Bukan Cinderella

Av Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... Mer

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

23

33.4K 2.4K 127
Av Lollysnow



"Jauh termenung Khair." Lutfi menyapa adiknya yang diam dibangku tidak berkelip memandang kedepan sementara menunggu dia menghabiskan larian jogging. Petang itu Khair pula yang beriya memaksanya untuk keluar jogging. Nak tak nak dia ikutan juga lagipun Khair tidak seperti kebiasaanya.

Sudahnya hanya Lutfi yang pergi berjogging, adiknya Khair malah menunggu di bangku memerhati. Dasar.

"Mana ada termenung."

"Habis tu apa? Pergi perhati orang perempuan jogging?" Soalan usikan Lutfi mengundang jelingan Khair.

"Jaga-jaga Khair. Kau tu tunang orang." Mendengar perkataan tunang sahaja sudah cukup buat Khair muak. Wajah lelaki itu jelas menunjuk riaknya. Khair betul-betul tidak pandai menyembunyi riak wajahnya. Bagaimanalah si Erma itu boleh terus menatap wajah tidak ikhlas adiknya itu.

Apa yang menarik pun entahlah.

"Naqib cakap dia nak balik Malaysia lagi beberapa minggu. Sekarang dia dalam proses minta cuti." Puas mengusik Lutfi tiba-tiba menyatakan apa dibualkan dengan abang sulong mereka siang tadi.

"Berapa lama dia balik Malaysia?" Soal Khair pula.

"Entahlah. Mungkin sampai kau kahwin."

"Oh tak lama lah."

"Huh?" Lutfi kerut dahi memandang adiknya.

"Tarikh kahwin aku dengan Erma tak lama lagi. Jadi tak lama lah."

"Tapi tak silap aku beberapa bulan lagi kan. Rasanya lama juga." Sambung Lutfi lagi. Khair angguk sahaja kepalanya, malas mahu berbahas.

"Kau ni sebenarnya nak kahwin ke tak nak Khair? Kalau orang bercinta tu punya lah lama rasa nak tunggu sampai ke tarikh kahwin. Kau boleh pula cakap tarikh kahwin kau tu tak lama lagi. Kenapa? Tak sabar atau kau sekarang ni rasa benda tu membebankan kau?" Panjang lebar Lutfi menyoal adiknya. Lihat dari gaya Khair seperti tidak berminat dengan perkahwinannya. Hanya mama mereka Puan Ida yang bercerita dan mengatur itu ini untuk adiknya.

Tapi nak dikatakan Khair tidak setuju, tidak sedikitpun Khair membantah atau menunjuk apa-apa protes. Dia sebagai abang paling rapat dengan adik bongsunya itu turut rasa pening dengan perangai Khair. Jangan dia buat perkara bukan-bukan sudah. Boleh sakit jantung dia dibuatnya nanti. Bukan dia sahaja, mama dan papa mereka turut akan terkesan sama.

"Kalau aku tak nak, aku tak terima pula." Mendatar suara Khair membalas mengundang tawa kecil Lutfi.

"Tapi dalam fikiran kau penuh dengan Lily kan?"

"Ya." Tak berkelip mata Khair membuang pandang ke depan. Entah apa difikirkan lelaki itu sekarang.

"Aku nak sangat tahu apa yang ada dalam kepala Lily sekarang. Dia nampak kuat dan menyedihkan pada masa yang sama." Lutfi mengeluh turut membuang pandang ke tasik buatan di tengah taman. Angin menyapa buat rambut kedua lelaki itu beralun bergerak.

Sementara itu, seseorang baru keluar dari perut kereta lantas menghempas pintu keretanya. Angin damai petang buat rambut panjangnya beralun kebelakang. Matanya tidak berkelip memandang kehadapan.

"Aku tahu sekarang Lily sedang dikuasai dendam. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang cuma mencari kepuasan untuk menuntuk hak balasan bagi kemantian Aunty Nisa.." Sambung Lutfi lagi. Dari mata dan wajah yang tiada lagi senyum ikhlas gadis itu. Dia dapat baca semuanya.

Seseorang sedang melangkah kehadapan bersama kasut tumit tinggi dipakainya. Palang besi tempatnya hampir terbunuh tempoh hari dipegang. Mata jatuh memandang kebawah, sungai deras mengalir.

"Matanya dari kecil hingga hari pertama aku bertemu selepas kita balik dari London. Mata yang sangat bersinar tidak pernah berubah buat aku tetap menganggap Lily si gadis kecil yang comel." Lutfi tergelak kecil mengimbau memori kecil mereka, dia yang selalu mengusik Lily dan Khair yang selalu melindungi gadis kecil itu.

MATA diangkat kembali dari menatap air sungai deras mengalir. Sungai yang telah meragut nyawa satu-satu orang yang paling dia sayang didunia itu. Sungai yang menjadi petanda sinar di matanya telah hilang. Tiada seri lagi di mata itu setelah satu-persatu kejadian yang menyakitkan dia saksi.

"Tapi mata itu tak ada sinar lagi." Senyuman Lutfi mati. Kali terakhir dia temui Lily, jelas Lily bukan lagi gadis sama dia temui dahulu.

"Kau terlalu memerhati Lily." Khair jeling abangnya.

"Hahaha jangan salah faham Khair. Aku cuma akan perhati sesuatu yang aku rasa janggal.." Suara Lutfi mengendur. Dia tarik nafas panjang.

"Lily tak sepatutnya jadi begini. Kau tak rasa benda yang sama?" Lutfi pandang Khair disebelah. Lelaki itu diam dalam dunianya.

Dan sekarang, dia turut terfikir apa yang ada dalam fikiran adiknya, Khair. Khair kelihatan terlalu tenang dan gelisah pada masa yang sama.

Dia cuma tahu, Khair cintakan Lily.

"Lily!!"

PANG!!!

"Fajir! ya Allah!!"

"Ayah tak ajar kamh jadi anak kurang ajar macam ni!!"

Tangan tadinya kemas memegang palang besi jambatan kini naik memegang pipi sendiri. Gigi diketap menahan segala rasa.

"Ayah!! Jangan!!" Matanya membulat melihat kanak-kanak perempuan yang memanggil Encik Fajir 'ayah' tadi sedang menarik ayahnya menjauh.

"Jangan sakitkan kakak.."

Lily pejam mata mengimbau satu persatu rasa sakit yang harus dia hadap sendiri sejak kematian ibunya di sungai itu.

PANG!!

"Aunty dah lama sabar Lily! kalau bencikan Aunty, benci Aunty seorang! Bukan Erma!!" Mencerlung mata Puan Sarah memandang Lily.

"Kau perempuan murahan!!" Hampir Lily menerkam wanita yang berani menamparnya itu sehingga ada satu tangan menghalang.

"Kenapa kau halang aku Talia?!!"

"Kalau kau nak rasa sakit itu sampai,, kau kena banyak bersabar hingga saat itu tiba."

"Argh!!" Kuat Lily menghentak tangan dipalang besi jambatan itu. Turun naik nafasnya memandang jauh kehadapan.

"Aku akan pastikan saat itu akan tiba tak lama lagi. Mereka akan rasa apa yang aku dan Ibu dah lalui!" Penuh dendam dia menutur ayat itu sendiri. Dia akan pastikan kali ini tiada lagi kesakitan dan air mata yang akan keluar darinya.

Dia bukan anak kecil lagi.

Bunyi pintu kereta dihempas buat Lily berpaling seraya berpeluk tubuh memandang lelaki kemas berkemeja dihadapannya. Satu senyuman tipis terukir dibibir buat lelaki itu.

"Ada apa kau nak jumpa aku kat sini Lily?" Azam mengeluh sambil melipat lengan bajunya dia melangkah menghampiri Lily dijambatan.

"Tak ada apa, cuma mahu mengimbas kisah silam." Tenang Lily menutur sambil membuang pandang ke air sungai.

"Pasal aku dan Erma?" Tebak Azam. Lily mengangguk dengan senyuman.

"Aku dengar kau baru bercerai. Kau masih tak boleh move on dengan Erma ke?" Persoalan Lily kedengaran sedang menyindirnya.

"Dia permainkan perasaan aku. Untuk lelaki yang tidak jelas.." Mata Azam tajam memandang ke hadapan. Lily tetap dengan senyuman sinisnya.

"Kau tak rasa nak miliki perempuan tu Azam?" Soalan Lily buat dahi Azam berkerut. Riak wajah Lily juga turut berbeza dari dahulu. Bukankah Lily rapat dengan Erma?

Dia sempat bercinta dengan Erma selama 3 bulan sebelum ditinggalkan gadis itu untuk lelaki lain. Kata Erma, dia cuba untuk menyintainya tetapi hatinya tidak mampu. Hatinya milik lelaki lain.

Mulai saat itu Azam mula rasa sakit dan tercabar egonya kerana seorang perempuan bernama Erma.

"Apa maksud kau Lily?" Azam memaling tubuh menghadap gadis dihadapannya.

Lily kelihatan tersenyum sebelum turut berpaling menghadapnya.

"Aku akan tolong kau.." Mata Azam kelihatan tergamam sedikit kelu dengan apa yang keluar dari mulut itu.

"Apa dah jadi dengan kau dan Erma?" Soal Azam dingin.

"Aku cuma nak tunaikan apa yang kau nak dari dulu Azam. Aku akan tolong kau.." Lily tersenyum memandang lelaki dihadapannya.

"Kata orang,, kau kena berjuang untuk apa yang kau nak. Erma cinta kau Azam. Kau harus sanggup lakukan apapun untuk dapatkan dia." Sambung Lily lagi.

Azam kelihatan mengeras masih tidak percaya dengan tawaran itu. Mata lelaki itu tidak berkelip mungkin sedang mengimbau kembali saat-saat indah dia bersama Erma dahulu.

"Kalau kau perlukan masa. Ya aku akan bagi. Kau tahu mana nak cari aku kan?" Lily tepuk bahu Azam sebelum melangkah melintasi lelaki itu.

"Lily.. aku.." Laju Azam memotong buat langkah Lily terhenti. Semua orang pasti faham senyuman tersirat dibibir gadis itu sekarang.

Lily menoleh menjungkit sebelah kening.

"Aku.. aku setuju.." Azam teguk air liur.

"Anggap sahaja Erma dah ada dalam genggaman kau sekarang." Sebaik menutur kata itu Lily melangkah meninggalkan Azam dengan senyuman tidak lekang di bibir.

'Lily janji ibu.. Lily tak akan menangis lagi..' Sebaik menghempas pintu kereta dan menghidupkan enjin. Lily pandang sungai deras dijambatan itu. Terngian-ngiang raungan kesakitannya saat jasad tidak bernyawa ibunya ditemui disitu.

Nafas panjang ditarik sebelum dia capai kaca mata hitam jenama Rayban lalu disarung pada wajah. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan itu.

❄️

Fortsett รฅ les

You'll Also Like

1.2M 61.1K 53
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang denga...
3.7M 141K 74
[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini di...
608K 21.7K 41
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
109K 3.8K 74
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...