Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

26

34.6K 3K 1.1K
By Lollysnow

MINTA KORANG BANYAKKAN BERSELAWAT DAN BERISTIGHFAR MEMBACA BAB-BAB DARI CERITA NI. THANK YOU😘

"Apa cerita ni Talia? Boleh kena serangan jantung aku macam ni, balik-balik dari kerja dah macam-macam aku dengar." Dayang lekap telefon ke telinga sambil heret luggagenya.

"Aku tak sangka Lily boleh fikir sejauh ni Dayang. Mungkin silap kita tak cegah dia dari awal.." Suara Talia mengendur di talian buat Dayang tarik nafas panjang.

"Kau kat mana?"

"Kat rumah."

"Kau biar Lily sorang-sorang. Perempuan tu dah macam hilang akal aku tengok!" Bebel Dayang, dia cuma risaukan Lily keseorangan lepas ada yang dibuat gadis itu.

"Lily yang tak nak aku kacau dia." Balas Talia mudah. Dayang geleng kepala denga rengusan.

"Nanti sampai rumah, aku call kau." Sebaik itu Dayang matikan talian. Dia berhenti melangkah seketika mencari nafas.

"SAYA HARAP PERJELASAN saya hari ni tak buat hubungan kamu suami isteri memburuk. Saya pun akan bawa benda ni ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan." Ujar Encik Rozi buat Encik Fajir angkat wajah memandang sahabatnya sudah bergerak ke kereta.

"Maruah dan nama seseorang bukan boleh dibuat main. Zaman-zaman sekarang cepat sahaja berita tersebar tanpa siasat dulu." Bebel Encik Rozi lagi. Puan Ida yang duduk disebelahnya turut mengangguk dengan senyuman tipis.

"Ida.. Saya harap apa salah faham yang dah jadi ni tak buat kita renggang. Saya betul-betul minta maaf sebab jadi punca berita ni tersebar." Puan Sarah mendekati sahabatnya.

"Tak apa Ida, benda dah nak jadi. Lepasni kita kena berjaga-jaga lah. Mungkin ramai lagi manusia dengki dengan kita kat luar sana. Biarlah Rozi laporkan pada pihak berkuasa sampai kita tahu siapa dalangnya." Balas Puan Ida menyedapkan hati sahabatnya.

Puan sarah tersenyum tipis lantas berpaling memandang wajah suaminya. Riak Fajir kendur memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu kami balik dulu." Encik Rozi menepuk bahu Fajir seperti membawa lelaki itu ke alam nyata.

"Uh, ya ha, hati-hati. Maaf sebab aku dah banyak salah faham." Encik Fajir menghulur senyum kelat buat pasangan suami isteri itu serentak mengangguk kepalanya.

Belum sempat Encik Rozi membuka pintu kereta, mereka berempat serentak berpaling memandang kereta milik Khair yag baru memasuki perkarangan rumah. Dahi ketiga-tiga mereka berkerut.

"Khair kenapa ni?" Soal Puan Ida tapi Khair tidak membalas selain membuka pintu bahagian penumpang dan mengeluarkan tubuh Erma yang tidak sedarkan diri.

"Ya Allah. Erma!!" Puan Sarah tekup mulut memandang anak gadisnya.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni Khair?!" Soal Puan Ida pula.

"Bagi Khair bawa Erma masuk bilik dia dulu." Pinta Khair.

"Ya ya! Masuk!" Encik Fajir terlebih dahulu masuk ke dalam membantu Khair dengan membuka pintu bilik buat Erma.

Sebaik tubuh Erma selamat dibaringkan diatas katil Khair tarik nafas panjang sebelum meraup rambutnya.

"Apa dah jadi ni Khair? Kenapa Erma dengan kamu? Kenapa dia tak sedarkan diri ni?" Soal Puan Sarah bertalu-talu sambil dia menerpa menilik wajah anaknya.

Khair tunduk tidak menjawab.

"Jawab Khair! Apa dah jadi dekat Erma." Tegas suara Encik Rozi buat Khair ketap gigi.

"Erma.. hampir dirogol. Tapi Khair sempat.."

"Ya Allah! Anak aku.." Meraung Puan Sarah mendakap tubuh anaknya. Erma kelihatan masih belum sedarkan diri.

"Siapa?! Siapa yang buat anak aunty macam ni Khair?!" Kuat suara Puan Sarah menyoal.

"Sebaiknya Aunty tanya Erma sendiri. Saya dah call doktor Ilham untuk periksa Erma. Sebentar lagi dia datang." Ujar Khair sebelum anak matanya bergerak memandang wajah ayahnya dan Encik Fajir silih berganti. Keduanya kelihatan gusar.

Dalam masa sehari berbagai perkara berlaku. Lily pasti sudah lama merancang semua itu.

"Papa.. Uncle. Boleh Khair nak bercakap sekejap?"

"Ada apa Khair?" Soal Encik Fajir kembali.

"Jom kita cakap kat luar. Biarkan mama dan Aunty tengokkan Erma." Jawab Khair sopan. Encik Fajir dan Encik Rozi berpandangan seketika sebelum keduannya mengangguk kepala.

"APA? Lily?!" Membulat mata Encik Rozi mendengar apa yang keluar dari mulut anak lelaki bongsunya. Khair perlahan-lahan mengangguk.

Encik Fajir pula kelihatan mendatar sepertinya dia sudah tahu siapa punca disebalik semua ini.

"Sebab tu Khair minta papa jangan libatkan pihak polis. Khair janji, Khair akan bersihkan nama papa secepat yang mungkin." Rayu Khair.

"Biarlah Khair.. Uncle sudah tak dapat menahan lagi kalau Lily sudah melangkah sejauh ini.." Suara Encik Fajir kedengaran lemah. Sepertinya lelaki itu betul-betul kecewa.

"Sebaiknya uncle fikir apa yang buat dia jadi seperti itu."

"Khair!" Tegas Encik Rozi menegur anaknya. Khair menunduk.

"Maaf Uncle, Khair tak bermaksud.."

"Uncle faham Khair. Semua ni datang dari silap uncle sendiri. Lily terlalu sayangkan ibunya, sayangkan keluarganya. Uncle sudah fikirkan semua ini sejak hari pertama Uncle berkahwin dengan Aunty kamu.."

"Tapi sekarang semuanya sudah terlambat untuk Uncle baiki balik segalanya. Uncle sudah gagal untuk cegah Lily.."

"Kalau Khair berada di tempat Lily. Mungkin Khair pun akan lakukan perkara yang sama.." Khair pandang wajah papanya.

"Lily cuma mahukan kebahagiaanya kembali."

Encik Fajir senyum tipis membuang pandang kelaman rumahnya. Bagai terngiang-ngiang gelak tawa Lily bersama isterinya Anisa saat mereka masih bersama dahulu. Tak semena-mena air mata bergenang di tubir mata.

Dia sangat rindukan saat-saat itu.

"Kamu sangat peduli pada Lily ya Khair.." Encik Fajir berpaling memandang jejaka dihadapannya.

"Ya, sebab Khair cintakan dia.."

Tak berkelip mata Encik Rozi mendengar pengakuan anaknya.

•••

'Salah faham yang berlaku melibatkan ahli perniagaan terkenal bersama rakan baik isterinya tersebar di media sosial sejak semalam akhirnya telah diberi penjelasan."

'Anak lelaki bongsu kepada ahli perniagaan terkenal itu, Khair Bakhtiar, menjelaskan bahawa. Rakan baik orang tuannya itu sekadar singgah dengan urusan dan terus berlalu dalam beberapa minit di bilik tersebut. Ada juga video rakaman disediakan pihak hotel untuk membuktikan tiada adegan tidak senonoh berlaku dan pintu bilik hotel juga terbuka semasa wanita itu berada di dalam.'

"Dia hanya singgah atas urusan penting." - kata seorang pekerja yang menyaksikan wanita didakwa berduaan dengan ahli perniagaan itu terburu-buru masuk dan keluar dari hotel.

"Lagipula, papa saya di hotel tersebut atas jemputan dinner. Saya dan keluarga sudah dimaklumkan sebelumnya." Khair pula berkata dengan senyuman tenang.

'Anak kepada ahli perniagaan terkenal itu juga meminta untuk orang awam janganlah terlalu terburu-buru mempercayai berita yang tidak sahih..'

"ARGH!!!" Lily hempap telefon bimbitnya ke sofa. Rambut diraup kebelakang melepas amarah.

Segala rancangannya gagal angkara Khair!

Bunyi ketukan pintu buat Lily merengus. Dayangkah? Atau Talia?

"Bukan ke diorang dah ada kunci? Kenapa nak ketuk pintu juga." Omel Lily.

Loceng pula ditekan buat Lily bangun lantas menghentak kakinya.

"Aku tak ada moodlah!" Omel Lily sambil menguak daun pintu. Tapi sebaik melihat susuk didepan pintunya. Dia terkedu.

"Abang.." Tak berkelip Lily memandang Khair sudah basah kuyup terkena hujan. Dia pandang keluar. Baru dia perasan hujan lebat di luar rumahnya. Ikutkan emosi sehingga dia tidak mendengar bunyi-bunyian hujan atau rumahnya yang kalis bunyi.

Tanpa kata Lily berundur kebelakang memberi ruang untuk Khair masuk ke dalam rumahnya. Dia melangkah masuk ke bilik sebelum kembali bersama tuala di tangan.

"Kenapa abang main hujan?" Kekok Lily menyoal.

"Abang memang suka main hujan." Tenang Khair membalas sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Lily boleh tolong abang ambil baju dalam kereta? Abang lupa." Ikutkan hati dia ingin memaki lelaki itu. Tapi entah kenapa melihat wajah basah kuyup begitu. Segala makian dalam kepalanya lenyap.

"O.okay. Tunggu kejap." Lily mengalah keluar dari rumahnya sebelum dia berkerut-kerut mencari-cari pakaian Khair di dalam kereta.

Khair senyum sinis sebelum dia melangkah masuk ke bilik Lily yang kemas tidak terusik. Matanya bergerak memandamg laci sebelum dia tarik mengeluarkan isi di dalamnya.

Tak bersalah pakaian dalam Lily ditarik lalu dilempar ke lantai. Katil Lily yang kemas terletak dikacau segalanya. Bantal juga turut dilempar ke lantai.

"Kenapa abang tak cakap, abang letak pakaian abang dalam bonet?" Omel Lily  di muka pintu. Khair yang duduk di atas kerusi tayang wajah tidak bersalah.

"Sorry. Abang lupa."

Lily merengus sebelum menghulur pakaian itu pada Khair. Khair menyambut dengan senyuman buat Lily mengerut dahi. Kenapa Khair boleh melayannya baik malam ini sedangkan siang tadi lelaki itu sangat dingin dengannya?

"Lily boleh masakkan apa-apa? Maggi pun sedap juga hujan-hujan ni." Pinta Khair lembut.

"Okay."

"Abang mandi sekejap." Sebaik memandang Lily menuju ke dapur. Khair pula melangkah ke bilik air dan mengeluarkan telefon bimbitnya.

Tak lama Lily kembali ke meja makan dengan dua mangkuk megi masih berasap. Khair juga kelihatan sedang mengering rambutnya dengan tuala. Lelaki itu kelihatan tenang bergerak kesitu sini seperti rumah itu miliknya.

"Dah siap? Sedapnya."

"Cuma maggi." Lily mengecil mata memandang lelaki itu. Khair tergelak kecil seraya melabuhkan duduk dihadapan Lily.

"Apa yang Lily rasa kalau abang tak jadi kahwin dengan Erma dan kahwin dengan Lily." Kata-kata Khair buat Lily angkat wajahnya.

"Puas." Sepatah dibalas Lily. Ya dia ada fikirkan perkara itu tetapi ianya belum termasuk dalam rancangannya. Dia cuma fikirkan sesuatu yang lebih memuaskan hatinya.

Termasuk hancurkan hidup Erma dan mamanya.

"Abang kagum, dalam sehari Lily boleh buat huru hara sampai satu Malaysia. Abang boleh katakan rancangan untuk balas dendam Lily sudah berjaya, tapi abang yang gagalkan semuanya." Bangga Khair mengungkap tanpa rasa bersalah tercalit diwajah itu.

Lily diam merenung tajam lelaki itu. Khair kelihatan tenang nenghirup maggi dalam mangkuknya. Nampak begitu berselera.

"Jadi Lily ada rancangan lain?" Soal Khair tenang sambil mencapai air kosong lalu diteguk sekali.

"Mungkin kahwin dengan abang dan buat Erma rasa apa yang Ibu Lily rasa.." Tak bersalah Lily menjawab.

Khair dan Lily kelihatan seperti mengetahui apa yang akan berlaku.

"Sebab tu abang terima cadangan mama untuk bertunang dengan Erma.."

Lily tidak jadi menyuap maggi kedalam mulutnya. Keningnya bertaut mendengar kata-kata Khair.

"Abang nak puaskan hati Lily.."

Ktok ktok ktok!! Bunyi ketukan pintu bertalu-talu sama kuat dengan bunyi hujan kuat kedengaran di luar rumah.

Ting tong!! Bunyi lonceng pula ditekan buat Lily membesar mata memandang Khair tenang tak bersalah memeluk tubuh di atas kerusi.

"So siapa yang nak sambut jabatan agama kat depan?" Soal Khair selamba.

"Abang?!!" Separuh menjerit Lily dibuatnya.

"Abang dah tolong puaskan hati Lily.. Tiba masa Lily kena ikut cakap abang pula.."
Tidak berkelip Lily pandang lelaki dihadapannya.

Jadi pertunangan itu, Khair sengaja lakukannya untuk puaskan hati dia..

"Ini.."

"Ya. Ini rancangan abang." Khair pandang jauh ke dalam mata gadis itu.

_____
Kepada sesiapa yang tanya. Kenapa Khair tunang dengan Erma untuk puaskan hati Lily?
: Untuk buat Erma berharap dan sakit selepas Khair memilih Lily darinya.

Continue Reading

You'll Also Like

818K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
2.9K 372 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
108K 3.8K 74
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...