bola mata dia macam nak bergolek keluar dari soket mata sendiri. Sudahlah tak berkira! Pula tu dengan Haikal yang seluruh manusia dalam muka bumi kecuali makwe dia rasa nak pukul dan campak dalam Sungai Klang.

Mikaeyl pula tak berkira, lagi-lagi dengan Haikal Deedat bin Ahmad Hakim?!

Sungguh... I hit a jackpot!

Disebabkan lama sangat Eisha gembira sendiri, Mikaeyl menghantar mesej lain. Mungkin rasa cuak kalau perbualan tu terhenti di separuh jalan.

-Sorry I tak cam you tadi Eisha. I harap you tak terasa :')

+eh! tak apa la mikaeyl. i pun tadi tak cam u mula- mula. lagipun you first jumpa i dekat kenduri hari tu kan? i malas bersiap hari tu. muka i burukkkk

- Eh buruk?! Mana ada buruk! You sumpah cute. Sumpah tak tipuu. I susah nak rasa orang cute. Tapi I rasa you cute :)

Eisha terus bangun duduk dan menekup wajah dengan bantal sepenuhnya. Dia menjerit sekuat hati namun jeritan kedengaran seperti orang tersesat bawah air. Sungguh wajah dia pun mula rasa panas.

Mikaeyl cakap Aniesha comel!

Lama dia tak rasakan perasaan ini. Perasaan teruja kerana cinta.

+haha okay. u pun cute waktu i jumpa tadi. tapi kenapa u malu-malu?

-HAHAHAHHAA malu la 😭 I memang pemalu orangnya.

+macam tu pula? tapi u kan lecturer?

-Haha. I lagi rela mengajar depan seribu students dan dah prepare my teaching instruments berbanding berborak dengan seseorang secara tiba-tiba. Nervous dia lain macam.

+oh faham! haha okay but apa apa pun bagi i nombor akaun u sekarang! i nak bayar u :>

-Eh sumpah tak payah, Eisha. Tak apa lah you boleh simpan duit you. Mungkin kalau satu hari nanti you free, kita boleh jumpa dengan Haikal sekali dan you boleh belanja I makan.

Eisha menggigit bibir kuat. Dia ajak jumpa terus ya! Boleh sangatlah kalau ada Haikal Deedat meneman sekali. Boleh seret Khadijah juga!

+come to my cafe dekat area Universiti Masalam! I belanja u. how about... tomorrow?

-Okay. I will make time for you. Hehe. See you tomorrow Eisha!

Aniesha tarik nafas sekejap, dia dapat rasakan debaran halus di dada. Rasa menyesal sedikit. Esok? Tak ke awal sangat nak jumpa terus? Rasa macam tak bersedia pula!

Dia menggeleng perlahan.

Tak apa! All is okay! You are going to be okay! Fret not Eisha!

Dan debaran halus tu bertukar jadi perasaan teruja nak bersemuka dengan seorang mahluk bernama Mikaeyl Lee.

🍉

Najmi dengan tenang berjalan menuju ke bilik Mikaeyl. Tangan dah naik nak ketuk daun pintu bilik Mikaeyl dan...

"HAAAAAAAA!"

Jeritan kegembiraan Mikaeyl macam pasukan bola dia sokong menang membuatkan Najmi terhinjut bahu dan hampir nak lepaskan mangkuk berisi ayam di dalam tangan.

Dia mengundur ke belakang setapak. Wajah tak beriak tadi berubah jadi kerutan beribu.

Gila. Apa yang dijeritkan Mikaeyl Lee ni?

"Woi. Bukak bukak!" Mencanak la perasaan kepoci dalam diri seorang Eiman Najmi. Mana boleh Mikaeyl gembira seorang diri tak ajak dia! Dia memulas tombol pintu beberapa kali sebelum pintu bilik tu terbuka sendiri dan wajah Mikaeyl terjulur keluar.

Senyuman meleret Mikaeyl sampai lengsung pipit dia yang tidak dalam dan kurang jelas muncul. Betul gembira sampai senyuman dia melebar gaya menang anugerah semalam!

"Hoi. Kau gembira apa?" soal dia sambil bercekak pinggang.

"Tak ada apa. Thanks!" Mikaeyl mengambil mangkuk berisi ayam di tangan Najmi dan pintu bilik terus dihempas kuat.

Najmi masih terkaku dengan tangan masih terhulur di depan pintu Mikaeyl.

Sungguh....

"Biadap Mikaeyl!" Dia mengetuk pintu berkali-kali. Tak kira! Nak masuk juga soal siasat budak ini! "Weh aku nak makan sekali la dengan kau!"

"Diam! Jiran marah nanti!"

Najmi cekak pinggang. Dia terus tahan diri dari menjerit kuat. Betul la dah terima 2 aduan daripada jiran sebab dia orang berdua selalu bergaduh kalah laki bini. Najmi terus berbisik namun kekal dalam nada marah. "Cerita la kat aku!"

"Nanti!"

"Esh!"

A/N: haha i tak perasan i dah lama siap part ni tapi i tak publish. Enjoy!

Continue Reading

You'll Also Like

92.6K 6.4K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
17.9K 2.3K 12
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
489K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.3M 51.8K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...