KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 10: Menziarah

418 69 7
By ALIFRYT

[Isa POV]

Di dalam sebuah rumah banglo usang yang gelap, aku berdiri di tengah-tengah dalam rumah banglo tersebut sambil dikelilingi oleh berpuluh-puluh patung mannequin yang ditutupi dengan kain putih yang kotor.

Suasana di dalam rumah gelap yang hanya terang dengan sinaran cahaya bulan itu aku perhatikan seketika sambil aku menoleh ke arah sekelilingnya.

''Aku... Kat mana ni?'' Soal aku sendirian dengan nada berbisik.

''Oii manusia...'' Tiba-tiba ada satu suara garau menegur aku. Aku cuba untuk mencari daripada mana suara itu datang namun aku gagal untuk menemui pemilik suara tersebut kerana suasana di dalam rumah tersebut terlalu gelap untuk dilihat dengan mata yang kasar.

''Hmph... Hmph... Ada bau sulfur... Ni bau jin ni...'' Kata aku dalam hati apabila deria bau aku mula menangkap bau tubuh makhluk laknatullah itu. Ya, syaitan baunya seperti bau sulfur ataupun bau gasolin kerana mereka diciptakan daripada api dan bau-bauan ini adalah bau tubuh badan mereka yang sebenar.

''Mana kau?! Keluarlah oi!! Aku tak takutlah.'' Kata aku dengan nada memanggil sambil memeluk tubuh.

Duf!! Duf!! Duf!!

Tiba-tiba di hadapan aku, ada seekor jin tinggi yang berbadan tegap, bertanduk 4 dan bersayap seperti kelawar sedang melangkah menuju ke arah aku dengan matanya mengeluarkan cahaya kekuningan bersama dengan hembusan nafas yang hangat daripada hidungnya yang seperti hidung lembu itu.

''Isa... Hamba Allah yang Kasyaf...'' Kata jin itu dengan nada suara yang garau dan perlahan sambil merenung ke arah aku dengan renungan yang angkuh.

''Ya, memang aku adalah hamba Allah yang Kasyaf. Apa yang kau nakkan daripada aku sampaikan kau nak bawa aku ke sini ni? Cakap cepat.'' Soal aku dengan nada yang serius.

''Aku adalah ketua utusan daripada raja aku... Dia amat murka dengan kau kerana engkau telah mengganggu tugas jin-jin yang lain...'' Balas jin itu dengan nada yang serius dan mendatar.

''Siapa raja kau?'' Soal aku lagi kepadanya.

''Itu kau tak perlu tahu. Apa yang kau perlu tahu, kalau kau tak nak nyawa kau ataupun nyawa orang-orang yang kau sayang diancam, jangan sesekali kau berani nak mengganggu tugas kami.'' Balas jin itu dengan bernada ugutan.

''Heh... Kau ancamlah aku dengan apa-apa sekalipun, aku dan semua orang islam yang aku sayang takkan takut dengan kau dan bangsa-bangsa kau tu. Kami semua hanya takutkan Allah sahaja, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Allah itu akan sentiasa melindungi hamba-hambanya yang beriman kepadanya daripada diganggu makhluk-makhluk yang dilaknat macam kau.'' Kata aku panjang lebar dengan nada yang serius.

''Masih terlalu awal untuk kau yakin, Isa... Ianya masih lagi terlalu awal...'' Balas jin itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perlahan-lahan.

''Kita tengok sahaja nanti, sejauh mana Allah tu sayangkan kau dan kita akan tengok... Adakah engkau adalah orang-orang beriman yang akan dilindungi oleh-Nya ataupun tidak...'' Kata jin itu lagi sambil perlahan-lahan menghilangkan dirinya lalu terus lesap menjadi asap hitam. Sebaik sahaja jin itu pergi, patung-patung yang mengelilingi aku itu tadi terus terbakar dan kemudian...

BOOM!!

''Allahuakbar!!!'' Aku terus terjaga daripada mimpi buruk yang ngeri itu lalu duduk tergamam seketika di atas katil bilik aku itu. Gambaran situasi letupan yang berlaku di dalam rumah banglo usang itu sangat-sangat menakutkan. Dah macam nak bertemu dengan Malaikat Izrail dah gayanya.

''Astaghfirullahalaziim... Astaghfirullahalaziim...'' Aku mengucap istighfar seketika lalu terus meludah ke kiri sebanyak 3 kali tanpa mengeluarkan sebarang air ludahan seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika kita mendapat mimpi buruk. Setelah itu, aku memerhati ke arah tingkap rumah aku yang terbuka itu. Langit di luar nampak cerah seakan-akan sudah siang. Memang sahlah aku dah terponteng sekolah pada hari ketiga aku kat sini. Hmm... Solat Subuh pun dah kelaut. Apa nak jadilah...

Aku bangkit daripada tempat tidur aku lalu meregangkan sedikit otot-otot dan segala urat saraf yang ada di dalam tubuh badan akh yang lesu ini supaya ianya menjadi lebih segar daripada yang sebelumnya. Selesai meregangkab otot, aku menatap seketika ke arah cermin. Plaster yang membalut luka di kepala aku itu masih lagi aku tak tanggalkan. Tetapi darahnya dah kering dan rasa sakit pun dah tak terasa sangat, jadi maknanya aku dah boleh tanggalkan plaster ni lah kot.

Aku menyentuh sedikit plaster yang menutup luka di kepala aku ni untuk memastikan samada rasa sakitnya masih ada lagi ataupun tidak dan rasa sakit tu masih ada cuma ianya tidaklah sakit seteruk seperti yang sebelum-sebelum ni. Semalam doktor yang merawat luka aku ni kata kalau ada rasa sakit lagi, plaster ni tak boleh dibuka sebab takut lukanya belum sembuh. Hmm... Nampaknya aku kena biarkan jelah plaster ni duduk kat kepala aku. Haih... Dah tak hensem dah rupa aku jadinya...

''Assalamualaikum!!! Isa!!! Kau ada kat dalam tak?'' Sedang aku sibuk menatap cermin itu, tiba-tiba aku terdengar suara Aizat jerit memberi daripada luar rumah. Aku pun dengan sepantas kilatnya terus bergegas ke arah pintu rumah lalu membukanya daripada dalam. Kelihatan Aizat yang masih lagi berpakaian uniform sekolah lengkap bersama dengan beg sekolahnya sedang berdiri di hadapan tangga rumah aku sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar.

''Waalaikumusalam... Ha Aizat, sorry lah aku tak pergi sekolah tadi sebab aku terbangun lambat. Lupa nak set alarm kat dalam handphone aku.'' Kata aku kepadanya sambil menggaru kepala di belakang.

''Ah tak apalah, aku pun selalu juga jadi macam tu. Hahahaha... Eh Isa, hari ni jom ikut aku kejap.'' Balas Aizat sambil ketawa lalu mengajak aku untuk pergi mengikutinya.

''Ha? Nak pergi mana?'' Soal aku kepadanya.

''Pergi melawat Aisyah dekat hospital. Sekarang ni dia dah sedar dah. Pak Bilal yang kata kat aku tadi. Katanya Aisyah nak jumpa dengan kita berdua hari ni.'' Balas Aizat dengan nada yang tenang dan lancar.

''Ouh... Kalau macam tu, tunggu kejap eh... Bagi aku masa 5 minit, aku nak pergi bersiap kejap.'' Kata aku dengan nada separa tergesa-gesa.

''Ah... Aku bagi 10 minit sebab aku pun nak pergi bersiap juga ni. Nanti lepas aku dah bersiap, aku datang rumah kau bawa motor eh. Gerak luu...'' Balas Aizat dengan nada selamba lalu terus berlalu pergi.

''Okey!'' Balas aku dengan ringkas lalu terus bergegas mengambil tuala mandi dan kemudian terus pergi mandi dan bersiap.
______________________________________

[10 minit kemudian]

Setelah 10 minit berlalu, kami berdua telahpun selesai bersiap dengan berpakaian kemas lalu terus bergerak menuju ke hospital dengan menaiki motorsikal milik Aizat itu.

Semasa di dalam perjalanan, kami berdua banyak berbual tentang perkembangan di sekolah dan juga tentang perkara-perkara yang lain.

''Wey Isa, kau nak tahu tak? Si Namrul tu kan, dia tak datang sekolah tau tadi. Ramai orang kata, rahang dia patah sebab accident dan hari ni dia kena pergi operate kat hospital lain sebab nak betulkan balik posisi kedudukan rahang dia tu. Katanyalah... Haha teruk juga eh kesan kau tumbuk dia semalam tu.'' Kata Aizat panjang dengan nada sinis sambil fokus membawa motornya itu.

''Uish! Seriuslah? Teruk betul tu. Kalau nak kata sebab aku tumbuk dia semalam tu, tak ada lah kuat mana pun aku tumbuk dia tu. Aku tumbuk dia tu ala kadar je sebab nak bagi dia pengsan. Tak ada pula sampai nak bagi patah rahang bagai. Lagipun semalam aku tumbuk pipi dia tu, tak ada pun rasa macam tulang pipi dengan tulang rahang dia tu patah. Pelik betul...'' Balas aku panjang lebar dengan rasa pelik.

''Ouh... Kalau macam tu, memang betullah tu dia ada terkena accident semalam tu.'' Kata Aizat dengan nada yang biasa.

''Tapi kalau dia terkena accident, dia terkena accident apa?'' Soal aku kepadanya.

''Tak tahulah. Ramai juga yang tertanya-tanya masa kat sekolah tadi. Tapi kan, aku rasa dia tu cuba nak ponteng sekolah lah. Mungkin dia tu saja je kot nak guna alasan yang kononnya dia tu terkena accident, padahal nak ponteng sekolah je. Yelah, cuba kita fikir-fikir balik. Siapa orang yang bagitahu kat budak-budak sekolah kita yang si Namrul tu kena accident? Tak ada sesiapapun yang tahu. Punca dia accident? Lagilah semua orang tak tahu sebab semalam tak ada pun kes kemalangan yang berlaku kat kawasan pekan dengan kampung kita ni. Lagipun si Namrul tu mana ahli keluarga dah. Dia sekarang pun hidup sendiri-sendiri. Kawan tak ada, sedara-mara tak ada, awek? lagilah tak ada.'' Balas Aizat dengan panjang lebar.

''Hmm... Betul juga tu. Ah lantaklah, nanti-nanti je lah kita fikirkan pasal tu. Fokus tengok depan. Jangan melilau pula mata kau tu.'' Kata aku dengan nada yang mendatar.

''Okey bos...'' Balas Aizat dengan nada yang selamba lalu dia terua mempercepatkan pemanduannya.

[Beberapa minit kemudian]

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya kami berdua telahpun tiba di Hospital Bukit Berduri dengan keadaan yang selamat. Sebelum datang ke sini, kami berdua sempat singgah seketika di sebuah pasaraya yang berdekatan untuk membeli beberapa buah tangan untuk Aisyah. Aizat membeli beberapa biskut dengan coklat kegemaran Aisyah dan manakala aku pula hanya membeli beberapa biji buah yang sihat untuknya seperti buah epal dan juga beberapa jenis buah-buahan yang lain.

Sebelum kami berdua melangkah masuk ke dalam bangunan hospital itu, kami berdua berdiri memandang ke arah setiap sudut bangunan hospital yang tingginya 10 tingkat itu daripada kawasan tempat parking motorsikal.

''Haih... Aku benci setiap kali nak masuk hospital. Tengoklah tu, banyaknyalah yang tengah berkeliaran kat luar ni...'' Kata Aizat dengan keluhan yang perlahan sambil memerhatikan beberapa makhluk halus yang sedang bergerak-gerak terapung di sekitar kawasan hospital tersebut. Aku yang berdiri di sebelahnya itu hanya sekadar mampu tersengih sahaja sambil turut memerhatikan setiap pergerakan makhluk-makhluk halus yang sedang berterbangan di luar kawasan sekitar hospital tersebut.

''Hospital ni adalah tempat rawatan untuk orang-orang yang sakit dan juga tempat untuk orang-orang yang akan dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail. Tempat yang macam ni biasanya jin dengan syaitan memang suka sangat sebab diorang boleh halang orang-orang muslim untuk mengucapkan kalimah syahadah sebelum nyawanya dicabut.'' Kata aku dengan panjang lebar dan bernada tenang.

''Itu aku tahu. Aku tak ada masalah pun dengan setan-setan ni. Tapi... Aku cuma rasa tak selesa lah. Yelah... Diorang semua ni bukan setakat nak mengganggu je, nak mengancam pun boleh. Kau tahulah kan, jin-jin syaitan yang ada kat tempat-tempat macam hospital ni kan biasanya kuat-kuat? Bila jin-jin yang macam ni mengancam kita, macam-macam benda buruk yang boleh berlaku kat kita tau.'' Balas Aizat panjang lebar dengan nada yang serius.

''Alah, kau rileks je. Benda-benda macam ni dah memang tugas diorang sampai hari kiamat. Kita sebagai umat islam, kita hadap je semua benda ni dan serahkan semuanya dekat Allah SWT. Biar Dia je yang uruskan segalanya untuk kita. Mudah-mudahan, perkara-perkara yang buruk tu takkan berlaku dekat kita. Okey?'' Kata aku dengan nada yang tenang sambil tersengih.

''Hmm... Okey.'' Balas Aizat dengan ringkas sambil memberikan senyuman lalu dia terus memulakan langkah menuju ke arah pintu masuk bangunan hospital tersebut dan aku pun terus bergegas mengikutinya daripada belakang.

Langkah demi langkah kami berjalan di dalam hospital tersebut, kami berdua masuk ke dalam sebuah lif pelawat lalu terus naik ke tingkat 5 iaitu kawasan wad tempat di mana Aisyah ditempatkan. Sebaik sahaja tiba di sana, langkah kami berdua menuju ke arah sebuah kaunter pertanyaan untuk bertanyakan lokasi tempat bilik rawatan Aisyah berada. Setelah diberitahu oleh seorang jururawat perempuan yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan tersebut, kami berdua pun terus bergegas menuju ke arah bilik A10 iaitu bilik yang Aisyah ditempatkan untuk dirawat. Sebaik sahaja tiba di sana, kami berdua pun masuk ke dalamnya sambil memberikan ucapan salam dengan nada yang sopan.

''Assalamualaikum...''

''Waalaikumusalam Warahmatullah... Eh Aizat, masuklah.'' Kata Aisyah bersama dengan jawapan salam sambil mengalu-alukan kami berdua untuk masuk ke dalam. Niat kami berdua untuk melangkah masuk ke dalam bilik wad tersebut terhenti apabila terlihat satu sosok lelaki dewasa yang berambut pendek dengan berpakaian kemeja biru bersama dengan tali leher hitam dan juga berseluar slack hitam sedang duduk di atas kerusi di sebelah katil Aisyah dan lelaki itu adalah Cikgu Sulaiman!

''Ouh... Aizat dengan Isa ke? Ingatkan siapalah tadi...'' Kata Cikgu Sulaiman sambil bangkit berdiri daripada tempat duduknya lalu menoleh ke arah kami berdua.

''Cikgu pergi balik ke sekolah dulu, ya? Nanti kalau ada apa-apa hal, mesej je cikgu. Okey?'' Pesan Cikgu Sulaiman kepada Aisyah dan Aisyah pun hanya sekadar membalas dengan anggukan sambil mengukirkan senyuman. Selepas mendapat balasan reaksi Aisyah, Cikgu Sulaiman melangkah ke arah kami berdua lalu dia mendekatkan bibirnya di telinga kiri aku.

''Pukul 2 setengah nanti, datang ke kafetaria hospital ni. Cikgu ada benda nak bincang dengan kamu dan perkara ni terlalu penting. Jangan bawa Aizat dan jangan datang lambat tau...'' Bisik Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius lalu dia terus berlalu pergi meninggalkan kami berdua bersama dengan Aisyah di dalam bilik wad tersebut.

''Cikgu Sulaiman bisik apa dekat kau?'' Tanya Aizat kepada aku.

''Ada lah benda penting pasal kelab, kau tak payah tahulah.'' Balas aku dengan nada yang perlahan dan selamba.

''Haih... Macam-macamlah...'' Keluh Aizat sambil melangkah mendekati ke arah katil Aisyah.

''Hai Echah! Apa khabar? Dah sihat?'' Sapa Aizat kepada Aisyah dengan nada yang mesra.

''Panggil Echah eh? Hmm... Sesuatu sangat...'' Kata aku dalam hati dengan rasa sangsi.

''Aku sihat je hehe...'' Balas Aisyah dengan nada yang tenang

''Kau seorang je ke ni, Echah? Mak kau mana?'' Soal Aizat kepada Aisyah sambil meletakkan kesemua buah tangan yang dibelinya tadi di atas meja sebelah katil Aisyah.

''Mak aku kat rumah, kejap lagi dia datanglah tu. Wah... Banyaknya buah tangan kau belikan ni. Terima kasih, Aizat.'' Balas Aisyah dengan nada gembira.

''Ouh, lupa pula... Kenalkan, ni kawan baru aku. Nama dia Amirul Isa, panggil je Isa. Dia ni baru pindah masuk ke pekan kita minggu lepas.'' Kata Aizat sambil memperkenalkan diri aku kepadanya.

''Ouh aku dah tahu dah, mak aku bagitahu semalam. Apa-apa pun... Selamat berkenalan, Isa.'' Kata Aisyah sambil memberikan senyuman kepada aku.

''Selamat berkenalan juga. Nah... Buah tangan untuk kau.'' Balas aku dengan nada yang tenang sambil menyerahkan buah tangan yang aku beli tadi kepadanya.

''Ouh terima kasih.'' Kata Aisyah sambil menyambut buah tangan tersebut dengan mengukirkan senyuman di bibirnya.

''Ouh ya... Echah, tadi Cikgu Sulaiman datang jumpa kau kenapa?'' Soal Aizat kepada Aisyah.

''Dia saja je nak datang melawat. Aku pun tadi terkejut juga sebab dia datang ke sini tiba-tiba je, tak bagitahu apa bagai. Lepas tu dia datang sini, dia terus tanya aku sihat ke apa semua tu lah.'' Balas Aisyah dengan panjang lebar. Daripada deria minda aku, aku boleh baca dan melihat satu gambaran daripada dalam minda Aisyah di mana dia berjumpa dengan Cikgu Sulaiman pada beberapa minit yang lepas sebelum kami berdua tiba di sini. Hmm... Daripada dalam gambaran minda tersebut, aku boleh lihat betapa seriusnya mereka berdua berbual tentang 'sesuatu' yang misteri itu dan aku yakin bahawa perkara misteri yang mereka berdua bualkan inilah yang membuatkan Cikgu Sulaiman nak berbincang dengan aku pada pukul 2 setengah petang nanti. Hmm... Sesuatu sangat.

''Psst... Psst... Aizat, kenapa kau panggil nama dia Echah?'' Laju aku menyoal kepada Aizat dengan nada berbisik.

''Ouh pasal tu... Aisyah ni dulu kawan childhood aku. Dulu masa aku kecil, aku memang suka panggil dia Echah dan dia pun suka aku panggil dia macam tu. I dont know why... Pasal tu, kau jangan tanya aku lah... Tanya dia, dia lagi tahu...'' Balas Aizat panjang lebar dengan bernada berbisik.

''Ehem... Err kau macam mana sekarang, Echah? Dah okey ke?'' Soal Aizat kepada Aisyah sambil berdehem untuk membetulkan tona suaranya.

''Doktor cakap, aku dah okey dah. Nanti lusa, aku dah boleh keluar dah daripada hospital ni.'' Balas Aisyah dengan nada yang tenang.

''Ouh... Baguslah kalau macam tu. Bukan apa, kalau lama sangat kau tak pergi sekolah nanti ramai pula yang rindu dengan kau kat sekolah tu.'' Kata Aizat sambil melabuhkan dirinya di atas kerusi di sebelah katil Aisyah.

''Eleh... Ramai orang sekolah yang rindu ke... Kau yang rindu?'' Balas Aisyah dengan soalan yang bernada menyindir.

''Eh kau ni, ke situ pula!'' Kata Aizat dengan gaya separa terperanjat.

''Ah sudah... Bersemut pula dah diorang berdua ni...'' Kata aku dalam hati. Hmm... Sabar je lah.
______________________________________

[Normal POV]

Sementara itu...

Di dalam sebuah rumah banglo yang kawasannya terletak agak terpencil daripada daerah Pekan Bukit Berduri, kelihatan Namrul yang pipinya bengkak dan lebam sedang duduk di atas sebuah sofa panjang sambil pipinya itu dipegang sambil dirawat dengan jampi serapah yang dibacakan oleh seorang lelaki yang memakai jubah kelubung hitam labuh yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya. Lelaki yang berpakaian kelubung hitam itu adalah lelaki yang telah menghantar seekor jin Yahudi untuk mencederakan Isa semasa Isa dan Aizat sedang meruqyahkan Aisyah pada beberapa hari yang lepas dan dia juga adalah orang yang sama yang memerhatikan pergerakan Isa semasa Isa bersama dengan Cikgu Sulaiman sedang menjalankan tugas mereka di rumah banglo usang. tinggalan tentera British itu.

''Dah selesai. Malam nanti, eloklah pipi kau tu nanti.'' Kata lelaki yang berkelubung hitam itu dengan nada yang mendatar sambil mengalihkan tangannya yang dari tadi memegang pipi Namrul yang bengkak akibat daripada kesan tumbukan Isa itu untuk merawatnya dengan jampi serapah.

''Terima kasih, Lang sebab tolong rawatkan pipi aku ni. Kalau tak, entah sampai ke bilalah nak elok pipi aku ni.'' Kata Namrul dengan nada yang perlahan sambil mengusap pipinya yang telah disapu dengan minyak gamat dan ditampal dengan plaster itu.

''Kau tak payah nak berterima kasih dengan aku sangatlah, menyusahkan aku je... Nak mengaku diri tu tuhan, tapi tak boleh nak rawat diri sendiri. Tulah... Lain kali kalau diri tu tak sakit, jangan pandai-pandai nak cari penyakit. Menyusahkan aku je lah kau ni.'' Balas lelaki berkelubung yang disebut dengan nama Lang itu dengan panjang lebar dan bernada garau. Mendengarkan balasannya yang tidak enak untuk didengari itu, Namrul pun terus mendiamkan dirinya.

''Siapa yang tumbuk kau sampai pipi kau bengkak macam telur burung ni? Hah? Bagitahu aku.'' Soal Lang kepadanya dengan nada yang serius.

''Tak tahu, aku tak kenal. Tapi yang pastinya, dia tu budak baru kat dalam sekolah aku tu. Tak silap aku nama dia tu... Isa kot.'' Balas Namrul dengan nada yang mendatar.

''Isa? Jangan-jangan si budak Kasyaf tu yang tumbuk budak bangang ni? Hmm... Tak boleh jadi ni. Bahaya kalau dibiarkan ni...'' Kata Jembalang di dalam hatinya.

''Haih kau ni... Cari pasal dengan orang yang salah pula tu. Menyusahkan aku betullah kau ni.'' Kata Lang dengan keluhan yang bercampur geram.

''Aku menyusahkan kau? Eh Lang, aku tak nak minta punlah semua benda ni jadi. Dulu kau yang nak sangat aku mengaku jadi tuhan, kan? Lepas tu kau nak kata aku menyusahkan kau? jin jenis apa kau ni hah?!'' Gertak Namrul dengan nada separa geram. Lang atau nama penuhnya Jembalang adalah jelmaan seekor jin yang suka berkeliaran di sekitar daerah Pekan Bukit Berduri dan juga menyesatkan orang-orang yang imannya lemah. Cara dia menyesatkan manusia tidak sama dengan cara jin-jin yang lain, kerana caranya lebih ganas dan ekstrim di mana dia akan menghasut seseorang itu untuk menjadi sesat, kafir, ataupun murtad dengan tawaran manfaat bahawa seseorang itu akan mendapat banyak 'ganjaran' yang baik dan kepada yang ingin menolak hasutannya itu, orang itu akan diancam olehnya sehingga mereka menemui ajal. Manusia yang paling dibenci oleh Jembalang adalah orang yang imannya terlalu kuat, orang yang hijabnya terbuka dan juga orang yang ada kelebihan Kasyaf. Hanya golongan-golongan manusia ini sahaja yang tidak akan dapat diganggu olehnya dan hanya golongan-golongan manusia ini sahaja yang mampu menewaskannya.

''Memang aku pernah suruh kau mengaku dekat semua orang yang kau tu tuhan, tapi aku tak pernah pun paksa kau untuk betul-betul mengaku diri kau tu adalah tuhan.'' Kata Jembalang dengan nada yang serius.

''Kau tak paksa? Habis tu dulu yang 3 kali kau hasut aku, minta aku jadi tuhan tu apa benda? Tu tak paksalah?'' Soal Namrul kepada Jembalang dengan nada bengang.

''Dah tu, kenapa kau terima permintaan aku tu?'' Jembalang menyoal kepadanya semula dengan nada yang serius dan mengancam.

''Sebab aku terpaksalah!!'' Pantas Namrul membalas soalannya.

''Sebab terpaksa ke sebab nafsu?'' Soal Jembalang lagi dengan nada yang masih sama. Kali ni, Namrul terus terdiam.

''Heh... Dasar manusia bodoh... Bila dah buat dosa, dengan diri sendiri pun kau nak menipu. Kau ingat aku ni jin yang bodoh sangat ke sampai tak boleh nak tahu apa yang ada kat dalam isi hati kau tu? Heh... Dengan tak ada imannya, lepas tu nak menipu aku dengan menipu diri kau tu sendiri.'' Kata Jembalang dengan panjang lebar sambil dia bangkit berdiri daripada kerusi sofa tersebut lalu dia berdiri membelakangi Namrul.

''Kau jangan cari penyakit dengan budak Kasyaf tu lagi, jauhkan diri daripada dia. Dia bukan 'tandingan' kau. Kalau aku dapat tahu kau cari pasal dengan dia lagi, lepas ni jangan harap aku nak tolong kau lagi dah. Dasar manusia alpa...'' Katanya lagi dengan nada yang mendatar dan serius lalu terus lesap menjadi puluhan ekor belalang hitam.

''Budak Kasyaf? Si budak baru yang tumbuk aku semalam tu ke? Tak guna... Bangsat punya budak!!'' Kata Namrul dengan nada meroyan sambil mengamuk sendirian lalu dia terus beredar daripada rumah banglo tersebut dengan kemarahan yang bercampur dendam di dalam hatinya.

Selepas ini... Apa pula yang akan berlaku?

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

18.1K 312 17
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
44.7K 2.2K 33
mengisahkan seorang remaja tingkatan 4 yang bernama Elman Zikri.. kehadiran elman di sekolah baru kerana dia sudah tidak mahu dibuli lagi.. namun a...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
28.8K 481 14
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...